Anda di halaman 1dari 3

Asas Teori Muzik SR

Mengenal Not Muzik

Dalam pembelajaran muzik, teori adalah antara perkara yang penting. Asas dalam
pembelajaran teori adalah not yang mana kita perlu mengenali nama, rupa bentuk not
dan juga nilai sesuatu not. Sila rujuk gambarajah di bawah.

Gambarajah ataupun "note tree" di bawah adalah salah satu contoh jadual untuk kita
lebih mudah memahami nilai not. Not yang berada di atas sekali adalah not yang besar
sekali nilainya yang berada di bawah semakin kecil sehinggalah yang berada di bawah
sekali. Sebagai contohnya; not semibrif bernilai 4 dan minim pula nilainya ialah 2, oleh itu
dua not minim perlu digabungkan untuk menyamai nilai semibrif. Satu lagi contoh ialah
semibrif bersamaan nilainya dengan empat not krocet kerana nilai semibrif adalah 4
manakala nilai krocet adalah 1. mudah kan?
Baluk

Apa Dia Baluk ? Dalam skor muzik, baluk adalah benda yang paling penting dalam
pembacaan skor lagu. Baluk dalam bahasa Inggeris dipanggil Staff ataupun Stave. Baluk
ditulis secara lima garis dan empat ruang selari. Setiap garis dan ruang baluk tersebut akan
ditulis not.

Klef Trebel

Dalam skor muzik simbol muzik ini sering digunakan. Simbol ini dalam bahasa Inggeris
dipanggil Trebel Clef dalam bahasa Melayu digelar Klef Trebel. Klef ini akan ditulis pada
awal setiap baluk. Klef ini akan menetukan notasi A,B,C,D,E,F,G,A' pada garis dan ruang
pada baluk. Setiap klef menetapkan nama yang berlainan bagi garis dari ruang pada
baluk. Apabila ditulis pada baluk, klef trebal ini akan mewakili not G. Selalunya selain
dipanggil Klef Trabel ia juga dipanggil Klef G.
Klef Bes

Klef Bes akan ditulis pada awal setiap skor lagu. Selalunya, apabila klef bes ini ditulis, lagu
yang akan dimainkan adalah terdiri dari lagu yang bernada rendah. Klef bes ini akan
menetapkan not F garis ke 2 dari atas sebagai garis F. Oleh yang demikian, klef bes ini juga
sering digelar Klef F.

Kedudukan Not Pada Baluk

Not-not sering ditulis pada setiap ruang dan garis pada baluk. Bagi baluk klef trebal (G),
not akan bermula dari not C Tengah ataupun Middle C.Setiap not akan ditulis seperti
tangga samaada dari not paling bawah ke atas atau dari atas kebawah. Begitu juga
dengan baluk bagi klef bes. Asas not bermula dari C Tengah. Tetapi not akan ditulis ke
bawah sehingga ke not E. Perlu diingat bahawa kedudukan not antara klef trabel dan klef
bes adalah tidak sama. Berikut merupakan gambarrajah berkenaan kedudukan not pada
baluk.

Anda mungkin juga menyukai