Anda di halaman 1dari 1

PENGHASILAN MONTAJ 3D

Objektif:

Di akhir aktiviti ini pelajar akan dapat menghasilkan satu montaj ringkas dalam bentuk
3D berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari sebelum itu.

Aktiviti 1 : Penentuan Tema

Pelajar dikehendaki memilih dan menentukan tema projek. Adalah dicadangkan supaya
diadakan perbincangan dengan guru mata pelajaran agar montaj yang akan dihasilkan
menepati kehendak sukatan pelajaran dan pentaksiran yang ditentukan oleh pihak
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Aktiviti 2 : Menyediakan Proposal

Pelajar perlu menyediakan satu kertas cadangan yang menerangkan dengan jelas idea-
idea dan konsep yang terdapat dalam montaj yang akan dibina. Proposal ini hendaklah
lengkap dengan lakaran-lakaran papan cerita (story board) mengenai pergerakan
montaj dari awal hingga akhir. Guru mata pelajaran akan meneliti dan membuat
penilaian terhadap proposal yang dihantar.

Aktiviti 3 : Memperincikan model-model

Pelajar membentuk model-model yang yang diperlukan yang telah dinyatakan dalam
proposal. Perbincangan dengan guru mata pelajaran adalah perlu untuk memastikan
montaj yang dihasilkan menepati kandungan proposal dan lakaran papan cerita.

Aktiviti 4 : Menyiapkan montaj

Pelajar memasukan model-model ke dalam scene, membuat animasi, membuat


rendering dan menyimpan fail. Fail-fail yang dihasilkan hendaklah disimpan dalam
format .avi, .mov, .fli, atau .flc. Montaj-montaj yang telah siap akan diserahkan kepada
guru mata pelajaran untuk dinilai.

Anda mungkin juga menyukai