Generasi Z PDF
Generasi Z PDF
1
Generazi Z : Satu Pengenalan
2
sebelum ini. Maka, sudah tentu generasi Z menterjemah interaksi 'bersemuka'
melalui teknologi atas talian sebagai lebih praktikal dan mudah. Generasi Z juga
lebih arif dan tahu bagaimana untuk memaksimumkan faedah tersebut sebaik
mungkin.
Oleh kerana mereka telah menjalani kehidupan yang lebih tersusun daripada
nenek-moyang mereka, generasi ini dilihat mampu menjadi matang,
bertanggungjawab dan juga mempunyai nilai-nilai sosial yang tinggi. Generasi ini
memerlukan teknologi dalam kehidupan seharian mereka dan sangat bergantung
padanya. Jika generasi Z dibentuk dengan acuan yang betul, pastinya mereka boleh
mencapai lebih banyak kejayaan daripada generasi mereka yang terdahulu.
Walaubagaimana pun, sebaliknya generasi ini mungkin lemah dalam aspek
kemahiran interpersonal dan komunikasi fizikal. Justeru itu, mereka juga secara
umumnya tidak memberi fokus kepada aspek dan nilai-nilai kekeluargaan.
3
Perubahan Tingkah Laku Generasi Z
Mereka mempunyai pendapat dan prinsip yang jelas tetapi kurang senang
menerima sesuatu cadangan atau idea tanpa alasan atau fakta yang konkrit.
Perubahan tingkah laku generasi Y ke generasi Z begitu ketara. Bagi generasi Y,
fokus mereka adalah kepada pembelajaran secara formal yang dilihat menyumbang
kemahiran dan kepakaran dalam kerjaya, manakala generasi Z lebih cenderung
kepada pembelajaran secara maya, praktikal dan membina kepakaran daripada uji
dan cuba.
Ciri-ciri Generasi Z
Mereka tergolong dalam golongan yang sangat tidak sabar kerana mereka
mahukan hasil yang segera. Mereka tidak menganggap internet sebagai alat
tercanggih kepada manusia kerana internet sudah wujud bersama-sama mereka
selama ini. Cara mereka berkomunikasi ialah melalui komuniti dalam talian seperti
Google, dan Facebook. Mereka tidak membuat pertemuan bersemuka bersama
rakan-rakan mereka untuk membangunkan sesuatu perhubungan tetapi mampu
untuk membentuk satu komuniti besar dan membuat rangkaian secara besar-
besaran secara global tanpa perlu mengenali siapa pun secara peribadi. Mereka
tidak mempunyai kemahiran dalam pengucapan awam dan menganggap privasi
sebagai teras. Generasi mereka menganggap hidup bersama orang lain sebagai
satu pencerobohan ruang.
Demografi Generasi Z
Generasi Z berada dalam dunia maya dan mereka boleh berhubung dan
sampai ke mana-mana tempat menerusi internet. Mereka agak lemah dari sudut
ekspresi, komunikasi lisan, keyakinan dan kemahiran interpersonal. Oleh yang
demikian, mereka mungkin tidak berapa baik dengan generasi Y, yang ciri-cirinya
bertentangan dengan mereka.
5
Generasi Z kurang mempunyai kemahiran mendengar dan melayan dengan
baik. Ini mungkin mendatangkan masalah terhadap mereka apabila mereka
berkahwin dan memulakan insititusi kekeluargaan. Pendidikan dan kerja memainkan
peranan yang minimum dalam kehidupan mereka dan mereka tidak melihat
pendidikan sebagai satu cara hidup. Mereka lebih mementingkan pengetahuan
tentang teknologi. Dilahirkan semasa era digital, tentunya mereka lebih dapat
menyesuaikan diri dengan teknologi berbanding generasi lain.
Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh organisasi hari ialah untuk
menguruskan pekerja-pekerja dari generasi yang berbeza. Mereka yang tergolong di
dalam generasi Z, bakal memasuki pasaran kerja dan akan bekerjasama dengan
pelbagai generasi sebelum mereka. Pihak organisasi akan menghadapi masalah
menguruskan pekerja di kalangan perbezaan generasi. Masalah yang boleh timbul
mungkin dari aspek perbezaan pemikiran dan gaya komunikasi pekerja-pekerja yang
dilahirkan di zaman yang berbeza. Dengan anggaran setinggi 7 juta, di Malaysia,
generasi Y adalah golongan yang paling cepat berkembang daripada tenaga kerja
hari ini. Sebagai organisasi yang bersaing untuk bakat yang ada, majikan tidak boleh
mengabaikan keperluan, kehendak dan sikap pelbagai generasi di bawah kelolaan
mereka.
Perkhidmatan awam kini terdiri daripada empat generasi yang jauh berbeza
serta mempunyai kelainan persepsi dalam melaksanakan kerja. Baby Boomers,
generasi X, Y dan Z yang jurang usianya hampir 40 tahun di antara yang tua dan
muda, maka wujudlah pelbagai perspektif, keperluan dan sikap yang berbeza.
Walaupun kepelbagaian dalam tenaga kerja ini menggalakkan rangkaian bakat yang
lebih luas, selalunya boleh membawa pada idea yang bercanggah dan stereotaip.
Setiap kumpulan pekerja itu dibentuk oleh pengalaman yang unik berdasarkan cara
mereka membesar dan melaksanakan tanggungjawab.
Penutup
Generasi Z adalah generasi kini yang akan memimpin dan menerajui negara satu
masa nanti. Justeru, isu perbezaan nilai, pandangan dan perspektif antara generasi
boleh diatasi sekiranya komunikasi daripada dua generasi dapat diuruskan dengan
baik. Umpamanya generasi Baby Boomers yang kini sedang menerajui kepimpinan
mesti bersedia berkongsi pengalaman, pemikiran dan kepakaran mereka dengan
generasi muda. Sementara itu, generasi muda juga harus menjadi pendengar yang
baik dan proaktif menimba ilmu dari pengalaman orang lain dan mampu mengolah
situasi zaman dengan pendekatan dan cara dan bersesuaian. Jurang generasi ini
sebenarnya boleh dirapatkan sekiranya setiap daripada kita mempunyai
kecenderungan yang tinggi untuk belajar dan reflektif terhadap ilmu, nilai dan
pengalaman orang lain serta mampu menghubung dan mengintegerasi dengan
keperluan zaman kini.
7
Rujukan
Lancaster & Stillman (2003). When Generations Collide: Who They Are. Why They Clash.
How to Solve The Generational Puzzle at Work . Harper Collins.
Taspcott, Don (2008). Grown Up Digital: How the Net Generation is Changing Your World.
McGraw-Hill.