Anda di halaman 1dari 1

PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD) SEPAK TAKRAW

1.0 PENDAHULUAN

Ketika negara kita Malaysia sedang pesat membangun dan sedang memacu kecemerlangan ke arah
negara maju menjelang tahun 2020. Pihak pengurusan PLD bertangggung-jawab bagi menyediakan
modal insan yang berkualiti tinggi dan bersedia sepenuhnya meneruskan kesinambungan
kecemerlangan negara pada masa hadapan. Pembangunan Modal Insan bukan hanya meliputi aspek
akademik atau kurikukulum semata-mata, malah haruslah meliputi aspek kokurikulum bagi
mempastikan perkembangan modal insan yang seimbang dan menyeluruh.
Oleh itu, Perancangan Strategik Bidang Pengurusan PLD Sepak Takraw ini diharapkan dapat
menjadi garis panduan bagi menjayakan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan bidang PLD Sepak
Takraw di sekolah ini pada masa akan datang. Rancangan strategik ini haruslah bersifat mudah
lentur atau fleksibel bagi membolehkan pihak pengurusan menjalankan aktiviti mengikut keperluan,
sumber yang sedia dan situasi semasa.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) menekankan bahawa setiap organisasi
perlu menjuruskan strategi ke arah elemen-elemen yang terkandung di dalam PPPM itu sendiri.
Realiti sesuatu perancangan jangka panjang perlu melalui satu proses yang dirangka dan dirancang
dengan melihat keperluan, analisis dan strategi yang mantap. Sebelas anjakan yang terkandung di
dalam PPPM adalah fokus dalam merangka strategi jangka panjang untuk merealisasikan aspirasi
Negara.
Anjakan ke tiga dalam sebelas anjakan PPPM adalah merupakan fokus bidang PLD Sepak Takraw. Bagi
memastikan modal insan yang dihasilkan mencapai sasaran kualiti yang telah ditetapkan, usaha bersepadu
diharap dapat menepati aspirasi ini. Para pelajar diberikan penekanan dalam aspek sahsiah ungggul dan
cemerlang pencapaiannya serta mempunyai nilai jati diri acuan negara kita Malaysia. Hal ini selaras dengan
enam aspirasi nurid yang akan akhirnya melahirkan modal insan berprestasi tinggi tetapi seimbang sahsiahnya.

Anda mungkin juga menyukai