Anda di halaman 1dari 23

HALAMAN ( i )

1. NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN DATOH

2. ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN


DATOH
36100, BAGAN DATOH, PERAK

3. TAJUK FOLIO : PROGRAM “ TANDAS BERSIH 2012 ”

4. MOTO TANDAS
BERSIH : “ TANDAS KOTOR SIFAR,
KOMITMEN KITA ”
HALAMAN ( ii )

KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN

1. BAHAGIAN A
- PENGHARGAAN

BAHAGIAN B
2. - PENGENALAN
3. - RASIONAL
4. - MATLAMAT
5. - OBJEKTIF
6. - JAWATANKUASA TANDAS
7. BERSIH
8. - SENARAI JUMLAH TANDAS
9. - PELAN LOKASI
10. - JADUAL PEMBERSIHAN
- USAHA SEKOLAH MEWUJUDKAN
TANDAS BERSIH

11. BAHAGIAN C
- GAMBAR – GAMBAR TANDAS

12. BAHAGIAN D
- KESIMPULAN / PENUTUP
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan

di atas penyertaan SK Bagan Datoh di dalam Pertandingan Tandas Bersih 2012. Saya

berasa amat bangga dengan penyertaan ini memandangkan inilah julung-julung kalinya

SK Bagan Datoh menyertai pertandingan sebegini. Bagaimanapun, dengan kesedaran

peri pentingnya kempen ini untuk kesejahteraan murid dan imej sekolah,saya

mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam menyiapkan

folio ini. Semangat dan kesedaran sebeginilah yang amat diperlukan sebagai

momentum bagi merintis kejayaan kepada usaha-usaha sekolah memperbaiki tahap

kebersihan tandas sekolah ke peringkat yang cemerlang.

Pihak sekolah memang memandang serius berhubung isu kebersihan tandas di

sekolah ini. Untuk itu, Jawatankuasa 3K telah mengambil inisiatif untuk membentuk

strategi dan melaksanakan usaha-usaha bagi mempertingkatkan tahap kebersihan

tandas sekolah ke peringkat seterusnya. ‘Kempen Tandas Bersih’ merupakan

sebahagian dari strategi tersebut.

Apabila kita menyebut tentang isu tandas, ramai yang mengambil mudah serta

menganggapnya sesuatu perkara yang kecil dan remeh. Ada pula yang berpendapat

tandas memang adalah tempat yang kotor oleh itu patutlah ianya berada dalam

keadaan yang kotor. Jika sekalipun tandas itu berada dalam keadaan yang bersih,

golongan ini tidak berfikir dua kali untuk mengotorkannya atau menggunakannya

dengan cara yang salah sehingga merosakkannya. Demikianlah kita sering dapat lihat

tandas yang tersumbat, pamnya rosak atau paip air dibiarkan tidak ditutup dan

sebagainya.
‘Pertandingan Tandas Bersih’ ini diadakan dengan objektif utamanya untuk

menerapkan kesedaran di kalangan murid tentang peri pentingnya menjaga kebersihan

tandas sekolah. Seterusnya dengan wujudnya kesedaran ini, murid-murid akan dapat

menukar persepsi mereka terhadap kebersihan tandas sekolah. Dengan yang demikian

pihak sekolah berharap akhirnya perubahan persepsi ini akan membawa kepada

pembentukan satu budaya baru, iaitu budaya tandas bersih di kalangan murid-murid

sekolah ini. Dengan hasrat dan harapan inilah SK Bagan Datoh telah menggunakan

tema “Tandas Kotor Sifar Komitmen Kita” dalam ‘Pertandingan Tandas Bersih Peringkat

Hilir Perak’ pada kali ini.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan

berkerja keras bagi menyiapkan folio bagi Pertandingan Tandas Bersih ini. Tidak

ketinggalan juga saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada semua guru

yang telah berkerjasama sepenuhnya bagi membantu menjayakan usaha penganjuran

pertandingan kali ini.

Disahkan oleh,

……………………………………………

TN.HJ. MAHMUD B. HASSAN


(GURU BESAR SK BAGAN DATOH)
PENGENALAN

Apabila kita menyebut tentang isu tandas, ramai yang mengambil mudah serta

menganggapnya sesuatu perkara yang kecil dan remeh. Ada pula yang berpendapat

tandas adalah tempat yang kotor oleh itu patutlah ianya berada dalam keadaan yang

kotor.

Kebersihan tandas di sekolah-sekolah wajar diberi penekanan. Kebersihan tandas

patut dimasukkan dalam agenda utama program 3K di sekolah. Sekiranya kita ingin

melihat sama ada sikap mengutamakan kebersihan berbudaya di sesebuah sekolah

lihat tandasnya. Jika tempat yang dianggap paling kotor itu paling bersih luar dan

dalam, itu selalunya menggambarkan yang warga sekolah memang prihatin terhadap

aspek kebersihan ini. Baru-baru ini SK Bagan Datoh telah melancarkan Hari Tandas.

Ini tahun kedua sekolah ini melancarkan program seumpama ini. Pelancaran ini

dilakukan sempena Pelancaran Hari Tandas Sedunia yang disambut pada setiap 18

Januari. Tetapi kali ini SK Bagan Datoh tidak lagi menggunakan perkataan tandas,

sebaliknya menggantikannya dengan bilik BMW. BMW ini tiada kaitan dengan jenama

kereta mewah atau Bas Mini Wilayah. Sebaliknya BMW membawa maksud Bersih,

Menawan dan Wangi. Nama BMW dirasakan lebih sesuai agar usaha untuk

memastikan tandas sekolah sentiasa bersih, menawan dan wangi tidak dipandang

remeh dan dimomokkan. Jawatankuasa Tandas, iaitu nama yang digunakan sebelum

ini kadang-kadang memang diakui boleh mengurangkan motivasi untuk menjaga

kebersihan tandas. Tetapi dengan panggilan baru untuk jawatankuasa ini, iaitu

Jawatankuasa Bilik BMW secara automatik telah merangsang bukan sahaja AJK yang

terlibat malahan setiap warga sekolah untuk lebih bertanggungjawab menjaga

kebersihan bilik istirehat ini.


Bersih bermaksud tiada contengan, tiada goresan, tiada sampah, tiada sawang,

tidak berhabuk/berdebu, tidak berbau busuk, sentiasa dinyahkuman, dan mengekalkan

warna asal. Menawan pula bermaksud ceria, dihias dengan bunga , dipenuhi mutiara

kata, gambar, taman mini (tumbuhan menghijau), dinding hijau berkonsepkan Tandas

Dalam Taman. Sementara Wangi pula pula bermaksud tiada bau busuk, berbau wangi,

pengguna berasa selesa menggunakan tandas. Selain itu Jawatankuasa BMW juga

telah mengatur jadual penggunaan tandas supaya pelajar tidak mengambil kesempatan

untuk keluar masuk tandas bila-bila masa yang mereka suka.

Sebaliknya melalui penggunaan masa tertentu akan melatih pelajar sekolah untuk

merancang masa mereka untuk membuang air. Pihak sekolah sentiasa mengingatkan

pelajar bahawa tiada sesuatu pun yang tidak boleh dirancang dan dilatih, ini

termasuklah jadual membuang air (sama ada air besar atau kecil). Inilah jam biologi

atau jam hayat namanya dan jam jenis ini dikurniakan kepada semua orang, tetapi

jarang-jarang yang menggunakannya. Jam ini hanya benar-benar berfungsi dan

berguna jika setiap individu itu melalui kebiasaan yang diwujudkan berasaskan latihan

dan ulangan. Sebagai contoh jika seseorang itu biasa ke tandas sebaik-baik sahaja

bangun pagi, maka itulah yang akan dilakukannya sebelum melakukan kerja-kerja lain

pada waktu itu. Usaha pihak sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan

kesedaran dan sikap warga sekolah tentang pentingnya memelihara kebersihan tandas

dalam kehidupan seharian di samping memberi kesedaran kepada mereka agar peka

serta melibatkan diri dalam membanteras perbuatan vandalisme di bilik BMW sekolah

khasnya.
RASIONAL TANDAS BERSIH
1. Tandas sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan

kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah. Keceriaan dan

kebersihan tandas sekolah adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana

mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi

sekolah. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi

meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi,

rohani dan intelek.

2. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait

rapat dengan iklim dan suasana di sekolah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan ,

sekolah mestilah memastikan bahawa tandas sekolah sentiasa di dalam keadaan yang

bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan tandas sekolah seharusnya dikekalkan malah

dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan tandas

bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar

sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran

dengan baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada

kerjasama dan pertandingan yang sihat diantara pelajar tentunya akan menghasilkan

kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek.


MATLAMAT TANDAS BERSIH

Adalah menjadi harapan, melalui berkat usaha berterusan yang meliputi semua aspek

bagi memastikan kebersihan tandas awam serta sokongan dari semua pihak, kita akan

dapat mencapai matlamat untuk memelihara kebersihan tandas awam di negara ini.

Program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada murid tentang betapa

pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing

OBJEKTIF

1. Memberi kepentingan sanitasi tandas yang bersih dalam kehidupan manusia

serta memberi kesedaran kepada murid mengenai budaya tandas bersih.

2. Menanam semangat cintakan tandas dikalangan murid sekaligus meningkatkan

kesedaran terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas dan

menyelenggara tandas supaya dalam keadaan baik.

3. Meningkatkan imej kebersihan tandas sekolah dan memupuk budaya kebersihan

dikalangan murid.
JAWATANKUASA TANDAS BERSIH

Penasihat

PPD HILIR PERAK

Pengerusi

Tn Hj Mahmud b. Hassan

(GB SKBD)

Naib Pengerusi

Pn. Fazlinah bt Ali


(PK HEM SKBD)

Setiausaha

En. Salikhin b. Bakri

AJK AJK AJK AJK

Pn Siti Khairanyi En Mohd Zaki En Hamdan Pn Norhayati

PPD HILIR PERAK En Mohd Zaki En Mohd Zaki

PPD HILIR PERAK PPD HILIR PERAK


SENARAI JUMLAH TANDAS

Bilangan tandas yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh ialah

sebanyak 6 buah iaitu :

1. Tandas Murid Perempuan ( Tingkat bawah bangunan pentadbiran )

2. Tandas Murid Lelaki ( Tingkat bawah bangunan pentadbiran )

3. Tandas Guru Perempuan ( Tingkat atas bangunan pentadbiran )

4. Tandas Guru Lelaki ( Tingkat atas bangunan pentadbiran )

5. Tandas Pra Perempuan ( Blok Pra )

6. Tandas Pra Lelaki ( Blok Pra )


10’
PELAN LANTAI TANDAS SK BAGAN DATOH

TANDAS GURU LELAKI

TANDAS GURU PEREMPUAN

20’
TANDAS MURID PEREMPUAN

TANDAS MURID LELAKI

20’

20’
JADUAL PEMBERSIHAN TANDAS MURID

Tandas Guru Tandas Guru Tandas Murid Tandas Murid


(P) (L) (P) (L)

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

Pn Rohana Bt Ali
Pn Naziroh Bt Syed Arfakzas
En Ramli B Ibrahim
USAHA SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN TANDAS BERSIH

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak sekolah SK Bagan Datoh

dalam mewujudkan budaya tandas bersih di kalangan murid dan juga bagi

mempastikan setiap murid mengamalkan peraturan penggunaan tandas

yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Di antara usaha – usaha tersebut

adalah :

Mewujudkan jawatankuasa 3k

Memberi taklimat kepada jawatankuasa, guru, pekerja pembersihan

dan juga murid mengenai peraturan yang perlu diikuti.

Mengagihkan dan embuat jadual pembersihan tandas yang

seimbang mengikut lokasi masing-masing.

Pemuafakatan dengan ibubapa.

Mengadakan gotong – royong membaik pulih, mengecat dan

membersih.

Menutup semua ttandas yang tidak boleh dibaik pulih lantaran

kekurangan kos.

Melabelkan tandas dengan kata-kata nasihat dan peringatan.

Menampalkan gambar-gambar bagi menceriakan lagi tandas.

Menukar tuala pengelap tangan dan sabun pencuci tangan.

Meletakkan pewangi di dalam tandas agar tandas sentiasa wangi dan

selesa.
KESIMPULAN / PENUTUP

Syukur alhamdulillah akhirnya folio program pertandingan kamar selesa dapat juga

disiapkan dengan kerjasama dan gandingan bahu guru-guru yang terlibat.

Melaluipertandingan kamar selesa ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran

danmemupuk budaya menjaga kebersihan sejak di peringkat usia muda lagi.

Di samping itu juga melalui pertandingan ini pihak sekolah dapat mengenalpasti

masalah-masalahberkaitan tandas dan berusaha untuk menaik taraf kemudahan tandas di

sekolah. Selain itu ,pihak sekolah dapat membuat perancangan dan mencari pendekatan terbaik

bagimenjaga kebersihan dan penyenggaraan tandas dengan lebih baik dan sistematik . Antara

penyumbang kepada masalah kebersihan tandas di sekolah yang dapat dikenalpasti adalah

struktur bangunan atau tandas yang sudah terlalu lama dan kerosakan tidak dibaik pulih pada

peringkat awal.

Selain itu, masalah ketiadaan air, tiada jadualpencucian secara berkala serta tiada kesedaran

sivik di kalangan pelajar dan kakitangansekolah turut menjadi punca tandas menjadi kotor.

Keadaan yang kurang memuaskan itu tidak akan berlaku jika semua pihak terutama pelajar

menggunakan tandas seperti dirumah sendiri. Semua pihak seharusnya ditanamkan rasa

tanggungjawab terhadap setiapkemudahan yang disediakan.

Kesimpulannya program pertandingan tandas bersih ini adalah pendekatan yang paling

sesuai bagi memperbaiki keadaan berkaitan isu-isu tandas. Diharapkan pendekatan ini dapat

diteruskan bagi melahirkan generasi yangmementingkan kebersihan di samping menaikkan imej

sekolah, Seluruh warga SK Bagan Datoh diharap dapat mempertingkatkan lagi kebersihan dalam

penggunaan tandas serta dapat menggunakan tandas dengan penuh keselesaan.

Terima kasih juga kepada semua warga SK Bagan Datoh yang sama-sama menjaga

kebersihan tandas,

Anda mungkin juga menyukai