Anda di halaman 1dari 1

Tajuk Cerita : Sumpahan Sang Kelembai

Didalam sebuah hutan, tinggal sebuah keluarga yang miskin. Badek tinggal bersama isteri dan
seorang anak kecil. Rumah mereka terletak jauh dari perkampungan lain. Sumber pendapatan Badek
hanya mencari kayu api di hutan.

Badek sekeluarga tinggal di sebuah rumah using dan mereka mempunyai seorang anak yang
sangat comel bernama Melur. “Tidak lama lagi anak kita akan dewasa” kata isteri Badek. “Abang
akan berkerja lebih kuat lagi untuk menyara anak kesayangan kita” kata Badek.

Pada suatu hari, Badek menebang pokok. Tiba-tiba dia terkejut melihat nene4k kebayan
datang menegurnya. Dia tidak mengenali nenek tersebut. “ Nenek ikhlas ingin menolong keluarga
cucu, asalkan cucu penuhi syarat nenek,” kata Nenek Kebayan. “Apa syaratnya?” Tanya Bandek.
“cucu akan hidup senang, cucu janganlah sombong. Cucu harus menolong orang susah,” kata Nenek
Kebayan. Badek pun bersetuju. Dia berterima kasih kepada Nenek Kebayan keran mahu
menolongnya.

Sejak itu, Badek berkerja kuat dan dia mendapat banyak rezeki. Hasil kebunnya bertambah
banyak. Akhirnya kehidupan Badek menjadi senang.

Lama-kelamaan, Badek lupa janjinya pada Nenek Kebayan. Badek sudah lupa hidupnya dahulu
miskin. Kini dia memandang hina kepada orang miskin yang pergi meminta wang darinya.

Kini, Melur telah dewasa dan menjadi seorang gadis yang sangat cantik. Ramai jejaka yang terpikat
kepadanya. “hemm.. sudah tiba masanya aku mengahwinkan anakku ini. aku akan cari calon yang
sesuai untuknya.” Kata Badek.

Badek yang sombong itu, mengahwinkan Melur dengan anak orang kaya dan dia hanya menjemput
orang kaya sahaja datang ke kenduri itu. Dia tidak menjemput orang miskin. Ramai penduduk
kampong terasa hati dengan perbuatan itu.

Nenek Kebayan juga datang. Dia memakai pakaian lusuh. Dia tidakmembawa hadiah. “Kenduri ini
untuk orang kaya sahaja. Pergi kau dari sini ! ” tengking Badek kepada Nenek Kebayan. “Wahai
badek, akulah Nenek Kebayan. Akulah Sang Kelembai. Kau telah melanggar janjimu ! ” Kata Nenek
Kebayan. “ Aku sumpah kau jadi batu! “ Kata Nenek Kebayan lagi.

“ Maafkan aku Nenek Kebayan !. Aku tidak mengenalimu. Aku berjanji tidak akan bersikap sombong
lagi “. Rayu Badek.

Tiba-tiba Badek berasa tubuhnya panas seperti dijilat api. Dia menjerit meminta tolong.
Walaubagaimanapun Nenek Kebayan tidak memperdulikannya. Badek kesal dan insaf diatas
perbuatannya. Perlahan-lahan tubuhnya bertukar menjadi batu. Sumpahan Sang Kelembai telah
berlaku. “ Inilah akibat orang yang melanggar janji.” Kata Nenek Kebayan sambil berlalu dari situ.

Moral cerita :

Jangan bersikap sombong sehingga melanggar janji apabila telah mendapat kesenangan.

Anda mungkin juga menyukai