Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

PROGRAM INSPIRASI

SENI

SEKOLAH KEBANGSAAN

PEDAS 2013

Anjuran :

Panitia Pendidikan Seni Visual


1. Pendahuluan

Aktiviti pameran ini secara amnya bertujuan untuk mendedahkan tentang hasil karya
seni kepada murid – murid, guru – guru dan juga warga sekolah. Seni mungkin
seringkali dipandang sepi terutamanya di sekolah rendah. Hal ini mungkin berlaku
disebabkan kurangnya pendedahan tentangnya. Dengan adanya pameran sebegini ia
menjadi satu platform bagi menaikkan lagi martabat mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual di sekolah rendah seterusnya dapat memupuk minat terhadap mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual khasnya dalam kalangan murid – murid.
Melalui projek pameran ini juga kreativiti murid – murid dapat ditingkatkan melalui
pelbagai garapan idea penghasilan seni daripada karya yang dipamerkan. Ia secara
langsung akan mendorong minat murid untuk menghasilkan karya seni dengan lebih
baik pada masa akan datang seterusnya dapat menonjolkan bakat yang terpendam
dalam kalangan murid – murid.

2. Rasional

Penganjuran program Inspirasi Seni ini merupakan satu wadah bagi semua warga
Sekolah Kebangsaan Pedas ( SKP ) khasnya murid – murid dalam meningkatkan
kreativiti dan juga minat terhadap Pendidikan Seni Visual. Karya - karya yang
dipamerkan adalah dari pelbagai sumber termasuklah hasil karya murid, guru pelatih
dan juga karya – karya individu tertentu. Oleh itu, dengan melihat pameran ini, minat
murid terhadap Pendidikan Seni Visual dapat ditingkatkan. Murid – murid juga akan
memperoleh idea baru dalam penghasilan karya seni melalui karya – karya yang
dipamerkan. Oleh itu, ia secara langsung akan dapat meningkatkan daya kreativiti
dalam kalangan murid dan juga warga SKP serta dapat menjadi satu lonjakan bagi
mencungkil bakat seni yang terpendam dalam kalangan murid.
3. Matlamat
3.1 menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari subjek Pendidikan
Seni Visual.
3.2 melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam
menghasilkan karya seni.
3.3 Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan guru dan murid di
samping menambah pengetahuan tentang seni visual.

4. Objektif
4.1 Meningkatkan minat terhadap mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui
karya yang dipamerkan.
4.2 Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya
seni dalam empat bidang mengikut sukatan pelajaran.
4.3 Meningkatkan daya kreativiti melalui idea – idea yang diperoleh daripada
karya yang dipamerkan.
4.4 Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang terpendam
melalui pameran dan aktiviti pertandingan yang dijalankan.
4.5 Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pameran
yang dilaksanakan.
4.6 Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

5. Tarikh Pelaksanaan
19 September 2013 ( Jumaat )

6. Tempat
Dataran Bestari Sekolah Kebangsaan Pedas

7. Anjuran
Panitia Pendidikan Seni Visual
8. Tema
‘ INSPIRASI SENI ‘
Tema ini dipilih bertepatan dengan objektif pameran ini iaitu untuk meningkatkan
minat dan juga kreativiti murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Inspirasi secara amnya bermaksud contoh, idola, ikutan dan sebagainya. Oleh
itu, tema ini dipilih bertepatan dengan tujuan pameran ini dilaksanakan iaitu
bertujuan untuk memupuk minat, meningkatkan kreativiti melalui idea daripada
karya – karya yang dipamerkan serta mencungkil bakat seni yang terpendam
dalam kalangan murid.

9. Kumpulan Sasaran
Semua warga Sekolah Kebangsaan Pedas

10. Ahli Jawatankuasa Pelaksana pameran Inspirasi Seni.

PENAUNG
Haji Mohammad Anuar bin Idris
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pedas.

PENASIHAT
En. Baharom bin Alias ( GPK 1 )
En. Abdul Manan bin Maulod ( GPK HEM )
En. Mohd Ezani Zamani bin Khairan ( GPK KOKURIKULUM)

PENGERUSI
Pn. Nurhafizah binti Safiaai

NAIB PENGERUSI
Pn. Nurul Azwana binti Ab Malik
SETIAUSAHA
Cik Noraini binti Yaakob

NAIB SETIAUSAHA
Cik Siti Noor Afiqah binti Mohd Ghawi

BENDAHARI
Pn. Aminah@Rosnida binti Mohd. Noor

AHLI JAWATANKUASA KECIL

1. KURATOR PAMERAN
Cik Noraini binti Yaakob
Cik Siti Noor Afiqah binti Mohd Ghawi

2. JAWATANKUASA HADIAH
Pn. Siti Hajar binti Ismail@Ahmad
Pn. Hjh. Marinah binti Bajuri

3. URUSETIA
Semua guru Pendidikan Seni Visual dan guru pelatih.

11. Belanjawan
Rujuk lampiran 1

12. Tentatif program


Rujuk lampiran 2
13. Penutup

Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir Sekolah


Kebangsaan Pedas menyokong penuh pelaksanaan pameran ini. hal ini penting
bagi memberi peluang kepada warga SKP terutamanya murid – murid dalam
meneroka pengalaman baru melalui pameran ini. semoga dengan penganjuran
pameran ini akan memberikan satu pengalaman baru kepada warga SKP dan
juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti dalam kalangan murid seterusnya
dapat mencungkil bakat – bakat yang terpendam dalam kalangan murid dan
warga SKP.
Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat
diperlukan bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Atas
kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… ………………………….
( NORAINI BINTI YAAKOB )
(HAJI MOHAMMAD ANUAR BIN IDRIS)
Setiausaha,
Guru Besar
Program Inspirasi Seni 2013
Sekolah Kebangsaan Pedas
Sekolah Kebangsaan Pedas
Lampiran 1
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM PAMERAN INSPIRASI SENI

HARGA HARGA
BIL PERKARA KUANTITI SEUNIT ( RM X UNIT ) JUMLAH
( RM )
1. Hadiah
Pertandingan menganyam
ketupat
 Tempat pertama 1 12.00 12.00 X 1 RM 12.00
 Tempat kedua 1 10.00 10.00 X 1 RM 10.00
 Tempat ketiga 1 8.00 8.00 X 1 RM 8.00
Pertandingan membentuk
pasu kreatif
 Tempat pertama 1 12.00 12.00 X 1 RM 12.00
 Tempat kedua 1 10.00 10.00 X 1 RM 10.00
 Tempat ketiga 1 8.00 8.00 X 1 RM 8.00
Pertandingan membuat
boneka
 Tempat pertama 3 7.00 7.00 X 3 RM 21.00
 Tempat kedua 3 5.00 5.00 X 3 RM 15.00
 Tempat ketiga 3 3.00 3.00 X 3 RM 9.00
Pertandingan membuat
penanda buku
 Tempat pertama 3 7.00 7.00 X 3 RM 21.00
 Tempat kedua 3 5.00 5.00 X 3 RM 15.00
 Tempat ketiga 3 3.00 3.00 X 3 RM 9.00
Pertandingan membentuk
doh ( kuih )
 Tempat pertama 3 6.00 6.00 x 3 RM 18.00
sahaja.
JUMLAH RM 168.00
2. Modelling clay 50 1.30 1.30 x 50 RM 65.00
3. Board 2 - - -
4. Meja 10 - - -
5. Kertas crepe 10 0.50 0.50 x 10 RM 5.00
6. Stapler gun 2 32.00 32.00 x 2 RM 64.00
7. Dawai kokot ( saiz besar ) 2 kotak 10.00 10.00 x 2 RM 20.00
8. Tali 1 gulung 2.50 2.50 x 1 RM 2.50
9. Span 10 1.00 1.00 x 10 RM 10.00
JUMLAH RM 166.50
JUMLAH KESELURUHAN RM 334.50

PANJAR WANG RUNCIT

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA HARGA JUMLAH


SEUNIT ( RM X UNIT )
( RM )
1. Kain ( scallop ) 20.5 meter 2.80 2.80 x 20.5 m RM 57.40
2. Dawai bunga 3 1.50 1.50 x 3 RM 4.50
3. Tepung 3 1.35 1.35 x 3 RM 4.05
4. Pewarna makanan 4 0.50 0.50 x 4 RM 2.00
5. Garam 3 1.00 1.00 x 3 RM 3.00
6. Pensil ( 12’s ) 6 3.50 3.50 x 6 RM 21.00
7. Buku nota kecil 10 0.63 0.63 x 10 RM 6.30
8. Pen ( fancy ) 1 1.75 1.75 x 1 RM 1.75
JUMLAH RM 100.00

* sumber kewangan adalah daripada yuran khas- SENI

Lampiran 2
TENTATIF PROGRAM PAMERAN INSPIRASI SENI

Tarikh : 19 Julai 2913 (Jumaat)

Tempat : Dataran Bestari Sekolah Kebangsaan Pedas.

Masa Aktiviti
8.00 a.m Pameran bermula
8.00 – 9.00 a.m Pertandingan murid ( tahun 1 & 4 )
 Membuat boneka
 Membuat penanda buku
Demonstrasi
 Teknik pualaman
 Teknik garam
9.00 a.m. – 10.00 a.m. Pertandingan murid ( tahun 5 & 6 )
 Membuat boneka
 Membuat penanda buku
Demonstrasi
 Teknik pualaman
8.00 a.m. – 10.00 a.m Pertandingan guru *

 Anyaman ketupat
 Membentuk pasu
10.10 a.m – 10.50 a.m. Rehat
10.50 a.m. – 12.10 p.m. Pameran
12.10 p.m. – 2.30 p.m. Rehat
2.45 p.m. – 3.15 p.m. Demonstrasi
 Teknik pualaman
3.15 p. m. – 4.00 p.m. Pameran
4.00 p.m. Pameran selesai
*pertandingan dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut
kesesuaian masa guru – guru.

Anda mungkin juga menyukai