Anda di halaman 1dari 4

FAKTOR BERLAKUNYA ISLAMOPHOBIA

1. Kurang Ilmu Pengetahuan Dan Pendedahan Tentang Islam

Kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam tentang agama Islam dilihat adalah salah
satu punca Islamofobia. Sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai aspek khusus untuk
mendedahkan masyarakat dengan sebarang ajaran Islam. Dengan kurangnya ilmu pengetahuan
dan tiadanya pendedahan terhadap ajaran Islam di peringkat rendah dan tinggi, Islam akhirnya
dilihat sebagai sesuatu yang menggugat gaya hidup dan ganas termasuk mempromosi
ketidakadilan terutamanya apabila ianya melibatkan hak-hak wanita. selain itu, kejahilan yang
berpunca daripada orang Islam itu sendiri juga menjadi penyumbang kepada Islamfobia. Hal ini
kerana jika dilihat pada hari ini terdapat juga segelintir orang Islam yang tidak berpegang teguh
dan tidak mahu mempelajari agama Islam itu sendiri. Akibatnya apabila ditanya tentang Islam
mereka tidak dapat menjawab dan memberi penjelasan kepada orang bukan Islam. Malah lebih
buruk lagi apabila terdapat segelintir orang Islam yang melakukan pelbagai jenayah dan tidak
menghormati orang lain. Ini adalah antara faktor menyebabkan orang bukan Islam memandang
serong kepada orang Islam dan melihat imej Islam sebagai sesuatu yang negatif.

Seterusnya, fatwa daripada orang Islam yang bukan pakar tentang agama Islam juga menjadi
salah satu sebab pencetus kepada Islamfobia. Kejahilan atau kurang ilmu pengetahuan tentang
agama Islam menyebabkan berlakunya fatwa yang salah. Oleh itu, untuk memberi fatwa mestilah
mempunyai syarat-syarat yang tertentu. Namun begitu, kini sudah terdapat fatwa-fatwa yang
salah dikeluarkan oleh orang Islam yang bukan pakar atau masih belum cukup syarat-syarat
untuk menjadi seorang pemberi fatwa. Akibatnya berlaku salah tanggapan oleh orang bukan
Islam terhadap agama Islam. Berikut adalah keterangan yang lebih jelas mengenai punca salah
faham orang bukan Islam terhadap agama Islam yang telah mencetuskan Islamfobia.

Punca Salah Faham

Orang Islam Sendiri Dalam skop yang lebih kecil, kita dapat lihat orang Islam itu sendiri yang
menjadi punca kepada Islamfobia . Contohnya di Malaysia, orang Islam adalah memegang rekod
penagih dadah dan penghuni penjara paling ramai. Selain itu gejala buang bayi, mat rempit,
bohsia dan bohjan serta isu sumbang mahram paling ramai dalam kalangan orang Islam juga. Hal
ini menunjukkan bahawa orang Islam itu sendiri kurang kefahaman serta penghayatan terhadap
agama Islam. Kejahilan orang Islam ini adalah menjadi menyumbang kepada salah tanggapan
terhadap agama Islam. Sepatutnya orang Islam menunjukkan gaya hidup dan akhlak yang baik
kepada orang bukan Islam supaya mereka dapat menjadi tempat untuk orang bukan Islam
bertanyakan sesuatu persoalan tentang agama Islam dan mereka juga dapat dijadikan contoh atau
“Role model” oleh orang bukan Islam dan akhirnya dapat menangkis istilah Islamfobia yang
telah diberikan atau di cop oleh Barat ke atas orang Islam. Seterusnya dapat menarik orang
bukan Islam untuk memeluk agama Islam yang “syumul” dan adil.

2. Prejudis

Sikap prejudis orang bukan Islam terhadap agama Islam berlaku kerana kurang ilmu
pengetahuan dan pendedahan tentang Islam. Sikap prejudis ini jugalah yang membawa kepada
punca berlakunya atau tercetusnya Islamfobia. Orang bukan Islam sering mempertikaikan
perintah Allah di dalam Al-Quran dan sekali gus mengatakan Islam adalah agama yang
menyusahkan, tidak adil , kejam dan sebagainya.

Sebagai contoh hukum yang paling diketengahkan dalam Islam adalah hak poligami.
Kebanyakan kaum wanita bukan Islam beranggapan bahawa Islam menindas golongan wanita
kerana mereka tidak bersetuju tentang hukum Islam yang membenarkan kaum lelaki berkahwin
empat dan mereka merasakan tidak adil bagi kaum wanita. Selain itu, mereka juga
mempertikaikan pemakaian hijab (tudung) dalam agama Islam. Hal ini kerana, hijab bagi wanita
bukan Islam adalah satu penindasan kerana “free hair” atau tidak bertudung adalah kebebasan
bagi mereka .

Bagi wanita bukan Islam juga, isu lelaki menjadi imam di dalam solat dan lelaki sebagai
pemimpin keluarga serta kedudukan wanita di belakang lelaki dalam saf solat dikira sebagai
penindasan bagi mereka. Tambahan pula, isu pembahagian harta pusaka dalam Islam juga
dikatakan tidak adil bagi bagi wanita bukan Islam kerana lelaki mendapat dua kali ganda harta
lebih berbanding wanita.

Selain itu, orang bukan Islam juga mengatakan tuntutan puasa dalam Islam adalah
penindasan bagi penganutnya, kerana puasa menyebabkan seseorang itu kurang bertenaga dan
tidak mampu melalukan kerja dengan sebaiknya. Malahan, isu rejam dalam kalangan masyarakat
Islam yang sering dipaparkan di berita juga menjadi punca salah tanggapan terhadap Islam.
Wanita yang melakukan zina atau berkhalwat direjam sehingga mati merupakan penyumbang
kepada berlakunya Islamfobia kerana mereka beranggapan bahawa agama Islam adalah kejam
dan ada yang menggelar Islam sebagai “terrorist”.

Seterusnya, hukum hudud dalam agama Islam yang masih dilaksanakan di zaman moden ini
dianggap sebagai undang-undang kejam dan tidak relevan . Semua ini adalah tanggapan dari akal
fikiran mereka yang diikuti nafsu semata-mata, mereka tidak melihat pada hikmahnya di sebalik
setiap hukuman yang dikenakan di dalam Islam. Mereka tiada ilmu tentang agama Islam dan
terus mempertikaikan perintah Allah dan larangan Allah. 7 Masakan Allah ingin menzalimi
hamba-hambanya, padahal terselit seribu hikmah di sebalik perintah dan larangan itu .

Kesimpulannya, adalah sangat penting bagi umat Islam mengambil cakna dan memahami
isu-isu yang menyumbang kepada Islamfobia dan juga cara untuk menanganinya. Dalam hal ini,
kita tidak sepatutnya menuding jari siapa yang bersalah atau siapa yang benar, kerana hal ini
tidak akan selesai tanpa sebarang tindakan. Sewajarnya masyarakat atau umat Islam itu sendiri
perlulah bersama-sama menyelesaikan masalah ini dengan memberi kenyataan yang benar serta
penjelasan yang terperinci mengenai Islam kepada orang bukan Islam tentang salah faham
mereka terhadap agama Islam.

3. Pengaruh Media Dan Gerakan Islam Fobia

Ledakan teknologi maklumat dewasa ini bukan lagi perkara yang baru. Segala maklumat dari
seluruh dunia dapat diakses walau di ceruk manapun seseorang itu berada. Kini segalanya di
hujung jari dan sekali gus mewujudkan istilah globalisasi. Proses globalisasi ini sebenarnya telah
berjaya mengecilkan dunia kerana maklumat tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi di seluruh
dunia mudah diperoleh dan tersebar dengan cepat. (Azhar Mad Aros, 2001). Namun begitu,
proses globalisasi ini dilihat lebih memihak kepada dunia Barat yang sekali gus akan
mengancam nilai-nilai sesebuah negara terutamanya bagi masyarakat Timur dan Asia. Peranan
media di Malaysia sudah pasti menjadi salah satu punca berkembangnya fenomena Islamofobia.
Gambaran negatif dan salah terhadap Islam seperti liputan larangan memasuki masjid oleh bukan
Islam, bantahan bukan Islam membaca ayat al-Quran di dalam perucapan umum, kes memijak
kepala lembu dan lain-lain telah menyuburkan lagi Islamofobia di Malaysia.

Media juga kerap memaparkan insiden-insiden keganasan yang dilakukan orang Islam tanpa
mengimbangkannya dengan jenayah bukan Islam. Media secara umumnya masih tidak dapat
memainkan peranannya untuk membetulkan persepsi Islamofobia ini. Bahkan kerap kali media
ini menayangkan program-program termasuk filem dan drama yang menimbulkan kekeliruan
terhadap Islam.

Peranan media dalam membentuk pendapat umum sememangnya tidak dapat dinafikan.
Media yang pro-barat dan sentiasa mengambil peluang untuk memberikan imej yang buruk
kepada Islam sudah pasti akan terus menyebarkan berita-berita yang negatif mengenai Islam.
Dominasi media oleh Barat sebenarnya bermula dengan pemaparan berita antarabangsa
teknologi komunikasi dan maklumat yang dikuasai mereka. Mutakhir ini, media cetak dan media
elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulan syarikatsyarikat gergasi yang
berpusat di Amerika Syarikat. Keadaan ini tentunya memerlukan pemerhatian oleh masyarakat
Timur dan Islam khususnya, kerana penyebaran nilai-nilai yang negatif melalui media Barat
dapat menjadi barah dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana keupayaan media boleh
memanipulasi sesuatu perkara sehinggakan menjadi sesuatu yang tidak benar menjadi benar.

Anda mungkin juga menyukai