Anda di halaman 1dari 20

BAB 3

PERANCANGAN

3.1 Pengenalan

Proses penghasilan sesebuah filem melibatkan banyak krew dan aspek. Masa
yang diambil bagi menyiapkan sesebuah projek pembikinan filen juga boleh
dikategorikan lama. Dalam bab ini, perancangan dan persediaan untuk
menjayakan projek ini akan diterangkan dengan lebih lanjut.

Tujuan perancangan dibuat adalah untuk memastikan segala proses


penghasilan projek ini akan berjalan dengan lancar. Perancangan juga amat
penting bagi mengelakkan kekerapan melakukan kesalahan dalam projek ini.
Selain itu perancangan juga memainkan peranan sebagai garis panduan dalam
menghasilkan projek ini. Bab ini akan merangkumi proses pra-produksi,
produksi dan pasca produksi.

3.2 Pra produksi

Fasa pra produksi merupakan fasa dimana segala kerja sebelum produksi
dilakukan. Proses pra produksi termasuklah kajian data, skrip, storyboard,
perbelanjaan, krew, pemilihan pelakon,reka bentuk kostum, lokasi
pengambaran, props, dan keperluan hardware dan software.
3.2.1 Analisis data

Satu kajian soal selidik berkenaan dengan projek ini telah dilakukan terhadap
45 orang responden yang terdiri daripada warga Unversiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui
respon terhadap projek yang dihasilkan. Contoh soalan soal selidik boleh
dirujuk pada LAMPIRAN B

Berikut merupakan analisis daripada hasil soal selidik yang telah di


jalankan.

Jantina

Perempuan
36%

Lelaki
64%

Rajah 3.1: Jantina responden


Umur
2%
5%

13-20
21-30
>30

93%

Rajah 3.2 : Umur responden

Rajah 3.1 dan rajah 3.2 menunjukkan jantina dan umur responden bagi soalan kaji
selidik yang telah dijalankan. Rajah menunjukkan 64% merupakan responden lelaki
dan 36% responden perempuan. Bagi umur pula, 93% responden berumur di antara
21-30 tahun. 5% berumur dalam lingkungan lebih dari 30 dan 2% berumur 13-20
tahun.
Adakah anda gemar menonton Filem
Pendek?

Tidak
9%

Ya
91%

Rajah 3.3 : Jumlah responden yang gemar atau tidak menonton filem
pendek.

Merujuk kepada rajah 3.3, 91% responden yang terdiri daripada warga UMSKAL
ternyata gemar menonton filem pendek. Namun begitu, terdapat segelintir responden
yang tidak gemar menonton filem pendek

Seberapa kerap anda menonton filem


pendek

16% 15%
Setiap hari
Sekali dalam seminggu
Sekali dalam sebulan
33% 36% Sekali dalam setahun

Rajah 3.4: Peratusan responden bagi kekerapan mereka menonton filem


pendek.
Rajah 3.4 menunjukkan peratusan responden untuk kekerapan mereka menonton
filem pendek. Carta pai menunjukkan bahawa 7 orang responden (15%) menonton
filem pendek setiap hari. Manakala 16 orang responden (36%) lagi menontn filem
pendek sekali dalam seminggu. 36 orang responden(33%) menonton filem pendek
sekali dalam sebulan dan 7 orang lagi responden menonton filem pendek sekali dalam
setahun.

Dari medium apakah anda selalu


menonton filem
2% 4%
2%

Youtube
14%
Televisyen
CD/DVD
Pawagam
78% Lain-lain

Rajah3.5 : Medium-medium menonton filem pendek para responden

Rajah 3.5 menunjukkan jenis-jenis medium yang digunakan para penonton untuk
menonton filem pendek. Sebahagian besar dari responden iaitu 38 orang(78%)
daripada responden menonton filem pendek melalui Youtube. Manakala sebanyak 7
orang responden (14%) turut menonton filem pendek dari Televisyen. Seorang
responden (2%) menonton filem pendek dari CD/DVD dan seorang lagi penonton
(2%) menonton filem pendek dari pawagam. Terdapat 4% daripada responden iaitu 2
orang responden menonton filem pendek daripada sumber yang lain seperti media
social.
Genre filem apakah yang anda
gemari?
35
30
25
20
15
10
5
0

Rajah 3.6 : Genre filem yang digemari oleh responden.

Dalam soalan ini, responden telah diberi pilihan untuk memilih paling maksimum 3
buah genre filem yang mereka minati. Merujuk kepada rajah 3.6, kebanyakan
responden gemar menonton filem yang bergenre komedi. Ini dapat dilihat pada
statistik bahawa sebanyak 33 orang responden memilih komedi sebagai genre filem
yang mereka minati, Selain itu genre aksi juga menjadi genre pilihan 19 orang
responden. Terdapat 18 orang responden turut menggemari filem yang bergenrekan
romantik. 15 orang responden menyukai filem seram. Selain itu, terdapat 10 orang
responden menggemari filem berunsurkan fantasi manakala seorang responden
menggemari genre lain.
Adakah anda mengetahui apa itu
CGI?

Tidak
38%

Ya
62%

Rajah 3.7 : Jumlah responden yang mengetahui tentang CGI.

Rajah 3.7 menunjukkan jumlah pendedahan tentang CGI terhadap responden.


Merujuk kepada rajah di atas, 28 orang responden iaitu 62% daripada jumlah
keseluruhan responden mengetahui apa itu CGI. Manakala sebanyak 17 orang
responden iaitu mewakili 38% daripada jumlah keseluruhan responden tidak
mengetahui apa itu CGI.

Pernahkah anda menonton filem


yang menggunakan teknik CGI?

Tidak pernah
33%
Pernah
67%

Rajah 3.8 : Jumlah responden yang pernah menonton filem yang


menggunakan teknik CGI.
Rajah 3.8 menunjukkan jumlah responden yang pernah menonton filem yang
menggunakan teknik CGI dalam penghasilannya. Merujuk kepada rajah di atas,
sebanyak 30 orang responden pernah menonton filem pendek yang menggunakan
teknik CGI dalam penghasilannya manakala 15 orang lagi responden iaitu mewakili
33% daripada responden tidak pernah menonton filem yang menggunakan teknik CGI
dalam penghasilannya.

Filem-filem di Malaysia
mengaplikasikan teknik CGI dalam
penghasilannya.
25
20
15
10
5
0
Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
setuju

Rajah 3.9: Pendapat responden tentang penggunaan teknik CGI dalam


penghasilan filem di Malaysia.
Merujuk kepada rajah di atas, sebanyak 23 orang responden masih tidak pasti tentang
penggunaan teknik CGI dalam penghasilan filem di Malaysia. Manakala 17 orang lagi
responden bersetuju bahawa filem-filem di Malaysia mengaplikasikan teknik CGI
dalam penghasilannya. Selain itu, terdapat 3 orang responden pula tidak bersetuju
bahawa filem-filem di Malaysia mengaplikasikan teknik CGI dalam penggunaanya.
Terdapat seorang responden sangat setuju bahawa filem-filem di Malaysia
mengaplikasikan teknik CGI dalam penggunaanya. Manakala seorang responden
sangat tidak setuju bahawa filem di Malaysia mengaplikasikan teknik CGI dalam
penghasilannya.
Penggunaan teknik CGI dalam filem
dapat menarik tumpuan penonton
terhadap filem tersebut
20

15

10

0
Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
setuju

Rajah 3.10 : Pendapat responden tentang penggunaan teknik CGI dalam


filem dapat menarik tumpuan penonton terhadap sesebuah filem tersebut.

Merujuk kepada rajah di atas seramai 17 orang responden bersetuju bahawa


penggunaan teknik CGI dalam filem dapat menarik tumpuan penonton terhadap
sesebuah filem. Selain itu 14 orang responden pula tidak pasti akan teknik CGI
mampu menarik tumpuan penonton terhadap filem tersebut. Manakala 13 orang lagi
responden sangat setuju bahawa penggunaan teknik CGI dalam filem dapat menarik
tumpuan penonton terhadap filem tersebut. Namun, ada seorang daripada responden
pula tidak bersetuju akan perkara tersebut.
Pernahkan anda menonton filem
pendek yang bertemakan
persahabatan?

Tidak
pernah
33%
Pernah
67%

Rajah 3.11 : Jumlah responden yang pernah menonton filem pendek yang
bertemakan persahabatan.

Merujuk rajah 3.11 terdapat 30 orang (67%) responden pernah menonton filem
pendek yang bertemakan persahabatan. Antara contoh filem yang bertemakan
persahabatan yang pernah ditonton ialah Terbaik dari Langit, Friends, Tomato dan
Fast and Furious

Adakah anda menggemari Filem yang


memberi kesan positif kepada anda?
Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

2%

98%

Rajah 3.12 : Rajah di atas menunjukkan jumlah responden yang gemar


akan filem yang memberi kesan positif terhadap diri mereka.
Merujuk kepada rajah di atas, 44 orang responden iaitu 98% daripada keseluruhan
responden bersetuju bahawa mereka menggemari filem yang memberi kesan positif
kepada diri mereka. Manakala terdapat seorang responden pula tidak pasti bahawa
beliau gemar akan filem yang memberi kesan positif kepada dirinya.

Filem yang memberi pengajaran


memberi kesan positif kepada
penonton
30
25
20
15
10
5
0
Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
setuju

Rajah 3.13 : Rajah di atas menunjukkan respon responden samada


pengajaran memberi kesan positif kepada penonton.

Merujuk kepada rajah di atas, sebanyak 27 orang responden sangat setuju bahawa
filem yang memberi pengajaran memberi kesa positif kepada penoton. Manakala 15
juga turut setuju dengan kenyataan tersebut. 2 orang daripada responden pula
kurang pasti bahawa filem yang memberi pengajaran mampu memberi kesan positif
kepada penonton. Selain itu,seorang daripada respoden pula sangat tidak setuju akan
kenyataan tersebut.
Adakah anda mempraktikkan
pengajaran yang diperoleh dari filem
yang anda tonton?
25
20
15
10
5
0
Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
setuju

Rajah 3.14 : Rajah di atas menunjukkan jumlah responden yang


mempraktikkan pengajaran yang diperoleh dari filem yang mereka tonton.

Merujuk kepada rajah di atas, jumlah responden 21 orang responden dan 17 orang
responden mempraktikkan pengajaran daripada filem yang mereka tonton . Manakala
3 orang responden pula tidak pasti untuk mempraktikkan pengajaran yang diperoleh
dan 2 orang lagi responden tidak setuju. Antara alasan yang diberikan oleh responden
untuk tidak bersetuju mempraktikkan pengajaran yan di peroleh ialah filem hanya
rekaan semata-mata dan filem hanya untuk ditonton.

3.2.2 SKRIP

Skrip merupakan satu bentuk karangan yang mengikut format khas untuk dijadikan
satu bahan pengarahan bagi penerbitan persembahan termasuklah animasi. Penulisan
skrip amat penting dalam penghasilan sesebuah filem bagi memastikan jalan cerita
serta mesej daripada filem sampai kepada para penonton

Dalam projek ini, penulisan skrip telah dibuat selaras dengan babak-babak
yang bakal dilakukan. Tujuan penulisan skrip dilakukan adalah untuk menarik minat
para penonton pada filem yang bakal dihasilkan. Aksi yang bakal dilakukan juga aakan
dimasukkan dalam penulisan skrip bagi memudahkan watak mejiwai dan peka akan
situasi dalam babak tersebut. Selain itu nama watak dan lokasi berlakunya babak juga
akan diletakkan dalam skrip. Dalam pada itu, dialog watak turut diletakkan dalam
skrip.

3.2.3 Storyboard

Storyboard merupakan skrip visual yang akan menjadi garis panduan bagi
meghasilkan sesebuah projek. Setiap penerangan juga perlu diletakkan dalam
storyboard seperti lokasi kejadian, durasi adegan, bunyi latar dan sudut kamera. Hal
ini bagi memudahkan kerja-kerja pembikinan filem.

Dalam projek ini, kaedah digital telah digunakan untuk menghasilkan


storyboard. Penggunaan kamera digital sebagai medium untuk menjayakan
penghasilan storyboard. Selain itu, hasil babak yang telah dirancang akan dimuatkan
dalam format storyboard yang telah ditetapkan.

3.2.4 Perbelanjaan

Perbelanjaan merupakan kos yang dikeluarkan bagi membantu proses penghasilan


filem dengan jayanya. Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang telah
dikeluarkan bagi filem pendek Alive. Keseluruhan jumlah perbelanjaan dianggarkan
sebanyak RM447
Jadual 3.1 : Senarai Perbelanjaan
Nilai
Tripod RM70
Jam Loceng RM 5
Kain hijau RM12
Kostum RM100
Makanan RM250
Pengangkutan RM 100
Jumlah Keseluruhan RM447
3.2.5 Krew produksi

Dalam proses pembikinan filem, sesebuah produksi memerlukan beberapa individu


sebagai sebuah kumpulan untuk menyiapkan sesebuah filem. Setiap krew produksi
mempunyai tugas masing-masing sebagai contoh pengarah, jurukamera, juruaudio,
editor dan penulis skrip serta jurucahaya.

Dalam projek ini, pengarah bertugas sebagai pemimpin perjalanan proses


produksi. Selain itu, pengarah juga bertugas untuk memastikan jalan cerita selari
dengan skrip dan storyboard yang telah dirancang. Manakala tugas jurukamera pula
individu yang bertanggungjawab atas semua hal-hal yang berkaitan dengan kamera
seperti gerakan kamera, sudut kamera dan focus sesebuah kamera tersebut. Selain itu
juruaudio pula bertugas sebagai individu yang bertanggungjawab akan hal-hal yang
berkaitan dengan bunyi sepanjang proses produksi. Editor pula ditugaskan sebagai
pengedit video dan audio untuk dijadikan sebagai sebuah filem. Tugas seorang
penulis skrip pula ialah menulis situasi dan dialog yang bakal dituturkan dalam setiap
adegan. Jurucahaya pula bertugas sebagai individu yang bertanggungjawab dalam
setiap pencahayaan dalam sesebuah filem.

3.2.6 Pemilihan pelakon.

Dalam projek ini, pemilihan pelakon telah dibuat berdasarkan kesesuaian watak dan
perwatakan seseorang individu. Dalam projek ini, terdapat dua watak utama iaitu
watak lelaki dan watak perempuan. Selain itu terdapat juga watak sampingan bagi
menyokong watak-watak utama yang terdapat dalam filem ini.

3.2.7 Reka Bentuk Kostum.

Kostum untuk para pelakon dalam projek ini tidak akan disediakan kerana bajet yang
terhad. Setiap pelakon akan bersedia dengan kostum masing-masing bersesuaian
dengan adegan yang bakal dilakonkan. Bagi projek ini, para pelakon akan berpakaian
kasual dan kemas sebagai lambang watak yang dibawa. Namun, aksesori akan
disediakan untuk memperkemas keterampilan pelakon.
3.2.8 Lokasi penggambaran

Lokasi penggambaran amat penting untuk mewujudkan suasana yang sesuai bagi
setiap adegan. Bagi projek ini, lokasi penggambaran yang sesuai ialah kelas, kawasan
jalan raya, kawasan perumahan dan kawasan hospital. Penggambaran untuk projek
ini dibuat di sekitar Pulau Labuan. Hal ini untuk memudahkan proses penggambara
kerana boleh menjimatkan kos perjalanan. Selain itu, penggambaran indoor juga
akan dijalankan di sekitar kawasan kampus.

3.2.9 Props

Berikut merupakan props yang digunakan dalam menjayakan projek ini:

 Katil
 Kain Hijau
 Basikal
 Gambar passport
 Jam loceng
 Garfu
 Bingkai gambar
 Penata cahaya

3.2.10 Keperluan Hardware dan Software

Jadual di bawah menunjukkan keperluan hardware dan software yang diguna pakai
dalam proses pembuatan filem.

Jadual 3.2: Keperluan Hardware


Hardware Penerangan
Acer Aspire R7 Komputer merupakan elemen penting
Windows 8.1 bagi menjayakan proses penghasilan filem
Intel® Core™ i5-4210U processor pendek ini. Ianya digunakan untuk
Dual-core 1.70 GHz menyunting segala footage yang
15.6" Full HD (1920 x 1080) 16:9 IPS diperolehi. Spefikasinya juga amat penting
Intel® HD Graphics 4400 with Shared untuk memudahkan proses suntingan
Memory
4 GB, DDR3L SDRAM
Nikon DSLR D5200 Pemilihan kamera digital juga amat
penting untuk memastikan gambar dan
video yang diperolehi berkualiti.
Hardisk Hardisk digunakan sebagai penyimpan
data dan informasi dalam projek ini
seperti gambar, video dan audio.
Tripod Digunakan untuk memastikan kamera
stabil.

Jadual 3.3 : Keperluan software


Software Penerangan
Adobe Premiere CS6 Digunakan untuk menyunting video
Adobe After Effect CS6 Digunakan untuk menambahkan efek dan
kesan khas terhadap video
Adobe Audition CS6 Digunakan untuk meyunting bunyi bagi
penghasilan projek ini.
Microsoft Word Digunakan untuk menulis laporan
Microsoft Excel Digunakan untuk membuat data analisis
Windows Media Player Digunakan untuk menayangkan video
3.3 Produksi

3.3.1 Operasi Kamera

Setelah selesai fasa pra-produksi, proses produksi pula akan menyusul. Dalam proses
produksi, segala perancangan yang dibuat dalam fasa pra-produksi akan dilaksanakan.
Sebelum memulakan sesi pengambaran, operasi kamera akan dibincangkan terlebih
dahulu.

Setiap sudut kamera akan ditentukan bagi memastikan adegan tersebut sesuai
dijalankan dalam situasinya. Dalam projek ini, dua kamera akan digunakan bagi
mendapatkan sudut yang cantik sesuai. Selain itu, penggunaan dua kamera juga
digunakan bagi mengelakkan proses penggambaran semula sesuatu adegan.

3.3.2 Pencahayaan

Pencahayaan merupakan kunci dalam menghasilkan sebuah video yang berkualiti.


Pencahayaan merupakan perkara asas dalam sesebuah pembikinan video. Dalam
projek ini, pencahayaan amat dititik beratkan dalam proses penggambaran.

Pencahayaan dalam projek banyak menggunakan cahaya yang neutral kerana


penggambaran dilakukan di luar dan mempunyai pencahayaan yang baik. Selain itu
contoh pencahayaan yang digunakan dalam projek ini pula ialah situasi Fred berada
dalam bilik bedah dan situasi ketika Fred berada di bilik tidur. Sudut kamera juga
memainkan peranan penting bbagi memastikan pencahayaan jelas pada footage yang
di ambil.

3.3.3 Rakaman suara

Dalam proses penggambaran, rakaman suara juga dijalankan sekaligus. Rakaman


suara secara langsung dalam projek ini memerlukan alat yang boleh membantu
seperti mikrofon untuk memastikan suara yang diperoleh berkualiti tinggi dan jelas.
Dalam proses rakaman suara, suasana lokasi haruslah bersesuaian agar penonton
dapat mendengar dialog yang ditutur oleh watak.
Selain itu, dalam projek ini juga menggunakan teknik dubbing sebagai audio
latar belakang untuk beberapa adegan seperti adegan Sheryl membaca surat yang
diterimanya daripada Fred.

3.4 Pasca produksi

Dalam proses pasca produksi beberapa aspek akan diambil berat seperti modal
suntingan, Transitions, dan kesan khas.

3.4.1 Modal suntingan

Dalam aspek modal suntingan, terdapat dua jenis suntingan modal iaitu linear dan
non-linear.

Suntingan video secara Linear ialah proses memilih, menyusun atur serta membaiki
footage dan suara dari awal hingga akhir mengikut turutan. Manakal non-linear pula
ialah cara bebas meyunting sesebuah video tanpa perlu mengikut turutan pada bila-
bila masa yang dingini.

Dalam projek ini, suntingan non-linear digunakan bagi memudahkan proses


suntingan pada bila-bila masa tanpa perlu mengikut turutan. Proses suntingan ini
adalah yang paling sesuai kerana perisian yang digunakan memudahkan proses ini.

3.4.2 Transitions

Transition merupakan proses di mana peralihan dua footage yang berbeza berlaku.
Proses transition akan ditambah dalam proses suntingan dalam Adobe Premiere Pro.
Terdapat banyak jenis transition seperti cut serta fade in dan fade out. Setiap
transition memberi kesan terhadap sesebuah babak kepada penonton. Projek ini
menggambungkan bebrapa jenis transition bagi menambah sedikit kesan terhadap
video yang bakal dihasilkan. Transition juga dilakukan bagi mengelakkan jalan cerita
yang ingin disampaikan berjalan dengan lancar.

3.4.4 Kesan khas audio

Kesan khas audio ialah latar bunyi yang ditambah bagi menarik minat penonton.
Kesan khas audio biasanya dibuat secara elektronik. Dalam projek ini, kesan khas
audio banyak digunakan sebagai contoh babak diman Fred bangun awal pagi untuk
menutup jam locengnya. Selain itu, babak yang menggunakan kesan khas audio ialah
babak di mana Fred terpijak garfu. Babak di mana Fred ternampak seekor kucing juga
ditambah dengan bunyi degupan jantung untuk menambah unsur saspen kepada para
penonton

3.4.5 Kesan khas visual

Kesan visual merupakan janaan visual yang terhasil, di atur serta ditekankan dalam
sesebuah filem atau video di mana kesan tersebut tidak dapat dihasilkan secara
langsung. Kesan visual dapat di tambah melalui teknik-teknik tertentu. Antara contoh
kesan khas visual ialah teknik CGI. Dalam projek ini, antara contoh kesan khas visual
yang di gunakan ialah pergerakan 3D tracking garfu apabila Fred melontarkan garfu
ke dinding.

3.5 Kesimpulan

Dalam bab ini, kajian soal selidik telah dibuat dan segala maklumat yang diperoleh di
analisis dalam bentuk carta pai dan bar graph. Selain itu, proses pra-produksi,
produksi serta pasca produksi juga diterangkan degan lebih lanjut. Projek akan
mampu dilaksanakan setelah perancangan yang teliti dibuat.

Anda mungkin juga menyukai