Anda di halaman 1dari 3

Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia

Berjimat-cermat Amalan Mulia Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-
cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa
pembaziran.

Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita bolehmenyimpan atau
menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti bolehdigunakan untuk perkara yang
lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dansebagainya lagi.

Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum
membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapanmembeli sesuatu barangan
yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. "ni tentu merugikan
kita.

Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang.Orang yang
berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup
berhutang. "ni menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka
sendiri.

Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai
contoh! mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihatdan cergas. "ni dapat
mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah
kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

Di samping itu! amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi.Mereka sentiasa
mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya! Mereka akan sentiasa menutup
kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dansebagainya selepas digunakan. Ini akan
mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya
hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkankita ditimpa pelbagai masalah
Apa maksud Integriti?

Saya percaya ramai antara kita yang baharu mendengar perkataan integriti yang dalam bahasa Inggeris
disebut integrity. Sebenarnya perkataan integriti sudah lama wujud dalam Kamus Dewan, cuma dari
sudut pemakaian perkataan tersebut dalam percakapan seharian amat jarang sekali kita gunakan. Kalau
kita dengar pun perkataan itu sama ada dalam media atau ucapan tokoh-tokoh tertentu, kita mengambil
sikap pura-pura tahu, walaupun sebenarnya kita tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan integriti
itu. Mungkin juga sebahagian kita lebih merujuk kepada pemahaman yang bermaksud 'berkaitan
rasuah".

Dalam Kamus Dewan, integriti bermaksud "kejujuran, keutuhan, keadaan sempurna dan utuh". Menurut
kamus Oxford Dictionary, Integrity ialah wholeness, soundness, uprightness, honesty. Jadi, integriti
bukanlah semata-mata rasuah, tetapi juga berkait rapat dengan keseluruhan sifat kejujuran dan
ketelusan. Dalam sebuah terbitan bertajuk "Dari Akar Hingga Buahnya" terbitan Institut Integriti
Malaysia (IIM) mengambarkan "Integriti bagaikan pokok yang berdiri teguh di hutan. Akarnya dalam,
menunjangi yakni menyokong batang yang besar lagi tinggi yang mempunyai rimbunan dedaun
menghijau sebagai mahkotanya....". Sesiapa yang memiliki integriti akan berdiri teguh yang tidak akan
mudah goyah dan terpujuk kepada kebendaan umpama pokok tersebut yang sifatnya kuat dan tidak
mudah digugat.

Oleh itu, bila kita membicarakan tentang integriti, maka perlu kita merujuknya sama ada individu itu
sendiri atau individu sebagai penjawat awam dan sesebuah organisasi atau pertubuhan. Ini kerana
setiapnya mempunyai tindakan sehari-hari yang bertaut rapat dengan etika. Dalam individu, integriti
bolehlah dilihat sebagai 'cakap serupa bikin". Apa yang seseorang itu katakan haruslah selari dengan
tindakan dan yang dikotakannya. Tindakannya pula bermoral, mengikut peraturan sedia ada dan
beretika yang konsisten dalam apa juga perkara yang selari antara kepentingan diri dengan kepentingan
orang ramai. Tetapi jika berlaku pula "cakap tak serupa bikin" individu tersebut bolehlah dianggap dan
dikatakan tidak berintegriti.

Sementara jika kita melihat individu sebagai kakitangan awam atau penjawat awam, sudah tentulah kita
melihatnya integriti sebagai mereka yang telah diberi tanggungjawab dan amanah yang pelaksanaannya
harus dipertanggungjawabkan untuk kepentingan umum. Di bahu mereka ada amanah, jadi integriti
dalam konteks penjawat awam merujuk kepada melaksanakan anamah dan kuasa yang ada untuk
kepentingan umum bukannya untuk kepentingan diri sendiri, rakan taulan, saudara mara atau kroni atau
kerana ada kepentingan lain, kata orang "ada udang di sebalik mee". Seseorang penjawat itu harus
mempunyai dan menunaikan setelus dan setulus sama ada untuk masyarakat, bawahannya malah
kepada ketuanya. Aspek ini harus diutamakan. penjawat awam tidak boleh membiarkan amanah dan
kuasa yang dimilikinya diatur dan dikuasai oleh pihak lain.

Sesebuah organisasi juga perlu ada integriti. Untuk melihat organisasi yang berintegriti, bolehlah kita
melihat dalam aspek pelaksanaan kod etika, wujud piagam pelanggan, memiliki proses kerja yang
teratur dan pematuhan kepada amalan terbaik. Semua aspek ini harus dihayati, diamalkan oleh
kakitangannya sebagai satu kebiasaan yang membudaya dalam organisasi berkenaan dan bukan
sebaliknya aspek tersebut hanyalah sebagai hiasan dinding dan hanya untuk dibaca atau diceritakan
kepada pihak lain, tetapi pengamalan dalaman sendiri tidak berlaku.

Berdasarkan itu integriti akan terpancar sekiranya nilai-nilai elok sebagai jati diri dalam keluarga,
masyarakat keseluruhannya seperti ketelusan, beramanah, keikhlasan dalam bekerja, tidak menipu,
dipercayai, menepati masa dan memiliki sikap keterbukaan bila dikritik dan ini menjadi amalan serta
tauladan dan secara bersama kita lakukannya serta ditunjangi dengan akar sistem yang cekap dan
berkualiti sudah tentunya kita dianggap berintegriti. Sebaliknya jika lemah dan hilang integriti dalam
pola kehidupan seharian sudah tentu mereka yang memiliki kuasa akan menggunakan kuasanya untuk
kepentingan diri, tidak bertanggungjawab dan tidak produktif yang akhirnya mewujudkan satu sistem
pengurusan dan perkhidmatan yang lemah dan terbengkalai. Ini akan menjadi bertambah parah apabila
semua kita tidak mengambil berat dan tidak sensitif dengan apa yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai