Anda di halaman 1dari 1

Model generik untuk proses Pembelajaran Trialogikal:

1. Menyatakan tujuan sebenar dan keperluan


- Mengetahui dan menyenaraikan tujuan sebenar penghasilan sesuatu artifak sertakeperluannya.
2. Menetapkan skop, had atau batasan
- Skop dan had ditetapkan untuk memastikan penghasilan artifak yang memenuhi jangkaan yang
telah ditetapkan.
- Pada tahap ini, skop dan batasan haruslah bersesuaian dengan rancangan awal pencipta untuk
memastikan kelancaran penciptaan artifak.
3. Sediakan draf dan semakan berulang
- Draf mengenai artifak yang bakal dihasilkan harus disediakan terlebih dahulu dan melakukan
semakan berulang untuk mengelak sebarang kesilapan daripada berlaku.
4. Uji kaji dan membuat refleksi
- Setelah menyediakan draf dan semakan berulang, uji kaji perlu dilakukan terhadap artifakyang
dicipta. Hasil uji kaji yang dijalankan menentukan bahawa sesuatu ciptaan itu berjaya atau tidak.
Refleksi dilakukan untuk mengenal pasti dan menyenaraikan kelemahan dankekuatan hasil
ciptaan.
5. Pemurnian dan spesifikasi
- Hasil refleksi yang dilakukan memerlukan pemurnian dan penambahbaikan dilaksanakan.-
Spesifikasi terhadap fungsi dan keseluruhan maklumat mengenai artifak yang dihasilkan
perludisenaraikan oleh pencipta.
6. Guna semula
- Artifak yang dicipta boleh diguna semula setelah penambahbaikan dilakukan dan
seterusnyadapat diadaptasi kepada komuniti setempat.

Anda mungkin juga menyukai