Anda di halaman 1dari 2

SMK DATO’ UNDANG MUSA AL-HAJ, KUALA KLAWANG, N9

PENGENALAN MATEMATIK TAMBAHAN

NAMA MATA PELAJARAN : MATEMATIK TAMBAHAN


KOD MATA PELAJARAN : 3472
LOT SEMINGGU :6/7
ARAS : TINGKATAN 5
SESI : 2018
PRA SYARAT : Lulus semua mata pelajaran dalam PT3 dan lulus
sekurang-kurangnya gred C dalam Matematik.

ORGANISASI PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN

PENGETUA : TUAN NORAZMAN BIN MOHD AMIN


PK PENTADBIRAN : PN HJH NOOR LAILAWATI BINTI NOORDIN
GURU KANAN MP S & M : PN NORHAIDA BINTI SHAHADAN
KETUA PANITIA : PN HJH FARA ILINA BINTI RAMLI
GURU MATA PELAJARAN : 1. PN HJH FARA ILINA BINTI RAMLI
2. PN NOR BAIZURA BINTI AHMAD

SENARAI TOPIK

1. JANJANG
2. HUKUM LINEAR
3. PENGAMIRAN
4. VEKTOR
5. FUNGSI TRIGONOMETRI
6. PILIH ATUR DAN GABUNGAN
7. KEBARANGKALIAN MUDAH
8. TABURAN KEBARANGKALIAN
9. GERAKAN PADA GARIS LURUS
10. PENGATURCARAAN LINEAR
11. KERJA PROJEK

MATLAMAT

Kurikulum Matematik Tambahan bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan keupayaan


matematik murid secara mendalam agar mereka berupaya menggunakan matematik secara
bertanggungjawab dan berkesan untuk komunikasi dan menyelesaikan masalah, dan juga bagi
memastikan murid mempunyai persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran serta dapat
berfungsi secara produktif dalam kerjaya berkaitan sains dan teknologi.
OBJEKTIF

Kurikulum Matematik Tambahan membolehkan murid:

1. Memperluaskan keterampilan dalam bidang nombor, bentuk dan perkaitan serta memperoleh
pengetahuan dalam kalkulus, vektor dan pengaturcaraan linear.
2. Memperkukuhkan kemahiran penyelesaian masalah.
3. Memperkembangkan kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif, serta menaakul secara
mantik.

4. Menghubungkaitkan pembelajaran Matematik dengan aktiviti harian dan kerjaya.


5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menterjemahkan dan
menyelesaikan masalah kehidupan harian.
6. Menghujahkan penyelesaian dalam bahasa matematik yang tepat.

BAHAN RUJUKAN / MODUL

1. Buku Teks Matematik Tambahan Tingkatan 5


2. Analisis Bertopik Kertas Soalan Peperiksan Sebenar 2009 – 2015 KPM / LPM
3. Fokus SPM Pelangi
4. Super Skills Fokus KBAT SPM Sasbadi
5. Formulasi Kertas Peperiksaan SPM Matematik Tambahan

PENILAIAN

Ujian Penilaian 1 (UP 1) 100% FEB / MAC


Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 100% MEI
Peperiksaan Percubaan SPM 100% SEPT
Peperiksaan SPM 100% NOV

GRED PEMARKAHAN SPM

GRED MARKAH TAFSIRAN


A+ 90 – 100 Cemerlang Tertinggi
A 80 – 89 Cemerlang Tinggi
A- 75 – 79 Cemerlang
B+ 70 – 74 Kepujian Tertinggi
B 65 – 69 Kepujian Tinggi
C+ 60 – 64 Kepujian Atas
C 50 – 59 Kepujian
D 45 – 49 Lulus Atas
E 40 – 44 Lulus
G 1 – 39 Gagal
TH Tidak Hadir Tidak Hadir

Anda mungkin juga menyukai