Anda di halaman 1dari 3

Pantang Larang

Ching Ming

Hari Ching Ming merupakan hari masyarakat Cina berziarah ke makam nenek moyang mereka,

membersihkan makam dan juga melakukan ritual sembahyang kepada nenek moyang mereka.

Hari Ching Ming biasanya jatuh pada hari 4, 5 atau 6 April dan dirayakan dalam 10 hari sebelum

dan 10 hari selepas Hari Ching Ming. Ching Ming bermaksud “bersih” dan “cerah” dalam bahasa

Cina.

Hari Ching Ming juga mempunyai pantang larangnya semasa melakukan ritual sembahyang

kepada nenek moyang. Pantang larang pertama ialah kita tidak boleh menulis nama cina dengan

warna merah bagi orang yang masih hidup dalam kehidupan harian kerana nama merah adalah

untuk orang yang telah meninggal dunia. Hal ini kerana nama batu peringatan untuk Si Mati

biasanya ditulis dalam warna merah.


Pantang larang yang seterusnya adalah semasa membakar kertas duit dan kertas

lain tidak boleh diusikkan kertas y ang sedang dibakar sehingga bentuk abunya berselerak

atau berpecah semasa kertas masih belum habis terbakar. Kononnya, kalau kertas bakaran yang

usik akan menjadi berselerak atau berpecah semasa kertas masih belum habis dibakar, maka apa

yang akan diterima oleh nenek moyang kita juga akan termusnah seperti mana yang telah kita

lakukan. Kalau ketas-ketas bakaran habis dibakarkan bermaksud ketas bakaran seperti ketas baju

dan kertas duit akan dihantar ke 'seberang sana' iaitu hades.

Pantang larang yang terakhir ialah pakaian, kereta dan bahan keperluan lain dalam bentuk kertas

juga akan ditulis nama penerima supaya bahan-bahan yang dibakar hanya akan diterima oleh Si

Mati tersebut. Dengan berbuat demikian, leluhur yang berkeliaran dan tiada saudaramara untuk

menyembah mereka tidak akan menimbulkan perebutan.

Kesimpulannya, kita hendaklah mematuhi pantang larang semasa menjalakan ritual sembahyan

Si Mati kerana hal ini dapat mengelakkan bencana yang dibawa kepada generasi kita.

Anda mungkin juga menyukai