Anda di halaman 1dari 21

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

ASAS PANGKALAN DATA

Perwakilan Keperluan Pangkalan Data


TOPIK 1

Bina Struktur Jadual


TOPIK 2

Bina Entity Relationship Diagram (ERD)


TOPIK 3

OBJEKTIF

Di akhir Modul ini anda sepatutnya dapat:-

Menerangkan konsep pangkalan data

Membina struktur jadual

Membina Entity - Relationship Diagram (ERD)

Wizni/KKPG/2013 1
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

TOPIK 1
PERWAKILAN KEPERLUAN PANGKALAN DATA

HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir topik ini, pelajar akan dapat:-


mengenalpasti permasalahan sistem manual
menamakan sistem yang akan dibangunkan
mendapatkan perisian yang akan digunakan untuk membangunkan
sistem.

1.1 PENGENALAN
Pangkalan Data digunakan secara meluas di dalam setiap sudut kehidupan manusia hari
ini secara sedar atau tidak. Ia boleh didapati di kebanyakan organisasi sama ada kecil atau
besar. Pangkalan Data digunakan untuk menyimpan, memanipulasi dan mencapai data di
kebanyakan organisasi. Ia merupakan satu koleksi data yang disimpan dalam format yang
piawai dan direka khusus supaya mampu untuk berkongsi data dengan ramai pengguna.

Berikut adalah contoh Pangkalan Data:


a. Kolej
Sistem pangkalan data pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang mengandungi
maklumat berkenaan peribadi, kursus, keputusan peperiksaan dan lain-lain.
Untuk mendaftar kursus, masukkan login id dan katalaluan. Kedua-dua ini
diguna untuk mencapai pangkalan data kursus & pangkalan data peribadi.
Sahkan kursus yang akan diambil, pangkalan data kursus akan
dikemaskinikan.

Wizni/KKPG/2013 2
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

b. Pasaraya
Semasa membuat bayaran barang-barang yang dibeli di TESCO, setiap
barang diimbas menggunakan pembaca bar code.
Ini dihubungkan dengan program aplikasi yang menggunakan bar code untuk
mencapai harga barang dari pangkalan data produk.
Program akan menolak bilangan barang dalam stok. Jika stok di paras perlu
order semula, di mana sistem pangkalan data akan order secara automatik

c. Perpustakaan
Perpustakaan Tun Sri Lanang mempunyai pangkalan data mengandungi
maklumat buku, peminjam, tempahan dan lain-lain.
Buku boleh dicari mengikut judul, penulis atau bidang subjek melalui
Gemilang (indeks berkomputer)
Sistem pangkalan data membolehkan penempahan buku.
Sistem ini juga perlu pembaca bar code untuk merekod buku yang keluar
masuk dari perpustakaan

1.2 ISTILAH ASAS PANGKALAN DATA

Istilah Maksud Contoh

Data Fakta asas 1998, Sejarah

Maklumat Data yang telah diproses dan berada Bilangan buku


dalam struktur yang berguna untuk Sejarah pada tahun
membolehkan keputusan dibuat 2000

Persekitaran Organisasi di mana pangkalan data Perpustakaan


(Dunia Nyata) direka bentuk dan dibangunkan.

Entiti Suatu objek yang unik dan boleh dikenal Pengarang


pasti di dalam persekitaran tertentu.

Atribut/ Medan Ciri-ciri yang menghuraikan tentang NamaPengarang,


/ Item Data sesuatu entiti.

Wizni/KKPG/2013 3
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Istilah Maksud Contoh

Rekod Sekumpulan atribut/medan/item data yang AA61.90, Sejarah,


ber- hubungkait (secara logik) Zain

Fail Sekumpulan rekod-rekod yang Buku


berhubungkait.

Pangkalan Koleksi data yang berhubungkait Katalog


Data

1.3 SISTEM FAIL TRADISIONAL


Sistem Fail Tradisional adalah sistem sedia ada yang digunakan iaitu penyimpanan secara
manual. Contoh : Unit Pengambilan menyimpan maklumat pelajar dalam kabinet (sistem
fail manual) di mana fail-fail pelajar dilabel dan disusun mengikut kelas. Kaedah ini sesuai
jika fail-fail hanya diguna untuk stor dan mencapai data biasa. Walaubagaimanapun sistem
fail manual ini akan gagal sekiranya perlu menyilang kait dan memproses maklumat dalam
fail seperti untuk mendapatkan perbandingan keputusan peperiksaan yang lebih baik bagi
pelajar tahun 1 pada semester 2 dan semester 1.

1.3.1 Konsep Sistem Fail


Sistem Fail adalah usaha awal dalam mengkomputerkan sistem fail manual bagi
menbolehkan capaian data yg lebih efisyen. Sistem Fail merupakan koleksi atur cara
aplikasi yang melaksanakan perkhidmatan (contoh: pengiraan, pengisihan data dan
penjanaan laporan) kepada pengguna akhir. Bagi carian sebarang maklumat hanya dengan
membuka Sistem Fail dan mencari satu persatu dari awal hingga maklumat yang
dikehendaki diperolehi dan juga boleh membina sistem indeks utk pencarian lebih pantas.

Wizni/KKPG/2013 4
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

FA IL STOK
NoStok, NamaStok, A plikas i atur c ara
Kuantiti, Paras Min, sistem pengeluaran
Kos /unit

FA IL JUA LA N
NamaPel,A lamat,NoInvois,
NoItem,NamaStok,A maun, A plikas i atur c ara
Kos /item,KosTempahan, sistem jualan
HadKredit

FA IL A KA UN
NamaPelanggan, A plikas i atur c ara
NoInv ois, sistem kew angan
Kos Tempahan,
Bay aran, HadKredit

Rajah 1 Konsep fail biasa untuk persekitaran kilang pembuatan

1.3.2 Kelemahan Konsep Fail Biasa

i. Duplikasi Data (Pertindihan Data)


Data Lewah (Data Redundancy)
Ketidakselarasan Data
Kawalan Data yang Lemah

ii. Pengasingan Data di mana data disimpan di dalam fail yang berbeza

iii. Kebersandaran Format Data iaitu struktur fail sukar dipinda kerana
ditentukan oleh program

iv. Ketidakserasian Fail iaitu berlainan struktur atau program

v. Kesukaran Mewakilkan Data Organisasi dimana data tidak dapat dihasilkan


dapat bentuk yang dikehendaki

Wizni/KKPG/2013 5
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

1.4 KONSEP PANGKALAN DATA


Pangkalan data sebagai koleksi data logikal yang berkaitan dan koleksi data tersebut
disusun supaya kandungannya dapat dikeluarkan, diurus dan dikemaskini dengan mudah.

Aplikasi pangkalan data adalah satu program yang berinteraksi dengan pangkalan data
pada masa-masa program execution.

Sistem pangkalan data merupakan satu koleksi program aplikasi yang berinteraksi
dengan pangkalan data.

Rajah 2 Perbezaan Antara Sistem Fail dengan Sistem Pangkalan Data

1.4.1 Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD)


Sistem Pengurusan Pangkalan Data(Database Management System) merupakan
Perisian yang mengurus dan mengawal capaian kepada pangkalan data

Wizni/KKPG/2013 6
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Rajah 3 SPPD(DBMS) mengurus interaksi antara pengguna dengan pangkalan data


melalui SPPD

1.4.2 Komponen Persekitaran SPPD (DBMS)


Terdapat 5 Komponen Utama dalam Persekitaran Pangkalan Data
i. Perkakasan
ii. Perisian
iii. Data
iv. Prosedur
v. Orang/Individu

i. Perkakasan
Perkakasan merupakan alatan fizikal yang perlu digunakan bagi melarikan
sistem pangkalan data. Ia bergantung kepada keperluan organisasi dan DBMS
yang digunakan. Keperluan paling utamanyaa dalah dari segi kapasiti storan
primer (memori) dan storan sekunder yang besar bagi menampung urusan
perkongsian data yang agak kompleks. Perkakasan utama yang diperlukana
dalah sebuah komputer.

Wizni/KKPG/2013 7
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

ii. Perisian
Komponen perisian terdiri drpd;
a. Perisian SPPD mempunyai 4G tools, membolehkan pembangunan
aplikasi yang cepat, menyediakan query language, penjana laporan,
penjana borang, penjana grafik & penjana aplikasi
b. Program aplikasi dibangunkan menggunakan 3GL (C, C++, VB, Java)
atau 4GL dlm 3GL (SQL)
c. OS (Sistem Pengoperasian) merupakanpPerisian rangkaian (jika SPPD
digunakan pada rangkaian)

iii. Data
Merupakan komponen terpenting dan fakta asas bagi keperluan maklumat
sesuatu organisasi. Maklumat pelajar = keputusan peperiksaan dan lain-lain.
Guru = matapelajaran dan lain-lain

iv. Prosedur
Pengamal dan pengguna akhir bertindak sebagai penggerak sistem pangkalan
data dengan mengikuti beberapa peraturan dan tatacara tertentu. Ianya meliputi
peraturan, piawaian, panduan rekabentuk dan penggunaan pangkalan data.

v. Orang/Individu
Individu yang terlibat:
Pengguna akhir individu/organisasi yang mencapai dan menggunakan
pangkalan data. contohnya, pelajar, guru dan ibubapa.
Pemilik (pentadbir) data mengarahkan pembangunan sistem pangkalan
data.
Pentadbir Pangkalan Data (DBA) menentukan system keselamatan,
pemulihan bencana, kaedah capaian dan memilih DBMS.
Pengaturcara program bertanggungjawab membuat kod aturcara

Wizni/KKPG/2013 8
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Pemasuk data memasukkan dan mengemaskini data. Contoh; kerani


sekolah

Rajah 4 Persekitaran Sistem Pangkalan Data

1.4.3 Jenis SPPD


a. Bilangan Pengguna - Pengguna Tunggal, Pengguna Berbilang
b. Lokasi Terpusat, Teragih
c. Kegunaan - Transaksi/Produksi,Sokongan Keputusan

1.4.4 Kebaikan & Kelemahan SPPD


Kebaikan SPPD:
i. Kawalan terhadap data lewah kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi
(Meminimakan perulangan / lewahan data ).
ii. Keselarasan data yang lebih tinggi apabila kawalan terhadap data lewah
dilaksanakan (Mewujudkan data yang kosisten).
iii. Kebebasan data dari program struktur fail tidak bersandar kepada bahasa
pengaturcaraan yang digunakan untuk bangunkan program mudah untuk
mengubah struktur fail seperti saiz data item.

Wizni/KKPG/2013 9
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

iv. Perkongsian data di antara individu atau jabatan tinggi kerana data dipunyai oleh
organisasi dan bukan individu atau jabatan tertentu (Kebolehcapaian data).
v. Integriti data data yang sah dan stabil, khidmat baik pulih, sokongan dan
keselamatan yang lebih baik seperti penggunaan kata laluan, penyulitan serta
penambahan kawalan serempak (Penyelarasan keselamatan, privasi dan
integriti)
vi. Piawaian data dapat dilaksanakan disebabkan konsep perkongsian dan
pengendalian data terpusat (Penguatkuasaan dan keseragaman piawaian).
vii. Lebih ekonomi dari segi tenaga manusia, storan dan kos (Mengurangkan
penyenggaraan program).
viii. Pengurangan konflik di antara pengguna kerana data terletak di bawah
pengurusan(Integrasi dan kewibawaan data)
ix. Kesediaan data yang lebih baik disebabkan SPPD menyediakan kemudahan
pertanyaan dan penjanaan laporan yang mudah (Menyediakan data berkualiti).
x. Penambahan produktiviti disebabkan pengurangan dari segi atur cara
berbanding dengan kaedah fail biasa.

Kelemahan SPPD:
i. Kekompleksan proses pembangunan akan memberi kesan kepada prestasi
sistem.
ii. Saiz SPPD yang besar melibatkan storan yang banyak.
iii. Kos pembinaan SPPD dan penyediaan perkakasan lain yang tinggi.
iv. Kos peralihan dan larian sama ada dari sistem manual atau sistem fail biasa
kepada sistem pangkalan data yang tinggi.
v. Kesan kegagalan lebih tinggi kerana pengguna dan aplikasi amat bergantung
kepada SPPD.

Wizni/KKPG/2013 10
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

TOPIK 2
BINA STRUKTUR JADUAL

HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir topik ini,pelajar akan dapat:-


mengenalpasti entiti yang terlibat dalam pembinaan struktur jadual
mengenalpasti atribut bagi setiap entiti
mengenalpasti kekunci jadual
menghasilkan jadual
menghasilkan rajah aliran data

2.1 PENGENALAN

Entiti adalah suatu objek yang unik dan boleh dikenal pasti di dalam persekitaran tertentu.

Persekitaran(Dunia Nyata) merupakan organisasi di mana pangkalan data direka bentuk


dan dibangunkan.

Atribut/Medan/ Item Data adalah ciri-ciri yang menghuraikan tentang sesuatu entiti.

Rekod merupakan sekumpulan atribut/medan/item data yang berhubungkait (secara logik)

Fail adalah sekumpulan rekod-rekod yang berhubungkait

Wizni/KKPG/2013 11
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Contoh Persekitaran : Perpustakaan

Atribut Nama
Fail : Buku

R No. ISBN Tajuk Buku Nama Pengarang Tahun Penerbit


E
K
O
D

Atribut Nilai
Contoh Analisis Kes Pangkalan Data:
Contoh Data yang Sistem yang terlibat Kegunaan Pangkalan Data
terlibat
Pasaraya: Barang Sistem Rekod Pembelian Merekod transaksi yang
Kuantiti merekod setiap pembelian berlakupembelian,
barang yang berlaku pembayaran
Harga barang Mengawal stok inventori
Pembeli Sistem Inventori menyimpan tentukan stok sentiasa cukup
Resit rekod inventori barang-barang Analisa jualan merekod
Pembekal yang terdapat di pasaraya. jualan yang berlaku untuk
menganalisa prestasi jualan
harian.

Contoh Data yang Sistem yang terlibat Kegunaan Pangkalan Data


terlibat
Library Buku Sistem Katalog Merekod bahan-bahan yang
jurnal menyimpan rekod-rekod terdapat di dalam library
tajuk bahan yang disimpan di library
peminjam Sistem Carian Memudahkan fungsi carian
tarikh pinjam menyediakan fungsi bahan.
due date carian untuk mencari
bahan di library
sistem pinjaman Merekod maklumat bahan
menyimpan rekod-rekod yang dipinjam oleh pengguna
peminjaman dan
pemulangan bahan

Wizni/KKPG/2013 12
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Contoh Data yang Sistem yang terlibat Kegunaan Pangkalan Data


terlibat
Universiti pelajar Sis. Mak. Pelajar Merekod, menyimpan,
pensyarah menyimpan rekod-rekod pelajar kemaskini maklumat pelajar,
kakitangan Sis. Mak. Staff pensyarah, kakitangan.
kursus maklumat staff
yuran
gaji Sis. pendaftaran pelajar Merekod, memantau rekod
keputusan merekod pendaftaran pelajar. pembayaran yuran pelajar

Sistem Keputusan Merekod, mengira dan


Merekod keputusan menganalisa keputusan
peperiksaan pelajar.

Contoh Data yang Sistem yang terlibat Kegunaan Pangkalan Data


terlibat
Klinik Pesakit Sistem Mak. Pesakit rekod, simpan, semak rekod
Doktor menyimpan rekod pesakit pesakit.
Ubat Sistem Iventori rekod, simpan, kawal stok
Penyakit menyimpan rekod ubat. pharmacy.
Rawatan Sistem Jadual Bertugas Mengalert temujanji yang
Temujanji Doktor menyimpan rekod berlaku.
bertugas doktor atau jururawat. Mendiagnose penyakit
Sistem Rawatan pesakit.
menyimpan rekod rawatan
pesakit. Memudahkan proses
Sistem temujanji. penjandualan bertugas.

2.2 JENIS PANGKALAN DATA

Terdapat empat (4) jenis Pangkalan data, iaitu :-

i. Pangkalan Data Hirarki


Menyusun rekod mengikut pepohon iaitu menggunakan konsep bapa dan anak.
Sesuai digunakan sekiranya terdapat hubungan antara satu ke banyak. Memerlukan
struktur data dinyatakan terlebih dahulu dan berbentuk statik

Wizni/KKPG/2013 13
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

ii.Pangkalan Data Rangkaian


Membenarkan hubungan banyak ke banyak. Struktur data perlu dinyatakan terlebih
dahulu sebelum digunakan.

iii. Pangkalan Data Hubungan


Mudah dibina dan digunakan. Merupakan jenis pangkalan yang mudah diguna,
mudah urus dan banyak digunakan. Struktur pangkalan data tidak perlu dinyatakan
terlebih dahulu. Data disusun di dalam jadual terdiri daripada lajur dan baris.

iv. Pangkalan Data Berasaskan Objek


Merupakan kaedah baru dalam pengurusan data. Ia akan menakrif objek-objek yang
boleh diguna semula di dalam banyak program dan menggunakan kaedah
encapsulation (teknik dimana atribut dan kaedah ditakrifkan dalam kelas yang
sama).

2.2.1 Ciri-ciri Pangkalan Data Hubungan


Data di dalam pangkalan data disusun dalam bentuk jadual yang terdiri
daripada baris dan lajur
Satu hubungan (jadual) mempunyai nama yang berbeza daripada nama
hubungan-hubungan yang lain
Setiap atribut (lajur) mempunyai nama yang berbeza
Susunan atribut tidak mempunyai kepentingan
Setiap rekod (baris) adalah berbeza

2.2.2 Struktur Data


a. Hubungan
Hanya digunakan di dalam struktur logikal sahaja.

Ciri-ciri hubungan :-
Setiap rekod mewakili kejadian satu entiti berdasarkan set entiti.
Setiap lajur mewakili atribut, dengan nama yang bersesuaian.
Setiap pertindihan rangkap dan lajur mewakili satu nilai data.

Wizni/KKPG/2013 14
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Setiap jadual mempunyai sekurang-kurangnya satu atribut atau kombinasi


atribut yang mengenalpasti setiap baris secara unik. (Kunci utama)
Setiap nilai rangkap hendaklah sama format datanya.
Setiap rangkap mempunyai domain atribut.
Susunan baris dan rangkap dalam SPPD tidak menjadi sesuatu masalah.

Jenis Data :-
i.Numerik
Merupakan perwakilan Aritmatik yang bermakna.
Contoh :CGPA = 3.54 dan Tempoh masa = 20
ii.Character
Juga dikenali sebagai text data atau string data.
Contoh :Nama = Nursafi dan telefon : 89210007
iii.Date
Mewakili tarikh dalam kalendar.
Contoh :29/12/2003 dan 12/29/2003
Kebanyakan DBMS sekarang membenarkan pengguna
mentakrif sendir format tarikh yang dikehendaki.
iv.Logical
Data dinyatakan dalam bentuk true atau false (yes or no)
Contoh :Bayaran = Ya

b. Atribut
Lajur yang dinamakan dlm hubungan.
Ia menerangkan ciri-ciri entiti.
Nama atribut yang digunakan hendaklah memberi pengertian yang jelas
kepada semua pihak.
Cth : staff_no (:- Nombor staf)
stu_phone (:- nombor telefon pelajar.)

Wizni/KKPG/2013 15
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Nama Hubungan
Atribut

STUDENT
sid name login age gpa
53666 Jones jones@cs 18 3.4
hubungan
53688 Smith smith@eecs 18 3.2
53650 Smith smith@math 19 3.8

Rajah 2.1 Contoh Hubungan Pelajar

c. Istilah alternatif

Formal Terms Alternative 1 Alternative 2

Hubungan Jadual Fail

Rangkap Baris Rekod

Atribut Lajur Medan

2.2.3 Skema Hubungan

Skema hubungan dinyatakan dalam 2 format iaitu


i. Pernyataan teks
NAMA HUBUNGAN(Atribut 1, Atribut 2,.Atribut N)
Contoh: PELAJAR(NoMatrik, Nama, Alamat, Bidang)

ii. Perwakilan grafik

Atribut 1 Atribut 2 Atribut.. Atribut N

contoh: PELAJAR

NoMatrik Nama Alamat Bidang

Wizni/KKPG/2013 16
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

2.2.4 Integriti Data Hubungan

Terdapat dua Kunci hubungan iaitu Kunci Utama dan Kunci Asing.

Kunci Utama adalah satu atau beberapa atribut yg dipilih utk mengenalpasti
rangkap dengan unik dalam hubungan.Ianya digariskan

Kunci asing merupakan kunci utama sesuatu hubungan muncul dalam hubungan
lain. Ianya ditandakan dengan garisan putus-putus.

PEMBEKAL

*Kunci Utama

PRODUK hubungan

Kunci Asing

* Kunci utama tidak boleh null

2.3 RAJAH ALIRAN DATA (DATA FLOW DIAGRAM)

Rajah Aliran Data(DFD) secara grafiknya menerangkan aliran data dalam sesebuah
organisasi. Ia digunakan untuk mendokumen sistem sedia ada dan untuk
merancang dan merekabentuk yang baru. Satu set DFD menyediakan sebuah
model logikal yang menunjukkan apa sistem lakukan, bukan bagaimana ia
dilakukan.

Wizni/KKPG/2013 17
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

2.3.2 Rajah Konteks


Rajah Konteks merupakan pandangan paras-atas sebuah sistem maklumat
yang menunjukkan sempadan dan skop. Ianya tidak menunjukkan sebarang
storan data di dalam rajah konteks kerana storan data adalah dalaman
kepada sistem. Dimulakan dengan melihat keperluan sistem untuk
mengenalpasti kesemua sumber dan destinasi data luaran. Seterusnya
merekod nama entiti dan nama & kandungan aliran data, dan arah aliran
data. Apa yang membuat satu sistem lebih kompleks daripada yang lain ialah
bilangan komponen, paras, dan darjah interaksi sesama proses, entiti, storan
data, dan aliran datanya

Wizni/KKPG/2013 18
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

TOPIK 3 Bina Entity-Relationship Diagram (ERD)

HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir topik ini, pelajar akan dapat:-


Mengenalpasti simbol-simbol pembinaan ERD
Menerangkan fungsi-fungsi setiap simbol
Jenis-jenis hubungan
Menghasilkan ERD

3.1 PENGENALAN
Entity Relationship Diagram(ERD)merupakan sejenis alatan yang digunakan khusus
untuk memodelkan data. Data Didalam sistem akan dikelaskan kepada beberapa
kumpulan yang dinamakan sebagai entiti. Seterusnya perkaitan diantara dua entiti
dikenalpasti. Jadual,medan dan rekod mempuyai perkaitan yang rapat dengan ERD.
Entiti dapat membantu mengenalpasti jadual yang akan digunakan. Manakala atribut
bagi entiti dapat digunakan untuk mengenalpasti medan didalam jadual

3.2 SIMBOL ERD


Terdapat 3 Komponen yang digunakan:-
a. Entiti

Sesuatu yang mempunyai data untuk disimpan.


Entiti terdiri daripada elemen persekitaran,sumber atau transaksi.

Wizni/KKPG/2013 19
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Cth: pelanggan,buku,kereta,pasaraya,perpustakaan
Entiti mempunyai attribut yang dikenali sebagai ciri atau sifat.

STAF PELAJAR KURSUS

Contoh Perwakilan Entiti dalam ERD

BIL JENIS CONTOH


1 Orang STAF, PELAJAR, PENSYARAH
2 Tempat DAERAH, BANDAR, NEGERI
3 Objek BANGUNAN, PERALATAN,
PRODUK
4 Peristiwa PENDAFTARAN, PERMOHONAN
5 Konsep KURSUS, AKAUN

Contoh Jenis Entiti yang lazim


digunakan

b. Hubungan

Perkaitan yang wujud diantara dua entiti.


Hubungan biasanya dilabelkan menggunakan kata kerja.
Contoh: mendaftar,mempunyai,mengisi,meminjam

Wizni/KKPG/2013 20
MODUL ASAS PANGKALAN DATA

c. Attribut

Diwakili simbol elips.


Setiap set entiti terdiri daripada beberapa atribut.
Merupakan ciri-ciri dalam sesuatu entiti.

3.3 Jenis-Jenis Hubungan Entiti

Jenis Penerangan
Hubungan

1:1 Satu kes entiti mempunyai hubungan dengan satu kes entiti yang lain.
(one to- one) Contoh : Seorang pelajar mempunyai satu kad matrik sahaja

1:M Satu kes entiti mempunyai hubungan dengan lebih daripada satu kes
(One-to-many) entiti yang lain.
Contoh: Seorang pelajar boleh mendaftar banyak kursus

M:M Banyak kes entiti mempunyai hubungan dengan banyak kes entiti
(many-to-many) yang lain.
Contoh: Ramai pelanggan membeli pelbagai jenis barang

Wizni/KKPG/2013 21

Anda mungkin juga menyukai