Anda di halaman 1dari 14

AKTIVITI & PERMAINAN

Seronoknya
Usrah!
KANDUNGAN
10 TA ARUF
20 UKHUWWAH
10 KEPIMPINAN
10 ISU SEMASA
10 BERFIKIR
10 MEDIA SOSIAL
10 KOMUNIKASI
10 MOTIVASI
10 PROJEK
10 TA ARUF
1. Rumah Saya di Sini
2. Tentang Dia
3. Siapa Saya?
4. Berkata Baik Itu Sedekah
5. Sahabat Idaman
6. Powerbank
7. Sahabat Rasulullah
8. Piring Terbang
9. Emo
10. Apabila Si Bisu Bercerita
1 Rumah Saya di Sini
Penerangan: Modul ini sesuai dilakukan dalam kumpulan kecil.

Objektif: Berta’aruf dengan rakan bagi mengetahui sedikit berkaitan diri.

Material: Kertas A4 dan pen.

Perlaksanaan:
1. Naqib/ah memberi arahan kepada peserta,”Dalam masa 5 minit, lukis
sebuah peta dari sini ke rumah anda.”
2. Peserta diminta bercerita mengenai peta yang dilukiskan secara ringkas.

Variasi:
Bagi peserta ya rumahnya jauh atau berada di negeri lain. Boleh melukis
peta bermula dari lebuhraya atau jalan utama yang terdekat.

Kesimpulan:
Mengetahui mengenai rakan tidak terhad kepada nama sahaja. Lebih
bagus jika mempunyai kesempatan berkenalan dengan ahli keluarga bagi
memahami lagi rakan usrah kita.
2 Tentang Dia
Penerangan: Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan.

Objektif: Mengenali rakan dengan lebih lanjut.

Material: Tiada.

Perlaksanaan:
1. Naqib/ah meminta peserta mencari pasangan masing-masing.
2. Setiap pasangan diminta saling menemubual antara satu sama lain.
3. Setiap peserta diberikan masa sebanyak 3 minit untuk menceritakan
berkaitan pasangan masing-masing.

Variasi:
Penceritaan boleh difokuskan kepada topic tertentu seperti latar belakang,
kegemaran dan asal-usul.

Kesimpulan:
Kita mestilah mengenali rakan dan mampu menceritakan mengenai rakan
untuk menyemai ukhuwwah.
3 Siapa Saya?
Penerangan: Aktiviti ini dilaksanakan dalam kumpulan kecil. Aktiviti ini
dilakukan dalam usrah yang kedua atau ketiga.

Objektif: Memastikan mereka mula mengenali sedikit maklumat berkaitan


rakan seusrah.

Material: Pen dan kertas.

Perlaksanaan:
1. Naqib/ah memberi arahan,”Sila tulis tiga perkataan yang mencerminkan
diri anda.”
2. Naqib/ah mengutip kertas dan mengagihkan kertas tersebut kepada
peserta lain.
3. Para peserta diminta meneka tuan punya kertas berdasarkan maklumat
yang ditulis di atas kertas.

Variasi:
Peserta boleh menulis hobi, penampilan fizikal dan lain-lain perkara yang
bersesuaian.

Kesimpulan:
Ta’aruf bukanlah proses berkenalan buat kali pertama sahaja. Ia aadalah
satu proses berterusan. Semakin lama kita akan mengetahui tabiat dan
perkara-perkara pelik tentang seseorang.
4 Berkata Baik Itu Sedekah
Penerangan: Aktiviti ini melibatkan verbal. Ia dijalankan dalam kumpulan
kecil.

Objektif: Menggunakan perkataan yang baik ketika bercakap dengan


rakan baru.

Material: Kertas dan pen.

Perlaksanaan:
1. Naqib/ah memberi arahan,”Tulis nama anda di bahagian atas kertas.
Tuliskan ucapan yang indah untuk rakan yang akan menerima kertas
anda.”
2. Naqib/ah mengutip kertas dan mengedarkan kepada peserta lain.
3. Peserta diminta membaca nama dan ucapan rakan mereka dengan
kuat.

Variasi:
Ucapan yang dibaca dengan ekspresi emosi dan intonasi dramatic akan
menimbulkan kesan kepada penyampaian.

Kesimpulan:
Dalam berta’aruf, kata-kata yang baik akan memberikan tanggapan awal
yang positif.
5 Sahabat Idaman
Penerangan: Aktiviti dilakukan dalam kumpulan kecil.

Objektif: Mengetahui ciri-ciri rakan yang baik.

Material: Kotak, kertas dan pen.

Perlaksanaan:
1. Naqib/ah memberikan arahan,”Anda diminta menulis ciri-ciri rakan yang
anda impikan.”
2. Selepas 5 minit, naqib/ah mengutip kertas yang ditulis dan meletakkan
dalam kotak yang berlabel “IMPIAN”.
3. Selepas itu, naqib/ah meminta peserta menulis tiga ciri-ciri yang ada
pada mereka dan memasukkan ke dalam kotak yang berlabel
“HAKIKAT”.

Variasi:
Menukarkan ciri-ciri sahabat kepada perkara yang baik dan buruk.

Kesimpulan:
IMPIAN dan HAKIKAT kadangkal sama dan kadangkala berbeza. Cuba
sedaya upaya untuk menjadi sahabat yang baik sehebat persahabatan
para sahabat dengan Rasulullah.
6 Powerbank
Penerangan: Permainan ini dijalankan di luar bangunan. Ia dijalankan di
antara kumpulan usrah.

Objektif: Memberi semangat antara satu sama lain.

Material: Tiada.

Perlaksanaan:
1. Peserta diletakkan berjauhan antara satu sama lain. Setiap kumpulan
bercampur dengan yang lain.
2. Setiap peserta dalam kumpulan diberikan watak yang mempunyai
kelemahan-kelemahan tertentu (Buta, Pekak, Tempang, Bisu, Lumpuh
(Tidak boleh berjalan).
3. Mereka perlu memikirkan cara bagaimana mahu sampai ke garisan
penamat bersama-sama.
4. Kumpulan yang sampai ke garisan penamat bersama-sama paling awal
adalah pemenang.

Variasi:
Kelemahan/Kecatatan boleh dipelbagaikan.

Kesimpulan:
Apabila salah seorang sahabat kita merupakan seorang yang lemah,
jangan kita tinggalkan mereka. Lengkapi antara satu sama lain untuk
menjadikan kumpulan itu kuat.
7 Sahabat Rasulullah
Penerangan: Aktiviti ini menggunakan kaedah role play atau main peranan.

Objektif: Bersahabat gaya Rasulullah

Material: Hadis/Sirah

Perlaksanaan:
1. Naqib/ah meminta para peserta melakonkan satu adab sahabat ketika
bersama-sama Rasulullah yang adiketahui.
2. Contohnya:
Adab ketika menuntut ilmu – Diam dan mendengar
Adab ketika bercakap – Merendahkan suara
Adab ketika makan – Menggunakan tangan kanan
Adab berjumpa sahabat – Memberi salam

Variasi:
Mempelbagaikan banyak lagi adab-adab di dalam islam.

Kesimpulan:
Rasulullah adalah contoh ikutan kita sebagai umat Islam. Sesungguh Nabi
Muhammad mempunyai sebaik-baik akhlak yang wajar kita contohi.
8 Piring Terbang
Penerangan: Aktviti ini dimainkan dalam kumpulan yang besar. Ia dimainkan
pada pertemuan kali pertama bersama ahli-ahli usrah yang lain.

Objektif: Berkenalan dengan rakan-rakan baru.

Material: Piring polisterin atau kertas.

Perlaksanaan:
1. Naqib/ah meminta peserta melakar wajah masing-masing di atas piring
polisterin.
2. Peserta dikehendaki menerbangkan piring mereka ke satu kawasan yang
ditetapkan.
3. Setelah itu, peserta diberikan 1 minit untuk mengambil mana-mana piring.
Peserta tidak dibenarkan mengambil piring sendiri.
4. Setelah itu, peserta diberi masa selama 5 minit untuk mencar tuan punya
piring terbang dan berkenalan secara ringkas.

Variasi:
Menggunakan kertas yang direnyukkan menggantikan polisterin.

Kesimpulan:
Perkenalan pertama akan membuahkan lebih banyak perkenalan. Ta’aruf
bermula dengan perkara paling asas. Bertanya nama dan asal. Ia akan
membuahkan lebih banyak perkenalan. Tidak kenal, maka tidak tahu.
9 Emo
Penerangan: Permainan seperti cabutan kotak beracun digabungkan
dengan role play atau main peranan.

Objektif: Mengenali ekspresi emosi rakan-rakan.

Material: Kad Emoticon (Senyum, Sedih, Menangis kegembiraan, Marah,


Bingung (blur), Ketawa, Menyampah, Muka Jahat) dan kotak.

Perlaksanaan:
1. Naqib/ah meminta semua orang mencabut satu kad emoticon daripada
kotak.
2. Setiap peserta perlu menunjukkan emosi mereka seperti senyum, sedih.
Marah dan lain-lain.
3. Peserta lain perlu meneka apakah emosi yang ditunjukkan.

Kesimpulan:
Memahami emosi sangat penting bagi mengetahui apakah yang berlaku
pada rakan kita. Lebih-lebih lagi emosi yang menunjukkan risau, sedih, tidak
bersemangat. Ini amat penting kerana selain usrah menjadi perkumpulan
ilmu ia turut menjadi kumpulan sokongan dari segi dan motivasi.
10 Apabila Si Bisu Bercerita
Penerangan: Aktiviti yang menggunakan pergerakan badan. Sudah tentu
mengundang tawa apabila pelbagai isyarat disalah tafsir.

Objektif: Memberi perhatian kepada bahasa badan peserta.

Material: Beberapa buku cerita kanak-kanak.

Perlaksanaan:
1. Naqib/ah memilih mana-mana cerita pendek (buku cerita kanak-kanak).
Setiap peserta diminta menceritakan cerita tersebut dengan
menggunakan bahasa isyarat atau badan.
2. Peserta kemudian diminta meneka apakah agaknya cerita yang cuba
disampaikan oleh peserta.

Variasi:
Boleh menggunakan kad yang mempunyai tajuk-tajuk dalam filem
P.Ramlee.

Kesimpulan:
Memberi perhatian sangat penting dalam proses komunikasi. Kadang-
kadang bahasan badan atau isyarat lebih tepat dalam menyampaikan
mesej yang sebenar.
Beri perhatian kepada Bahasa dan pergerakan yang ditunjukkan.
BERMINAT
MENDAPATKAN
E-BOOK PENUH?

Hubungi,
MOHD YUSRY MOHAMAD YUSOPP
yusryyusopp@gmail.com
011 3210 6411
(sms/whatsapp)

Anda mungkin juga menyukai