Anda di halaman 1dari 2

Aku sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang
yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke
sebuah kedai basikal di Petaling Jaya, Selangor.
Aku dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya dengan menggunakan
lori kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang
tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana
aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM800.
Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah
membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke
rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin.
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman
permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai
pada hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat kepada
tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya
setelah digunakan.
Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di
badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan
di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku
sebagai sebuah basikal.
Karangan Jenis Cerita : Pengalaman Berhari Raya Di Kampung
Nenek
Tiga hari sebelum menjelang Hari Raya Puasa, kami sekeluarga telah pulang ke kampung nenek
untuk berhari raya di sana. Kampung nenek saya terletak di Gua Musang Kelantan.

Kami pulang ke kampung menaiki kereta api. Kereta api sesak dengan para penumpang yang
ingin pulang ke kampung masing-masing kami tiba di Stesen Gua Musang ketika hari hampir
senja.

Sebaik sahaja tiba di kampung, nenek menyambut kepulangan kami dengan tangan terbuka.
Nenek telah menyediakan pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa. Kami sekeluarga berasa
gembira kerana berpeluang untuk berbuaka puasa bersama sama dengan nenek di kampung.
Malam pertama kami di kampung ialah malam tujuh likur. Suasana di kampung terang-benderang
dengan cahaya pelita. Saya dan sepupu saya memasang pelita di sekeliling rumah nenek.
Kemudian, kami bersama kawan-kawan lain di kampung bermain bunga api.

Apabila tiba satu Syawal, kami sekeluarga bangun pada awal pagi. Kami memakai pakain baharu
dan cantik untuk ke masjid bagi menunaikan solat suna Aidilfitri. Selepas itu, Kami menziarahi
pusara datuk dan mengunjugi rumah sanak saudara di kampung. Kami juga berpeluang
menikmati pelbagai hidangan istimewa seperti ketupat, rendang, dodol dan juga bangkit.

Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kuala Lumpur. Kami berasa seronok berhari raya bersama
nenek di kampung.

Anda mungkin juga menyukai