Anda di halaman 1dari 3

Muzik, Tarian dan Seni Bina

Tarian

Hasil daripada asimilasi dan integrasi inilah, maka terhasilnya suatu budaya yang unik
dengan tarikan serta keistimewaan tersendiri. Semua itu ibarat kilauan mutiara dan emas yang
memperkayakan kesenian, kebudayaan serta pembinaan China sebagai sebuah negara. Kini, lagu,
tarian dan seni muzik etnik minoriti menjadi pusat perhatian serta daya tarikan pelancongan bukan
sahaja di China tetapi juga di kalangan negara-negara luar. Semua kumpulan etnik minoriti suka
menyanyi dan menari. Ini telah menjadi identiti dan salah satu ciri penting terhadap komuniti
tersebut terutamanya yang tinggal di Xinjiang. Setiap mereka menampilkan gerak dan gaya tarian
serta muzik yang berlainan.

Tarian rakyat Uygur dapat dibezakan daripada tarian kumpulan etnik yang lain melalui
pergerakan kepala dan pergelangan tangan. Dalam tarian mereka, kepala biasanya akan
dimiringkan dengan dada mara ke hadapan dan pinggang yang tegak. Tarian ini diiringi pula dengan
muzik mereka yang hebat dan cemerlang. Dalam muzik Uygur terdapat lagu berbentuk puisi, cerita,
nada tan dan bahagian instrumental. Muzik etnik lain tidak dapat menandingi kehebatan dan
susunan muzik Uygur yang rapi. Muzik 12 Muqam dipersembahkan dalam skala yang besar dan
kerana itu ia dikenali sebagai ibu muzik Uygur.

Satu lagi hiburan tradisional Uygur yang penting dan mempunyai sejarah panjang ialah
Meshrep. Semua orang Uygur tidak kira lelaki atau wanita dan tua atau muda suka untuk ikut serta
dalam persembahan tersebut. Tiada batasan yang tetap terhadap bilangan pemain dan juga berapa
lama persembahan itu akan berlangsung. Hiburan ini boleh dimainkan pada bila-bila masa sama ada
senia,,a berlangsungnya perayaan atau sambutan perkahwinan. Orang Uygur akan menyanyi dan
menari dalam suasana yang mesra serta rancak. Meshrep adalah satu aktiviti hiburan yang paling
popular di dalam masyarakat Uygur.

Terdapat satu lagi jenis tarian rakyat lama yang popular di kalangan orang Uygur ialah
Dolan. Tarian yang dipersembahkan cukup bertenaga. Dolan adalah nama lama bagi orang Uygur
yang tinggal di beberapa tempat di Lurah Tarim. Mereka membangunkan wadi-wadi di tepi Gurun
Taklamakhan. Orang Uygur yang tinggal di Meget, Bachu, Shache dan Awati menggelar din mereka
sebagai Dolan. Begitu juga dengan tempat tinggal mereka yang dipanggil Dolan. Muzik dan tarian
Dolan mempunyai kisah dan kaitan dengan aktiviti memburu. Lantaran itu, tarian tersebut ditarikan
dengan irama yang lembut, penampilan yang lucu dan dengan emosi yang kuat. Kaum lelaki dan
wanita Uygur suka pada tarian ini. Malahan semua orang di Xinjiang menggemarinya.

Seni Bina

Apabila kita berjalan-jalan di sekitar jalan dalam kota atau bersiar-siar di kawasan
perkampungan, para pengunjung yang bertandang ke Xinjiang pasti akan tertarik gaya seni bina
istimewa masyarakat etnik di sana. Reka bentuk bangunan mereka sangat unik dengan ciri-ciri etnik
yang kuat.

Di antara bangunan dan binaan monumen itu ialah menara lama Sugong Turpan, menara-
menara Gendang dan loceng Huocheng. Keistimewaan dan keunikan seni bina itu juga dapat dilihat
pada makam Raja Apak-Hoja Kashgar, astakd Taman Rakyat Chaoyang di Urumqi dan dataran-
dataran di kota-kota moden. Semua itu menjadi simbol kepada budaya etnik dan hubungannya
dengan kumpulan etnik yang tinggal di situ.
Wilayah Xinjiang menjadi tempat kediaman bagi pelbagdi golongan etnik. Jadi, wilayah itu
menampilkan kepelbagaidd budaya, kesenian, seni bina, lukisan dan seni pahat dengdi sejarah serta
latar belakang yang berlainan. Gaya Islam mengambil tempat yang dominan dalam seni bina etnik
Xinjiang. Hal ini disebabkan kebanyakan penduduk tempatdi di wilayah itu beragama Islam. Seni
bina masjid-masjid di Xinjiang amat indah sekali dengan dekorasi yang bercirikdii Islam dan dihias
cantik. Masjid-masjidnya mempunyai ruang lapang dan halaman dalam. Bahagian luar dalam masjid
terbuka untuk pada para pengunjung untuk mendirikan solat pada musim panas. Pintu pagarnya
dicat dan diukir dengan gaya Arab. Semua bangunan dalam masjid dihiasi dengan ukiran kayu, bata-
bata yang dicat dan gambar-gambar yang cantik. Masjid Id Kah yang terletak di tengah-tengah
Kashgar, Masjid Shache Jiaman dan Masjid Kuche merupakan antara masjid-masjid yang paling
terkenal di Xinjiang. Masjid Shanxi di kota Urumqi mempunyai gaya seni bina pedalaman China
yang menjadikannya istimewa berbanding dengan masjidmasjid lain yang biasanya memperlihatkan
seni bina Asia Tengah.

Di kota Urumqi juga terdapat tokong Confucius yang meliputi kawasan seluas 2 ribu meter
persegi. Ruang bangunannya ialah kira-kira 600 meter persegi dan is merupakan satu-satunya
bangunan tokong di Xinjiang yang telah wujud sejak zaman Dinasti Qing lagi. Tokong Confucius ini
telah diisytiharkan sebagai tapak kebudayaan kota pada tahun 1979. Bangunan ini jelas
menunjukkan pengaruh seni bina gaya pedalaman China di wilayah Barat.

Rumah-rumah kediaman orang Uygur pula dipenuhi dengan ukiran corak bunga pada
bahagian bumbung, ruang tingkap dan pintu. Disediakan juga bahagian ceruk untuk meletakkan
barang-barang dan kraf tangan. Di kawasan desa, koridor atau halaman rumah dipayungi dengan
pokok anggur yang bergantung, bunga-bunga dan pokok buah-buahan yang lain menjadikan
rumah-rumah mereka begitu aman dan selesai untuk didiami. Rumah-rumah yang paling menarik
terletak di lorong Qiasha di Kashgar, rumah petani di Hotan dan Kampung Tuyugol di Turpan.
Bangunan-bangunan rumah mereka penuh dengan simbol etnik dan tradisi. Di Urumqi, boleh
ditemui kedai dan gerai menjual pelbagai makanan etnik di kawasan lorong-lorong. Di Erdaoqiao,
terdapat bazar antarabangsa yang cantik dengan keluasan 398 ribu meter persegi. Bazar itu
dilengkapi dengan sebuah dewan jamuan, restoran yang luas dataran terbuka untuk persembahan
Menara setinggi 80 meter sebuah masjid dan pentas terbuka. Bazar ini menjadi daya tarikan kerana
ciri-ciri dan symbol bagi agama islam yang kuat.

Makanan Etnik

Wilayah Xinjiang mempunyai tanah yang luas terbentang dengan kepelbagaian budaya etnik. Ini
secara semula jadinya menghasilkan makanan yang enak dengan aneka cita rasa yang berbeza.
Memakan makanan di Xinjiang tidak sekadar untuk mengalas perut tetapi merupakan satu cara
untuk mengenali budaya etnik yang tinggal di sana. Secara tradisinya, Xinjiang merupakan pusat
penghasilan haiwan ternakan.

Wilayah kaya dengan biri-biri dan lembu. Haiwan ternakan itu menjadi makanan utama
umat Islam. Daging kambing dan lembu menjadi menu utama dalam diet pemakanan kebanyakan
penduduk etnik di Xinjiang. Salah satu daripada makanan yang popular ialah Shish Kebab di mana
merupakan makanan yang boleh ditemui di jalan-jalan dan pasar-pasar di seluruh China.
Raja masakan Xinjiang ialah kambing yang dipanggang dan menjadi juadah istimewa untuk makan
malam. Kambing panggang bagi orang Uygur ibarat itik panggang bagi penduduk di Beijing.
Kambing panggang bukan sahaja sedap dan wangi tetapi kulitnya rangup dan dagingnya lembut
dengan warna terang serta keemasan, menjadikannya hidangan yang sangat digemari oleh sesiapa
sahaja. Dalam masyarakat Uygur, mereka mempunyai kaedah untuk memakan hidangan kambing
panggang ini. Sebelum makan malam bermula, kambing akan diletakkan di atas meja dan kepalanya
diikat dengan sutera berwarna merah dengan simpulan berbentuk bunga. Mulut kambing pula
disumbat dengan daun ketumbar atau seleri. Pisau kecil disediakan di atas meja bagi membolehkan
tetamu dengan senangnya memotong daging kambing tersebut. Kambing bakar boleh ditemui di
mana-mana sahaja di Xinjiang. Tetapi yang paling sedap ialah yang dijual di bazar:

Satu lagi jenis masakan istimewa Xinjiang ialah Polo iaitu nasi yang dimasak dengan daging
kambing segar, lobak merah, bawang besar, minyak sayuran, lemak biri-biri yang dicairkan dan
kismis disertai dengan gulai kambing merupakan makanan kegemaran di meja makan orang Uygur.
Polo bukan sahaja masakan yang berkhasiat tetapi juga menjadi hidangan untuk sesuatu perayaan,
hari besar dan sambutan perkahwinan serta pengebumian. Makanan etnik lain ialah nan yang
rangup dan sedap, samosa, lamian atau mee tarik, You Ta Zi yang dipanggil juga piramid berminyak,
Sanzi (doh putar yang digoreng terendam) serta roti sumbat kukus yang dibungkus nipis dianggap
sebagai snek tradisional etnik. Terdapat makanan yang berupa tepung disumbat dengan paru-paru,
sosej berinti nasi dan Kurtaxi yang merupakan sejenis snek istimewa.

Anda mungkin juga menyukai