Anda di halaman 1dari 10

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum.

12(2): 111-120 (2004) ISSN: 0128-7702


© Universiti Putra Malaysia Press

Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah:


Perspektif Teori Psikologi Individu

lL1LY MASTURA HARUN & 2001 BOON KEAT


Jabatan Pengajian Perlakuan dan Pergerakan Manusia
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia
2Institut Kejuruteraan Tentera Darat
71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Kata kunci: Penagih dadah, teori psikologi individu, gaya hidup, konstelasi keluarga, corak mimpi,
ingatan awal, kesilapan asas

ABSTRAK
Kajian kes yang berbentuk kualitatif ini dijalankan untuk meneroka gaya hidup penagih dadah.
Teori psikologi individu yang telah dikemukakan oleh Alfred Adler digunakan sebagai kerangka
teoretikal untuk meneroka gaya hidup penagih dadah. Gaya hidup penagih dadah dinilai dan
segi konstruk konstelasi keluarga, ingatan awal, corak mimpi, dan kesilapan asas. Dua pelatih dari
Pusat Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Abadi (PERSADA) telah dijadikan responden
kajian. Responden A ialah penagih kali pertama menjalani pemulihan dan responden B ialah
penagih ulangan. Temu duga berstruktur berpandukan soal selidik Temu Bual Psikologi Individu
telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa konstruk-konstruk psikologi individu mampu
memaparkan gaya hidup penagih dadah yang banyak dipengaruhi oleh faktor kekeluargaan.

ABSTRACT
This qualitative case study was conducted to explore the life-styles of drug addicts. The theory of
individual psychology introduced by Alfred Adler was used as a theoretical framework to explore
the life-styles of drug addicts. Life-styles were assessed through constructs of family constellation,
early memories, patterns of dreams, and basic mistakes. Two trainees from the 'Pusat Pemulihan
Rakan Sekelompok Amalan Daya Abadi' (PERSADA) were respondents in this case study.
Respondent A was in for the first time for rehabilitation and respondent B was a relapse addict.
Structured interviews based on the Individual Psychology Interview questionnaire were conducted.
The findings showed that the constructs of individual psychology were able to reveal the life-styles
of drug addicts, which were much influenced by family factors.

PENGENALAN 2002). Daripada bilangan ini, purata seramai


Penagihan dadah di Malaysia adalah satu masalah 2,563 penagih dadah baru dapat dikesan dalam
sosial yang rumit yang sedang dihadapi oleh setiap bulan. Bilangan penagih baru mencakupi
negara. Dzulkifli Abdul Razak (1995) 13,468 orang dan penagih dadah berulang ialah
menerangkan bahawa penagihan dadah pada 12,169 orang. 1ni memperlihatkan bahawa
umumnya merangkumi penagihan heroin, terdapat peratusan yang agak sarna bagi kedua-
morfin, ganja, dan sebatian terbitan ubat-ubatan dua kategori, iaitu sebanyak 52.5% dan 47.5%.
yang boleh membawa risiko maut. NAD1 pada tahun 2002 telah melaporkan
Berdasarkan statistik penagih dadah di anggaran penagih yang menerima rawatan atau
Malaysia dari Januari hingga Oktober 2002, pemulihan di 56 pusat pemulihan termasuk pusat
jumlah penagih yang dapat dikesan adalah pemulihan swasta yang berdaftar dengan Agensi
seramai 25,637 orang (Agensi Dadah Kebangsaan Dadah Kebangsaan ialah seramai 55,272 orang.
Lily Mastura Harun & Ooi Boon Keat

Mengikut penilaian United Nations International yang tidak sihat atau gejala negatif seumpama
Drug Control Program pada tahun 1999, seramai penagihan dadah.
36,284 penagih dadah telah dikenal pasti di Teori psikologi individu yang dikemukakan
Malaysia. Daripada jumlah ini, 52.2% (18,942 oleh Alfred Adler melihat individu secara positif.
orang) adalah penagih yang menagih semula Teori ini akan digunakan sebagai panduan untuk
sementara 47.8% (17,342 orang) orang telah meneroka gaya hidup penagih dadah. Teori
ditangkap buat kali pertama kerana bersabit psikologi individu adalah psikologi sosial yang
dengan penagihan dadah. Data ini menunjukkan melihat bagaimana individu bertingkah laku
bahawa tingkah laku penagihan dan dalam masyarakat. Menurut teori ini, individu
pengulangan penagihan dadah bukanlah perkara sentiasa menuju ke arah pencapaian matlamat
yang boleh dipandang remeh. fiksyen (sering bercirikan tidak realistik dan sukar
Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat untuk dicapai) yang difikirkan wajar untuk
faktor yang mempengaruhi tingkah laku mencapai tahap yang superior. Dalam
penagihan dadah (Block dan Robins 1993; Page pencapaian matlamat ini, individu sering
dan Lafreniere 1993; Amerikaner dan Monks terjerumus ke dalam tingkah laku yang
1994; Anderson 1994; Labouvie 1996; Welton merugikan diri sendiri lantas berasa inferior.
dan Houser 1997; Bahr, Maughan, Marcor dan Perasaan inferior yang keterlaluan menjadi
Li 1998; Hoffman dan Johnson 1998; Ashby dan kompleks inferioriti dalam diri. Keadaan ini amat
Kottman 1998; Blatt 1999; Carool 1999; Smith, mengecewakan. Individu yang mempunyai
Mullis, Kern dan Brack 1999). Faktor utama kompleks inferioriti melakukan sesuatu yang
yang dikenal pasti ialah keluarga. Keluarga adalah superior (untuk membuktikan kehebatan
satu institusi sosial yang berkuasa yang boleh dirinya) sehingga terjerat dalam kompleks
mempengaruhi perlakuan bermasalah. Sebagai superioriti dan sebaliknya. Dengan kata lain,
contoh, keluarga yang tidak berfungsi seperti kompleks inferioriti yang keterlaluan membuat
keluarga tunggal, keluarga yang tidak individu melakukan sesuatu tingkah laku untuk
mengamalkan agama, keluarga yang terdedah memampas inferioriti berkenaan. Perlakuan ini
kepada keganasan rumah tangga, keluarga yang diharapkan dapat mencapai ke tahap superioriti.
tidak berstruktur, serta layanan keluarga yang Individu berada dalam keadaan yang terumbang-
tidak konsisten dan dingin berpotensi untuk ambing di antara kompleks inferioriti dan
menghasilkan ahli keluarga yang mempunyai superioriti dan tidak mudah mendapat jalan
konsep kendiri yang rendah, aras kebimbangan keluar daripada permasalahan yang dialami.
yang tinggi, emosi yang tertekan, lokus kawalan Perasaan rendah diri berlaku apabila (a)
luaran, kemahiran penyelesaian masalah yang individu mempunyai tanggapan yang salah
tidak berkesan dan seumpamanya. Perkara- ten tang diri dan persekitaran, Ian taran
perkara yang berlaku dalam keluarga menjadi mempunyai matlamat dan gaya hidup yang salah;
rujukan gaya kehidupan seseorang individu. (b) individu melakukan perlakuan yang 'luar
Kajian-kajian di atas memperlihatkan wujud biasa' bertujuan untuk mempertahankan
hubungan di antara penglibatan penggunaan kedudukannya seperti dalam penerangan (a);
dadah dengan alam fenomenologikal setiap (c) individu bertindak melakukan (b) kerana
individu. Pembentukan dan kesejahteraan gagal menguasai dirinya; (d) perlakuan 'luar
psikologi seseorang individu mempengaruhi biasa' yang sering dilakukan menjurus kepada
proses perkembangan dan tumbesaran kepen tingan dirinya sahaja dan tidak
psikososial, emosi, dan tingkah laku. Secara mementingkan pandangan orang lain dan (e)
umum, jika proses perkembangan dan individu ini tidak sedar akan perlakuannya.
tumbesaran tidak berjalan dengan sempurna, ia Rantaian kompleks inferioriti dan superioriti
akan menyumbang kepada pembentukan akan berterusan untuk menjadi perangkap bagi
kompleks inferioriti yang menyebabkan individu berkenaan. Individu ini hilang semangat
seseorang individu memiliki cara pemikiran atau dan mengalami neurosis, psikosis, penyalahgunaan
logik peribadi yang negatif dan terjerumus ke bahan seperti dadah dan alkohol, bermasalah
dalam kompleks superioriti. Kompleks superioriti semasa kanak-kanak, jenayah, bunuh diri, dan
dipuaskan dengan norma peribadi individu. seumpamanya (Adler 1956). Semua yang dilalui
Norma peribadi yang negatif membuat individu oleh individu berkenaan menjadi sebahagian
berkenaan mudah terpengaruh dengan aktiviti daripada gaya hidup mereka.

112 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004


Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu

Gaya Hidup (ii) Ingatan Awal


Gaya hidup diibaratkan sebagai orientasi asas Salah satu cara un tuk mendapatkan maklumat
individu terhadap kehidupan (Dinkmeyer dan tentang pembentukan gaya hidup adalah melalui
Sperry 2000). Gaya hidup merupakan satu ingatan awal (Dinkmeyer dan Speery 2000).
keadaan dinamik yang menggerakkan individu Ingatan awal klien digunakan sebagai indeks
untuk menjalani aktiviti kehidupan. Gaya hidup kepada minat sosial. Ingatan awal yang benar-
adalah premis dan jangkaan asas terhadap benar berlaku dalam kehidupan klien mampu
pergerakan psikologikal dalam kehidupan menjadi petunjuk kepada gaya hidup klien. Klien
individu. Analisis gaya hidup merujuk kepada selalunya senang berbincang tentang ingatan
kepaduan gerakan seseorang individu untuk awal kerana dirasakan bahawa ingatan awal ini
mencapai matlamat yang telah dikenal pasti sarna tidak penting dalam kehidupan tetapi peristiwa
ada matlamat itu bersifat realistik ataupun tidak yang telah berlaku itu masih wujud dalam minda
(matlamat fiksyen). bawah sedar. Tidak ada mana-mana ingatan awal
Pembentukan gaya hidup bergantung dipilih secara rambang. Sarna ada secara sedar
kepada corak perkembangan individu sejak atau tidak, klien akan memilih ingatan awal
zaman kanak-kanak lagi. Othman Mohamed yang memberi makna dan yang boleh mencapai
(2000) menjelaskan bahawa gaya hidup matlamat kehidupannya. Ingatan awal yang
menentukan kesejahteraan individu dalam berjaya diperoleh daripada klien akan difokuskan
masyarakat. Analisis gaya hidup digunakan kepada diri klien. Individu lain tidak akan
sebagai panduan pemetaan untuk memahami dilibatkan dalam ingatan awal ini. Ingatan awal
hala tuju kehidupan individu walaupun individu merupakan satu teknik yang projektif yang
berkenaan tidak pasti akan tujuannya. Gaya membawa klien berkongsi kepercayaan dan
hidup penagih dadah diteroka dari segi konstelasi persepsi afektifnya tentang sesuatu peristiwa
keluarga, ingatan awal, corak mimpi, dan (Ansbacher dan Ansbacher 1956).
kesilapan asas.
(iii) Corak Mimpi
(i) Konstelasi Keluarga Mimpi adalah sebagai jambatan yang dapat
Konstelasi keluarga merujuk kepada menghubungkan individu dengan gaya hidupnya
perhubungan kekeluargaan serta perhubungan (Adler 1931). Kaunselor menganalisis corak
dengan rakan sebaya serta guru (Sperry 1996). mimpi klien seperti yang dilakukan dalam
Keluarga merupakan unit asas dalam masyarakat. menganalisis ingatan awal. Kaunselor menganalisis
Di sinilah bermulanya minat untuk bersosial corak mimpi sebagai satu teknik yang projektif
disemai, dipupuk, atau direncatkan. Fokus dalam dengan mengenal pasti masalah yang utama,
konstelasi keluarga ialah untuk melihat membuat ramalan tentang masa depan gaya
perhubungan di antara ibu bapa-anak, adik- hidup klien, dan mengajar klien untuk membuat
beradik, dan melihat perubahan dalam keluarga. pemerhatian serta memahami dinamika
Susunan kelahiran turut diteroka dalam personalitinya.
konstelasi keluarga. Anak sulung selalunya
mendapat perhatian daripada keluarga namun (iv) Kesilapan Asas
bakal di'gulingkan' dengan kelahiran anak Kesilapan asas merupakan elemen penting dalam
kedua. Anak kedua tidak mendapat perhatian menentukan persepsi dan tanggapan yang silap
yang sewajarnya daripada ibu bapa kerana terhadap gaya hidup. Kesilapan asas merujuk
kehadiran anak sulung. Anak tengah bercita-cita kepada tingkah laku yang merugikan dan sering
untuk mengatasi anak sulung. Anak tengah sering dilakukan dalam kehidupan klien. Kesilapan asas
rasa 'terhimpit' dengan layanan yang tidak adil. dicirikan dengan tingkah laku mengelak daripada
Anak bongsu sering menghadapi risiko terlampau individu lain, mementingkan diri sendiri, atau
dimanjakan dan sukar melepaskan inginkan kuasa yang keterlaluan (Dinkmeyer,
kedudukannya sebagai 'bayi' dalam keluarga. Dinkmeyer dan Sperry 1987). Kesilapan asas
Anak tunggal mendapat perhatian yang yang sering dilakukan ialah seperti generalisasi
sepenuhnya, bersikap penting diri, dan tidak terlampau, jaminan mustahil (melakukan sesuatu
dapat bersosial. Penelitian tentang konstelasi tingkah laku yang agak mustahil), persepsi dan
keluarga membantu memahami gaya hidup klien. tuntutan hidup yang salah, merendahkan diri,
dan kesilapan nilai (Mosak 1989).

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 0.22004 113


Lily Mastura Harun & Ooi Boon Keat

METODOLOGI B mempunyai taraf pendidikan pada tahap Sijil


Kajian kes ini bertujuan untuk meneroka gaya Pelajaran Malaysia dan belum berkahwin. B
hidup penagih dadah. Gaya hidup penagih dadah mempunyai pengalaman menagih dadah selama
dikaji dari segi konstelasi keluarga, interpretasi 13 tahun (semenjak tingkatan empat) dan jenis
corak mimpi, interpretasi ingatan awal, dan dadah yang pernah digunakan ialah ganja,
mengenal pasti kesilapan asas penagih dadah. morfin, pil, syabu, dan morfin. B dikategorikan
Kajian ini memerihalkan gaya hidup penagih sebagai tingkah laku penagihan semula selepas
dadah secara holistik dan mendalam, maka kajian pemulihan. B pemah bekeIja di Syarikat Keretapi
ini telah dijalankan secara kualitatif. Kajian kes Tanah Melayu Berhad dengan pendapatan
ini telah dijalankan di PERSADA. Oleh kerana sebanyak RMl,OOO.OO sebulan. B ialah anak
kajian kes ini menghuraikan peristiwa hidup sulung daripada 4 adik-beradik.
semasa dan yang lepas secara intensif, terperinci,
dan menyeluruh tentang tingkah laku setiap Gaya Hidup Penagih Dadah
individu (Moustakas 1994; McQueen dan (i) Konstelasi Keluarga
Knussen 1999) maka responden yang dikaji Dapatan kajian memperlihatkan bahawa melalui
dalam kajian kes ini hanya terbatas kepada dua analisis konstelasi keluarga berdasarkan teori
individu sahaja. Responden pertama ialah psikologi individu bahawa kedua-dua responden
penagih dadah pemulihan kali pertama adalah anak sulung. Dalam kes pertama, A ialah
(responden A) sementara responden kedua ialah anak sulung kepada 11 adik-beradik manakala B
penagih ulangan (responden B). Persampelan ialah anak sulung kepada 4 adik-beradik. Ini
responden adalah berbentuk persampelan bererti kedudukan kelahiran sebagai anak sulung
bertujuan. Data telah diperoleh melalui temu dalam keluarga mendapat perhatian yang
bual berstruktur berdasarkan soal selidik Temu sepenuhnya daripada ibu bapa pada peringkat
Bual Psikologi Individu yang telah diubahsuaikan. awalnya. Keadaan ini berubah setelah kelahiran
Soal selidik tersebut telah dibentuk oleh anak seterusnya yang boleh mengganti
Persatuan Antarabangsa Psikologi Individu. Data kedudukan signifikan sebagai anak sulung. Dalam
temu bual telah melalui analisis kandungan, di kes pertama, A menunjukkan bahawa tidak ada
mana data telah dikumpul, ditafsir, dan dituliskan seorangpun yang boleh menggantikan tempatnya
dalam bentuk transkrip verbatim dengan sebagai anak lelaki yang telah dimanjakan selama
merujuk kepada konstruk-konstruk gaya hidup 12 tahun. Selepas 12 tahun, A mendapat adik
daripada teori psikologi individu. lelaki (anak kedua dalam keluarga A) yang akan
mengambil alih kedudukan A dalam keluarga.
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Kedudukan kelahiran yang sedemikian sudah
Latar Belakang Responden tentu memberi kesan kepada perkembangan
psikososial dan pembentukan gaya hidup A.
(i) Responden A
Manakala dalam kes kedua, B telah diambil alih
A ialah seorang lelaki Melayu beragama Islam
kedudukannya dalam keluarga dengan kelahiran
yang berumur 41 tahun dan berasal dari Johor.
adik bongsunya.
A mempunyai taraf pendidikan pada tahap
Dinkmeyer dan Sperry (2000) menyatakan
Malaysian Certificate of Education, berkahwin dan
bahawa anak sulung sentiasa berusaha untuk
mempunyai dua anak. A mempunyai pengalaman
mengatasi adik-adiknya yang lain supaya dapat
dalam penagihan dadah selama 25 tahun
mengekalkan peranannya sebagai ketua keluarga
(semenjak tingkatan empat) dan jenis dadah
di kalangan adik-beradik mengikut susunan
yang pernah digunakan ialah tablet, ais, ganja,
kelahiran. Ini dapat dilihat di mana B tidak
kokain, dan heroin. Walaupun demikian, A masih
rapat dengan adik perempuannya. Malahan
lagi tidak dikategorikan sebagai penagih kronik.
mereka sering bergaduh semenjak dari kecil
A pernah bekerja sebagai seorang pengawal bank
lagi. Anak sulung sering mencorakkan semula
dan berpendapatan sebanyak RMl,OOO.OO
diri mereka secara psikologikal dan sosial di
sebulan. A ialah anak sulung daripada 11 adik-
dalam keluarga supaya dapat mencapai
beradik.
penyesuaian diri yang mantap setelah digugat
kedudukannya dengan kelahiran adik-adik
(ii) Responden B
seterusnya. Keadaan ini biasanya memberi impak
B ialah seorang lelaki Melayu beragama Islam
yang kuat dan merupakan punca kepada kanak-
yang berumur 29 tahun dan berasal dari Johor.

114 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004


Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu

kanak bermasalah, menjadi neurotik, melakukan gaya hidupnya. Melalui interpretasi corak mimpi
jenayah, dan melibatkan diri dalam tingkah laku yang diceritakan oleh A kebanyakannya
penagihan (Adler 1931). membawa tema kasih sayang. A menyatakan
Dalam kes pertama, A ialah anak yang beliau selalu mengalami mimpi berkenaan
dimanjakan dari kecil sehingga berumur 12 individu yang signifikan dalam dirinya, iaitu ibu,
tahun. Gaya hidup yang dibentuk pada zaman isteri, dan anak-anaknya. Mimpi tentang ibu ialah
kanak-kanak adalah signifikan kepada satu metafora yang memperlihatkan hubungan
perkembangan inferioriti yang normal. Namun intim yang dijalinkan semenjak kanak-kanak.
rasa inferioriti ini boleh menjadi kompleks dan Namun, terdapat satu kata kunci untuk
menuju ke arah tingkah laku yang bermasalah memahami gaya hidup A dengan lebih jelas
atau memusnahkan. Apabila A 'disisihkan' iaitu melalui mimpi yang sering berulang tentang
dengan kelahiran adiknya, A merasa inferior. bekas teman wanita.
Rasa inferioriti telah diperbesarkan menjadi Mimpi yang sentiasa berulang jelas
kompleks lantaran itu A mencari satu pampasan menunjukkan individu berkenaan ingin berusaha
yang membawa A terperangkap dalam kompleks ke arah superioriti. Keinginan untuk ke arah
superioriti (penagihan dadah) (Hall dan Lindzey superioriti adalah kuat dan ia biasanya
1978). Adler (1956) menyatakan bahawa melibatkan ingatan yang mendalam pada masa
permulaan sesuatu tingkah laku penagihan lampau (Adler 1931). Ini menjadi bukti yang
adalah disebabkan oleh perasaan kompleks mantap bagi memperkukuhkan pembentukan
inferioriti seperti perasaan malu yang keterlaluan, perasaan kompleks inferioriti yang terus menuju
keinginan yang tinggi untuk mengasingkan diri, ke kompleks superioriti yang dialami oleh A.
terlalu sensitif, mudah tersinggung, mudah naik Mimpi yang sering berulang dalam tidur A
radang, tidak sabar serta mengalami simptom- merupakan helah bela diri walaupun
simptom neurosis seperti kebimbangan dan perhubungan itu sudah sekian lama lupus.
kemurungan. Lanjutan daripada ingatan yang mendalam ini,
Ibu bapa memainkan peranan penting A tidak mendapat kepuasan dalam perhubungan
terhadap perkembangan anak yang berada dalam seksual dengan isterinya. Keadaan ini
kedudukan kelahiran pertama. Layanan dan menambahkan kompleks inferioriti bagi A.
asuhan ibu bapa dapat membimbing anak sulung B pula terlibat dengan mimpi yang ngeri
menjadi bertanggungjawab dan melindungi adik- dan menakutkan serta bersifat kejam dan zalim.
adik yang lain (Ansbacher dan Ansbacher 1956). Mimpi ngeri yang pernah dialami oleh B ialah
Oleh yang demikian, apabila A berpisah daripada tubuh badannya berkecai, kepalanya jatuh ke
ibu bapa pada umur 12 tahun dan tinggal tanah, dan kaki dan tangannya berada dalam
bersama datuk selama 2 tahun dan seterusnya longkang. Pada lain waktu pula, B bermimpi
tinggal berasingan semasa berumur 14 tahun dirinya berada di kubur dan tiba-tiba berada di
merupakan satu kehilangan kepada kasih sayang penjara. Mimpi yang bercirikan sedemikian
yang dikecapi selama ini. A kehilangan sumber mempunyai unsur kebimbangan yang tinggi.
yang signifikan untuk mendapatkan kasih sayang. MenurutAdler (1956), mimpi tentang kekejaman
Menurut Adler (1956), tingkah laku penagihan dan kezaliman melibatkan perasaan marah yang
adalah satu cara peralihan sifat pergantungan kuat, hendak mengamuk serta mencari peluang
daripada individu yang signifikan dalam untuk melepaskan perasaan dendam. Corak
kehidupan. A juga pernah putus cinta dengan mimpi ini adalah selaras dengan gaya hidup B di
individu yang signifikan dalam hidupnya. Akibat mana B sentiasa memendamkan perasaan dan
putus cinta, A mempunyai perasaan benci, cuba menunggu peluang untuk membalas dendam.
melindungi diri, rasa rendah diri, dan rasa tidak Selain itu, mimpi tentang kebimbangan pula
selamat. Keadaan ini terus-menerus mengukuhkan memperlihatkan perasaan bimbang yang
kompleks superioriti yang dialami oleh A dan keterlaluan berpunca daripada kegagalan untuk
terperangkap dalam tingkah laku penagihan berkahwin seperti yang pernah dirancangkan
dadah. oleh B.

(ii) Corak Mimpi (iii) Ingatan Awal


Adler (1931) menyatakan mimpi ialah jambatan Salah satu cara untuk mendapatkan maklumat
yang dapat menghubungkan individu dengan tentang pembentukan gaya hidup adalah melalui

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 0.22004 115


Lily Mastura Hamn & Ooi Boon Keat

interpretasi ingatan awal (Dinkmeyer dan Sperry persekitarannya, dan kehidupan. Oleh itu,
2000). Merujuk kepada ingatan awal A, terdapat tingkah laku penagihan dadah boleh dikatakan
beberapa insiden yang boleh dikaitkan dengan sebagai salah satu kompleks superioriti yang ingin
pembentukan gaya hidupnya. Satu ingatan awal dicapai supaya dapat melarikan diri daripada
yang menjadi sebahagian daripada paparan keadaan sebenarnya lantas mendapat perhatian
hidup A ialah peristiwa yang berlaku ketika A dan fokus daripada individu lain.
berumur 11 tahun. A dilarang masuk ke dalam
rumah kerana balik lewat selepas sekolah. A (iv) Kesilapan Asas
turut dipukul oleh bapa. Kedua-dua keadaan ini Kesilapan asas telah dikategorikan kepada lima
memperkuatkan perasaan takut dan hampa jenis, iaitu generalisasi terlampau, jaminan
dalam dirinya. Ketika A berumur 16 tahun, A mustahil, persepsi dan permintaan hidup yang
dibuang asrama kerana merokok, memanjat salah, merendahkan diri, dan kesilapan nilai.
pagar asrama, dan melanggar peraturan sekolah. Kesilapan asas yang dipaparkan adalah
Bapa A terserempak dengan A menghisap dadah berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh
di rumah sewa. A sering menipu bapanya untuk responden daripada transkrip temu bual. Jadual
mengelak daripada dipukul. Tingkah laku yang 1 dan 2 menunjukkan kesilapan asas berkenaan
diingati oleh A jelas memperlihatkan usaha A yang telah disampaikan oleh A dan B.
untuk mencapai superioriti. Tetapi dalam Kesilapan asas merupakan elemen yang
melakukan tingkah laku berkenaan, A terus- penting dalam menentukan persepsi dan
menerus mencapai inferioriti. Kesinambungan tanggapan yang silap terhadap gaya hidup.
di antara inferioriti ke superioriti merupakan Kesilapan asas yang ditekankan oleh Adler (1956)
rantaian perangkap dan sebati dalam gaya ialah penerimaan, kerjasama, hak asasi, dan
kehidupan A. tanggungjawab terhadap perhubungan
Ingatan awal B ialah ketika berumur 6 tahun. kemanusiaan (Dinkmeyer dan Sperry 2000).
Kecederaan yang dialami ketika ini membuat B Proses mental yang melibatkan pergerakan
rasa amat takut. B juga curiga tentang kasih psikologikal akan sentiasa mendorong individu
sayang serta belas kasihan yang ditunjukkan oleh untuk mencapai matlamat yang terbentuk
ibu dan bapanya. Ketika B berumur 14 tahun, B daripada tanggapan fiksyen. Malahan, tanggapan
telah mengalami peristiwa yang amat yang tersilap pada asas pembentukan nilai dan
menakutkan. B telah diserang oleh penyegat kepercayaan pula turut mempengaruhi individu
tanah yang bisa dan akan mati jika rawatan ke arah pencapaian matlamat fiksyen walaupun
lambat diberikan. Pengalaman ini membentuk tidak memenuhi norma sosial yang sebenarnya.
kepercayaan B bahawa B memang bernasib baik Justeru itu, pernyataan A yang berbunyi,
dan beranggapan bahawa dirinya lebih tahan "Pandangan manusia terhadap perempuan secara
lasak berbanding individu lain. B juga pernah umumnya ialah perempuan adalah lemah dan
diserbu oleh polis semasa zaman penagihan kurang upaya" dan pernyataan B yang berbunyi,
dadah tetapi berjaya melarikan dirinya. "Perempuan banyak ditindas dan sekiranya saya
Kesimpulan yang boleh dibuat daripada menjadi golongan perempuan, saya akan
ingatan awal A menjurus kepada individu ditindas" telah menampakkan generalisasi
tertentu, iaitu bapanya. Ini memperlihatkan keterlaluan terhadap perempuan dan fungsi
bahawa A mempunyai banyak perasaan jantina. Secara tidak langsung, generalisasi
terpendam secara sedar atau tidak sedar terhadap keterlaluan akan mempengaruhi A dan B untuk
perhubungan dengan bapanya. Manakala B pula memperalatkan perempuan demi tujuan tertentu
banyak menyentuh tentang pengalaman pahit seperti memenuhi keperluan seksual sahaja.
dan menakutkan sebagai ruang rujuk dalam Manakala A pernah membuat pernyataan yang
pembentukan gaya hidup. Umumnya individu berbunyi, "Manusia sentiasa membuat sesuatu
akan berusaha bergerak ke arah jangkaan yang yang salah walaupun mengetahui perkara itu
dijadikan sebagai arah tuju. Ingatan awal dapat tidak betul" merupakan ruang rujuk bagi A untuk
menunjukkan sikap, kepercayaan, dan motif melakukan kesilapan dan kesalahan. Sekurang-
seseorang individu bergerak menuju matlamatnya kurangnya A ada alasan yang musabah untuk
(Dinkmeyer dan Sperry 2000). Gushurst (1971) melakukan kesalahan seperti menagih dadah.
menyatakan bahawa ingatan awal memberikan Dari aspek jaminan mustahil, A membuat
gambaran tentang individu, dirinya, individu di pernyataan yang berbunyi, "Saya juga seorang

116 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004


Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu

JADUAL 1
Kesilapan asas responden A

Kesilapan Asas Pernyataan

Generalisasi keterlaluan "Manusia sentiasa membuat sesuatu yang salah walaupun mengetahui perkara itu
tidak betul."
"Pandangan manusia terhadap perempuan secara umumnya ialah perempuan
adalah lemah dan kurang upaya."
Jaminan mustahil "Saya juga seorang yang takut hendak menyakitkan hati orang."
"Seseorang mempunyai hasrat untuk berubah tidak semestinya hendak tinggal
dalam pusat pemulihan selama satu tahun. Pemulihan di dalam pusat pemulihan
akan membazirkan masa sahaja."
Persepsi dan permintaan "Saya seorang lelaki, perlulah berani dan menjadi sebagai pelindung kepada
hidup yang silap perempuan. Pada masa yang sarna juga, lelaki perlu dibelai oleh perempuan.
Manakala perempuan merupakan tempat untuk berkongsi perasaan dan pemikiran
secara ikhlas."
Merendahkan diri "Saya berasa berdosa, saya tidak patut membuat perkara-perkara yang tersilap
selama ini."
"Saya sentiasa merasakan terabai. Adik-beradik, ibu, dan bapa saya tidak
mempedulikan saya dan tidak mengambil berat tentang saya."
Kesilapan nilai "Saya beranggapan bahawa kita perlu bertindak sederhana dalam apajua keadaan
di mana tidak boleh terlalu baik dan tidak terlalu jahat."

JADUAL 2
Kesilapan asas responden B

Kesilapan Asas Pernyataan

Generalisasi keterlaluan "Perempuan banyak ditindas dan sekiranya saya me~adi golongan perempuan,
saya akan ditindas."
Persepsi dan permintaan "Pegangan banyak memberikan sekatan dan ini amat membosankan."
hidup yang silap
Merendahkan diri "Saya alah dengan anak kucing, saya tidak boleh tengok anak kucing."
Kesilapan nilai "Hilang, can yang baru!"
"Saya lebih suka membuat sesuatu dengan tidak ada halangan dan sekiranya ada
sesuatu yang menghalang, saya tidak akan membuatnya."
"Saya menganggap seks sebagai satu joli kerana saya tidak ada rumah tangga, jadi
hanya enjoy dengan ternan-ternan sahaja."

yang takut hendak menyakitkan hati orang." Ini dalam pusat pemulihan akan membazirkan masa
memperlihatkan bahawa A melakukan sesuatu sahaja". Adakah hasrat sahaja yang boleh
dengan berhati-hati agar tidak menyakitkan hati menentukan kejayaan seseorang itu dalam
orang lain di samping mencapai kehendaknya pemulihan tingkah laku penagihan dadah?
sendiri. Pengaruh rakan terhadap penagihan Tanggapan dan pemikiran A yang terlalu mudah
dadah juga dikesan daripada tanggapan silap dan cetek ini merupakan kesilapan asas dan
yang dijadikan nilai hidup dirinya. A juga tidak boleh memberikan jaminan tentang proses
membuat pernyataan yang berbunyi, "Seseorang pemulihannya.
yang mempunyai hasrat untuk berubah tidak Persepsi dan permintaan hidup yang silap
semestinya hendak tinggal dalam pusat mempengaruhi individu ke arah superioriti
pemulihan selama satu tahun. Pemulihan di kompleks. A berpersepsi bahawa, "Saya seorang

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004 117


Lily Mastura Harun & Ooi Boon Keat

lelaki, perlulah berani dan menjadi sebagai merupakan salah satu kesilapan asas yang
pelindung kepada perempuan. Pada masa yang dijadikan elemen untuk mengenal pasti gaya
sarna juga, lelaki perlu dibelai oleh perempuan. hidup berdasarkan pendekatan psikologi
Manakala perempuan merupakan tempat untuk individu. A menyatakan bahawa "Saya
berkongsi perasaan dan pemikiran secara ikhlas". beranggapan bahawa kita perlu bertindak
Ini menunjukkan sifat kelelakian A yang sederhana dalam apajua keadaan di mana tidak
beranggapan bahawa perempuan memainkan boleh terlalu baik dan tidak terlalu jahat". A
peranan yang lebih inferior. Permintaan hidup menggunakan ganti nama 'kita' sebagai mewakili
A terhadap curahan kasih sayang hanya diperoleh orang ramai untuk menentukan sesuatu tingkah
daripada perempuan sahaja. Justeru itu, boleh laku. Ini menunjukkan bahawa A tidak berdaya
dikatakan bahawa A ialah seorang yang hanya untuk menuju ke arah superioriti. B pula
inginkan kasih sayang daripada orang lain. membuat pernyataan, "Hilang, cari yang baru!"
Manakala B pula membuat pernyataan yang Ini memperlihatkan bahawa B tidak menghargai
berbunyi, "Pegangan banyak memberikan sesuatu sarna ada hubungan kasih sayang atau
sekatan dan ini amat membosankan". Persepsi kebendaan. Manakala pernyataan B, "Saya
hidup yang sedemikian memperlihatkan B menganggap seks sebagai satu joli kerana saya
inginkan kebebasan dan hidup tanpa kekangan. tidak ada rumah tangga, jadi hanya enjoy dengan
Kesilapan: asas ini dijadikan matlamat hidup ternan-ternan sahaja." B menganggap tingkah
untuk mencari keseronokan termasuk tingkah laku ini sebagai tidak membawa sebarang kesan
laku berfoya-foya dan penagihan dadah. buruk terhadap fisiologi, psikologi, dan sosialnya.
Sifat merendahkan diri sendiri merupakan Keseronokan seperti ini adalah kesilapan asas
salah satu kesilapan asas dalam pembentukan dalam nilai gaya hidup yang membawa B kepada
gaya hidup yang tidak sihat. A membuat kompleks superioriti.
pernyataan seperti, "Saya berasa berdosa, saya Kesilapan asas merupakan logik peribadi
tidak patut membuat perkara-perkara yang atau matlamat yang berbentuk fiksyen bagi
tersilap selama ini". Pernyataan ini hanya menggerakkan individu. Kesilapan asas adalah
dikatakan silap apabila merujuk kepada ruang rujuk konseptual individu untuk
perkataan 'tidak patut'. Jika A dapat mengawal menentukan nilai, kepercayaan, dan dinamik
dirinya, maka perkara yang 'tidak patut' itu tidak pergerakan seseorang individu. Kesilapan asas
akan berlaku. Pernyataan A secara langsung juga dijadikan panduan bagi usaha ke arah
menunjukkan kelemahan dirinya dalam superioriti kompleks (Mosak dan Dreikurs 1973).
membuat sesuatu perkara ataupun membuat Lantaran itu, individu akan sentiasa menjurus
sesuatu keputusan. Pernyataan ini juga membawa ke arah kompleks superioriti atau bertingkah
makna bahawa A menyalahkan perkara-perkara laku negatif berpandukan matlamat fiksyen yang
yang telah berlalu. Manakala pernyataan, "Saya dijadikan nilai, kepercayaan, dan gaya hidup
sentiasa merasakan terabai. Adik-beradik, ibu, seseorang. Dalam hal ini, penagihan dadah telah
dan bapa saya tidak mempedulikan saya dan dijadikan sebagai pampasan kompleks inferioriti
tidak mengambil berat tentang saya" juga adalah hasil daripada kesilapan asas dalam gaya hidup
punca perasaan inferioriti terhadap diri dan (Adler 1956).
keluarga. Bagi B pula pernyataan "Saya alah
dengan anak kucing, saya tidak boleh tengok KESIMPULAN DAN CADANGAN
anak kucing" memperlihatkan B tidak pernah Penggunaan teori psikolgi individu untuk
memberi peluang kepada dirinya untuk meneroka gaya hidup penagih dadah jelas
berhadapan dengan segala rintangan dan menggambarkan bahawa faktor keluarga
halangan dalam hidup. Dalam hal ini, B tidak memainkan peranan yang penting dalam
mempunyai keyakinan diri untuk menyelesaikan pembentukan gaya hidup. Keluarga sebagai satu
masalah kehidupan. sistem psikososial dalam masyarakat perlu
Manusia disifatkan mempunyai nilai hidup memahami proses kekeluargaan. Proses
yang tersendiri yang diperoleh daripada proses kekeluargaan merangkumi aspek komunikasi,
sosialisasi yang dialami dalam masyarakat. Namun memahami kesan-akibat sesuatu perhubungan
nilai yang silap akan menyebabkan individu daripada perspektif sistemik, mengekalkan
sentiasa menuju ke arah yang negatif dan tidak homeostasis keluarga, fungsi dan peranan,
mengikut norma sosial. Kesilapan nilai struktur keluarga, boundary atau sempadan

118 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004


Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu

psikologikal, dan seumpamanya. Ibu bapa hams CAROOL, J J 1999. Compatibility of Adlerian theory
memberi perhatian yang seimbang di antara and practice with the philosophy and practice
anak-anak tanpa mengira susunan kelahiran agar of alcoholics anonymous. Journal of Addiction
skrip gaya hidup yang sempurna dan berfungsi and Offender Counselling 19(2): 50-62.
dapat dihasilkan. Proses kekeluargaan sebenarnya DINKMEYER, D.C., D.C. Jr. DI KMEYER dan L. SPEERY.
ialah satu proses untuk memberi 'makna' kepada 1987. Adlerian Counseling and Psychotherapy. Edisi
kewujudan setiap ahlinya. Jika 'makna' kedua. Colombus, OH: Charles E. Merill.
kehidupan individu itu adalah bagus, maka ia
DINKMEYER, D. dan L. SPERRY. 2000. Counselling and
akan menjadi amalan gaya kehidupan yang
Psychotherapy: An Integrated Individual Psychology
positif, tetapi jika 'makna' kehidupan itu tidak
Approach. New Jersey: Prentice Hall.
baik, maka amalan gaya kehidupan yang negatif
akan mengambil alih. Pengetahuan tentang ilmu DZULKIFLI ABDUL RAzAK. 1995. Dadah: senario sejagat
kekeluargaan harus dipertingkatkan untuk yang membimbangkan. Jurnal Dewan Kosmik:
memastikan ahli keluarga menjadi ahli 12-13.
masyarakat yang berguna dan tidak terlibat dalam GUSHURST, R.S. 1971. The technique, utility, and
mana-mana gejala sosial. the validity of lifestyle analysis. The Counselling
Psychologist 3(1 ): 30-40.
RUJUKAN
HALL, C.S. dan G. LINDZEY. 1978. Theories ofPersonality.
ADLER, A 1931. What Life Could Mean to You. New
ew York: John Wiley & Sons.
York: One World Publications Ltd.
HOFFMAN, JP. dan RA JOHNSON. 1998. A national
ADLER, A 1956. Dalam The Individual Psychology of
potrait of family structure and adolescent drug
Alfred Adler: A Systematic Presentation in Selection
use. Journal of Marriage and the Family 60: 633-
from His Writings, disunting oleh H.L.
645.
Ansbacher dan RR Ansbacher. ew York:
Basic Books. LABOUVIE, L. 1996. Maturing out of substance abuse:
selection and self-correction. Journal of Drug
AMERlKANER, M. dan G. MONKS. 1994. Family
Issues 26(2): 457-477.
interaction and individual psychological health.
Journal of Counselling and Development 72(6): MCQUEEN, R.A. dan C. KN SSE. 1999. Research
614-621. Methods in Psychology: A Practical Introduction.
London: Prentice-Hall.
ANDERSON, T.L. 1994. Drug abuse and identity:
linking micro and macro factors. Sociological MOSAK, H.H. 1989. Adlerian psychotherapy. Dalam
Oy,arterly 35(1): 159-175. Current Psychotherapies, disunting oleh RJ.
Corsini dan D. Wedding. Itasca, IL: Peacock.
ANSBACHER, H.L. dan RR ANSBACHER. 1956. The
Individual Psychology of Alfred Adler. New York: MOSAK, H.H. dan R DREIKURS. 1973. Dalam Current
Basic Books Inc. Psychotherapies, disunting oleh RJ. Corsini dan
D. Wedding. Itasca, IL: Peacock.
ASHBY, J.S. dan T. KOTTMA . 1998. Adlerian
personality priorities: psychological and MOUSTAKAS, C. 1994. Phenomenological Research
attitudinal differences. Journal of Counselling Methods. California: Sage. Thousand Oaks.
and Development 76(4): 466-474.
OTHMAN MOHAMED. 2000. Prinsip Psikoterapi dan
BAHR, SJ., S.L. MAUGHAN, AC. MARcos dan B. LI. Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang: Penerbit
1998. Family, religiosity, and the risk of Universiti Putra Malaysia.
adolescent drug abuse. Journal of Marriage and
PAGE, S. dan K LAFRENIERE. 1993. Early experiences
the Family 60: 979-992.
and coping with later illness. Guidance and
BLATT, 1. 1999. Treating the child-dominated family: Counselling 9(1): 12-22.
the family constitution. Family Journal 7 (3):
SMITH, S., F. MULLIS, R M. KERN dan G. BRACK. 1994.
292-296.
An Adlerian model for the etiology of
BLOCK, J dan RW. ROBINS. 1993. A longitudinal aggression in adjucated adolescences. Family
study of consistency and change in self-esteem Journal 7(2): 135-148.
from early adolescence to early childhood.
Child Development 64: 909-923.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004 119


Lily Mastura Harun & Ooi Boon Keat

SPERRY, L.M. 1996. Psychopathology and the WELTON, G. L. dan M. D. HOUSER. 1997. Ego identity
diagnostic treatment process. Dalam drug experimentation: the fable of arrested
Psychopathology and Psychotherapy, disunting oleh abstainer. Counselling and Values 41(3): 219-
L. M. Sperry dan J. Carlson. Washington: 235.
Accelerated Development.
(Diterima: 9 September 2003)

120 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004

Anda mungkin juga menyukai