Anda di halaman 1dari 8

JPK-1

LAPORAN JALINAN PINTAR KORPORAT

Nama Peserta BADRUL NISAK BINTI AHMAD


Kelas SMUT 1 KUMPULAN 1/2018
Nama Aktiviti Jalinan Pintar Korporat
Sekolah yang terlibat SK Tunjang, 06000 Jitra Kedah, Darul Aman
Tarikh 28 April 2018
Pelaporan aktiviti JPK yang
dilaksanakan:
1. Mengenal pasti dan Antara dapatan program yang perlu dilaksanakan setelah
perbincangan dengan berbincang dengan pihak sekolah ialah:
sekolah 1. 1. Pihak sekolah memerlukan dana dalam usaha
untuk melaksanakan aktiviti perkembangan murid.
1.2. Kemahiran keibubapaan amat diperlukan sebagai
pendedahan untuk mendidik anak-anak dalam era
yang sangat mencabar ini.
1.3. Perlaksanaan program jaringan & jalinan amat
penting untuk mewujudkan perkongsian pintar yang
akrab dan mantap antara sekolah dan komuniti
untuk mencapai kecemerlangan akademik.

2. Mengenal pasti dan 2. Antara hasil perbincangan dengan tokoh dan


perbincangan dengan agensi korporat:
tokoh/agensi korporat 2.1. Melaksanakan 4 aktiviti utama dengan tujuan
menjana perkembangan aktiviti yang melibatkan
komuniti setempat dengan pihak sekolah. Tokoh
korporat iaitu Ybhg. Dato’ Hj. Zulkifli @ Hj.Mohd Ros
Bin Hj. Ahmad telah bersetuju menyumbang sebanyak
RM 1500.00 manakala Pegawai Pemerintah Wilayah
Laut 3 TLDM, Laksamana Pertama Rusli bin Haji
Ahmad menyumbang sebanyak RM 1000.00.
Sumbangan tersebut digunakan untuk pengurusan
program motivasi murid, ‘Parenting Skill’, aktiviti
murid PKKI dan aktviti gotong-royong.

3. Tujuan dan objektif aktiviti Latar Belakang Aktiviti


JPK dilaksanakan Dapatan Analisis Keperluan
-Latar Belakang Aktiviti Daripada analisis tersebut didapati, pihak sekolah sangat
memerlukan dana untuk melaksanakan aktiviti
perkembangan murid. Jadi, peranan semua pihak
khususnya ibu bapa dan komuniti setempat sangat penting
dalam proses pembentukan kecemerlangan sahsiah dan
akademik.

Matlamat
Membantu pihak sekolah menggunakan pendekatan jalinan
(linkages) dengan menghubungkan tokoh korporat dan
agensi luar untuk bersama-sama membantu pihak sekolah.
Jalinan strategik ini juga bertujuan menyokong usaha
berterusan pihak sekolah bagi menjamin kemenjadian murid
secara lebih bermakna lagi

Objekif
1. Membantu pihak sekolah menarik sokongan pihak
korporat dalam bentuk Community Support
Responsibillity (CSR)
2. Mendekatkan hubungan antara pihak sekolah dengan
pemimpin tempatan, agensi kerajaan iaitu Institut
Aminuddin Baki dan pihak korporat.
3. Melaksanakan aktiviti khidmat sokongan seperti
ceramah keibubapaan, motvasi murid, gotong-royong
dan pemupukan budaya 5S.
4. Menyalurkan sumbangan dari sektor korporat/tokoh
kepada program sekolah.
-Bila dan dimana aktiviti Tarikh
dilaksanakan Pelaksanaan pada 28 April 2018 jam 8.00 pagi-1.00
tengahari
Lokasi
Lokasi di SK Tunjang, 06000 Jitra Kedah.

-Peserta dan organisasi yang Agensi Terlibat Jaringan :


terlibat o Institut Aminuddin Baki
o Guru Besar & warga sekolah SK. Tunjang
o 2 buah sekolah berdekatan
Agensi Terlibat Jalinan :
o Pegawai Memerintah Wilayah Laut 3 TLDM Langkawi
o Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar
o Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu
o YB Dato’ Hj. Zulkifli@Mohd Ros B. Hj. Ahmad
YDP PIBG SK. Tunjang
Penceramah & fasilitator yang terlibat ialah:
o Pn. Hasiah Musa-Kaunselor Cemerlang SMK
Darulaman
o Pn. Nurul Aainaa Rosidi -Pusat Kesihatan Bandar Alor
Setar
o Mantan Ketua Jabatan Bimbingan & Kaunseling IPG
Kangar Perlis -Tn Hj. Sudin b Sarmin
o Pn. Arissol Bt Yaacob – Jurulatih Kecergasan

Jumlah kehadiran organisasi dan peserta

JENIS PESERTA JUMLAH

Agensi /Organisasi 5
Murid (Motivasi) 66
Murid PPKI 6
Guru 28
Ibubapa (motivasi) 105
Peserta NPQEL 23
Penceramah 4
Sekolah Jemputan 2

Kaedah Perlaksaan :
o Ceramah motivasi untuk ibu bapa, pelajar dan ceramah
-Kaedah Pelaksanaan
kaedah penjagaan kesihatan
o Kecergasan diri iaitu senamrobik
o Gotong-Royong
o Majlis Perasmian & Penyampaian sumbangan tokoh
korporat

Tentatif Program
Masa Aktiviti Lokasi
8.30 am Senamrobik Dataran Tunjang
Insaniah
9.oo am Majlis Perasmian &
Penyampaian
Sumbangan

o Ketibaan Tetamu
Jemputan
o Ucapan Pengacara
Majlis
o Bacaan Doa
o Ucapan Aluan Peserta Dewan Meranti
NPQEL 2.0
o Ucapan Guru Besar
o Ucapan Perasmian
o Serahan Sumbangan

12.45 pm Majlis Penutupan


o Ucapan Penutupan
oleh Guru Besar
o Makan Tengah Hari
o Bersurai
10.30- Ceramah Keibubapaan Dewan Meranti
12.30 pm

Masa Aktiviti Lokasi


9.30- Ceramah Motivasi Dataran Tunjang
12.00 pm Kecemerlangan Murid
Insaniah
9.30- Gotong-Royong Amalan 5S PPS
1.00 pm
9.30- Ceramah Kesihatan Kelas PKKI
12.00 pm Sesi soaljawab
Mewarna Poster

4. Pencapaian aktiviti JPK


-Hasil yang dicapai dari a. Pendedahan kepada guru-guru , PPM dan murid-murid
aktiviti yang PPKI tentang penjagaan kesihatan diri terutamanya etika
dilaksanakan batuk dan cara-cara basuhan tangan yang betul
-Perbandingan hasil dan b. membantu guru untuk merancang program yang
matlamat berkaitan kesihatan murid
c. menjadikan pendidikan kesihatan sebahagian dari
pendidikan wajib murid-murid PPKI.

Perbandingan hasil dan matlamat


Hasil dari aktiviti ini telah melangkaui dari matlamat yang di-
tetapkan.
a. Guru-guru telah menggunakan sesi soaljawab untuk
mengetahui tentang potensi jangkitan penyakit yang mudah
diperolehi oleh murid-murid serta cara-cara pengawalannya.
b. Guru-guru juga telah mendapat input tentang jalinan
korporat yang akan mereka jalankan di Langkawi pada
bulan Julai nanti
b. Murid-murid PPKI pula mendapat pendedahan cara-cara
membasuh tangan dan etika batuk yang betul dengan lebih
terperinci.
c. Peserta-peserta NPQEL juga mendapat input yang amat
berharga dari guru-guru PPKI tentang prosedur pemilihan
pelajar ke PPKI , program-program yang telah dijalankan
serta program jalinan korporat yang mereka telah dan akan
jalankan.

5. Cabaran aktiviti JPK


-Cabaran yang dihadapi a. Cabaran untuk mendapatkan kerjasama guru-guru untuk
semasa menjalankan bersama dengan pelajar di luar waktu persekolahan. Guru-
aktiviti guru dan PPM yang hadir membawa bersama anak-anak
mereka yang masih kecil.
b. Cabaran untuk memastikan pelajar-pelajar PPKI untuk
hadir dalam aktiviti yang dijalankan. Dari 10 orang pelajar
yang dijanjikan , hanya 6 orang pelajar yang hadir. Ini
disebabkan pelajar-pelajar ‘hyperactive’ serta yang tinggal
jauh dari sekolah tidak dibenarkan untuk bersama-sama
dalam aktiviti ini.
c. Cabaran untuk mendapatkan kerjasama dari Pusat
Kesihatan Tunjang dalam waktu yang singkat kerana ramai
staf kesihatan bertugas dalam program penamaan calon
pilihanraya. Pengesahan dari Pejabat Kesihatan Daerah
mengenai pelepasan untuk staf yang bertugas juga lewat
dimaklumkan kepada penganjur.
d. Cabaran untuk mendapatkan pengganti bagi penceramah
Ceramah Kesihatan yang dirancangkan.
6. Cadangan Cadangan Penambahbaikan
penambahbaikan a. Perancangan untuk JPK memerlukan masa yang panjang
yang sesuai untuk untuk memastikan pihak-pihak yang terlibat terutamanya
melaksanakan aktiviti JPK pihak korporat yang memberi sumbangan dapat bersama-
di sekolah setelah tamat sama di majlis yang mereka biayai.
program NPQEL b. Penglibatan pihak sekolah terutamanya para guru amat
penting dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang .
c. PIBG dan Alumni perlu memainkan peranan penting
dalam membantu sekolah untuk mendapatkan dana yang
lebih banyak.
d. Hebahan yang lebih meluas kepada pelajar dan waris

7. Penutup Program Jalinan Pintar Korporat terbukti dapat


-Rumusan aktiviti JPK meningkatkan kompetensi peserta NPQEL ke tahap
maksimum dalam aspek berikut::-
1. Membina Jaringan Dan Jalinan
Program ini dapat mengekalkan hubungan baik semua
pihak yang berkepentingan dengan sekolah.
2. Membuat Keputusan
Keputusan dapat dibuat dengan tepat dan realistik
serta bertepatan dengan matlamat dan objektif aktiviti
dan keperluan organisasi
3. Penyelesaian Masalah
Masalah yang berkaitan dapat diselesaikan segera
dan berkesan dengan adanya penyelarasan
dengan pihak yang terlibat
4. Komunikasi Berkesan
Jalinan hubungan baik dan komunikasi berkesan
antara peserta, pihak sekolah dan penyumbang
menjadikan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan
lancar dan memberikan impak positif.

Pengakuan:

Saya mengaku bahawa laporan ini adalah karya saya sendiri. Saya bersedia diambil
tindakan oleh pihak IAB jika didapati bahawa karya ini plagiat daripada hasil karya
dipihak tertentu yang terdahulu.
Tanda tangan:………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai