Anda di halaman 1dari 2

CATATAN REFLEKSI

1. Isu/ Perkara yang difokus:

Melaksanakan Sukan Mini ke-9 SJKC Chung Hwa Wei Sin

2. Analisis isu/ perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Saya telah mendapati bahawa Sukan Mini ini mempunyai banyak kekuatan. Sukan
Mini ini terdapat beberapa jenis permainan mengikut tahap masing-masing. Murid-murid
bertanding mengikut kelas dan darjah masing-masing. Mereka perlu bekerjasama
dengan kawan sekelas mereka untuk memenangi permainan tersebut. Dengan ini, murid-
murid dapat lebih mengenali dengan kawan sekelas mereka. Permainan-permainan ini
akan menguji semangat dan bakat murid-murid untuk menghadapi cabaran permainan
ini.

Selain itu, murid-murid Tahap 1 telah didedahkan dengan perbarisan masuk


padang dan keluar padang. Mereka dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan kelas lain
sambil bekerjasama untuk menjayakan perbarisan bagi murid-murid Tahap 1. Murid-
murid dapat pengalaman yang baru dalam Sukan Mini ini.

Saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pengendalian sesuatu Sukan


Mini serta dapat menjalankan tugas dengan baik. Saya dapat mengenali secara lebih
mendalami dengan guru-guru, guru besar, guru penolong kanan, para pentadbir dan
pekerja sekolah. Dalam proses penyediaan Sukan Mini ini, kami saling membantu dan
bekerjasama untuk menjayakan projek ini. Semua ahli jawatankuasa yang dilantik
memberi komitmen dan melaksanakan tugas mereka dengan baik. Guru pembimbing dan
guru-guru lain juga telah banyak membimbing saya dalam persiapan untuk Sukan Mini
ini.

Selain itu, saya berasa Sukan Mini ini dapat melahirkan murid-murid yang berani
dan yakin pada diri sendiri. Dengan ada Sukan Mini ini, murid-murid dapat membina
keyakinan diri mereka apabila mereka menampilkan diri mereka di hadapan khalayak
ramai secara tidak langsung.

2.2 Kelemahan

Projek ini juga mempunyai beberapa kelemahan yang harus diperbaiki. Perbarisan
murid-murid mengambil masa yang panjang kerana murid-murid tahap 1 tidak dapat
mengikut kehendak guru-guru. Murid-murid tidak teratur semasa latihan perbarisan.
Murid-murid merasa agak panas setelah matahari muncul. Mereka berasa kurang selesa
dan mula bising. Murid-murid mengambil masa yang panjang untuk bersedia dalam
perbarisan. Disebabkan murid-murid bermain permainan dalam Sukan Mini ini mengikut
darjah mereka masing-masing, mereka tidak dapat mencuba permainan lain.

3. Cadangan penambahbaikan

Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini, saya haruslah bersedia dengan lebih


banyak alternatif. Saya harus menetapkan masa persediaan untuk perbarisan supaya
murid-murid tidak mengambil banyak masa semasa hari Sukan Mini. Latihan harus
dititikberatkan supaya murid-murid dapat memahami tugas mereka semasa perbarisan.
Selain itu, murid-murid harus memahami tentatif dan peraturan permainan untuk
mengelakkan sebarang masalah semasa hari Sukan Mini. Saya juga dapat
memanjangkan masa untuk Sukan Mini lain kali supaya murid-murid dapat mencuba
lebih banyak permainan.

Anda mungkin juga menyukai