Anda di halaman 1dari 3

Guru Yang Mengajar : En.

Mohammad bin Tajudin


Kelas : 5ST
Bilangan Pelajar : 36
Subjek : Fizik
Topik : Elektrik
Tarikh :
Hari :
Guru Fizik Yang Terlibat : En. Mohd Firdaus bin Ibrahim
En. Rosaimi bin Ab Wahab
Cik Rih Ta a/p Fan Chong
“LESSON STUDY”

Objektif

Meningkatkan kualiti dan keberkesanan P&P bagi setiap topik yang meliputi semua kemahiran
proses sains.

Tujuan

 Meningkatkan tahap profesionalisma guru fizik

 Mewujudkan budaya perkongsian ilmu antara guru

 Memperoleh pemahaman yang lebih baik dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
efektif

 Meningkatkan pembelajaran secara sistematik melalui kaedah penemuan

Kebaikan

 Perancangan guru lebih teliti dan kreatif

 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang efektif dan sesuai dengan topic yang
diajar

 Penjanaan dan percambahan idea yang lebih baik

 Mengaitkan topik yang diajar dengan aplikasi dalam kehidupan seharian pelajar

 Memindahkan isi yang diajar kepada persembahan yang berkesan


Penambahbaikan

 Memperbaiki teknik penyoalan (gunakan ayat yang lebih ringkas dan mudah difahami)

 Memperbanyakan soalan yang melibatkan KBAT

 Memastikan semua pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

 Menggalakkan pelajar membina peta pemikiran

Refleksi

 Rancangan Pengajaran baik dan lengkap

 Isi kandungan topik yang diajar baik dan padat

 Soalan yang dikemukakan kepada pelajar mengikut aras yang betul (rendah, sederhana,
tinggi)

 Penggunaan ICT yang member kesan positif dalam penjanaan mindapelajar

 BBM yang digunakan untuk sesi P&P amat bersesuaian dengan topik yang diajar.

 Penglibatan murid memuaskan, pembahagian kumpulan perlu ditambah untuk


melibatkan semua pelajar dalam aktiviti.

 Teknik pengajaran sesuai dengan P&P iaitu kaedah eksperimen dimana pelajar dapat
melihat sendiri apa yang berlaku kepada perubahan beza keupayaan, arus dan
kecerahan mentol.

 Soalan yang diberikan sesuai dengan pemahaman pelajar.

 Memperbanyakkan soalan yang melibatkan KBAT

Anda mungkin juga menyukai