Anda di halaman 1dari 4

Rosli Dhobi

1932
Lahir Kampung Siong, Sibu, Kerajaan
Sarawak
2 Maret 1950
Meninggal
Kuching, Sarawak

Rosli Dhoby (1932 – 2 Maret 1950) adalah seorang nasionalis Melayu Sarawak dari Sibu,
Sarawak, Malaysia pada masa koloni mahkota Britania di negara bagian tersebut.

Ia adalah pemimpin anggota organisasi Rukun 13 bersama dengan Morshidi Sidek, Awang
Rambli Amit Mohd Deli dan Bujang Suntong. Organisasi tersebut adalah sebuah organisasi
sel rahasia, yang terdiri dari para nasionalis, yang melakukan pembunuhan terhadap para
pejabat pemerintahan Kolonial Britania di Sarawak. Ia paling dikenal karena membunuh Sir
Duncan George Stewart, gubernur kolonial Sarawak kedua, pada 1949.

Kehidupan awal
Rosli Dhobi lahir pada 1932 di Kampung Siong, Sibu, Kerajaan Sarawak. Sedikit yang
diketahui tentang kehidupan awalnya. He had an eldest sister and a younger brother, Fatimah
and Ainie.

Rosli memulai kariernya sebagai seorang guru dan keluar dari pekerjaannya pada 1947 untuk
mengajar di Sekolah Rakyat Sibu. Rosli dikenal karena menjadi nasionalis dan penyair.
Menggunakan julukan Lidros, Rosli menulis sebuah puisi nasionalistik yang berjudul
'Panggilan Mu yang Suchi' yang diterbitkan di Utusan Sarawak pada 28 Februari 1948.

Rosli bergabung dengan Rukun 13 pada Agustus 1948. Ia dikenalkan organisasi tersebut oleh
teman lamanya, Bujang Suntong.

Warisan
Sebuah drama Warkah Terakhir (Surat Terakhir) tayang perdana di saluran Astro 131, Astro
Citra. Drama tersebut disutradarai oleh Wan Hasliza, yang memfilmkan tentang kehidupan
Rosli Dhoby sebagai seorang pelajar, anggota PPM, sukarelawan di Sekolah Rakyat dan
pembunuh Sir Duncan George Stewart. Dalam drama ini, Rosli Dhoby diperankan oleh aktor
Malaysia Beto Khusairy.

Sebuah sekolah di Sibu, Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby (SMKRD) dinamakan
sesuai dengan namanya.

DARI: https://id.wikipedia.org/wiki/Rosli_Dhobi

Rosli Dhoby
Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.
Beliau berketurunan Melayu, berdasarkan darah ayahnya yang berketurunan Palembang.
Manakala ibunya berketurunan Melanau.
Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir
Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Faktor
yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu
beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara
di Kuching, Rosli akhirnya kematian di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung
ialah rakan seperjuangannya, Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan
Bujang Suntong. Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-
kolonialis(penjajah) di Sarawak berakhir secara mendadak.

Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di
bawah tembok perkarangan penjara. Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan
semula gerakan penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas
kematian mereka berempat. Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara
Kuching, pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula
dengan diberikan pengebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak berdekatan dengan
Masjid Bahagian Sibu. Ketika itulah keempat-empat buah keranda yang mengandungi
tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak sebagai menunaikan
salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.

DARI:https://ms.wikipedia.org/wiki/Rosli_Dhoby
Sejarah Rosli Dhoby

Semasa berjuang untuk menuntut kemerdekaan, usianya ketika itu 17 tahun. Rosli Dhoby
yang berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British syahid di tali gantung pada 2
Mac 1950, telah dihukum gantung sehingga mati kerana membuat percubaan asasinasi
Gabenor kedua Sarawak, Sir Duncan Stewart di Sibu pada 3 Disember 1949.

Pada 15 Disember, 1949, Rosli dan Morsidi Sidek serta dua lagi rakan seperjuangan mereka,
Awang Rambli Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong telah dihukum gantung sampai mati
di Penjara Kuching, Jalan Tabuan, Kuching.

Mereka semua dikebumikan tanpa batu nisan. Keempat-empat pejuang nasionalis itu
dikebumikan semula di Sibu pada 2 Mac 1996, di Sibu, selepas upacara rasmi yang dihadiri
oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelima Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce
Mohamad Noor (kawan mereka yang juga berketurunan Melanau).

Kisah perjuangan Rosli bersama rakan-rakannya sebelum merancang asasinasi Sir Duncan
Stewart telah banyak dipaparkan di dalam surat khabar dan majalah. Yang terbaru didedahkan
di dalam buku berjudul ‘Rosli Dhoby Merdeka Dengan Darah’ tulisan pensyarah kanan di
Universiti Malaysia Sarawak, Dr. Jeniri Amir.

Rosli dilahirkan pada 1932 di Sibu dan menganggotai Pergerakan Pemuda Melayu Sibu
(PPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner
Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan
Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Rosli adalah salah seorang anggota kumpulan Rukun 13 dalam pergerakan tersebut. PPMS
yang menggabungkan pemimpin-pemimpin Melayu Brunei dan Melanau Sarawak diketuai
Datuk Patinggi Abang Abdillah iaitu Perdana Menteri Sarawak pada zaman Sir Charles Vyner.

Sarawak dikuasai oleh penjajah swasta British Sir James Brooke pada tahun 1842. Keluarga
Brooke, iaitu Sir James, anak saudaranya Sir Charles, dan anak Sir Charles iaitu Sir Charles
Vyner, memerintah Sarawak dari tahun 1842 sehingga tewas dalam perang dengan Jepun
pada tahun 1941.

Rukun 13 ditubuhkan di Jalan Queensway, Sibu, pada 21 Februari 1949. Tujuannya ialah
untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular dalam kalangan masyarakat bumiputera
Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka.

Rukun 13 telah memilih Rosli untuk menikam Sir Duncan tatkala agen penjajah itu melawat
Sibu pada Disember 3, 1949.

Rosli Dhoby ditangkap oleh pengawal keselamatan sejurus menikam Sir Duncan Stewart di
Sibu pada 3 Disember 1949.

Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menyerang Sir Duncan dengan pisau tradisi yang
dipanggil Badik. Rosli dan rakannya Morsidi Sidik, kedua-duanya ditangkap oleh polis
British.

Sir Duncan telah dihantar ke Hospital Sibu dan seterusnya ke Singapura untuk menerima
rawatan rapi. Pegawai British itu meninggal dunia tujuh hari selepas kejadian.

DARI: http://www.jiwabakti.com.my/sejarah-rosli-dhoby.html
a.

Charles Vyner Brooke tidak memiliki anak lelaki untuk mewarisi takhtanya.
menyerahkan Sarawak kepada British adalah satu pilihan yang tepat dan sesuai dengan
masanya. Manakala, Betram Brooke mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Anthony
Brooke. Walau bagaimanapun, Charles Vyner Brooke mendapati Anthony tidak sesuai
dengan sikap dan pendiriannya. Anthony bersikap kasar dan berlaku curang. Mac 1939,
Anthony telah dilantik sebagai Raja Muda Sarawak, tetapi dipecat disebabkan oleh
perlakuannya yang kasar dan curang tersebut. Sheela (1993), turut mengatakan bahawa
Charles Vyner Brooke tidak mempunyai keyakinan atas Anthony Brooke untuk menggantikan
takhta kerajaan Sarawak. Masalah dalaman keluarga Brooke inilah yang telah mendorong
Charles Vyner Brooke untuk menyerahkan Sarawak kepada pihak British.

Kelas : X
pelajaran : sejarah
kategori : Prinsip dasar ilmu dan penelitian sejarah
kata kunci : ikhtiar, peristiwa sejarah

pembahasan:
Kesan/impak peristiwa bersejarah kepada diri adalah
1) Mengambil hikmah dari kejadian masa lalu sebagai pembelajaran agar lebih bijaksana dalam
menghadapi masa depan
2) Memberi inspirasi agar kita selalu menjaga pesatuan dan kesatuan.

Kesan/impak peristiwa bersejarah kepada masyarakat setempat adalah


1) Sebagai pembalajaran agar selalu mementingkan kepentingan umum daripada kepentingan
sekelompok orang saja.
2) Memberi inspirasi agar masyarakat selalu bekerja sama dalam melakukan segala hal
3) Memperoleh suara sepakat dalam mengambil keputusan untuk kepentingan bersama.

Kesan/impak peristiwa bersejarah kepada negara adalah


Mengambil hikmah agar selalu bersiap diri terhadap segala kemungkinan yang dapat mengganggu
persatuan dan kesatuan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai