Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH REFLEKSOLOGI

Refleksologi bekerja dengan cara menstimulasi kaki untuk tujuan


penyembuhan. Hal ini dilakukan dengan cara memberi tekanan kepada titik-titik
tertentu di kaki untuk merangsang organ atau bahagian tubuh yang sesuai.
Referensi hieroglif untuk refleksologi kaki ditemukan di Mesir Kuno. Di Cina,
cara penyembuhan ini sudah digunakan sebagai terapi kesihatan sejak tahun
5000 SM lagi.
Refleksologi Modern dimulai pada awal 1900-an yang dipelopori oleh Dr.
William H. Fitzgerald, Edwin F. Bowers dan George Starr White. Mereka
mengembangkan tori “Zon Terapi” yang menyatakan bahwa tubuh sebenarnya
bisa “dipetakan” di zon yang berbeza. Zon ini berhubung rapat dengan struktur
yang berbeza dalam tubuh.
Pionir lain, Dr. Eunice Ingham yang dikenal sebagai “Mother of Modern
Reflexology” lantas mengembangkan teori ini dengan memetakan zon pada
kaki. Ingham menemukan titik-titik spesifik pada kaki dan tangan yang
berhubungan dengan berbagai organ, kelenjar, dan struktur dalam tubuh
manusia. Dengan memberikan tekanan pada titik-titik kaki, organ atau kelenjar
yang sesuai akan dirangsang.
Setiap bahagian di tapak kaki terbahagi kepada bahagian-bahagian yang
tersendiri.Di setiap bahagian tersebut mewakili setiap organ di dalam tubuh
manusia. Bolehlah kita ibaratkan seperti lampu di setiap bilik rumah kita yang
masing-masing mempunyai suis tersendiri. Semuanya ada suis masing-masing
yang terletak di tapak kaki, tapak tangan dan telinga. Malah susunan organ juga
sama seperti kedudukan organ dalam badan kita bermula dari hujung jari yang
melambangkan bahagian kepala hinggalah di bahagian tumit yang
melambangkan bahagian punggung kita. Apabila kedua-dua gambarajah ini
dirapatkan, bahagian tengahnya melambangkan bahagian tengah badan kita
iaitu tulang belakang. Masyaallah....
\
BAGAIMANA URUTAN REFLEKSOLOGI BERFUNGSI
Apabila kita tekan setiap bahagian pada tapak kaki tersebut(suis), organ-organ
(lampu)yang mewakili point tersebut akan terangsang (menyala). Nyalaan inilah
yang dipanggil refleks atau dalam bahasa urut tradisional “refleksologi”. Yang
menghubungkan point tersebut dengan organ badan adalah urat saraf (wayar).
Proses ini akan menyebabkan adanya aliran elektrik antara point yang ditekan
dengan organ dibadan. Tenaga letrik ini akan memecahkan segala angin atau
kotoran yang ada di dalam urat saraf tersebut disamping merangsang urat saraf
tersebut menjadi aktif. Urat saraf yang aktif dapat mengalirkan darah pergi dan
balik dari organ dan jantung dengan baik dan teratur.
Dengan ini, urutan refleksologi telah mengaktifkan urat saraf yang beku dan
hampir mati. Ketulan atau rasa berpasir apabila kita tekan telapak kaki adalah
petanda kesihatan anda dalam bahaya. Ini adalah kerana suis organ tersebut dan
juga urat sarafnya (wayar) telah diselaputi lumut dan busut (berkarat). Urutan
refleksologi secara teratur dalam jangkamasa yang tertentu dapat
menghancurkan segala ketulan (rasa berpasir) di telapak kaki. Hasilnya, apabila
kita memijak sesuatu point (suis), arus elektrik akan mengalir dan seterusnya
merangsang organ-organ dalam badan kita dengan nyalaan lampu yang terang.
Apabila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh ( arteri ) tidak lancar maka
penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu. Biasanya proses ini
berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan
bertambah dari semasa ke semasa. Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri
ini disebut "arteriosclerosis". Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ
kekurangan makanan dan oksigen maka seseorang itu akan sakit. Begitu juga
bila sebaliknya, bila darah balik ( vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran
atau toksid tidak akan terbuang. Bila tidak terbuang kotoran itu akan mendap
dalam organ-organ tubuh. Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan mendap
pada saluran darah balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi
organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit.
Penyakit akibat dari penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini
disebutkan dengan istilah "varicosevena".
Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran atau
sumbatan pada saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat mengalir
dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya. Ia juga akan
menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena )
sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi kotoran samada karbon
dioksida, toksik ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik,
sehingga semua kotoran dapat dibuang dengan sempurna.

Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :


1) Kencing
Kencing kita menjadi lawas dan teratur. Segala kotoran dapat dibuang melalui
kencing.
2) Berak
Masaalah sembelit dapat diatasi dan segala toksik dan bahan buangan dapat
dinyahkan dari badan.
3) Peluh
Kita akan senang berpeluh walaupun hanya aktiviti yang ringan. Pembuangan
kotoran melalui peluh sangat penting untuk menjadi sihat.
4) Pernafasan
Pernafasan yang teratur dapat membuang carbon dioksida dari badan.
Anggota kaki mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot.
Kecederaan tulang, sendi dan ligamen turut mempengaruhi kesihatan tubuh
badan . Secara semulajadi, tulang tapak kaki kita agak melengkung untuk
menyokong berat badan dan pergerakan. Bagaimanapun kedudukan tapak kaki
boleh berubah sekiranya menerima tekanan terus menerus dan tidak diberi
rawatan dengan segera.
KELEBIHAN RAWATAN URUT REFLEKSOLOGI
Laporan Simposium Refleksologi Cina 1996 mendapati bahwa 93.63%
refleksologi kaki berkesan merawat 63 penyakit. Setelah menganalisa 8,096
penyakit, Dr. Wang Liang melaporkan bahwa refleksologi dapat
menyembuhkan 48.68% dari semua penyakit yang ada. Kajian lain di Britain,
melibatkan 15 wanita yang mengikuti sesi setengah jam refleksologi selama
delapan minggu. Hasilnya mendapati terdapat perbaikan fizik dan emosional
yang nyata, peningkatan keyakinan diri, peningkatan dalam motivasi diri dan
juga tumpuan fikiran.
-Melancarkan pengaliran darah
-Meningkatkan daya tahan individu
-Mengurangkan risiko tulang reput
-Menyeimbangkan kedudukan badan
-Melancarkan pergerakan
-Menguatkan otot kaki
-Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
-Menguatkan tulang dan pinggul
-Mengurangkan risiko sakit sendi
-Mengurangkan rasa letih
-Mengelak risiko sembelit
-Mengurangkan masalah usus
-Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.
SukaTunjukkan lagi reaksi
KomenKongsi

Anda mungkin juga menyukai