Anda di halaman 1dari 10

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

TEKNIK
MEMBINA TERES
Teres adalah tingkatan-tingkatan berupa
anak-anak tangga yang di buat melintang
pada lereng bukit mengikut konturnya. Di
atas tereslah proses penanaman
dijalankan.
TUJUAN
Tujuan membuat teres pada kawasan tanah
yang berbukit (>8%) adalah :
 Untuk mengurangkan hakisan
 Untuk menakung seberapa banyak air supaya
diserap ke dalam tanah bagi kegunaan tanaman
 Untuk menyenangkan kerja melubang dan
menanam
 Untuk menyenangkan kerja membaja
 Untuk menyenangkan pekerja berjalan semasa
membuat kerja-kerja di ladang yang curam
keadaannya.
Kejadian hakisan agak minima di kawasan
rata,tetapi bagi kawasan sedikit beralun,
langkah-langkah mengurangkan hakisan perlu

diambil kira.

Sebagai panduan “soil conservation bund”


atau teres perlu disediakan mengikut jarak
berikut :
Kecuraman Jarak Soil Conservation Bund/Teres
0 Darjah Tiada
< 2 Darjah 25 - 30 meter
3-6 Darjah 20 - 25 meter
1. Membina Teres
1.1 Teres hendaklah dibuat di sepanjang
barisan kontur supaya jadi sama rata.
1.2 Tanah digali kira-kira 60sm ke
dalam bukit, kemudian ditarik ke
belakang menghala ke bawah
bukit serta dipadatkan tanah itu
menjadi benteng.
1.3 Lebar teres 120-180sm.
1.4 Apabila menggali teres, curamkan
ke dalam bukit 25-30sm dari datar
(Gambarajah 1).

1.5 Pada tiap-tiap 8sm sekurang-kurangnya,


disepanjang teres, tinggalkan 30sm lebar
tanah yang tidak digali, untuk dijadikan
perhentian (Gambarajah 2).
Gambarajah 1 : Teres

Gambarajah 2 : Pemandangan bukit yang berteres


1.6 Jumlah panjang teres dalam sehektar
kawasan bukit boleh dikira jika diketahui
jarak antara teres, dengan formula:
Luas sehektar (m2)
Jarak teres
Misalnya,
Jarak teres, 9m = 10,000 = 1,111m
9
1.7 Dengan menggunakan cangkul, seorang
boleh gali sepanjang 30m teres manakala
dengan jentolak 1200m sehari.

KESIMPULAN
Teres perlu dibuat di ladang yang curam bagi
memudahkan kerja-kerja di ladang serta
menakung seberapa banyak air supaya di serap
ke dalam tanah bagi kegunaan tanaman.

Rujukan : ABU BAKAR BIN HAJI AHMAD(1985)Teknologi Getah Asli : pp. 152.
Kuala Lumpur : Institut Penyelidikan Getah Malaysia

Anda mungkin juga menyukai