Anda di halaman 1dari 6

4.

0 Cadangan Penyelesaian
4.1 Model Pemulihan Disleksia Davis
Selain itu, Model Pemulihan Disleksia Davis Dalam pembelajaran kanak-kanak
disleksia (Ronald Davis, 1982) merupakan cadangan penyelesaian yang terbukti
dalam membantu kanak-kanak disleksia berbanding dengan kaedah tradisional yang
lain seperti kaedah fonik dan penggunaan alat bantu mengajar. Model ini merupakan
model pengajaran alternatif yang mengetengahkan tiga prosedur utama yang
membantu kanak-kanak disleksia dalam aktiviti membaca dan mengeja melalui sesi
kaunseling orientasi (orientation counseling), penguasaan simbol (symbol mastery),
dan latihan membaca (reading exercises). Sesi kaunseling-
Kajian-kajian tentang keberkesanan aplikasi Model Pemulihan Disleksia Davis yang
telah dijalankan di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa mereka telah
memilih kaedah ini untuk membetulkan dan meningkatkan kemahiran akademik dan
prestasi kanak-kanak dan dewasa yang mengalami disleksia (Shayan, 2011).

Model pemulihan yang diperkenalkan oleh Davis melibatkan proses


mengenal persepsi bakat semula jadi tersebut dan (bakat dalam lukisan) bagaimana
keupayaan persepsi ini boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan dan kesilapan,
seterusnya mengawal orientasi mental. Prosedur ini dikenali sebagai Kaunseling
Orientasi (orientation counselling). Prosedur ini melibatkan sesi mengajar
kanak-kanak disleksia tentang teknik untuk menghilangkan kekeliruan. Kanak-kanak
tersebut akan mewujudkan satu titik orientasi yang membolehkannya memahami
persekitaran fizikal tanpa pesongan persepsi. Jika kanak-kanak disleksia boleh
mengenalpasti kekeliruan yang dihadapinya dan membentuk satu keadaan orientasi
dengan sendirinya, kekeliruan dan simptomsimptom disleksia yang dihadapi akan
hilang (Ron Davis, 2010).
Dalam kajian yang dilakukan oleh Lee Lay Wah (2010) The Davis Model
of Dyslexia Intervention: Lessons from one child, pengkaji telah menjalankan kajian
ke atas seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun yang menunjukkan ciri-ciri
disleksia. Melalui prosedur Kaunseling Orientasi, kanak-kanak ini diminta untuk
menerangkan kejadian pada hari sebelum dan apa yang dilakukan kanak-kanak
tersebut. Tujuannya adalah untuk membina gambaran mental berkenaan kejadian di
hari sebelum. Prosedur ini digunakan untuk membantu kanak-kanak tersebut
menghilangkan kekeliruan dan membetulkan persepsi dengan
lebih tepat.
Prosedur Penguasaan Simbol dalam Model Davis Menurut Davis, kaedah
pengajaran tradisional tidak sesuai untuk proses pemikiran seorang disleksia.
Pelaksanaan kaedah pengajaran untuk kanak-kanak disleksia perlu diambil kira
keperluan murid unuk membentuk imej mental yang digunakan untuk berfikir dan
mengaitkannya dengan visual dan bunyi perkataan (Lee Lay Wah). Dalam
penguasaan simbol, kaedah digunakan adalah menggunakan tanah liat untuk
membina dan mengenal huruf. Hal ini dapat membantu Sally dalam mengenal
huruf-huruf yang dicipta olehnya (Davis). Patricia (2011) melalui kajiannya Effects of
the Clay Modeling Program on the Reading Behavior of Children with Dyslexia: A
Malaysian Case Study mendapati bahawa Program Pemodelan Tanah Liat
mempunyai kesan positif ke atas tingkah laku bacaan disleksia kanak-kanak. Kajian
yang dilakukan oleh Sharon Pfeiffer (2001) ke atas 86 orang murid-murid dari 2 buah
sekolah rendah di San Francisco menunjukkan murid-murid yang menggunakan
Model Pemulihan Disleksia Davis menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam
mengenal huruf dengan lebih tepat dan mengalami keseronokan dalam
pembelajaran.
Seterusnya, Sally akan dilatih dengan latihan membaca supaya melatih
matanya bergerak dengan betul dari kiri ke kanan dan mengenal huruf-huruf
perkataan bagi menghapuskan amalan melangkau barisan semasa membaca.
Picture-at-Punctuation merupakan satu strategi pemahaman teks (Ron Davis, 2010).
Kajian Impact of Davis Dyslexia Correction Method on the Adult DyslexicsReading
Skills di Iran oleh Shayan (2011) menunjukkan bahawa kaedah Davis memberi
tumpuan kepada kekuatan kumpulan bermasalah disleksia dan menggunakannya
dalam program intervensi linguistik.
Kajian yang dijalankan oleh Hayedeh Feizipoor (2005) The effectiveness of
Davis dyslexia correction method re-examine in Iran, ke atas empat orang
kanak-kanak dyslexia di Iran telah menunjukkan bahawa kumpulan yang
menggunakan kaedah kaunseling orientasi dan penguasaan simbol telah dapat
meningkatkan kemahiran membaca kanakkanak dislexia berbanding dengan
kanak-kanak yang tidak menggunakan kaedah ini.

http://jesoc.com/wp-content/uploads/2016/08/Edu-135.pdf

http://www.kemenpppa.go.id/lib/uploads/slider/aa675-apa-itu-disleksia.pdf

4.2 Kaedah Orton-Gillingham


Teknik mulltisensori merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan pelbagai
deria kanak-kanak seperti visual (penglihatan), audio (pendengaran), kinestetik
(pergerakan) dan testile (sentuhan). Pengajaran dengan menggunakan teknik
multisensori dapat merangsang penggunaan deria kanak-kanak seperti deria
penglihatan, deria rasa, deria pendengaran, deria sentuh secara tidak langsung
membantu otak kanak-kanak untuk memahami dan menterjemahkan perkara yang
dipelajari dalam bentuk yang lebih konkrit. Teknik multisensori diperkenalkan oleh Dr
Samuel Torrey Orton pada pertengahan tahun 1920. Beliau kemudianya
bekerjasama dengan Anna Gillingham dan menghasilkan kaedah kaedah
multisensori.

Kajian National Institutes of Child Health and Human Development di Amerika


mengatakan kaedah pembelajaran multisensori ialah kaedah yang paling efektif
untuk mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bacaan. Kajian tersebut
menunjukkan kaedah multisensori lebih berkesan daripada kaedah fonetik.
Menurut kajian Margaret Combley (2001) menyatakan pembelajaran untuk membaca
dan mengeja bergantung kepada keupayaan kanak-kanak untuk mendengar, melihat,
menyebut dan menulis. Kegagalan kanak-kanak dalam keupayaan ini menyebabkan
kanak-kanak tidak dapat menguasi kemahiran ini.
Menurut Abigail (2016) Terdapat beberapa pendekatan utama yang berbentuk
multisensori dalam mengajar membaca bagi kanak-kanak yang mengalami
kekeliruan huruf, seperti fono-grafik dan ejaan lisan serentak (SOS).
Fono-grafik ialah pendekatan multisensori, ia merupakan fonetik yang lebih laju
daripada Orton-Gillingham dan menggalakkan kanak-kanak mengaplikasikan konsep
dengan cepat dan membaca teks sebenar. Kaedah ini diperkembangkan oleh
Carmen dan Geoffrey McGuiness, yang merupakan penulis kepada buku Reading
reflex. Melalui kaedah ini pada permulaanya kanak-kanak diajar bahawa huruf ialah
gambar bunyi dan beberapa keping gambar bunyi mengandungi lebih daripada satu
huruf. Bermula dengan lapan gambar bunyi enam konsonan dan dua vokal-
kanak-kanak akan mula membina dan membaca perkataan. Kemahiran manipulatif
digunakan dalam beberapa permainan dan latihan, menggunakan papan putih dan
pen. Semasa latihan menulis, kanak-kanak menyebut bunyi setiap huruf semasa dia
menulis setiap perkataan.

Ujian ke pendidikan khas

Rawatan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di
bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Masalah ini boleh
dirawat tetapi tidak boleh diubati.

Punca disleksia
Doktor pakar dan penyelidik tidak pasti punca disleksia. Namun, punca disleksia
dipercayai merupakan akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada
keadaan yang normal. Beberapa bukti menunjukkan kepada kemungkinan bahawa
keadaan ini diwarisi. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia,
didapati mereka yang menghadapi disleksia bukannya mengalami kecederaan atau
kerosakan di bahagian otak tetapi cara otak mereka beroperasi berbeza daripada
orang yang bukan mengalami disleksia. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh
kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada
kemalangan.

Faktor genetik/ keturunan


Saintis Belanda dilaporkan dalam jurnal Dyslexia bahawa disleksia merupakan
masalah pembelajaran yang berkemungkinan besar diwarisi yang mempunyai
kerangka genetik yang rumit. Lebih daripada sepuluh tahun yang lalu, ahli-ahli
sains telah mengenal pasti beberapa calon genetik yang boleh menyumbang kepada
kecenderungan disleksia.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian
perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar
belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah
keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia
disebabkan oleh kromosom 15.1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara
turun-temurun. Hal ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian
keatas 12 kes pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12
kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman
kanak-kanak. Hallgren juga mendapati bahawa masalah disleksia banyak dihadapi
oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan dengan kadar 3 : 1 atau
2 : 1. Menurut beliau, hal ini disebabkan oleh orang lelaki lebih banyak memikul
tanggungjawab berbanding orang perempuan.
Selain daripada itu, simpton disleksia juga dihadapi oleh keluarga yang menggunakan
tangan kidal. Perkara ini adalah berteraskan pendapat John Bradford ( 1999 ) dalam
Kassan dan Abdullah ( 2010 ) yang menyatakan bahawa orang tua yang disleksia
tidak secara automatik menurunkan gangguan ini kepada anak-anaknya atau anak
kidal yang dikenalpasti disleksia tetapi menjadi antara punca masalah disleksia.
Berdasarkan penelitian yang dilakukan di Amerika, 80 peratus daripada seluruh
subjek yang diteliti mempunyai sejarah atau latar belakang anggota keluarga yang
mengalami masalah pembelajaran dan 60 peratus daripadanya adalah kidal. Hal ini
turut diakui oleh seorang ahli psikologi Amerika sekitar tahun 1920-an bernama Orton
yang mengemukakan perkara yang sama di mana kanak-kanak yang mengalami
masalah ini cenderung untuk menggunakan tangan kidal di dalam Pumfrey P. D. dan
Reason R.( 1991 ) serta Orton S.T ( 1926 ).

Masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku sejak dilahirkan.


Dalam tempoh lima tahun pertama selepas dilahirkan, seseorang kanak-kanak yang
sering mengalami selsema dan jangkitan kuman pada bahagian tenggorok, boleh
mempengaruhi pendengaran dan perkembangannya dari semasa ke semasa hingga
boleh menyebabkan kecacatan. Keadaan ini hanya dapat dipastikan melalui
pemeriksaan intensif yang terperinci daripada doktor pakar. Masalah pendengaran
yang dihadapi sejak dilahirkan akan menyebabkan otak yang sedang berkembang
akan sukar menghubungkan bunyi atau suara yang didengar dengan huruf atau kata
yang dilihatnya. Padahal, perkembangan pendengaran berkait rapat dengan
perkembangan kemampuan bahasa yang akhirnya menimbulkan masalah jangka
panjang, terutama jika disleksia ini tidak ditangani dengan segera khususnya
daripada doktor pakar

https://norazilasuboh.wordpress.com/dyslexia/
http://www.majalahsains.com/penyakit-disleksia/

http://www.kemenpppa.go.id/lib/uploads/slider/aa675-apa-itu-disleksia.pdf
RAWATAN UNTUK MASALAH DISLEKSIA

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di
bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh
dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan
secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.
Dalam proses mengenalpasti mengenalpasti kanak-kanak bersimpton
disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2000) iaitu secara
ujian dan secara senarai semak; kaedah senarai semak bertujuan untuk
mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan
sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond & Hughes
1999).

Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan, Ujian Saringan yang
mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan,
matematik dan kecerdasan, penglibatan, literaliti, urutan dan yang berkaitan.

Disleksia dapat disebabkan oleh faktor keturunan/genetis, adanya masalah


pendengaran sejak usia dini, dan dapat pula disebabkan oleh faktor kombinasi kedua
hal tadi. Cara rawatan yang dapat dilakukan terhadap penderita disleksia adalah:

Fakta rujukan kukuh dan kait dengan Sally

Anda mungkin juga menyukai