Anda di halaman 1dari 21

SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN

PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

Pengimbuhan
Pengimbuhan juga dinyatakan sebagai kata terbitan. Kata terbitan ialah bentuk kata yang
mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Dengan kata lain, kata
terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses yang menambahkan atau
menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan.
Kata terbitan terdiri daripada kata dasar yang menerima imbuhan, sama ada awalan,
sisipan, akhiran, atau apitan. Imbuhan ialah bentuk morfem terikat yang tidak boleh berdiri
dengan sendiri dalam ayat. Imbuhan-imbuhan ini dapat digolongkan ke dalam golongan kata
tertentu, seperti imbuhan kata nama, imbuhan kata kerja, atau imbuhan kata adjektif
berdasarkan fungsinya dalam kata tersebut.
Konklusinya :

 Unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk lain (kata nama, kata kerja,
kata adjektif, ksn)

 Proses merangkai imbuhan kepada kata dasar.

 Jawab soalan dengan berikan setiap contoh untuk awalan, akhiran, sisipan, apitan
dengan memberi penerangan proses pada contoh tersebut.

 Boleh mengubah bentuk kata, (contoh, ragut(kk) menjadi peragut (kn))

a) Kata Terbitan Berawalan


Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar. Ada awalan yang
apabila bergabung dengan kata dasar tertentu akan menghasilkan beberapa alomorf.
Awalan yang mengalami perubahan bentuk ialah beR-, teR-, meN-, dan peN-. Bentuk-
bentuk itu adalah seperti berikut :

peN- pe-, pem-, pen-, peng-, peny-, dan penge-


meN- me-, mem-, men-, meng-, meny-, dan menge-
beR- ber-, be-, dan bel-
teR ter-, te-, dan tel-
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

Awalan
kata
kerja
Awalan Awalan
kata kata
nama adjektif
Awalan
dalam
bahasa
Melayu

Rajah 1 : Awalan dalam Bahasa Melayu

Rajah 2 : Proses Pengimbuhan bagi Kata Terbitan Awalan

i) Awalan kata nama

Rajah 3 : Proses Pengimbuhan Kata Terbitan Awalan Kata Nama


SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

Awalan Asli Contoh Perkataan


pe- pesuruh, pelaut, pelari
pem- pembuat, pemberi, pembawa, pemveto
pen- pendamai, penjaja, penjual, pencuri
peng- pengkaji, pengubah, penggali
penge- pengekod, pengecas, pengetin, pengelap
peny- penyalur, penyembah, penyebab
pe- penyanyi, pengeri, pereka
pel- pelajar
per- perasap, perbara, pertapa
ke- ketua, kekasih, kehendak
juru- jurubahasa, jurutera, juruwang

Awalan Pinjaman Contoh Perkataan


maha- Mahasiswa, mahaguru, maharaja
tata- Tatabahasa, tatasusila, tatacara
swa- Swasta, swadaya, swalayan
pra- Prasejarah, prakata, prasyarat
sub- Subsistem, subtajuk, subkelas
panca- Pancaindera, pancasila
supra- Supranasional, suprasegmental, suprakelas
eka- Ekabahasa, ekawarna, ekapaksi
dwi- Dwilambang, dwibahasa, dwifungsi
tri- Tribulan, triwindu
tuna- Tunakarya, tunawisma, tunakarna
pasca- Pascamodenisme,pascakolonial,
pascasiswazah
poli- Politeknik, polisemi, poliklinik
auto- automatik, auntonomi
multi- Multifungsi, multinasional, multilingual
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

ii) Awalan Kata Kerja

Rajah 4 : Proses Pengimbuhan Kata Terbitan Awalan Kata Kerja


Awalan kata kerja Contoh Perkataan
me- merasa, melantik, meraung
mem- membeli, memfitnah, membuat
men- menjahit, mentafsir, mendaki
ber- bergaya, berwang, berhak
be- berupa, berasa, beraja
di- diminta, dibeli, dipukul

iii) Awalan Kata Adjektif

Rajah 5 : Proses Pengimbuhan Kata Terbitan Awalan Kata Adjektif

Awalan Contoh Awalan Contoh Perkataan


Asli Perkataan Pinjaman
ter- terkuat, terbesar bi- Bilazim, biadab
te- terendah, teringin pro- Prokerajaan,
probarat
se- secantik, setinggi anti- Antisosial,
antipenjajah
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

b) Kata Terbitan Berkahiran


Akhiran diletakkan selepas kata dasar. Akhiran dalam bahasa Melayu terdiri daripada akhiran
asli dan akhiran pinjaman. Penggabungan kata dasar dan akhiran tidak mengubah struktur
kata.

Jenis akhiran
dalam bahasa
Melayu

Akhiran kata Akhiran kata Akhiran kata


nama kerja adjektif

Rajah 6 : Jenis Akhiran dalam Bahasa Melayu

i. Akhiran kata nama

Rajah 7 : Proses Pengimbuhan Akhiran Kata Nama

Akhiran Contoh Perkataan Akhiran Pinjaman Contoh Perkataan


Asli
-an tujuan, harapan -wan karyawan, usahawan
-wati seniwati, olahragawati
-man seniman, budiman
-isme realisme, kapitalisme
-logi teknologi, boilogi
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

ii. Akhiran kata kerja

Rajah 8 : Proses Pengimbuhan Akhiran Kata Kerja

Akhiran Kata Kerja Contoh Perkataan


-kan tunjukkan, buatkan, mainkan
-i baiki, kotori, diami

iii. Akhiran kata adjektif

Rajah 9 : Proses Pengimbuhan Akhiran Kata Adjektif

Akhiran Kata Adjektif Contoh Perkataan


-is cerpenis, novelis, artis
-wi sejarawi, Romawi, duniawi
-i alkali, abadi
-iah ilmiah, akaliah
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

c) Kata Terbitan Berapitan


Apitan juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi. Apitan hadir secara serentak bagi
mengapit kata dasar, yakni satu sebelum dan satu lagi selepas kata dasar.

Jenis Apitan
dalam Bahasa
Melayu

Apitan kata Apitan kata Apitan kata


nama kerja adjektif

Rajah 10 : Jenis Apitan dalam Bahasa Melayu

i. Apitan Kata Nama

Rajah 11 : Proses Pengimbuhan Apitan Kata Nama

Apitan Kata Nama Contoh Perkataan


pe-…-an pelantikan, peperiksaan, permakanan
pem-…-an pembuatan, pemberian, pembinaan
peng-…-an penggunaan, pengolahan, pengintipan
per-…-an pertabalan, perkuburan, permainan
ke-…-an kedudukan, kelebihan, kementerian
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

ii. Apitan Kata Kerja

Rajah 12 : Proses Pengimbuhan Apitan Kata Kerja

Apitan Kata Kerja Contoh Perkataan


me-…-kan merasakan, melaksanakan, mewujudkan
mem-…-kan membelikan, membuatkan, mempamerkan
meng-…-kan mengelakkan, menggayakan, mengutarakan
me-…-i menaiki, merasai, melindungi
mem-…i membanjiri, membaharui, memikiri
memper-…-kan memperhatikan, memperbahaskan
ber-…-kan berdasarkan, bermatlamatkan, bersandarkan
di-…i didiami, diduduki, disuruhi

iii. Apitan kata adjektif

Rajah 13 : Proses Pengimbuhan Apitan Kata Terbitan


Apitan Kata Adjektif Contoh Perkataan
ke-…-an kearaban, kecinaan, kebaratan
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

d) Kata Terbitan Bersisipan


Sisipan merupakan sejenis imbuhan yang ditambah atau disisipkan dalam kata dasar. Dalam
bahasa Melayu ada empat sisipan, iaitu –em-, -el-, -er-, dan –in-. Namum begitu, sisipan tidak
lagi produktif, kecuali untuk tujuan pembentukan istilah.

Jenis sisipan
dalam Bahasa
Melayu

Sisipan Kata Sisipan Kata Sisipan Kata


Nama Kerja Adjektif

Rajah 14 : Jenis Sisipan dalam Bahasa Melayu

i. Sisipan Kata Nama

Rajah 15 : Proses Pengimbuhan Sisipan Kata Nama

Sisipan Kata Nama Contoh Perkataan


-el- telunjuk, pelatuk, kelangkang
-er- keruping, gerigi, seruling
-em- temali, kemuning, kemuncup
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

ii. Sisipan Kata Kerja

Rajah 16 : Proses Pengimbuhan Sisipan Kata Kerja

Sisipan Kata Kerja Contoh Perkataan


-el- jelajah, geledak

iii. Sisipan Kata Adjektif

Rajah 17 : Proses Pengimbuhan Sisipan Kata Adjektif

Sisipan Kata Adjektif Contoh Perkataan


-el- selerak, gelembung, kelebak
-er- gerodak, ker(e)lip
-em- gemuruh, kemetot, gemilang
-in- sinambung, kinerja
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

Pemajmukan
Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar
atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan
lazimnya dieja terpisah.
Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur
antara unit-unitnya. Dalam bahasa Melayu kata majmuk dieja terpisah, tetapi terdapat
beberapa kecualian oleh sebab kelaziman penggunaan. Berikut ialah beberapa contoh kata
majmuk yang lazim dan yang terkecuali:

bentuk lazim jalan raya daya serap


campur aduk tunjuk ajar ambil alih
Bentuk kecualian bumiputera jawatankuasa
Kakitangan tanggungjawab antarabangsa

Konklusinya :

 Proses yg merangkaikan dua kata dasar atau lebih utk membentuk makna baru.

 Bebas, istilah khusus, kiasan/simpulan bahasa.

 Kekecualian (mantap(15), bukan kata majmuk – [KN-peribadi, dinihari, peribahasa] ,


[KA-sukacita, dukacita], [KSN- kepada, daripada], [K.Hubung- apabila, manakala] ,
[K.Tanya- bagaimana, kenapa]

 Penggandaan Kata Majmuk


 Unsur pertama sahaja (alat-alat tulis, balai-balai raya, suku-suku kata)
 Satu kekecualian iaitu penggantaan bentuk mantap
(pesuruhjaya-pesuruhjaya, setiausaha-setiausaha, tandantangan-tandatangan)

 Pengimbuhan Kata Majmuk


 Awalan/akhiran – bercampur aduk, daya serapan
 Apitan – mencampuradukkan, menyatupadukan, diurusniagakan
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

Mengikut (Tatabahasa Dewan 2010), kata majmuk terdiri daripada tiga jenis, iaitu:

Jenis Kata
Majmuk

Kata majmuk yang Kata majmuk Kata majmuk yang


terdiri daripada sebagai istilah membawa maksud
rangkai kata bebas khusus kiasan

Rajah 18 : Jenis Kata Majmuk

Rajah 19 : Proses Pemajmukan Bagi Kata Majmuk Bebas, Khusus dan Kiasan
i. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas
Kata majmuk jenis ini merupakan gabungan kata-kata dasar daripada mana-mana
golongan kata. Contohnya:
balai raya tengah hari terima kasih
kapal terbang kuning langsat nasi minyak

ii. Kata majmuk sebagai istilah khusus


Kata majmuk jenis ini merupakan istilah dalam sesuatu bidang ilmu dan nama-nama
jawatan. Contohnya:
garis pusat cari gali lut sinar
mata pelajaran kertas kerja guru besar
Raja Muda Tan Sri Menteri Besar
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

iii. Kata majmuk yang membawa maksud kiasan


tumbuk rusuk gulung tikar anak emas
kaki bangku ringan tulang makan angina
pilih kasih berat tangan ringan tulang

Rajah 20 : Proses Pemajmukan bagi Kata Majmuk Mantap

Bentuk Kekecualian
 Dieja bercantum sebagai satu perkataan dan dianggan kekecualian.
 Hanya terdapat 15 perkataan :

antarabangsa setiausaha
beritahu sukarela
bumiputera suruhanjaya
jawatankuasa tandatangan
kakitangan tanggungjawab
kerjasama warganegara
olahraga pesuruhjaya
matahari
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

Penggandaan
Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan mealui proses mengulangi kata dasar. Proses
penggulangan ini sama ada melibatkan seluruh kata dasar yang disebut penggandaan penuh,
atau melibatkan sebahagian kata dasar yang disebut penggandaan separa.

Penggandaan penuh Penggandaan separa


Contoh: Guru-guru (bahasa Melayu) Contoh: le-laki, je-jari (bahasa Melayu)
Bocah-bocah (bahasa Jawa) We-wenang (bahasa Jawa)
Goody-goody (bahasa Inggeris) No-noca “amaran”
(bahasa Isthmu Zapotec)

Kata
Ganda
Separa
Kata Kata
Ganda Ganda
Penuh Berentak
Jenis
Kata
Ganda

Rajah 21 : Jenis Kata Ganda

a) Kata Ganda Penuh


Kata Ganda penuh berlaku apabila seluruh kata dasar, sama ada kata dasar itu mempunyai
imbuhan atau tidak digandakan atau diulang. Terdapat dua jenis kata ganda penuh, iaitu:
i. Gandaan penuh kata tunggal. Contohnya:

Rajah 22 : Proses Penggandaan Penuh Tunggal

makan makan-makan
lebah lebah-lebah
binatang binatang-binatang
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

ii. Penggandaan penuh kata berimbuhan.

 dengan awalan. Contohnya:

Rajah 23 : Proses Penggandaan Penuh Berimbuhan Awalan

kehendak kehendak-kehnendak
peserta peserta-peserta
ketua ketua-ketua

 dengan akhiran. Contohnya:

Rajah 24 : Proses Penggandaan Penuh Berimbuhan Akhiran

galakan galakan-galakan
amalan amalan-amalan
bangunan bangunan-bangunan
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

 dengan apitan. Contohnya:

Rajah 25 : Proses Penggandaan Berimbuhan Apitan

kejadian kejadian-kejadian
permainan permainan-permainan
keadaan keadaan-keadaan
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

b) Kata Ganda Separa


Kata ganda separa atau separuh berlaku apabila hanya sebahagian daripada kata
dasar diulang. Kata ganda separa terdiri daripada gandaan kata tunggal, dan gandaan
kata berimbuhan.

i. Penggandaan separa kata tunggal


Penggandaan jenis ini melibatkan kata dasar tunggal diulang dan pengulangan berlaku pada
suku kata pertamanya manakala letak pengulangan itu di depan kata dasar. Bunyi vokal
dalam bentuk penggandaan ini akan mengalami pelemahan iaitu menjadi e pepet.

Rajah 26 : Proses Penggandaan Separa Kata Tunggal

laki lalaki lelaki


daun dadaun dedaun
pohon popohon pepohon

i. Penggandaan separa kata berimbuhan


Penggandaan separa jenis ini hanya melibatkan kata dasar utamanya yang digandakan,
manakala imbuhannya tidak diulang. Penggandaan separa berlaku selepas kata dasar.
Contohnya:

berturut berturut-turut
ternganga ternganga-nganga
mengenang mengenang-ngenang

Penggandaan separa kata berimbuhan juga dapat berlaku pada bahagian hadapan kata
dasar. Contohnya:

memasak masak-memasak
menolak tolak-menolak
mengingat ingat-mengingat
SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

Rajah 27 : Proses Penggandaan Separa Awalan Kata Kerja

Rajah 28 : Proses Penggandaan Separa Awalan Kata Adjektif

Rajah 29 : Proses Penggandaan Separa Akhiran Kata Nama


SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

Rajah 30 : Proses Penggandaan Separa Akhiran Kata Kerja

Rajah 31 : Proses Penggandaan Separa Akhiran Adjektif

Rajah 32 : Proses Penggandaan Separa Apitan Kata Kerja


SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

Rajah 33 : Proses Penggandaan Separa Apitan Kata Adjektif

c) Kata Ganda Berentak


Kata ganda berentak melibatkan pengulangan bunyi tertentu dalam perkataan. Bunyi tersebut
akan diubah atau diulang. Pengulangan bunyi itu boleh berupa pengulangan bunyi vokal,
pengulangan konsonan, atau pengulangan bebas.

Penggandaan
berentak
pengulangan
vokal

Penggandaan
Kata berentak
Penggandaan Ganda
bersisipan pengulangan
Berentak konsonan

Penggandaan
berentak bebas

Rajah 34 : Kata Ganda Berentak


SHAFIQ ZAIDI # LINGUISTIK TERAPAN
PISMP BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2017

i. Penggandaan berentak pengulangan vokal


Penggandaan berentak pengulangan vokal memperlihatkan semua vokal dalam kata dasar
tidak berubah tetapi bunyi konsonannya yang berubah kepada konsonan yang lain.
Contohnya:

sayur-mayur gotong-royong kuih-muih

ii. Penggandaan berentak pengulangan konsonan


Penggandaan berentak pengulangan konsonan memperlihatkan pengekalan bunyi konsonan
tetapi bunyi vokal berubah kepada bunyi vokal yang lain. Contohnya:
batu-batan huru-hara kucar-kacir

iii. Penggandaan berentak bebas


Penggandaan berentak bebas tidak menunjukkan ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal
atau konsonan. Contohnya:

lintang-pukang kusut-masai ulang-alik

iv. Penggandaan bersisipan


Penggandaan bersisipan melibatkan pengulangan seluruh kata dasar dan kata dasar itu
menerima sisipan –em-. Contohnya:

tali tali-temali
jari jari-jemari
gilang gilang-gemilang

Anda mungkin juga menyukai