Anda di halaman 1dari 12

BAB 3: KERANGKA TEORI

3.1 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan kerangka teori tingkah laku bermasalah (problem


behaviour theory).

Pengkaji akan menjelaskan latar belakang teori dan juga

menyentuh tentang pembentukan semula teori tingkah laku bermasalah kepada


kewujudan konsep faktor risiko dan faktor pelindung yang mempengaruhi
kecenderungan individu unuk melakukan tingkah laku bermasalah.

3.2 LATAR BELAKANG TEORI

Dalam kajian ini teori tingkah laku bermasalah (problem behaviour theory)
akan dijadikan asas kepada kajian penyelidik. Teori tingkah laku bermasalah (problem
behaviour theory) adalah sebuah teori yang sistematik dan mempunyai pelbagai
pembolehubah dan adalah kerangka konsep psikologi-sosial yang awalnya diperolehi
daripada konsep asas nilai dan jangkaan dalam teori pembelajaran sosial (Rotter,
1954; 1982) dan dari konsep anomie (Merton, 1957).
Teori tingkah laku bermasalah merupakan persimpangan antara bidang
psikologi sosial, psikologi perkembangan dan psikologi personaliti (Jessor & Jessor,
1977). Teori tingkah laku bermasalah merupakan satu teori yang digunakan secara
meluas dalam menerangkan ketidakfungsian dan ketidaksesuaian dalam kehidupan
remaja (PBT: Jessor, 1987, 1991, 1998; Jessor & Jessor, 1977).
Menurut Jessor dan Jessor (1977) permasalahan pada remaja adalah tingkah
laku yang dipandang sebagai masalah dalam segi sosial, atau hal yang tidak sesuai
dengan norma dan ketentuan orang dewasa.
1

Teori ini telah dibangunkan pada awal 1960-an untuk memandu satu kajian
yang menyeluruh mengenai penyalahgunaan alkohol dan tingkah laku bermasalah
yang lain dalam sebuah masyarakat yang kecil dan tiga kumpulan etnik di barat daya
Colorado. (Jessor, Graves, Hanson, and Jessor, 1968). Selepas aplikasi awal dalam
projek penyelidikan tiga kumpulan etnik, rangka kerja ini telah disemak semula pada
tahun 1960-an untuk kajian longitud yang berkaitan dengan sosialisasi dan tingkah
laku bermasalah dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan pelajar kolej (Jessor
& Jessor, 1977). Dalam tempoh tiga dekad yang berikut, teori tingkah laku
bermasalah telah disemak semula dan dilanjutkan semasa menjalankan suatu siri
kajian oleh Richard Jessor dan rakan sekerjanya. Teori ini pertama kali disesuaikan
dalam kajian susulan bagi golongan remaja dan belia yang berkaitan dengan tahap
perkembangan dewasa awal mereka (Jessor, Donovan, & Costa, 1991).
Secara rumusnya, teori tingkah laku bermasalah telah digunakan pada pelbagai
jenis kajian seperti kajian yang berbentuk keratan rentas dan longitudinal. Pelbagai
bukti telah dikumpul untuk menyokong keumuman dan kemantapan kerangka kerja
teori ini. Penyelidik di Amerika Syarikat dan di tempat lain telah menggunakan
konsep psikososial dan pendekatan yang berasaskan teori tingkah laku bermasalah.
Mereka telah menggunakan teori ini untuk mengkaji pelbagai jenis tingkah laku
bermasalah termasuklah penggunaan alkohol, merokok, hubungan seksual awal, sikap
memandu berisiko, dan penggunaan dadah pada zaman kanak-kanak, remaja, dan
dewasa muda. Justeru, rangka kerja ini telah diperluaskan untuk menyatakan dengan
jelas kepentingan konteks sosial dalam kehidupan remaja muda dari segi keluarga,
kerja, dan rakan-rakan untuk menilai konteks ciri utama daripada mereka seperti
tekanan dan kepuasan hidup (Jessor & Jessor, 1977).

3.3 STRUKTUR KONSEPSUAL MENGENAI TEORI TINGKAH LAKU


BERMASALAH

Struktur konsepsual teori tingkah laku bermasalah adalah kompleks dan


menyeluruh. Asalnya kerangka teoritikal merangkumi tiga sistem utama dalam
pembolehubah bersandar: sistem persekitaran, sistem personaliti, dan sistem tingkah
laku.
Jessor, R., & Jessor, S. L. (1977) mendapati setiap sistem terdiri daripada
pembolehubah yang berfungsi sama ada sebagai pendorong bagi melakukan tingkah
laku bermasalah atau kawalan terhadap penglibatan dalam tingkah laku bermasalah.
Ia adalah imbangan antara pendorong dan kawalan yang menentukan tahap
kecenderungan bagi tingkah laku bermasalah dalam setiap sistem. Keseluruhan tahap
kecenderungan untuk tingkah laku bermasalah dalam ketiga-tiga sistem dapat
mencerminkan tahap psikososial remaja.
3.3.1 Sistem persekitaran
Persekitaran sosial tempat individu membesar juga mempunyai pengaruh dan
implikasi yang amat kritikal dalam mempengaruhi dan membentuk tingkah laku dan
persepsi sosialnya. Terdapat dua jenis persekitaran sosial, iaitu persekitaran sosial
subjektif dan persekitaran sosial objektif (Siti Hajar & Abd Hadi, 2009).
3.3.1.1. Faktor risiko persekitaran sosial subjektif
Siti Hajar dan Abd Hadi (2009) menyatakan persekitaran sosial subjektif
meliputi persepsi dan penilaian individu terhadap nilai, norma, budaya serta peraturan
sosial yang diamalkan oleh anggota masyarakatnya. Persepsi dan penilaian individu
terhadap perkara-perkara tersebut akan menentukan kejayaannya dalam menjalankan
fungsi, peranan dan tanggungjawab sosialnya.
3

Konsep yang membentuk sistem persekitaran merangkumi kawalan sosial,


model, dan sokongan (Jessor & Jessor, 1977). Antara faktor risiko yang wujud dalam
persekitaran sosial yang sering dikaitkan dengan tingkah laku antisosial kanak-kanak
adalah model peranan yang bersifat antisosial, jurang dan konflik nilai dan norma
antara kanak-kanak dengan ibu bapa, kekurangan atau ketiadaan peluang atau strategi
daya tindak mengatasi tekanan yang berkesan, ketiadaan kaedah pengelakan sengsara
serta ketiadaan kemahiran penyelesaian masalah yang berkesan (Siti Hajar & Abd
Hadi, 2009).
Literatur mengenai faktor model peranan yang antisosial menunjukkan ibu
bapa yang menunjukkan ibu bapa yang mempunyai masalah tingkah laku dan suka
melanggar nilai, norma dan peraturan sosial yang ditetapkan oleh masyarakat
lazimnya lebih berkemungkinan untuk menghasilkan anak yang antisosial juga (Siti
Hajar & Abd Hadi, 2009).
3.3.1.2. Faktor risiko persekitaran sosial objektif
Berbeza daripada persekitaran sosial subjektif, persekitaran sosial objektif
adalah satu ruang nyata dengan setiap kegiatan kehidupan harian kanak-kanak
berlangsung. Terdapat empat domain persekitaran sosial objektif yang mmepunyai
pengaruh penitng ke atas tingkah laku antisosial kanak-kanak. Domain tersebut adalah
keluarga, sekolah, rakan sebaya kanak-kanak, dan komuniti (Siti Hajar & Abd Hadi,
2009). Setiap domain tersebut mempunyai faktor risiko tersendiri.
Antara faktor risiko keluarga yang sering kali dikaitkan dengan tingkah laku
antisosial kanak-kanak adalah kelemahan displin dan kawalan yang diamalkan oleh
keluarga untuk mendidik dan mengawal perlakuan kanak-kanak, kualiti perhubungan
yang wujud antara kanak-kanak dan ahli keluarga terutamanya ibu bapa serta cara
4

bagaimana ibu bapa menguruskan masalah yang ditunjukkan oleh anak (Siti Hajar &
Abd Hadi, 2009).
Siti Hajar & Abd Hadi (2009) turut mendapati sekolah juga mempunyai
pelbagai agen risiko. Antara faktor risiko sekolah yang sering dikaitkan dengan
tingkah laku antisosial kanak-kanak adalah keadaan fizikal sekolah yang tidak
selamat, bilik darjah yang tidak teratur dan sesak, guru yang tidak komited dengan
fungsi dan peranan mendidik pelajarnya, sumber yang terhad, kurikulum yang tidak
sejajar dengan keperluan kemahiran pasaran serta terdapat ramai pelajar yang
antisosial.
Selain daripada dipengaruhi oleh keluarga dan sekolah, kanak-kanak juga
banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Kanak-kanak yang gemar dan kerap
menghabiskan banyak masa lapang mereka bersama rakan sebaya yang memang
terlibat dengan tingkah laku antisosial adalah berisiko tinggi untuk terlibat dengan
tingkah laku antisosial (Siti Hajar & Abd Hadi, 2009).
Yang akhir sekali ialah komuniti di mana kanak-kanak membesar juga
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap tingkah laku antisosial mereka. Antara
faktor risiko komuniti yang sering kali dikaitkan dengan tingkah laku antisosial
kanak-kanak adalah komuniti yang tidak mesra, tidak kohesif, komuniti yang tidak
mempunyai jaringan sosial yang baik, komuniti yang tidak terurus dan miskin,
komuniti yang menyokong perlakuan antisosial secara simbolik, komuniti yang tidak
mempunyai sistem kawalan yang berkesan dalam mengawal perlakuan ahlinya serta
komuniti yang menyediakan pelbagai peluang dan alternatif tidak sah yang
memudahkan ahli-ahlinya melakukan aktiviti antisosial (Siti Hajar & Abd Hadi,
2009).
5

Didapati tingkah laku bermasalah cenderung wujud dalam sistem persekitaran


yang kurang bantahan ibu bapa terhadap tingkah laku bermasalah, sokongan rakan
sebaya yang tinggi dalam tingkah laku bermasalah, model peranan yang tingkah laku
bermasalah, kawalan dan sokongan ibu bapa yang rendah dan kawalan rakan sebaya
yang rendah (Jessor, R., & Jessor, S. L., 1977).
3.3.2 Sistem personaliti
Pembentukan sahsiah individu banyak dipengaruhi oleh pengalaman hidup
dalam persekitaran sosial tertentu. Persekitaran sosial yang negatif mempunyai
potensi yang tinggi untuk melemahkan kapasiti asset-aset pengembangan dalaman
individu dan seterusnya melahirkan sahsiah yang tidak sempurna (Siti Hajar & Abd
Hadi, 2009).
Siti Hajar & Abd Hadi (2009), elemen-elemen sahsiah seperti nilai kendiri,
penghargaan diri, tahap toleransi kekecewaan serta tahap daya tindak merupakan agen
kawalan dalaman individu yang penting bagi memastikan dia sentiasa mematuhi nilai,
norma dan peraturan sosial. Kerapuhan agen-agen ini merupakan faktor risiko sahsiah
diri utama yang lebih memudahkan individu untuk terpengaruh dan melakukan
tingkah laku antisosial.
Berdasarkan sistem personaliti, tingkah laku bermasalah cenderung berlaku
apabila seseorang mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah, ingin
kebebasan, harga diri yang lebih rendah, tahap toleransi kekecewaan yang rendah dan
tahap pengetahuan agama yang rendah (Jessor, R., & Jessor, S. L., 1977,).
3.3.3 Sistem tingkah laku
Jessor, R., & Jessor, S. L. (1977), konsep yang membentuk sistem tingkah
laku pula merangkumi tingkah laku bermasalah dan tingkah laku konvensional.
6

Tingkah laku bermasalah merangkumi penggunaan alkohol, merokok, penggunaan


ganja, penggunaan dadah haram, tingkah laku devian yang umum (tingkah laku
delinkuen dan tindakan yang mencabuli norma sosial dan hubungan seks secara
bebas).
Jessor, R., & Jessor, S. L. (1977),

tingkah laku konvensional pula adalah

tingkah laku yang diterima secara sosial atau sesuatu tindakan yang dijangka, dan
termaktub dan diinstitusikan sebagai bersesuaian dengan tingkah laku remaja. Ia
termasuk menghadiri aktiviti gereja dan penglibatan dalam kerja kursus serta
pencapaian akademik.
Tingkah laku bermasalah cenderung berlaku dalam sistem tingkah laku di
mana penglibatan yang tinggi pada tingkah laku bermasalah dan penglibatan yang
rendah dalam tingkah laku konvensional. (Jessor, R., & Jessor, S. L., 1977). Terdapat
sokongan empirikal yang menunjukkan bahawa tingkah laku bermasalah cenderung
untuk covary (Barrera, Biglan, Ary, & Li, 2001; Newcomb, 1995). Kajian lepas telah
menunjukkan perhubungan positif antara penggunaan dadah dan tingkah laku devian
dalam kalangan remaja dan golongan dewasa muda di Amerika Eropah (Donovan&
Jessor, 1985; Donovan, Jessor & Costa, 1988). Hubungan positif antara penggunaan
dadah dan tingkah laku yang menyimpang juga telah ditunjukkan dalam kajian di
Afrika Amerika (Farrell, Denmark, & Howard, 1992) dan kanak-kanak dan remaja di
Latino (Dinh et al, 2002. Ebin et al, 2001. Grunbaum, Basen-Engquist & Pandey,
1998). Akhirnya, hubungan yang negatif di antara tingkah laku konvensional
(contohnya, menghadiri aktiviti gereja) dan penggunaan dadah dan tingkah laku
bermasalah yang lain telah didokumentasikan dalam kesusasteraan (Donovan &
Jessor, 1985; Donovan et al., 1988).

Jessor dalam teori tingkah laku bermasalah menjelaskan bahawa terbentuknya


perilaku menyimpang remaja dipengaruhi oleh tiga aspek yang saling berkaitan.
Ketiga aspek tersebut adalah personaliti yang meliputi nilai individu, harapan, dan
keyakinan pada remaja. Aspek kedua adalah sistem persekitaran yang diterima oleh
remaja, seperti lingkungan keluarga atau rakan sebaya. Aspek ketiga adalah sistem
tingkah laku yang merupakan cara yang dipilih oleh remaja untuk berkelakuan dalam
aktiviti sehariannya. Ketiga aspek di atas dapat berperanan sebagai faktor pelindung
dan faktor risiko.
Secara rumusnya, Jessor dan kawan-kawan (1991) menjelaskan bahawa
tingkah laku berisiko pada remaja tidak hanya disebabkan oleh satu faktor. Akan
tetapi tingkah laku tersebut dihasilkan daripada interaksi yang kompleks antara remaja
dengan persekitarannya. Hal ini yang oleh Jessor disebutkan sebagai adanya faktor
psikososial yang membentuk perilaku seorang remaja. Faktor psikososial yang saling
berinteraksi dengan remaja akan membentuk sebuah tingkah laku pada remaja
tersebut. Faktor psikososial terdiri daripada personaliti, persekitaran dan tingkah laku
remaja itu sendiri. Keperibadian meliputi nilai-nilai yang dipegang oleh seseorang,
sikap, keyakinan, dan kawalan diri. Sedangkan persekitaran termasuk rakan sebaya,
sekolah, keluarga, dan persekitaran tempat tinggal remaja serta bagaimana remaja
memaknai lingkungannya tersebut. Kedua faktor tersebut akan saling berinteraksi
untuk membentuk faktor yang ketiga, iaitu tingkah laku remaja, atau dalam hal ini
adalah perilaku berisiko pada remaja. Secara ringkasnya, terbentuknya tingkah laku
bermasalah pada remaja dianggap sebagai kesan dari aspek psikososial pada remaja
tersebut (Jessor, 1977).
3.4 PEMBENTUKAN SEMULA TEORI TINGKAH LAKU BERMASALAH
KEPADA FAKTOR PELINDUNG DAN FAKTOR RISIKO
8

Pembentukan semula yang paling terkini dan lanjutan teori tingkah laku
bermasalah telah mengaturkan semula konstruk utama dari teori kepada faktor
pelindung dan faktor risiko (Jessor, 1991). Seperti yang diterangkan sebelum ini,
pembolehubah dalam teori tingkah laku bermasalah telah dinyatakan sama ada seperti
kawalan atau pendorong terhadap penglibatan dalam tingkah laku bermasalah.
Kawalan adalah serupa dengan faktor pelindung, manakala pendorong adalah serupa
dengan faktor risiko.
Siti Hajar & Abd Hadi (2009), dalam konteks tingkah laku antisosial dan
delinkuen kanak-kanak, faktor risiko sering laku dirujuk sebagai tanda-tanda tingkah
laku, sikap atau kekurangan diri spesifik yang boleh digunakan untuk menjangkakan
tingkah laku antisosial dan delinkuen individu pada masa hadapan. Ataupun,
keadaan, situasi, faktor, agen atau punca yang mendedahkan individu kepada
serangkaian bahaya yang akan menjejaskan tahap kualiti hidup individu. Ataupun,
agen, keadaan yang mendesak dan memudahkan individu untuk menerima dan
melakukan salah laku tingkah laku antisosial, delinkuen atau jenayah. Ataupun, ciriciri keadaan atau ancaman bahaya yang sekiranya hadir dalam kehidupan individu;
akan menyebabkan atau memudahkan ia untuk melakukan aktiviti atau perbuatan
yang berbahaya. Keempat-empat petikan definisi faktor risiko tersebut menjelaskan
bahawa faktor risiko adalah keadaan, situasi, faktor, agen atau punca tertentu yang
menyebabkan, atau yang mendesak, atau yang memudahkan individu untuk
bertingkah laku, terlibat dan melakukan aktiviti antisosial.
Faktor risiko adalah faktor yang meningkatkan kemungkinan terjadinya
kenakalan remaja, seperti perilaku ibu bapa yang tidak baik pada anak, ibu bapa yang
memberi contoh tindakan menyimpang seperti merokok dan mabuk di depan anak
(Jessor, 2003). Faktor risiko yang wujud dalam persekitaran sosial hanya mampu
9

mempengaruhi tingkah laku individu ke arah tingkah laku yang bercanggah dengan
nilai, norma dan peraturan sosial sekirannya faktor risiko tersebut sangat atau lebih
dominan daripada faktor-faktor pelindung yang ada (Siti Hajar & Abd Hadi, 2009).
Oleh itu, faktor pelindung memainkan peranan secara tidak langsung dalam
mengurangkan kesan faktor risiko.
Kemudiannya, pembentukan semula ini telah mengekalkan hubungan
langsung dalam membentuk sesuatu tingkah laku dan ia memberi tumpuan baru
kepada faktor pelindung yang dapat melindungi individu daripada impak negatif
faktor risiko. Menurut Jessor (2003), maksud faktor pelindung adalah faktor yang
boleh mengurangkan kemungkinan terjadinya kenakalan remaja, faktor ini meliputi
sokongan sosial, sikap positif, serta memberi contoh sikap yang benar pada anak. Siti
Hajar Abu & Abd Hadi (2009) mendapati faktor pelindung juga sering didefinisikan
sebagai agen pencelahan yang mampu mengukuhkan kepatuhan individu terhadap
nilai, norma, peraturan atau undang-undang sosial untuk melindungi, mencegah dan
mengawal individu daripada impak negatif faktor risiko. Ini dilakukan dengan cara
menghalang, mendinding, melegakan dan meringankan, melemahkan, menyerang
balas dan menyeimbankan impak faktor-faktor risiko ke atas tingkah laku kanakkanak (Jessor 1992).
Kewujudan faktor pelindung yang lebih dominan daripada faktor risiko
menjelaskan mengapa ada segelintir kanak-kanka yang hidup dalam persekitaran
berisiko berjaya menjalankan segala fungsi, peranan, jangkaan dan tanggungjawab
sosial mereka dengan berkesan dan tidak melakukan aktiviti yang bertentangan
dengan nilai, norma, dan peraturan sosial. Dengan kata lain, walaupun persekitaran
sosial penuh berisiko, kehadiran faktor pelindung yang kuat dalam persekitaran
tersebut mampu bertindak sebagai agen moral yang mampu mengekalkan dan
10

meningkatkan kepatuhan kanak-kanak kepada peraturan sosial sedia ada (Siti Hajar &
Abd Hadi, 2009).
Kesimpulannya, pengaruh faktor risiko dan faktor pelindung ke atas tingkah
laku tidak boleh dibincang secara berasingan. Hal ini kerana faktor risiko dan faktor
pelindung wujud seiringan dalam persekitaran sosial individu. Justeru, pengaruh
faktor risiko ke atas tingkah laku antisosial hanya lebih tepat dikenalpasti dan
dianalisis dengan kehadiran bersama faktor pelindung (Siti Hajar & Abd Hadi, 2009)

RUJUKAN
Donovan, J. E., & Costa, F. M. (1994). Beyond adolescence: Problem behaviour and
young adult development. Cambridge University Press.
Jessor, R. (1991). Risk behavior in adolescence: a psychosocial framework for
understanding and action. Journal of adolescent Health, 12(8), 597-605.
Jessor, R., & Jessor, S. L. (1977). Problem behavior and psychosocial development: A
longitudinal study of youth. New York: Academic Press.
Jessor, R., Turbin, M. S., Costa, F. M., Dong, Q., Zhang, H., & Wang, C. (2003).
Adolescent problem behavior in China and the United States: A crossnational study
of psychosocial protective factors. Journal of Research on Adolescence, 13(3), 329360.
11

Silmere, H. (2008). Psychosocial risk and protective factors for adolescent problem
drinking in Estonia. ProQuest.
Siti Hajar Abu Bakar Ah & Abd Hadi Zakaria. (2009). Perlindungan kanak-kanak
berisiko. University of Malaya Press.
Zamboanga, B. L., Carlo, G., & Raffaelli, M. (2004). Problem behavior theory: An
examination of the behavior structure system in Latino and non-Latino college
students.

12

Anda mungkin juga menyukai