Anda di halaman 1dari 19

Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai

kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan
percakapan. Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi
memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid serta para pelajar.
Salah satu teori yang ditemui ialah teori konstruktif. Pembelajaran dan Pengajaran (P&P)
berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di
antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka
seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang
berbeza. Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah
yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan.

Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakan murid menjadi aktif dan
tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi
murid peluang membuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea
dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama
di kalangan murid.

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL)


Banyak huraian dapat dibuat tentang SCL. Bagaimanapun ia akan menjurus kepada satu idea asas iaitu
pelajar. SCL boleh didefinisikan sebagai disiplin yang melibatkan interaksi antara pasukan pelajar
yang mengalami pembelajaran kreatif yang akan diaplikasikan dalam situasi sebenar (Thorburg,
1995). Dalam SCL guru bukanlah tarikan utama. Pendekatan ini juga menjadikan pelajar diistilah
sebagai .pasangan. dengan guru sebagai sebahagian proses pembelajaran (Alley, 1996). Csete dan
Gentry (1995) menggunakan istilah SCL sebagai pengajaran yang dikawal oleh pelajar. Kawalan
disini bermaksud pelajar mengawal prosedur, masa dan penilaian untuk memenuhi keperluan mereka
yang berbeza.
Seorang tokoh pendidikan di Amerika iaitu Richard M. Felder berkata beban komunikasi akan terletak
pada pelajar dalam pendekatan SCL. SCL ialah satu pendekatan pembelajaran yang meluas termasuk
teknik-teknik seperti menukarkan pengalaman belajar secara aktif, menyelesaikan masalah yang
memerlukan pemikiran kritis dan kreatif, melibatkan pelajar dalam simulasi dan main peranan,
menggunakan teknik kadar kendiri dan pembelajaran koperatif. Dalam SCL guru menyediakan pelajar
peluang belajar secara bebas. SCL akan meningkatkan motivasi, pemahaman, dan pelajar akan lebih
meminati pelajaran yang diajar (Meyes dan Jones 1993).
Tidak seperti pembelajaran berpusatkan guru (Teacher-Centered Learning), strategi SCL
mengandungi pelbagai kaedah latihan yang mampu membina kemahiran sosial pelajar. Individu
belajar dengan cara yang berbeza, dan dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah akan meningkatkan
kemungkinan pelajar akan .terkena. dengan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah yang
dilaksanakan. Dengan menggunakan satu kaedah sahaja ia akan membosankan pelajar. Perlu diingat
bahawa pelajar berlainan dan matlamat latihan yang berlainan memerlukan pendekatan yang fleksibel.
Kepentingan SCL
Banyak kajian membuktikan kebaikan amalan pendekatan SCL. Lebih penting lagi ia boleh membantu
mencapai matlamat pendidikan negara dengan membantu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru kerana penerapan nilai sosial boleh disediakan melalui
kaedah ini. SCL secara umumnya dapat membina individu yang akan memiliki fikiran berdaya tinggi
(higher-order thinking) kerana:
1. pendekatan ini (SCL) melatih pelajar tentang kemahiran menyelesaikan masalah iaitu melibatkan
'reasoning' untuk menyelesaikan masalah yang kompleks.
2. Pengajaran berpusatkan guru hanya sesuai untuk menyampaikan maklumat berfakta, menggunakan
mnemonic dan latihan dan sekali gus membina pemikiran aras rendah.
3. Pengunaan teknik-teknik seperti simulasi, inkuiri-penemuan, penyelesaian masalah, pembelajaran
koperatif boleh membina kemahiran berfikir aras tinggi.
4. Dapat menghayati masalah dan cara penyelesaiannya. Oleh itu pelajar perlu melibatkan diri dengan
pelbagai sumber (lihat gambarajah di bawah).

Daripada Kepada

Sentiasa dilihat sebagai pakar isi kandungan


matapelajaran dan sumber untuk semua
jawapan bagi persoalan.
Penglibatan dalam banyak masa sebagai
seorang yang tidak tahu semua tetapi sanggup
belajar.

Dilihat sebagai sumber utama maklumat yang


sentiasa menyampaikannya kepada pelajar.
Dilihat sebagai penyokong, pemberi kerjasama,
dan jurulatih di mana pelajar belajar bersamasama
dan menilai sendiri maklumat berkenaan.

Sentiasa bertanyakan soalan dan mengawal


fokus pembelajaran.
Melatih pelajar membina dan mengeluarkan
soalan dan mencari penyelesaian sendiri
melalui pelbagai cara

Mengarahkan pelajar melakukan latihan


langkah-demi-langkah supaya semua mencapai
keputusan yang sama.
Menggalakkan individu menggunakan
pengetahuan dan kemahiran sendiri mencapai
penyelesaian.

Rujukan: Newby et al. (2000).


1.0 Pengenalan

Kanak-kanak merupakan aset negara yang perlu dipupuk dan dicema supaya menjadi warganegara
yang dapat mendukung wawasan negara.Setiap kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mendapat
pendidikan diperingkat prasekolah. Kegagalan menyediakan peluang pendidikan dan
memperkembangkan potensi mereka sudah pasti merugikan dan memjejaskan masa depan negara.

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara
murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru. Pembelajaran
berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran,
merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya,
dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka
bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran mereka. Proses dan arah
pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa.
Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar.

1.2 Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid

Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan
penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.

Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan


kekuatan dan kelemahan pelajar.

Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.

Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka
pelajari.

Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.

Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif


2.0 Kaedah Pembelajaran Secara Koperatif

Sebagai pendidik kita bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar meningkatkan minat dan
kecenderungan mereka kearah pelajaran. Pelajar juga digalakkan membina jalan penyelesaian
terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd Fadzli,
2001). Keadaan ini boleh dilaksanakan dengan mengambil langkah menggunakan pendekatan
pengajaran yang berkesan. Ini termasuklah amalan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada
amalan pembelajaran berpusatkan pelajar, misalnya dengan menggunakan pendekatan secara
kumpulan. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu
sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri.

...Amalan pembelajaran berpusatkan pelajar misalnya menggunakan pendekatan belajar secara


berkumpulan memberi peluang murid-murid berinteraksi antara satu sama lain dan boleh belajar
melalui pengalaman sendiri...

Pelajar-pelajar melakukan aktiviti secara aktif semasa proses pembelajaran dan ini meliputi
pengalaman pembelajaran yang dirasai dan dialami sendiri oleh mereka. Aktiviti-aktiviti dirancang
sebegitu rupa supaya berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran (Pusat
Perkembangan Kurikulum 1994). Semasa pelajar-pelajar belajar dalam kumpulan, mereka boleh
berkongsi pengetahuan (intelek), memupuk nilai-nilai murni (rohani), bertimbang rasa (emosi) serta
mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi (sosial). Justeru itu adalah diharapkan apabila pelajar-
pelajar yang keluar dari bangku sekolah nanti, mereka akan mencerminkan diri mereka sebagai insan
yang menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Kaedah kumpulan merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran matematik. Kumpulan murid terbahagi kepada
dua iaitu kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Kaedah kumpulan sama
kebolehan membolehkan guru membimbing pelajar-pelajar mengikut kebolehan di samping
menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah
kumpulan pelbagai kebolehan memberikan pelajar-pelajar peluang mengamalkan pengajaran
sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran
sosial (Buku Panduan KBSR, 1982).

Kaedah pembelajaran sekarang masih tidak melibatkan murid semasa proses pembelajaran di bilik
darjah. Guru perlu merancang dan memilih kaedah pengajaran yang sesuai supaya pembelajaran
berlaku dalam keadaan yang dapat merangsang minat dan tumpuan serta belajar bersungguh-
sungguh. Menyedari hakikat ini, maka sewajarnya guru-guru prasekolah memilih pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat para pelajar. Noraini (1994) menyatakan di
antara faktor-faktor yang boleh menarik dan merangsangkan minat seseorang kepada sesuatu
perkara iaitu:

Pendengar atau pengguna sedar atau tahu bahawa perkara atau benda itu berguna atau berfungsi
kepadanya.

Ia disampaikan atau dipersembahkan kepadanya dengan cara dan gaya yang menarik.

Perkara atau benda itu indah, mengembirakan dan menyeronokkan.

Guru perlu merancang dan memilih kaedah pengajaran yang sesuai supaya pembelajaran berlaku
dalam keadaan yang dapat merangsang minat dan tumpuan serta belajar bersungguh-sungguh.
Pendekatan yang menggalakkan pelajar-pelajar belajar dan mencari ilmu sendiri perlu dipupuk di
samping guru sebagai pembimbing, membimbing supaya mereka lebih ekspresi kendiri yang kreatif.
Iklim bilik darjah pembelajaran dibina bertujuan memperkembangkan inovasi pelajar-pelajar supaya
mempunyai lokus kawalan dalaman disebabkan yang menggerakkan mereka ialah dirinya sendiri dan
standard yang hendak dicapai juga adalah relatif kepada dirinya sendiri. Pemikiran kritikal dipupuk
kerana proses pembelajaran ialah induktif.

Pada asasnya Pembelajaran Koperatif merupakan suatu kaeadah yang menggunakan pendekatan
pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini berstruktur dan menekankan penguasaan konsep
pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Kaedah ini juga
mempunyai teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri. Selain daripada pelajar memperolehi
ilmu pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah yang semaksimum mungkin, mereka juga
boleh bersosialisasi. Namun begitu sebagai seorang guru, apa yang diperhatikan ialah guru-guru
tidak gemar mengajar secara kumpulan sebagaimana yang diharapkan. Kedudukan para pelajar
dalam bilik darjah, suasana sekitaran, kekangan masa dan tumpuan untuk menghabiskan sukatan
mendorong guru-guru beralih semula kepada kaedah pembelajaran tradisional. Akan tetapi menurut
Zahrah (1996), interaksi antara guru dan pelajar dalam kerja kumpulan menentukan tahap
pencapaian objektif pengajaran guru. Interaksi dua hala dan secara kumpulan merupakan iklim sosial
pembelajaran yang paling berkesan.

2.1 Kaedah Pembelajaran Secara Konstruktivisme


Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan
disusun dalam minda pelajar.A.N. Whitehead (1929) mengingatkan kita supaya tidak membebankan
kanak-kanak dengan pengetahuan yang tidak berkembang (" dead knowledge").Apa yang
diketengahkan oleh Whitehead ialah amalan mengajar di sekolah perlulah menjurus kepada usaha
membolehkan kanak-kanak atau murid berfikir dalam persekitaran kehidupan dan mengelakkan
daripada hanya memberi pengetahuan yang bersifat kaku ( inert ideas ) yang tidak mampu
digunakan bagi menyelesaikan masalah harian.

Barnes (1976) dan Bransford (1986) mengkaji tentang'inert ideas' mendapati kebanyakan
pengetahuan yang diajar di sekolah adalah terasing daripada cara kanak-kanak berfikir.Menurut
Bransford ramai yang berpandangan bahawa pengetahuan yang didapati di sekolah hanya
merupakan pengetahuan yang dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain.
Pengetahuan tersebut hanya cukup untuk menjawab soalan daripada guru ataupun untuk menjawap
soalan-soalan peperiksaan sahaja tetapi ianya tidak menunjukkan pengetahuan individu secara
keseluruhan. Pengajaran yang lazim diamalkan oleh kebanyakan guru masa kini masih lagi
berasaskan kepada amalan yang sama iaitu menyuap murid-muriddenganpengetahuan bagi
membolehkan pelajar menjawab dengan betul dalam peperiksaan tetapi tidak mampu
menyelesaikan masalah yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan tersebut.

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan konstruktivisme menyeimbangkan peranan guru dan


pelajar untuk berperanan secara saling bersandar di antara satu sama lain. Ahli konstruktivisme
berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima murid
sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza dimana individu itu dianggap
penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian sewajarnya. Pengajaran dan
pembelajaran konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dan
menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan.

Seseorang guru boleh mengamalkan pendekatan konstruktivisme dengan mengambil kira beberapa
faktor :

Murid diberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain

Murid diberi peluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep

Murid digalakkan menghormati pandangan alternatif rakan mereka


Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah

Pembelajaran berpusatkan murid

Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

Murid digalakkan merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya

Murid diminta menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina

Murid digalakkan mengemukakan hipotesis

Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid

Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru

Guru perihatin terhadap keperluan , kebolehan dan minat murid

Murid digalakkan bekerja secara kumpulan

Suasana bilik darjah di mana amalan konstruktivisme dijalankan adalah berpusatkan murid dan
berpusatkan bahan. Di samping itu guru akan menggunakan penyoalan bukan untuk menguji
kefahaman murid tetapi adalah untuk menguji kemahiran murid dalam membina konsep.
2.1.1 Peranan Guru Dalam Pengajaran Secara Konstruktif

Pengamal teori konstruktif berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru
seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di
mana setiap individu itu penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa menafikan hak
mereka di dalam mengutarakan sebarang pendapat mahupun idea yang berkaitan dengan
pembelajaran pada waktu itu..keadaan ini secara tidak langsung menjadi penyokong kepada minat
murid dalam pembelajaran dan akan terhapusnya situasi keterasingan di kalangan pelajar dan
murid-murid sendiri.

Kefahaman murid terhadap fakta akan lebih berkesan dan mantap dengan mengabung jalinkan
antara pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina. Selain dari itu guru perlu mengelakan
diri dari beranggapan bahawa minda murid sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta
dan pengetahuan baru sebaliknya mengambil kira,menilai,mengukur keterlibatan dan kefahaman
mereka dalam mengembangkan maklumat yang disampaikan sewaktu proses P&P.Peranan guru
sebagai pembimbing dan fasilitator juga dapat membantu dalam mengawal disiplin para pelajar
dengan baik.

Di dalam menghadapi situasi di mana kewujudan murid yang enggan melibatkan diri di dalam aktiviti
P&P,Golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan
pelbagai persoalan sebagai ransangan terbaik sebagai jaminan keterlibatan aktif murid-murid dalam
menemukan idea-idea terbaru.Melaui teori konstruktif ini kita tidak lagi melihat aktiviti P&P
berpusatkan murid.

2.1.2Peranan Murid Dalam Pengajaran Secara Konstruktif

Perbincangan teori konstruktif menyatakan bahawa murid sekali-kali tidak menganggap guru hanya
sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai sesuatu dari sumber pengetahuan untuk membantu
mereka mencari maklumat dan peransang bagi mereka berfikir dan berkomunikasi.Ilmu baru yang
terbentuk adalah berasakan kepada inisiatif diri individu dan perkongsian pandangan dikalangan
mereka selain mengadaptasi setiap pengalaman yang dilalui dengan alam sekeliling sewaktu sesi
P&P berjalan.Dengan wujudnya lontaran-lontaran idea dan pengalaman murid ini secara tidak
langsung berjaya memecahkan suasana ‘dingin’ di kalangan pelajar itu sendiri.

Konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar
untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dalam kerangka minda masing-masing
berasaskan pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Ia menuntut agar guru lebih perihatin
terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu. Walaupun begitu konstruktivisme
merupakan satu anjakan yang perlu diaplikasikan terutamanya dalam pendidikan matematik. Ini
bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk merealisasikannya dalam kehidupan seharian
mereka.

2.2 Pengajaran Pembelajaran Berpusatkan Guru

Butler (1998) telah merumuskan empat stail pengajaran yang kebiasaannya dipraktikkan oleh guru
dengan menggunakan terma tertentu iaitu:

2.2.1 Concrete Sequential

Guru menggunakan bahan hands-on, model kerja dan dilaksanakan secara demonstrasi untuk
membantu pelajar memahaminya melalui pengajaran berbentuk task-oriented lessons.Stail
pengajaran begini berbentuk satu hala yang lebih menekankan guru sebagai penyampai ilmu dan
lebih berpusat kepada guru.

2.2.2 Abstract Sequential

Pengajaran stail ini lebih berbentuk bercakap atau penerangan secara lisan; guru menekankan usaha
untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membantu pelajar memikirkan kandungan tajuk dan
menjana idea. Stail ini juga dilaksanakan lebih berbentuk satu hala antara guru dengan pelajar. Stail
pengajaran ini lebih berpusatkan kepada guru.

2.2.3 Abstract Random

Guru menggunakan sepenuhnya minat dan keseronokan pelajar dalam pengajarannya. Pengajaran
stail ini lebih berbentuk dua hala di antara guru dengan pelajar. Dalam stail pengajaran ini, guru-guru
akan lebih banyak bertanya dan pelajar-pelajar menjawab soalan serta mengemukakan pendapat
dan pandangan mereka sendiri.

2.2.4 Concrete Random

Guru menggunakan sepenuhnya berbagai sumber pengajaran dan melaksanakan aktiviti melalui
kerjasama yang diberikan oleh pelajar. Pengajaran bentuk ini akan menggunakan berbagai-bagai
aktiviti yang menyeronokkan dan menarik minat pelajar.Guru lebih bersifat sebagai pembimbing
atau fasilitator, sementara pelajar-pelajar akan melakukan berbagai teknik pembelajaran bagi
menguasai sesuatu tajuk atau isi subjek yang diajar kepada mereka
Oleh itu, guru-guru perlu digalakkan mencuba pelbagai stail pengajaran yang baru, yang boleh
menarik minat pelajar walaupun mereka tidak biasa dan merasa kurang selesa. Inidisebabkan
peranan guru untuk membantu pelajar mendapatkan kemahiran baru melalui unfamiliar lerning
style walaupun kadang-kadang membebankan guru; lebih penting lagi ialah pengajarannya memberi
kesan dan impak yang baik kepada pelajar.

Kesimpulan

Pendekatan dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu dikuasai oleh guru
pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan pengajaran membantu guru untuk melaksanakan
kurikulum yang dirancang. Aktiviti pembelajaran pula membantu pengukuhan pembelajaran kanak-
kanak. Manakala teknik pengajaran yang berkesan dapat menyampaikan kandungan pelajaran
dengan menggunakan pelbagai media. Hasil pembelajaran murid didokumentasikan dan boleh
dijadikan panduan dan rujukan kepada guru terhadap pencapaian muridnya. Transisi merupakan
aspek yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak dan perlu difahami oleh guru.

Memahami pendekatan dan aktiviti pendidikan awal kanak-kanak adalah penting untuk persediaan
guru sebelum mengajar murid-murid di kelas prasekolah. Kefahaman tentang pendekatan-
pendekatan dalam pengajaran lebih memberi keyakinan dalam melaksanakan aktiviti kurikulum.
Perancangan pengajaran guru lebih berkesan dan mempunyai prinsip mengajar yang betul untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Guru harus bijak dalam menjana
kreativitinya untuk mewujudkan ruang berkenaan sebagai pusat pembelajaran dengan mengambil
kira aspek keselesaan , keselamatan dan memanfaatkan kepada murid. Semestilah pusat
pembelajaran yang kondusif.Untuk menjadikan sesebuah tadika itu sebuah tempat yang selamat dan
penghuninya terjamin dari segi kesihatan sesebuah taska itu harus dapat meransang pembelajaran
murid-muridnya. Guru tadika harus memfokus kepada pengukuhan kemahiran bahasa,kemahiran
berfikir dan penerapan nilai-nilai murni seperti kerjasama ,bertolak ansur dan meningkatkan
keyakinan diri.

Alat dan bahan yang disediakan boleh diubah suai dan ditambah dari masa ke semasa. Guru
seharusnya menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut di dalam ruang yang disediakan. Untuk itu
pengwujudan ruang tersebut seharusnya mempunyai nilai teraputik yang mampu memberikan
keselesaan kepada murid-murid. Pengurusan ruang yang baik membolehkan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan secara lancar dan berkesan. Ruang –ruang utama seperti ruang dalam bilik
darjah, ruang penyediaan makanan, ruang bilik air dan ruang luar bilik darjah merupaka pusat
pembelajaran bagi murid. Oleh itu sekiranya salah satu ruang tersebut tidak ada maka tidak
lengkaplah keperluan asas dan fizikal di kelas taska.

Kepentingan dalam menyediakan rancangan pengajaran adalah penentu keberkesanan pelaksanaan


Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Persiapan awal sebelum memulakan pengajaran dapat
membantu guru mengenal pasti keperluan pembelajaran murid. Di samping itu guru dapat
menambah baik kandungan, hasil pembelajaran, pendekatan dan aktiviti pembelajaran murid
dengan menggunakan bahan dan peralatan yang bersesuaian serta menarik minat murid. Persediaan
dan perancangan yang teratur memberi kesan yang positif kepada guru dan murid.
Memahami pendidikan awal kanak-kanak dari asek perbandingan adalah penting untuk
mengukuhkan kefahaman guru dan juga pengkaji bidang ini. Kefahaman ini akan menjadi pegangan
untuk mengenalpasti perbezaan setiap program dan model. Penambahbaikan terhadap program
yang sedia ada di Malaysia dengan membandingkan program di luar negara. Banyak yang boleh
dipelajari daripada program dan model pendidikan awal kanak-kanak daripada luar negara. Secara
tidak langsung mereka yang terlibat dengan bidang ini akan merancang mengikut kesesuaian kanak-
kanak, masyarakat dan budaya.

Rujukan

Putri Zabariah A. R., Bustam K. & R. Hamizah. (2005). Tadika Berkualiti. Pahang: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

White C. S, & Coleman, M. (2000). Early Childhood Education: Building a Pholosophy for Teaching.
NJ: Merill Prentice Hall.

Norhasyimah Hasyim(2003) Panduan Pendidikan Pra Sekolah.Malindo Printers, Selangor.

Sufean Husin(1993) Pendidikan Di Malaysia: Sejarah ,Sistem dan Falsafah. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur

Kementerian Pendidikan Malaysia(1993) Garis Panduan Kurikulum Prasekolah. Pusat Perkembangan


Kurikulum. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia(1993) Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Pusat


Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia.KL:


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1996). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. KL: Kementerian


Pelajaran Malaysia.

Ministry of Education. (1984). Status Report of Pre-School Education. KL: Ministry of Education
Malaysia.

http://www.geocities.com/hypatia_01_2001/ilmiahazie.htm

http://www.my-mmy.com/Amalan_Pembelajaran_Koperatif_oleh_Guru Matematik.html
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR: SATU ULASAN DALAMPENDIDIKAN SEMASA

Sabar Afifuddin Bin Ahmad Sobri, Mohd Taufek Bin Mohd Noh, Fatimah Zahra BintiA.Jamil, Zuazlina
Binti Mohd SadriF

AKULTI

ENDIDIKAN

,U

NIVERSITI

EKNOLOGI

ALAYSIA

ABSTRAK

Kertas ini mengulas tentang kaedah, teknik atau pendekatan yang berkaitan dengan pembelajaran
berpusatkan pelajar juga menyentuhlatar persoalan kajian. Setiap kaedahatau teknik yang
diwujudkan, lahir daripada kajian terhadap masalah atau isu yang berkaitan dengan penagajaran dan
pembelajaran. Data menunjukkan pencapaian pelajar berbeza apabila kaedah pembelajaran yang
digunakan oleh guru adalah lebihberpusatkan pelajar, sebagai mana dapatan kajia oleh Affandi bin
Ag. Ghani dalam tesis yang bertajuk “Persepsi pelajar terhadap penggunaan buku teks jawi
Pendidikan Islamdalam pembelajaran: Satu kajian ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati Guru yang
menggunakan buku teks sepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbulnyarasa bosan di
kalangan pelajar terutamanya bagi pelajar yang cergas.. Selain itu,kaedah yang dinyatakan dalam
ulasan ini disertakan dengan definisi dan ciri-ciri penting kaedah pembelajaran yang berkesan.

1.0Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara
murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran
berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnyamenentukan objektif pembelajaran,
merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya,
dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka
bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah
pembelajaran daripada pembelajaran berpusat gurukepada berpusat murid mengambil masa. Proses
tersebut akan meningkat mengikut umur
dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran
berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.Ada dua perkataan yang hampir-hampir
sama maksudnya dengan kaedah, iaituteknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan
pendekatan ialah caramendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran
diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pulaialah
satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa
pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajarandengan langkah
penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru
dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalamsesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau
guru mengajar bahasa denganmenggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa,
maka itu satu teknik.Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-
Qur`an denganmendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.Sharifah Alwiah
Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan
pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. HasanLanggulung (1981) pula mengatakan
bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalanuntuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru
lakukan untuk memberi fahamkepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah
kaedah. Melihat

kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok SoonSeng (1992),
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) danMahfudh Salahuddin (1987),
nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang adanama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi,
Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebeldan sebagainya.Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa
kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaranyang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan
dalam tiap-tiap langkah itu pulamempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah
mengajar bukanlahtujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan

wasilah

, iaitu satu jalan untuk mencapaiobektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981)
mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa
sahajacara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar
bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-
nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long(1981) dan lain-lain.
2.0 Latar Belakang Masalah

Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan merupakan salah satu punca
matapelajaran pembelajaran tidak diminati. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di
dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak guru-pelajar. Sekiranya guruhanya menitikberatkan
menghabiskan silibus berbanding aspek penghayatan dan penerapan nilai agama boleh
menyebabkan interaksi dua hala ini hilang fokus. Kesannya pelajar hilang minat (Atan Long,
1982)Antara dilema yang dihadapi oleh pelajar masa kini ialah hilangnya konsep ta’dibdalam
pendidikan. Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapaikecemerlangan dalam
peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadapmendidik, mengajar adab serta
membentuk akhlak. Berbalik, masalah yang utama iaitukebanyakan penerapan dan penggunaan
kaedah, strategi dan teknik mengajar oleh guru-guru tidak dapat menarik minat pelajar

kehidupan sebenar. Transformasi dan penambahbaikan yang dilakukan akanmememastikan pelajar-


pelajar meminati subjek ini sekaligus merubah paradigma merekasebelum ini terhadap subjek
Pendidikan Islam.

3.0 Pernyataan Masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan.
Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan
pengajaran itu sendiri. Matlamat guruhanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki
peperiksaan pada setiap hujungtahun. Apa yang terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku
secara dasar sahaja.Tidak mementingkan pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai
kemahiran atau pun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh
di luar konteks sebenar.Persembahan pengajaran yang hanya melibatkan guru semata-mata
memberiimplikasi yang kebanyakannya pelajar tidak melibatkan diri secara aktif sewaktusesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sewaktu P&P dijalankan, merekaseringkali mengantuk,
bermain, bersembang dan tidak menumpukan perhatian kerana pengajaran hanya satu hala sahaja
tanpa melibatkan penyertaan aktif pelajar. Selainitu, didapati kaedah penyampaian objektif
pengajaran seperti ini tidak begitu berkesanmungkin kerana kaedah yang kurang
bersesuaian.Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab
danmelibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh
dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkankreativiti pelajar
supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaransecara aktif. Komunikasi
berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam aktiviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila
maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan
matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kritis serta kreatif.

Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar , pelajar-pelajar akandiberi tugasan tertentu


sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahapkebolehan pelajar. Pelajar
kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagaisumber untuk menyiapkannya.
Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan guru.
Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu
diberi perhatian ialah gurumesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan
secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudahdiakses
oleh para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut,Langkah yang terakhir dalam
pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembentangan hasil tugasan Semasa pembentangan, rakan-
rakan sebaya digalakkanmemberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan
menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar.Sehubungan dengan itu,
pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat yang lebih tinggi. Pelajar harus
dilatih dengan kemahiran berfikir secarakritikal, menganalisa maklumat serta mengsistesiskan
maklumat bagi menyelesaikanmasalah dalam pelbagai konteks. Oleh itu, kajian harus dijalankan
untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar di dalam
pengajaranPendidikan Islam

Pembelajaran berpusatkan pelajar

Keefe, 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir, 2006

Strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk
memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran). seseorang
pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga
memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai
strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000).

Definisi khas bagi Pembelajaran berpusatkan pelajar ialah Tumpuan kepada perkembangan
pembelajaran pelajar sebagaiindividu, memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa
yang ingindipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan
persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang
mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses
pengajarandan pembelajaran. Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan
dengan erti katalain, pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam
komunikasidua hala antara guru dan pelajar. Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus
dalammenemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar yang
mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanyamemantau
contohnya dengan mencadangkan bahan- bahan penagajaran dan pembelajaran yang mencabar
pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya menberikan pemahaman konsep baru yang
mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan interaksisosial; menggunakan sekolah, pekerjaan,
rumah dan komuniti sebagai sumber danmenggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan
pemnbelajaran.Selain itu, Pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan
pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan
merekadalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada
pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka
dalammembentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan
mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar
pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh merekaMenurut Syidam Abdullah, 2008
terdapat beberapa prinsip pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu :

i.

Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbanganutama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

ii.

Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif,
dimana guru hanya sebagai fasilitator.

iii.

Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan.iv.Penekanan diberikan terhadap
penilaian kendiri.Menurut Freiberg, 1996 dalam Giam Kah How, 2000 terdapat strategi
yang berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif. Di
sini,disenaraikan antara strategi pembelajaran berpusatkan pelajar antaranya adalah:

i.Kaedah Koperatif

Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasamauntuk belajar dan
bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (SuhaidaAbdul Kadir, 2002) .Ciri-ciri penting
kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua
kumpulan. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang
sahaja,semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalahtersebut, juga
dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsidikalangan pelajar. Guru perlu
prihatin untuk memberikan ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan
prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru
hendakalahmemupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri
agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga hendaklahmelatih kemahiran sosial dan memupuk
konsep kendiri untuk membantu ahlikumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positi

Pendekatan Kumpulan

Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologikemasyarakatan dan dinamik


kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulanharus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih
prosedur pengajaran secarakumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik,
tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan, penglibatan
pelajar secara aktif dalam kumpulan, kerja kumpulan yang berkesanakan wujud jika individu diberi
tanggungjawab, Semangat berkerjasama dalamkumpulan harus dipupuk. Selain itu, kelebihan
pengajaran secara kumpulan ialahmembolehkan pelajar, mengenalpasti, menganalisis dan
menyelesaikanmasalah secara koperatif

iii.Teknik Perbincangan
Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksisesama mereka dan
membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciriPentingnya, pelajar berpeluang mengemukakan
isu-isu, pendapat dan idea-ideamengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat
rumusan padaakhir sesi perbincangan, pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentangtopik
atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru, perbincangan dapat
dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarangsituasi bilik darjah dan tujuan utama
perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam
mengemukakan hujah, pendapat,menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009).

iv.Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara
kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk mengatasi
kekurangan dan seterusnya menyelesaikanmasalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara
menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi
halangan,menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit.

kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripadakeseronokkan bermain dan
ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah.

vii.Kaedah Projek

Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimenatau aktiviti didalam
situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M.1997). Ia merupakan sesuatu aktiviti
dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses
menghasilkan sesuatu. Ciri-ciriPentingnya, tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya
kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek, ia jugamembantu
pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalammenghasilkan sesuatu projek,
memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti, projek yang hendak
dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar, bahan-bahan yang
diperlukanuntuk projek hendaklah mudah diperolehi, projek yang sesuai dengan objektif pelajaran,
kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan dan kepuasan jika dapat
meyelesaikan projek serta pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.

viii.Kaedah Lawatan

Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apayang mereka telah
belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpulmaklumat secara langsung dan guru boleh
mengajar sesuatu yang tidak bolehdibawa masuk ke dalam bilik darjah, tujuan lawatan ialah
meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara
langsungmenggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada
pembelajaran,memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan
maujuddan proses-proses yang berlaku, kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan
pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungandisekolah

Anda mungkin juga menyukai