Anda di halaman 1dari 1

Encik Azahar Bin Shaharudin

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai raya,
Kg Kepayang,
Perak Darul Ridzuan.

Fazwana Evaniesha Binti Karim,


Guru pelatih Praktikum,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan. 6 September 2017

Tuan,

MEMOHON PENGECUALIAN PRAKTIKUM UNTUK SATU HARI

Merujuk perkara di atas, saya seperti nama di bawah adalah guru pelatih di Sekolah
Kebangsaan Sungai Raya, Simpang Pulai yang sedang berpraktikum mulai 3 Julai sehingga
29 September 2017.
Nama : Fazwana Evaniesha Binti Karim
No Kad Pengenalan : 951117-06-5056
Ambilan : Jun 2014 (Pendidikan Jasmani)
Semester : Semester 7

2. Saya ingin memohon pengecualian praktikum untuk satu hari daripada pihak tuan
untuk pada 11 September 2017 (Isnin) kerana menghadiri dan membantu persiapan
pernikahan adik saya di Muadzam Shah Pahang pada 9 dan 10 September 2017 (Sabtu dan
Ahad).

3. Tinggi harapan saya sekiranya tuan boleh mempertimbangkan permohonan cuti


saya. Memandangkan pada waktu itu, keluarga saya amat memerlukan saya. Lebih-lebih
lagi kedua ibu bapa saya.

4. Semoga dengan keizinan tuan, akan memberikan saya sedikit ruang untuk
melapangkan hati dalam menjalan tanggungjawab sebagai anak dan juga guru pelatih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_________________________________
(FAZWANA EVANIESHA BINTI KARIM)
Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh.

Anda mungkin juga menyukai