Anda di halaman 1dari 5

ADAB MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan


mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta'ala
membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idulfitri atau Hari Raya
Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta'ala menghalalkan mereka berbuka
puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya
disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara' dan tidak
dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang
diharamkan.

Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan-


perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu
wa Ta'ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang
melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika


menyambut kedatangan Hari Raya?

Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh
sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah
digariskan oleh Syara' untuk kita melakukannya ialah menghidupkan
malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti
mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan
sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan
melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

1. Berdoa di malam raya

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta'ala telah menegaskan bahawa


malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah
diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-
Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan,
sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam
Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam
Rajab dan malam Nisfu Sya'ban.

Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak
akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian
besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema.


Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan
suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa
kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah
memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya
dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita
lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan
'Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir
dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari
malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram
sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta'ala:

Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan


hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan
kepadamu, supaya kamu bersyukur."

(Surah Al-Baqarah : 185)

3. Mandi Sunat Aidilfitri

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd Radhiallahu
'anhum bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melakukan mandi
pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh
Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya,


memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak
elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk
menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah,
kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.
Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada
datuknya:

Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu 'alaihi wasallam memakai kain


yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali
Hari Raya."

(Hadits riwayat Al-Syafi'e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seeolk-eloknya makan kurma dalam


bilangan ganjil)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari


Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut
apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu 'anhu, beliau
berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tidak keluar pada waktu


pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa
biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

6. Mengucapkan tahniah

Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka
sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah
antara satu sama lain dengan mengucapkan:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya


daripada awak."

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang


Tabi'en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi
wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya,
setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya


daripada awak."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari


Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari'atkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa


memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan
tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan.
Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii'timadkan.(Al-Mausu'ah
Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

7. Ziarah menziarahi

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali
saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang
sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga
sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di
dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan


daripada Aisyah Radhiallahu 'anha, beliau berkata:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam masuk kepadaku, dan


di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian
Bu'ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya,
dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata:
"Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam!"
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu
berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda
menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya,
dan hari ini adalah Hari Raya kita."

(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-'Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-


Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu 'anhu ke
dalam rumah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menunjukkan seolah-
olah Abu Bakar Radhiallahu 'anhu datang sebagai pengunjung atau
penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ke
dalam rumah Baginda.
(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s.
117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan


kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika
ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin
atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung
ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah
orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan
sebagainya.

8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali


sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta'ala iaitu mendirikan
sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya
berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya


semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan
lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah
Subhanahu wa Ta'ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan
keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana menghidupkan,
membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.

Anda mungkin juga menyukai