Anda di halaman 1dari 4

TAUHID KONTEMPORARI

Tauhid kontemporari adalah tauhid semasa. Dimana tauhid


kontemporari ini mampu membantu dan mengelakkan manusia
drpd terjerumus kepada kesesatan disebabkan oleh beberapa
perkara antaranya ialah yang pertama ancaman ataupun
serangan terhadap Islam pada zaman dahulu dan sekarang
amatlah berbeza. Kedua adalah disebabkan isu yang boleh
mengurangkan keyakinan manusia terhadap Islam semakin
kreatif. Dan ketiga adalah isu yang boleh mengurangkan
keyakinan terhadap islam semakin kerap berlaku pada masa
sekarang.
Sebab itu kita kaji semula definisi berkenaan dengan tauhid.
Tauhid ialah perbincangn mengenai ketuhanan, dimana kita
sebagai manusia hendaklah meyakini bahawa tuhan itu
hanyalah Allah yang satu. Malah dengan mempelajari ilmu
tauhid ini mengelakkan diri seorang manusia itu syirik, kufur
mahupun nifak kepada Allah swt. Disamping itu mampu
memperbetulkan cara manusia berfikir dan memperbetulkan
persepsi manusia bagaimana mereka berfikir tentang Allah swt,
bagaimana mereka berfikir terhadap ciptaan Allah swt seperti
alam sekeliling kita.
Namun yang dibimbangkan pd masa skrg adalh mereka
mempelajari dan mendalami ilmu tauhid, akan tetapi mereka
tetap syirik kepada Allah swt. Oleh yang demikian, tidak
semestinya mempelajari ilmu tauhid telah mencukupkan diri
kita sbg manusia dan hamba yang beriman. Tetapi ilmu itu
perlu dimantapkan dan dikuatkan lagi dengan mempelajari ilmu
fiqh dan ilmu tasawuf.
Menyebut tentang ilmu fiqh dan tasawuf, ilmu fiqh adalah ilmu
yang membincangkan tentang hukum hakam Allah seperti
sunat, harus, wajib, makruh dan haram serta segala yang
meliputi perintah dan larangan Allah swt. Dengan mempelajari
ilmu fiqh ini akan membolehkan manusia melaksanakan agama
islam dengan lebih baik berdasarkan al-quran dan as-sunnah
dan memastikan islam itu kekal relevan pada masa kini.
Ilmu tasawuf pula merupakan ilmu yang mengajar manusia
untuk membina hubungan yang baik dengan Allah serta
membina hubungan baik sesama makhluk termasuklah haiwan
dan segala makhluk ciptaan Allah. Disamping itu ilmu tasawuf
ini dapat mengelakkan manusia daripada menjadi seseorang
yang fasiq. Apa itu fasiq?? Fasiq ialah dosa yang kecil tetapi
sering dilakukan dan lama kelamaan menjadi dosa besar.
Jelaslah bahawa ilmu tauhid, ilmu fiqh dan ilmu tasawuf
amatlah berkait rapat dengan tauhid kontemporari. Hal ini
kerana ketiga-tiga ilmu tersebut membantu manusia untuk
mengelakkan diri daripada syirik mahupun kufur serta
membantu diri manusia itu beriman dengan Allah.
Yang menjadi persoalan ialah adakah ancaman atau serangan
akidah zaman sekarang sama seperti pada zaman dahulu??
Jawapannya adalah tidak sama sekali.
Zaman dahulu manusia berbicara tentang ketuhanan kerana
hidup dalam kesusahan dan daripada itulah maka terhasil ilmu
mantik. Mereka pada zaman dahulu membicarakn definisi
tuhan, mencari kebenaran dengan cara membincangkan
sesama sendiri dan akhirnya mereka tersesat dengan ilmu
falsafah rekaan dalam kalangan mereka sendiri.
Berbeza pada zaman sekarang, manusia tersesat kerana
kehidupan. Pergilah mana-mana, kedai mamak atau tepi jalan
sekalipun manusia akan berbicara tentang kehidupan semata-
mata, bagaimana mahu membuat pinjaman perumahan, beli
kereta, berkahwin dan semuanya berkisarkan kehidupan.
Maka dengan itu, mereka akan mencari kebahagian dalam
kehidupan melalui pelbagai cara sehingga melupakan dan
mengabaikan cara yang digariskan oleh Allah dalam al-quran
dan as-sunnah.
Dengan keadaan kehidupan hari ini yang penuh cabaran dan
mehnah, tambah lagi dengan kemajuan teknologi, maka
timbullah pelbagai pemikiran dan kebergantungan kepada akal
dan nafsu akhirnya wujud pemikiran-pemikiran yang sesat lagi
menyesatkan.
Kesimpulannya tauhid kontemporari atau tauhid semasa ini
perlu dijelaskan dengan lebih yang kreatif dan relevan untuk
diterima oleh masyarakat sekarang.

Anda mungkin juga menyukai