Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PROGRAM ANAK ANGKAT 2017

KELAB SEKTERIAT RUKUN NEGARA


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

BIDANG TUGAS:

1. Menyediakan kad jemputan kepada VIP jemputan.


2. Memastikan majlis berjalan mengikut atur cara majlis yang ditetapkan.
3. Menguruskan aktiviti penyampaian cendera hati.
4. Menyelia susun atur kerusi bagi VIP dan tetamu yang hadir.
5. Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke
tempat duduk yang sepatutnya.

KEKUATAN:

1. AJK protokol dengan kerjasama rakan-rakan yang lain telah dapat membuat
persiapan tempat dengan baik.
2. AJK protokol juga telah dapat membuat dan menghantar kad jemputan kepada
VIP yang terlibat dan para jemputan yang lain dengan lebih awal.
3. Majlis pembukaan dan penutupan juga dapat dijalankan mengikut tentatif yang
telah disediakan.

KELEMAHAN:

1. Tidak dapat menyediakan tag nama bagi tempat duduk VIP dan juga kerusi
tetamu jemputan yang lain serta peserta program.
2. Tidak dapat menyambut ketibaan para jemputan dengan baik kerana kurang
mengenali para jemputan yang terlibat seperti ketua kampung.

1
CADANGAN PENEMBAH BAIKAN:

1. Pada masa akan datang AJK protokol perlu dapat bersedia dengan lebih awal
dan menyediakan AJK kecil yang membantu melaksanakan tugasan AJK
protokol.
2. Selain itu pada masa akan datang haruslah sentiasa bertanya dan meminta
pandangan kepada orang yang lebih berpengalaman dalam tugasan protokol
majlis.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

_____________________

Anda mungkin juga menyukai