Anda di halaman 1dari 2

APA ITU INTEGRITI?

Sering kali kita mendengar orang menyebut integriti dan boleh dikatakan saban hari juga ungkapan ini
terbit dari bibir si penutur atau paling tidak, kita akan menemuinya ketika sedang membaca surat khabar,
majalah, buku dan bahan bacaan ilmiah lain.  Malah di mana-mana sahaja sering dibualkan tentang
kurangnya integriti dalam kalangan orang ramai, pekerja di sektor awam, swasta atau dalam kalangan ahli
politik.

Apakah yang dimaksudkan atau boleh difahami dengan integriti?. Apakah istilah ini mencerminkan sifat
atau berkait rapat dengan keperibadian seseorang?. Mengikut kamus dwibahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka
(DBP) 1985 ialah “kejujuran dan ketulusan”, kesempurnaan, ‘keutuhan’. Ini bermaksud integriti adalah
sifat “jati diri” yang merangkumi  juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang 
kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan lain-lain.

Secara ringkasnya, integriti ada dua bahagian iaitu integriti individu dan integriti  organisasi. Integriti
individu  merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini
berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Ini bermakna,
integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta
keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.

Integriti organisasi pula tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau
sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi
dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya
organisasi (corporate culture).

Mengapa integriti ini sukar dicapai? Bagaimanakah pula seseorang dikatakan berintegriti dan tidak
berintegriti?. Perlukah integriti dicari atau membiarkannya datang bergolek sendiri dan bagaimana ia
meresap ke dalam diri serta membentuk sifat jati diri yang teguh?. Lazimnya kita mudah membuat
pengukuran mengenai tahap integriti seseorang berdasarkan perwatakan dan apa yang dilakukannya sama
ada bersifat baik yang menyenangkan atau buruk lagi menjengkelkan.

Di kesempatan yang terhad ini, saya ingin kongsikan bersama isu-isu mengapa integriti sukar dicapai malah
masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada penjawat awam di negara ini.  Kita sering
mendengar bagaimana segelintir penjawat awam meminta atau  menerima rasuah untuk memudahkan
sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender atau sebut harga,
rasuah untuk memotong giliran, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi.
Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah
menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat.

Sebenarnya, isu integriti bukan sahaja masalah rasuah sebaliknya tatakelakuan melibatkan isu-isu  nilai,
etika dan pegangan agama seseorang.  Kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah
lemahnya integriti. Tidak perlu untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada si polan
itu atau si polan ini atau di jabatan tertentu. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti
dalam kalangan orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri.

Dalam tempoh waktu pejabat, berapa jam kita gunakan untuk urusan peribadi seperti bersembang di
kantin, di pejabat atau keluar pejabat untuk urusan peribadi seperti ke bank, pasar tani, menggunakan
telefon pejabat untuk urusan peribadi, membawa balik kertas atau pen pejabat, mengambil anak dari
tadika dan pelbagai lagi. Ada ketikanya sewaktu di pejabat pula hampir setiap hari kita leka dengan urusan
peribadi seperti bersembang di kantin, di pejabat atau keluar pejabat untuk urusan peribadi seperti ke
bank, pasar tani, menggunakan telefon pejabat untuk urusan peribadi, membawa balik kertas atau pen
pejabat, mengambil anak dari tadika dan pelbagai lagi. Ada ketikanya sewaktu di pejabat pula hampir
setiap hari kita leka dengan telefon bimbit ditangan dengan WhatsApp atau layari internet dalam waktu
pejabat.  Seolah-olah duduk di atas kerusi sedang buat kerja tetapi sebaliknya buat kerja peribadi yang
melalaikan. Lebih ketara jika ketua pejabat bercuti atau ada tugasan di luar. Malah kita cukup berkira
atau merunggut jika ketua mengarahkan kerja perlu disiapkan segera atau kerja lebih masa selepas tamat
waktu bertugas, walaupun sekadar lebih 30 minit atau sejam sahaja. Ada ketikanya kita membuat kerja
secara sambil lewa, cincai, kerja sepatutnya disiapkan pada hari sama, kita tangguh dan sambung
keesokan harinya.
Begitu juga dengan gelagat segelintir ketua jabatan atau pegawai kanan yang tidak kurang hebatnya
dengan alasan bertugas rasmi di luar tetapi urusan peribadi,  tidak menyelia tugas pegawai bawahan atau
bersikap lepas tangan, tidak mengambil tindakan tegas ke atas pegawai bermasalah, salahguna kemudahan
pejabat dan kenderaan jabatan, mengambil kesempatan mengarahkan pegawai bawahan untuk urusan
peribadi dan sebagainya.

 Walau bagaimanapun, sekiranya beliau seorang Muslim, ia tidak dapat lari daripada penghayatan dan
ketaatan kepada ajaran islam. Kepatuhan demikian menjadikannya seorang insan yang beriman dan
bertakwa kepada Allah S.W.T dan RasulNya serta sentiasa bersyukur dan berhati-hati di dalam sebarang
tindak-tanduk. Keimanan dan ketakwaan di dalam diri menjadi benteng dan jati diri yang kukuh daripada
melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan integriti. Hatta bagi mereka yang bukan Muslim
sekalipun, setiap agama dianuti tidak pernah membenarkan penganutnya melakukan perkara yang
bertentangan dengan norma-norma kehidupan atau di luar peradaban manusia.

Tidak keterlaluan mengatakan bahawa integriti sebenarnya boleh dicari malah dicapai melalui  ketinggian
integriti seseorang seiring dengan keimanan di jiwa menjadi tonik paling mujarab bagi membentengi kita
daripada terjebak dengan perkara-perkara yang merugikan diri sendiri, agama, organisasi dan negara.
Marilah kita sama-sama menanamkan azam dan sematkan tekad untuk menjadi manusia yang hanya ingin
menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran di muka bumi Allah SWT ini kerana itulah antara
kewajipan kita sebagai hamba-Nya.

Disunting : Mohamad Fauzi Husin 

Anda mungkin juga menyukai