Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pengajaran

TAHUN: Tahun 3

STANDARD KANDUNGAN:
Murid dibimbing untuk:
1.1 Menama dan menentukan nilai nombor

STANDARD PEMBELAJARAN:
Murid berupaya untuk:
1.1.1 Menamakan nilai nombor hingga 10 000

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menjawab 8 daripada 10 soalan
menamakan nombor hingga 10 000 dengan betul.

Cara Pelaksanaan

Langkah 1

Guru menjalankan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kepada murid-murid


berdasarkan rancangan pengajaran yang telah dirancang. Proses Pdpc merangkumi
penerangan daripada guru, aktiviti berkumpulan dan sesi soal jawab bersama guru. Pada
peringkat ini guru tidak dapat menilai murid-murid sepenuhnya dan hanya mampu membuat
penilaian secara tidak formal berdasarkan kepada reaksi murid, tingkah laku ataupun emosi
murid.

Langkah 2

Setelah selesai proses penerangan daripada guru dan aktiviti yang dijalankan oleh murid-
murid, guru mengedarkan lembaran kerja berbentuk betul atau salah sebanyak 10 soalan
kepada setiap orang murid. Lembaran yang diberi bertujuan untuk menguji tahap
pemahaman dan pencapaian murid-murid berkenaan dengan tajuk yang diajar.

Langkah 3

Lembaran kerja diedarkan kepada murid dan murid menjawab soalan secara individu dalam
masa yang ditetapkan. Lembaran kerja yang diberikan berbentuk betul atau salah yang
mana murid perlu menjawab soalan dengan menanda betul atau salah di ruangan yang
disediakan.

Contoh lembaran kerja boleh dirujuk seperti di bawah:


Lembaran kerja betul atau salah

1) Tandakan () pada jawapan yang menunjukkan nombor dalam perkataan yang


betul

Tiga ribu enam ratus lapan puluh


3608 Tiga ribu enam ratus lapan

Lima ribu empat ratus dua puluh tiga


5423 Lima ratus dua puluh tiga

2) Tandakan () pada jawapan betul dan tandakan (X) pada jawapan yang salah

Bil. Nombor Perkataan Betul/Salah


1. 2763 Dua ribu tujuh ratus enam puluh tiga

2. 9001 Sembilan ratus satu

3. 6073 Enam ribu tujuh ratus tiga

4. 8441 Lapan ribu empat ratus empat puluh


satu
5. 5342 Lima ribu tiga ratus empat puluh dua

6. 950 Sembilan ratus lima puluh

7. 4178 Empat ribu dua ratus tujuh puluh


lapan
8. 7364 Tujuh ribu tiga ratus enam puluh
empat

Markah :

10
Langkah 4
Setelah selesai murid menjawab lembaran kerja yang diberikan, guru akan mengutip semula
semua lembaran kerja tersebut untuk disemak.

Langkah 5
Hasil daripada semakan yang dibuat, guru akan dapat membuat penilaian terhadap murid-
murid sama ada mereka mampu untuk mencapai standard pembelajaran dan objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan. Markah penuh bagi lembaran yang diberikan ialah
sebanyak 10 markah yang mana setiap soalan diwakili oleh 1 markah.

Penilaian boleh dibuat oleh guru berdasarkan kepada kriteria berikut:

8-10 markah : (A) Cemerlang


6-7 markah : (B) Baik
5 markah : (C) Sederhana
2-4 markah : (D) Lemah
0-1 markah : (E) sangat lemah

Langkah 6
Setelah guru selesai menyemak lembaran dan melakukan penilaian maka guru akan dapat
mengetahui tahap pemahaman murid-murid yang terlibat terhadap tajuk yang diajar.
Keputusan penilaian akan membantu guru untuk menyediakan aktiviti pengayaan, aktiviti
pengukuhan dan juga aktiviti pemulihan.

Aktiviti pengayaan disediakan untuk kumpulan murid yang cemerlang dan baik untuk
mencabar lagi pemahaman mereka. Sementara itu, aktiviti pengukuhan pula disediakan
kepada kumpulan murid yang sederhana bertujuan untuk mengukuhkan dan meningkatkan
lagi pemahaman murid-murid. Manakala aktiviti pemulihan dirangka untuk membantu
kumpulan yang lemah supaya kumpulan ini dapat memperbaiki prestasi mereka.

Anda mungkin juga menyukai