Anda di halaman 1dari 14

Bahagian A

[ 60 markah ]

1. Berikut adalah langkah-langkah dalam proses pemikiran komputasional. Susun langkah-


langkah berikut mengikut susunan yang sesuai.

Proses Pemikiran Kedudukan


Sediakan satu modul penyelesaian masalah 4
Kenal pasti corak yang sama
Masalah perlu diasingkan
Perkara yang tidak penting ditinggalkan
[ 3 markah ]

2. Berdasarkan penyataan yang diberikan, sila padankan teknik komputasional yang sesuai
dengan penyataan berikut.

Penyataan Teknik
Pemecahan suatu masalah atau sistem Teknik
yang kompleks kepada bahagian- Peniskalaan
bahagian kecil bagi memudahkan
penyelesaian

Penelitian pada kesamaan dan corak Teknik Leraian


dalam masalah yang lebih kecil dapat
membantu menyelesaikan masalah
kompleks dengan lebih berkesan

Meninggalkan aspek penting yang Teknik


terdapat dalam corak-corak yang di Pengecaman
kenal pasti dan fokus kepada aspek Corak
penting yang dapat membantu dalam
penyelesaian masalah.

Membina model seperti formula, Teknik


teknik, peraturan atau langkah-langkah Pengitlakan
bagi menyelesaikan masalah
[ 4 markah ]

2
3. Anda merupakan seorang pegawai polis yang diminta untuk menyiasat satu kes jenayah.
Fikirkan langkah-langkah yang perlu anda patuhi untuk menyelesaikan kes tersebut. Pilih
setiap persoalan berikut yang anda perlu beri perhatian semasa anda menjalankan tugas
anda. Tanda [ √ ] pada jawapan anda.

Persoalan Jawapan
Apa, bila dan di mana jenayah tersebut telah dilakukan
Apakah terdapat jenayah yang sama berlaku sebelum ini
Apakah jantina, umur, atau bangsa pelaku jenayah tersebut.
Apakah bukti- bukti atau saksi yang terdapat di tempat kejadian
[ 3 markah ]

4. Berikut merupakan perkara-perkara penting dalam proses membuat kek.

 Apakah jenis kek yang anda ingin buat?


 Apakah ramuan yang diperlukan dan jumlahnya?
 Berapa ramai yang boleh makan dengan sejumlah kek tersebut?
 Bilakah anda perlu untuk menambah setiap bahan-bahan dalam ramuan tersebut?
 Apakah peralatan yang diperlukan untuk membuat kek tersebut?

Apabila anda ingin membuat kek jenis lain, apakah pertimbangan yang sewajarnya anda
buat. Sila tandakan (√) di ruang yang disediakan

Penyataan Jawapan
Setiap kek memerlukan kuantiti yang tepat daripada bahan-
bahan tertentu

Bahan-bahan yang akan ditambah pada masa tertentu

Setiap kek akan bakar selama tempoh masa yang tertentu

Setiap kek memerlukan peralatan yang berbeza untuk


menghasilkannya

[ 3 markah ]

3
5. Berdasarkan corak dalam susunan nombor-nombor berikut, nyatakan nilai yang sesuai
untuk X dan Y.

No. Susunan Nombor Corak Jawapan


i) 1, 7, 4, 10,7, 13, 10, X, 13, Y Tambah 6, kemudian tolak 2 X= 16
Y=
ii) 11, 16, 15, 20, 19, 24, X, Y Tambah 5, kemudian tolak 1 X=
Y=
iii) 100, 90, 91, 81, X, 72, Y Tolak 10, kemudian tambah 1 X=
Y=
[ 5 markah ]

6. Gariskan jawapan yang betul mengenai nombor penduaan dan nombor perpuluhan.

a) Sistem perpuluhan menggunakan digit – digit 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, dan 9 untuk


mewakli sebarang nombor juga dikenali sebagai ( Sistem Asas 0 / Sistem Asas
10 )

b) Komputer menggunakan sistem penduaan atau dikenali sebagai ( Sistem Asas 2 /


Sistem 2 ) untuk menyimpan data.
[ 2 markah ]

7. Isikan tempat kosong dengan nombor yang betul.

7 10 13 16

9 12 18

11 20

13 16 19 22

[ 3 markah ]

4
8. Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk setiap pernyataan berikut.

Penyataan Teknik
i. Danial sedang menjawab soalan peperiksaan Bahasa
Inggeris. Dia membaca petikan yang panjang dan
menggariskan isi penting sahaja.
ii. Dalam peta, bentuk muka bumi yang penting sahaja
ditunjukkan
iii. Rumus matematik untuk mencari luas segi empat tepat
ialah panjang darab lebar.
[ 3 markah ]

9. Teknik peniskalaan membahagikan proses penyelesaian masalah kepada aspek penting


dan kurang penting. Tandakan ( √ ) pada aspek yang penting dan ( X ) pada aspek
kurang penting dalam penyelesaian masalah untuk mengurangkan berat badan.

i) Waktu makan yang teratur

ii) Tiada pembaziran makanan

iii) Amalan senaman yang berterusan

[ 3 markah ]

10. Maklumat berikut menunjukkan suatu sistem nombor


0000 0001 0010 0011 0100

Nyatakan tiga prinsip asas sistem nombor itu.


a) ________________________________________________
b) ________________________________________________
c) ________________________________________________
[ 3 markah ]

5
11. Baca dan fahami setiap penyataan dibawah. Nyatakan setiap penyataan berikut BENAR
atau PALSU.

Bil Penyataan Jawapan


a Pemikiran komputasional membolehkan kita menangani masalah
yang kompleks, memahami apa masalah sebenar dan mengenalpasti
kaedah penyelesaian.

b Setiap masalah perlu dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil


untuk diselesaikan secara berasingan.

c Apabila melukis gambar kereta, ciri-ciri umum seperti bilangan


roda adalah sangat penting untuk kita ketahui. Teknik ini dikatakan
sebagai Teknik Leraian.

d Mengkaji kes-kes jenayah terdahulu secara umum merupakan


contoh teknik pengecaman corak bagi menyelesaikan masalah
jenayah

e Teknik Peniskalaan memfokuskan kepada aspek-aspek penting


yang dapat membantu menyelesaikan masalah

f Komputer menggunakan sistem perduaan untuk menyimpan data

g Nombor 1011 dalam asas dua adalah bersamaan dengan 101 dalam
asas sepuluh

h 112 + 102 adalah bersamaan dengan 5

i Nombor-nombor berikut seperti 3, 26 dan 100 dikenali sebagai


nombor asas dua

j Sistem nombor perduaan juga dikenali sebagai sistem binari.

[ 10 markah ]

6
12. Tukar 9 kepada nombor penduaan.

Bahagi 2 Nombor perpuluhan Baki


2 9
2 X 1
2 2 Y
2 1 0
0 1

X = _____________________ Y = _____________________
Jawapan: 9 = ________________2
[ 3 markah ]
13. Tukar 34 kepada nombor penduaan.

Bahagi 2 Nombor perpuluhan Baki


2 34
2 17 0
2 X 1
2 4 Y
2 2 0
2 1 0
0 1

X = _____________________ Y = _____________________
Jawapan : 34 = ________________2
[ 3 markah ]

14. Tulis semula operasi tambah dan tolak dua nombor perpuluhan berikut dalam bentuk
nombor penduaan.
a) 12 + 5

Nombor perpuluhan Nombor penduaan


1 2
+ 5 → +
--------------------------- ----------------------------------------------
1 7

7
b) 14 - 6

Nombor perpuluhan Nombor penduaan


1 4
- 6 → -
--------------------------- ----------------------------------------------
8

[ 6 markah ]

15. Rajah di bawah menunjukkan titik yang disambung untuk membentuk nombor segitiga ,
segiempat dan pentagon.

8
a) Lukiskan bentuk yang kelima untuk setiap jenis nombor tersebut di dalam kotak
yang disediakan.
b) Berdasarkan rajah di atas, nyatakan bilangan titik untuk rajah keenam.
i) Nombor segitiga : _________________________
ii) Nombor segiempat : _________________________
iii) Pentagon : _________________________

[ 6 markah ]

9
Bahagian B
[ 40 markah ]

16. Anda dilantik sebagai ketua rombongan bagi satu penjelajahan hutan. Terdapat beberapa
kumpulan yang akan mengambil bahagian seperti dalam jadual di bawah.

Kumpulan Pengakap KRS Pandu PBSM PKBM Puteri


Puteri Islam
Ahli 18 12 14 16 18 12
(orang)
Peserta akan ditempatkan di tiga buah kem yang berbeza. Setiap kem dapat
memuatkan 30 peserta. Setiap kumpulan mestilah ditempatkan dalam kem yang
sama. Tunjukkan bagaimana anda menyelesaikan masalah ini.

Kumpulan Bilangan Kumpulan Bilangan

Kumpulan Bilangan

[ 6 markah ]

10
17. Sebanyak 8 mentol di susun secara selari seperti rajah di bawah.

Setiap mentol akan mewakili 1 untuk ON dan 0 untuk OFF dan disambungkan kepada
komputer untuk menerima nilai dari pengguna. Berdasarkan pernyataan di atas. Jawab
soalan-soalan berikut.

a) Berapakah mentol akan menyala apabila dimasukkan 11012


__________________________________________________________________

b) Berapakah mentol akan menyala untuk operasi 112 + 10112


__________________________________________________________________

c) Berapakah mentol akan menyala apabila dimasukkan nilai 8 dalam asas sepuluh
__________________________________________________________________
[ 6 markah ]

18. Seorang pekebun menanam pokok epal dalam bentuk empat segi sama. Dia menanam
pokok pine di sekeliling ladangnya untuk melindungi pokok – pokok epal tersebut
daripada tiupan angin.

Berikut adalah gambaran pokok – pokok yang ditanam di mana anda boleh lihat pola
pokok pine dan epal adalah untuk sebarang bilangan baris (n) pokok epal.

x = pokok pine
● = pokok epal

11
a) Lengkapkan jadual berikut.

n Bilangan pokok epal Bilangan pokok pine

1 1 8

2 4 16

[ 3 markah ]

b) Terdapat dua rumus yang boleh digunakan untuk mengira bilangan pokok epal
dan bilangan pokok pine dalam susunan seperti di atas.

Bilangan pokok epal = n2

Bilangan pokok pine = 8n

n ialah bilangan baris pokok epal.

Terdapat satu nilai n di mana bilangan pokok epal sama dengan bilangan pokok
pine. Cari nilai n dan tunjukkan kaedah pengiraannya.

[ 3 markah ]

12
c) Katakan pekebun tersebut ingin membesarkan ladangnya dengan menambahkan
bilangan baris pokok-pokok tersebut. Apabila ladang tersebut bertambah besar,
bilangan pokok yang manakah yang akan bertambah dengan lebih cepat? Jelaskan
jawapan anda.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

[ 2 markah ]

19. Seorang pekerja poslaju ditugas untuk menghantar bungkusan dan surat ke tujuh kampung
iaitu kampung A,B,C,D,E,F, G. Rajah 18 menunjukkan jarak antara kampung tersebut
dalam kilometer. Bermula dari kampung A, pekerja tersebut diminta menghantar ke
kampung B terlebih dahulu. Pilih satu laluan yang mengambil jarak yang paling pendek
bagi menyiapkan tugasnya.

Rajah 19
a) Aspek – aspek penting untuk menyelesaikan tugasan ini adalah:
i) ___________________________________________________________

ii) ___________________________________________________________

[ 2 markah ]

13
b) Nyatakan laluan yang anda lakukan.
Laluan 1 : Laluan 4 :
Jumlah jarak : Jumlah jarak :
Laluan 2 : Laluan 5 :
Jumlah jarak : Jumlah jarak :
Laluan 3 : Laluan 6 :
Jumlah jarak : Jumlah jarak :
Laluan yang mengikut aspek yang dikehendaki dan paling pendek ialah laluan
_______ dengan jumlah jarak _______km.
[ 8 markah ]

20. Baca situasi berikut :


Haikal mempunyai sebidang tanah. Dia bercadang untuk membina satu deretan rumah
teres setingkat di tanah itu untuk di jadikan rumah tumpangan.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soaalan-soalan berikut :


a) Dengan menggunakan teknik leraian, senaraikan empat masalah -masalah yang
boleh dipecahkan kepada yang lebih kecil.
i) ___________________________________________________________

ii) ___________________________________________________________

iii) ___________________________________________________________

iv) ___________________________________________________________

[ 4 markah ]

b) Berdasarkan teknik pengecaman corak, apakah tiga ciri-ciri kesamaan yang dapat
membantu Haikal dalam menyelesaikan masalah itu ?
i) ___________________________________________________________

ii) ___________________________________________________________

iii) ___________________________________________________________

[ 3 markah ]

14
c) Mengikut teknik peniskalaan, senaraikan satu aspek yang penting bagi
menyelesaikan masalah ini dan satu aspek yang tidak penting.
Aspek penting :
__________________________________________________________________
Aspek kurang penting :
__________________________________________________________________
[ 2 markah ]

d) Apakah yang boleh dilakukan oleh Haris untuk memastikan masalah ini dapat
diuruskan dengan baik ?
__________________________________________________________________
[ 1 markah ]

-KERTAS SOALAN TAMAT-

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………….. …………………………………..

( Pn. Nur Ain bt Arifin ) ( Pn. Norhanida bt Malik)


Guru Asas Sains Komputer, Guru Kanan Teknik dan Vokasional,
SMK Jati SMK Jati

15

Anda mungkin juga menyukai