Anda di halaman 1dari 9

JIRIM, JISIM, JAUHAR dan 'ARADH

[Lihat : Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ]

ِ‫س ِم‬
ْ ‫ّللاِ ِب‬
ِ َ ‫ـن‬
ِِ ‫الر ْح َم‬
َ ِ‫الر ِح ِيم‬
َ
‫ينِأ َ ْع َماال‬
َ ‫س ِر‬ ْ ‫( قُلِْ َهلِْنُنَ ِبِّئ ُ ُك ْمِ ِب‬103) ِ‫س ْعيُ ُه ْمِفِيِا ْل َحيَا ِة‬
َ ‫األخ‬ َ ‫الَذ‬
َ ِ‫ِين‬
َ ِ‫ض َل‬
‫ص ْنعًا‬ َ ُ ‫سن‬
ُ ِ‫ون‬ ِ ْ‫ونِأَنَ ُه ْمِيُح‬ َ َ‫( ال ُّد ْني‬104
َ ْ‫اِو ُه ْمِيَح‬
َ ُ‫سب‬
Maksudnya:
" Katakanlah : 'Apakah akan Kami beritahu kepadamu tentang orang-orang yang
merugi perbuatannya?'(103)
Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini,
sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya."(104)
[Al-Quran surah Al-Kahfi : 103-104 ]
****************************

َ َ‫ظهُِيَاِبُن‬
‫يِال‬ ُ ‫ِو ُه َوِيَ ِع‬ َ ‫ان ِِالَ ْبنِ ِه‬ ُ ‫ِوا ِْذقَا َلِلُ ْق َم‬
َ ِِِ
ِ ِِ‫ظ ْل ٌمِع َِظي ٌم‬ُ َ‫ش ْر َكِل‬ِّ ِ ‫اّللِا َِنِال‬ ِ ِّ ِ‫تُش ِْر ْكِب‬
Maksudnya :
“Dan ketika Luqman berkata kepada puteranya dan dia menasihatinya
(memberikan mau-ezah, peringatan), wahai anakku, janganlah kamu
mensyirikkan (menyekutukan) Allah, sesungguhnya (perbuatan)
mempersekutukan Allah itu adalah suatu kezaliman yang besar.”
[ Al-Quran surah Luqman : 13 ]
************************************************

ِ‫ِولَتَكُونَ َن‬ َ ِ‫ِم ْنِقَ ْب ِل َكِلَئِ ْنِأَش َْر ْكتَ ِلَيَحْ بَ َط َن‬
َ ‫ع َملُ َك‬ َ ‫ِو ِإلَىِالَذ‬
ِ ‫ِين‬ َ ‫يِ ِإلَ ْي َك‬ ِ ُ ‫َولَقَدِْأ‬
َ ‫وح‬
‫ين‬ ِ ‫ِم َنِا ْل َخا‬
َِ ‫س ِر‬ ِ
Maksudnya :
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-Nabi) yang
sebelummu; ' Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah
amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi. "

[Al-Quran surah Az-Zumar : 65 ]

**********************
************************
Di dalam Ilmu Tawhid ada menyebut ayat al-Quran surah Asy-Syuura ayat 11 yang
berbunyi :

ِ‫اِو ِم َن ِاأل ْنعَ ِام ِأ َ ْز َوا ًجا‬


َ ‫س ُك ْم ِأ َ ْز َوا ًج‬
ِ ُ‫ِم ْن ِأ َ ْنف‬
ِ ‫ض ِ َجعَ َل ِلَ ُك ْم‬
ِ ‫األر‬
ْ ‫ِو‬ َ ‫ت‬
ِ ‫اوا‬
َ ‫س َم‬ ِ َ‫ف‬
َ ‫اط ُر ِال‬
‫س ِمي ُِع‬َ ‫ِو ُه َوِال‬ َ ‫ش ْي ٌء‬ َ ‫ير يَ ْذ َر ُؤ ُك ْمِ ِفي ِِه لَ ْي‬
َ ‫سِك َِمثْـ ِل ِِه‬ ُِ ‫ا ْلبَ ِص‬
Maksudnya :
" (Dia) yang mengadakan langit dan bumi. Dia menjadikan kamu sendiri
berpasang-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan
itu. Allah SWT itu tiada seperti seumpama 'SESUATU' apa pun dan Ia Amat
Mendengar lagi Amat Melihat."
Jika dibaca sepintas lalu maksud pengertian ayat ini nescaya akan menerbitkan berbagai-
bagai lintasan dan pertanyaan di dalam hati yang mungkin juga akan berkata bahawa Allah
SWT itu begini, begini, begini dan ...rupanya begini atau bermacam-macam sangkaan yang
terbit di hati dan pemikiran di kalangan orang yang jahil Ilmu Tawhid atau tidak mengambil
berat terhadap ilmu pengenalan terhadap Allah.

Tidak menghairankan jika terdapat juga 'fatwa', pengajaran atau tanggapan yang
mengatakan Allah itu ada berupa, "Bersemayam Atas Arasy mengikut kehendak yang
layak dengan kebesaran dan kemuliaan-Nya..," dan bermacam-macam fatwa atau
adaian lagi. Orang-orang awam yang jahil atau tidak mengambil berat mengenainya akan
terus percaya juga dengan kata-kata begini tanpa banyak pertanyaan atau tidak tahu apa
kemusykilan yang hendak dipersoalkan.

Demikian juga sekiranya terdapat seribu orang yang memberi fatwa dan syarahan-syarahan
yang berlainan dalam bab ini dengan mengatakan Allah SWT itu bersifat sedemikian rupa
dengan alasan Allah tiada meyamai "sesuatu" dengan merujuk ayat al-Quran yang
tersebut di atas.

Perkataan 'sesuatu' atau syai'" ( " ِ‫ش ْيء‬


َ
) ini terlalu umum yang boleh membuatkan
setiap orang akan cuba memberikan tafsiran fahaman tersendiri dengan memuji apa yang
diperkatakan/diputuskan oleh puaknya dan mencerca puak atau golongan lain yang berbeza
pengertian dan pemahamannya dalam perkara ini.

Oleh itu orang awam yang masih tercari-cari jalan beragama dan terbuka mindanya agar
diberi pemahaman yang cukup jelas dan terang supaya masalah yang mungkin
dianggap 'kecil', tidak penting dan tidak memberi apa-apa implikasi terhidup hidup
beragama dan hal duniawi ini dapat diatasi dan diselesaikan dengan baik. Dalam hal ini ada
beberapa cara untuk menolak kesamaran fahaman dalam bab ini seperti berikut :
i. Hendaklah kita ambil kalimah "syai" pada ayat al-Quran surah al-An'aam ayat 102:

ُ ‫ِربُّ ُك ْمِالِإِلَـهَِ ِإالَِ ُه َوِ َخـ ِل‬


ِ‫قِ ُك ِ ِِّل ش َْىء‬ َ ‫ذ ِل ُك ُِم‬
َ ُ‫ّللا‬
Yang bermaksud :
"Yang memiliki sifat-sifat yang demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada
Tuhan selain Dia; Mengadakan segala 'sesuatu'...."
ii. Hendaklah kita ambil kalimah "syai'" ini pada ayat al-Quran:
ُ‫ش ْيءِ َها ِل ٌكِإِال َوجْ َه ِه‬
َ ‫( ُك ُِّل‬KULLU SYAI'IN HALIKUN ILLA WAJHAHU) [Surah al-
Qashash ayat 88]
‫ش ْيءِ َها ِل ٌكِ ِإال‬ َ ‫ِّللاِ ِإلَ ًهاِآ َخ َرِالِ ِإلَهَِ ِإالِ ُه َِو ُك ُِّل‬
ِ َ ‫َوجْ َه ِهُ لَهُِ َوالِت َ ْدعُِ َم َع‬
َ ‫ِ ِا ْل ُح ْك ُم‬
َِ ُ‫ِو ِإلَ ْي ِهِت ُ ْر َجع‬
‫ون‬
Yang bermaksud :
".......tiap-tiap 'sesuatu' menerima binasa melainkan Zat-Nya [Diri-Nya]....."
Apabila sudah difahami pada dua ayat tersebut hendaklah kita ambil

kalimah "syai'" ( ِ‫ش ْيء‬


َ
) ini yang jika ditafsirkan maknanya yang panjang
bermaksud semua barang yang ada selain daripada Allah dinamakan 'alam'. Maka
kalimah 'alam' di sini ialah atas makna pengertian di dalam istilah Ilmu Al-Tawhid dan
bukan Ilmu Al-Tasawwuf, Ilmu Al-Fiqah atau ilmu-ilmu lain.
iii. Ini bererti kalimah 'alam' di sini bermaksud semua barang yang ada selain daripada
Allah itu dinamakan 'alam'. Dalam erti kata lain semua barang yang ada selain daripada
Allah dinamakan "syai'". Ini juga memberi erti bahawa kalimah "syai'" itu sangat luas
maksudnya kerana ianya atas makna selain daripada Allah SWT. Maka jadilah masa,
tempat, lapang, cahaya, gelap, gerak, diam, warna, rupa, roh, huruf bahkan semua
barang dan apa juga yang ada selain

daripada Allah dinamakan "syai' "( ِ‫ش ْيء‬


َ
) .Diperkecilkan lagi sebutan semua barang
yang ada selain daripada Allah itu dengan perkataan atau kalimah yang tertakluk di bawah
takrif lafaz : JIRIM, JISIM, JAUHAR dan 'ARADH. Pemahaman ini dapat dirumuskan
bahawa semua barang dan setiap yang ada selain daripada Allah SWT terbahagi kepada

‫)جرم‬, JISIM (‫)جسم‬,


empat [4] bahagian iaitu: JIRIM, (

JAUHAR (‫ )جوهر‬dan 'ARADH( ‫)عرض‬.

Pengertian kalimah-kalimah ini ialah:

i. JIRIM ( ‫)جرم‬
Tiap-tiap barang yang ada bertempat dan mengambil lapang/ruang.

ii. JISIM ( ‫)جسم‬


Jika JIRIM itu besar dinamakan JISIM.

iii. JAUHAR (‫جوهر‬ )dipecahkan kepada:

a. JAUHAR MURAKKAB ( ‫)مركب جوهر‬.


JIRIM yang kecil bagi menyempurnakan susunan sesuatu JISIM.

b. JAUHAR FIRID ( ‫)فرد جوهر‬.


Ialah Jirim yang terlalu kecil hingga tidak boleh dibahagi atau dipecah-pecahkan
lagi.

iv. 'ARADH ( ‫)عرض‬.


Semua keadaan dan hal sifat sesuatu benda.Misalnya: 'Aradh bagi Jirim itu
ialah sifat Jirim itu sendiri seperti berjuzuk, berbenda, berupa, bertempat, berpihak,
bergerak, berdiam, berhubung, bercerai, bersatu-padu, bersatu hakikat, bermasuk-masuk,
bercampur, berjarak jauh-dekatnya, mempunyai ukuran besar-kecilnya, ada timbangan
berat-ringannya, bermasa, berusia, berbanding, berumpama, bersuara, sunyi dan
senyapnya dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.

Huraian lanjut mengenai hal ini boleh difahami umpamanya:

Kayu ialah JISIM kerana padanya tersusun dua JAUHAR atau lebih seperti batang, daun,
akar, dan sebagainya. Kuman yang halus itu juga ialah JISIM kerana ianya
mempunyai JAUHAR seperti kaki, badan dan anggota lain. Begitu juga gunung
ialah JISIM kerana batu-batu yang besar itu ialah juzuknya dan dia juga mempunyai
kandungan bahan-bahan lain untuk membentuk kewujudannya.

Ini bererti jika benda itu besar maka besarlah JAUHARnya dan jika benda itu kecil
maka kecillahJAUHARnya, samalah seperti gunung itu JISIM dan kuman yang halus itu
pun JISIM juga. Jika kita ambil satu kertas sekadar satu meter persegi, kertas ini boleh
dipecah-pecahkan kepada beratus-ratus juzuk atau beratus-ratus JAUHAR.

'ARADH ialah sifat bagi sesuatu dan tiap-tiap sesuatu benda itu sangat banyak 'ARADHnya
dan berlainan jenis 'ARADHnya. Umpamanya batu itu mempunyai banyak 'ARADH seperti
keras, berukuran, berwarna, kasar, licin, curam dan apa juga yang boleh difikirkan. Udara
pun begitu juga mempunyai 'ARADHnya yang tersendiri seperti tidak boleh dilihat oleh
pemandangan mata, memberi khasiat kesihatan, sejuk, panas dan sebagainya.

Demikian juga roh dan apa juga jenis benda mempunyai 'ARADH yang berlainan. Ini
bermakna kita dapat memahami bahawa rupa, warna, gerak, diam, dekat, jauh pada
perjalanan dan pemandangan mata, berada di dalam, dan di luar sesuatu, di mana-mana, di
atas, di luar, bersatu-padu, sukatan kecil, besar, lebar, panas, sejuk dan lain-lain lagi yang
melazimkan bagi JUZUK sesuatu /benda/makhluk/alam ialah atas makna 'ARADH.

Jika diambil fahaman makna yang lebih mudah kita sebutkan masa, tempat, rupa, lapang,
padu, warna, gerak, diam, sukatan kecil-besar, suara, bunyi, sunyi-senyap, gelap, terang,
roh, malaikat, jin, manusia dan semua barang yang ada selain daripada ALLAH SWT ialah
atas nama "syai'" atau 'sesuatu'. Oleh itu apabila kita membaca Firman Allah SWT di
dalam al-Quran surah Asy-Syuura ayat 11:

"‫ئ‬ َ ‫سِك َِمثْـ ِل ِِه‬


ٌِ ‫ش‬ َ ‫ير لَ ْي‬ َ ‫و ُه َوِال‬........."
ُِ ‫س ِم ْي ُعِالبَ ِص‬ َ
[LAISA KAMITHLIHI SYAI'UN WA HUAS-SAMI'UL BASIR ]

itu hendaklah kita fahami bahawa Allah tidak menyamai sesuatu apa pun daripada
segala barang yang tersebut di atas.
Ungkapan kata kalimah ini dapat diringkaskan perkataannya pula dengan kalimah kata-kata
bahawaAllah Subhanahu Wa Taala itu bukan JIRIM, bukan JISIM, bukan
JAUHAR dan bukan 'ARADH.Perkara ini diperjelasakan oleh Imam Al-Ghazali di

dalam Ihya' Ulumuddin bab : ‫كتاب‬:‫اهل عقيدة ترجمة العقائدفي قواعد‬


‫الشهادة كلمتي في السنة‬
‫ال االجسام يماثل ال وانه مقدر محدود جوهر وال مصور بجسم ليس وأنه‬
‫وال الجواهر تحله وال بجوهر ليس وأنه االنقسام قبول في وال التقدير في‬
‫ليس( موجود يماثله وال موجودا يماثل ال بل االعراض تحله وال بعرض‬
‫شئ مثل هو وال ) شئ كمثله‬
Orang-orang awam yang jahil termasuk juga kanak-kanak, orang-orang munafik dan kafir
boleh berkata dan menghafaz dengan begitu lancar dan fasih bahawa Allah itu bukan
JIRIM, bukan JISIM, bukan JAUHAR, bukan JAUHAR MURAKKAB, bukan JAUHAR
FIRID dan bukan 'ARADH.

Mereka juga boleh berkata ALLAH SWT tidak menyamai sesuatu dan tidak menyamai
makhluk. Tetapisekiranya mereka tidak memahami maksud sebenar ungkapan kata
kalimah-kalimah ini dalam konteks Ilmu At-Tawhid atas pegangan Ahli Sunnah wal
Jemaah mereka tidak mungkin dapat memahamikandungan maknanya yang berkaitan
rapat dengan mengenal dan beriman kepada Allah SWT. Dalam erti kata lain inilah
sebenarnya 'kunci ilmu' untuk memahami ilmu pengenalan terhadap Allah SWT yang amat
sukar lagi rumit difahami bagi tahap minda manusia biasa.
Besar kemungkinan ramai juga yang akan berkata atau mempersoalkan jika demikian
maksud kehendak pengertiannya, bererti Tuhan itu tidak ada? Persoalan atau salah faham
ini berbangkit kerana mereka hanya memikirkan bahawa untuk mengenal dan memahami
sesuatu itu seseorang itu hendaklah menggunakan pancaindera yang lima. Tanpa
menggunakan pancaindera yang lima mereka tidak akan memahami atau mengenalinya
sama sekali.

[*** Peringatan : Ulama' Ahli Sunnah menggunakan kalimah-kalimah Jisim,


Jirim,Jauhar Murakkab, Jauhar Firid dan 'Aradh ini berserta dengan pengertiannya
adalah semata-mata untuk memberikan kefahaman dengan lebih mendalam dan
halus lagi bagi menghuraikan pengertian bahawa "Allah itu tidak
menyamai/menyerupai 'sesuatu' dalam apa jua hal sekalipun " supaya orang
awam dapat memahaminya dan dapat membezakannya dengan makhluk dengan
lebih jelas lagi.

Dengan cara ini mudah membezakan di antara Zat dan Sifat-sifat Allah yang Qadim
dengan zat dan sifat-sifat makhluk yang baharu dan berjuzuk yang secara
langsung dapat menghindarkan dari pemahaman yang boleh membawa
erti "mensyrikkan" atau "menyamakan" Allah dengan makhluk-Nya.
[Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk : Al-Ghazali, Al-Iqtisad fi'l-I'tiqad
(Arabic)]

Kaedah mempelajari dan memahami "Bab Ilmu Pengenalan Kepada Allah SWT" tidak
langsung menyamai dengan kaedah memahami ilmu mengenal makhluk kerana Allah
itu BUKAN makhluk dan semestinya Zat (Diri) Allah itu tidak sama sekali menyamai zat-
zat apa jua jenis dan kategori makhluk dalam apa jua jalan dan cara sekalipun. Oleh
sebab Allah itu BUKAN makhluk maka Zat Allah SWTtidak berjuzuk, tetapi zat makhluk
ada mempunyai juzuk.

Perbezaan pendekatan untuk memahami Ilmu Mengenal Allah SWT dengan Ilmu
Mengenal Makhluk adalah seperti berikut,iaitu:

i. Tiap-tiap barang yang ada rupa dan warna dapat


dikenalinya dengan pemandangan mata (Al-Basar.)
ii. Tiap-tiap barang yang ada suara atau bunyi dapat dikenali dengan pendengaran
telinga (Al-Sama').
iii. Tiap-tiap barang yang ada bau-bauan dapat dikenali dengan penciuman hidung(Al-
Syam).
iv. Tiap-tiap barang yang ada rasa seperti pahit, manis dan sebagainya dapat dikenali
dengan perasaan lidah (Al-Zuq).
v. Tiap-tiap barang yang ada rasa seperti kasar, lembut dan sebagainya dapat dikenal
dengan sentuhan kulit atau badan (Al-Lams).
Kesemuanya ini dinamakan kaedah mengenali sesuatu menggunakan deria pancaindera
yang lima. Ia juga boleh dikaitkan dengan 'khayalan' atau boleh menerbitkan fikiran
khayalan. Misalnya jika seseorang itu melihat seekor burung yang besar sedang terbang di
udara, ia melihat burung itu hingga ghaib daripada pemandangan matanya. Namun segala
rupa bentuk burung tersebut tersimpan di dalam memori ingatannya.

Apabila dia pejamkan matanya rupa burung itu ada tersimpan sebagai memori pada
khayalan ingatannya. Kaedah ini dinamakan pengenalan dengan khayalan yang terbit
daripada deria pemandangan mata. Kaedah yang sama juga boleh digunakan oleh deria-
deria pancaindera yang lain.

Kaedah pengenalan menggunakan deria pancaindera yang lima ini tidak boleh digunakan
sama sekali untuk mengenal Allah kerana akan membawa kepada rupa, warna,
ukuran dan sebagainya yang hanya sesuai bagi menjelaskan segala sesuatu benda atau
objek yang berjuzuk seperti yang tergambar dalam khayalan/ingatan memori pemikiran
otaknya. Untuk mengenal dan memahami ilmu yang berkaitan dengan Allah kaedah
menggunakan Al-H’assu assadisu ‫الحسِالسادس‬ yang bermaksud "Pancaindera yang
ke enam" adalah cara yang paling afdhal dan sesuai digunakan. Pancaindera yang ke
enam ini jarang-jarang sekali dirujuk atau dibicarakan. Kebanyakan orang awam tidak
mengetahui atau memahaminya. Ini adalah disebabkan Zat Allah Taala yang Qadim lagi
tidak berjuzuk itu tidak mengenai sukatan dan ukuran kecil-besar, panjang-lebar atau
mengenai rupa, warna, bercerai, berhubung atau bersatu-padu. Huraian berikut mudah-
mudahan dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas :
"Sekiranya seseorang itu mempelajari ilmu agama Islam itu sangat banyak dan
luas dan dia dapat memahami bahawa ilmu Nabi Muhammad s.a.w. itu sangat elok,
amat cantik, sangat luas, dalam dan tinggi. Segala keelokan, keindahan,
ketinggian dan keluasan ilmu Nabi Muhammad s.a.w. ini tidak menunjukkan ada
rupa, warna dan ukuran sukatan kedalaman dan keluasan tertentu.
Orang yang membuat penilaian ilmu Nabi Muhammad s.a.w. ini
sangat memahami pengertian sebenar akan hal ilmu Nabi Muhammad s.a.w.
tersebut. Maka kaedah inilah juga yang boleh digunakan untuk memahami ilmu
mengenal Allah iaitu dengan menggunakan Al-Basirah , Ainul Qalbi atau Mata
Hati atau disebut juga sebagai Al-H’assu assadisu ‫الحس ِالسادس‬atau pancaindera
yang ke enam."
Disebut juga Allah dapat dikenali dengan akal tetapi akal yang dimaksudkan di sini
ialah 'akal syarak' dan BUKAN atas makna 'akal fikiran' yang berasaskan deria
pancaindera yang lima dan khayalan tetapi akal yang dimaksudkan ketika
mempelajari ilmu mengenal Allah ialah atas makna memahami dengan
menggunakan Al-Basirah , Ainul Qalbi atau Mata Hati."
Firman Allah di dalam surah Al-Mulk ayat 10 ada menyebut :

ِ‫س ِع ِير‬
َ ‫بِال‬ ْ َ ‫س َم ُعِأ َ ْوِنَ ْع ِق ُلِ َماِ ُكنَاِفِيِأ‬
ِ ‫ص َحا‬ ْ َ‫َوقَالُواِلَ ْوِ ُكنَاِن‬
Maksudnya :
"Dan kata mereka jikalau sekiranya kami mendengar pendengaran untuk
menerima dan mengambil faham atau kami ada
mempunyai akal untuk memahami nescaya tidaklah kami menjadi ahli neraka."
Demikian juga dalam surah Al-Baqarah ayat 269 ada memperjelaskan mengenai "orang-
orang yang berakal" :

ِ‫اِو َما‬
َ ‫ير‬ َ ِ‫ِو َم ْنِيُ ْؤتَ ِا ْل ِح ْك َمةَِفَقَدِْأُوت‬
ً ‫يِ َخ ْي ًراِ َك ِث‬ َ ‫يُ ْؤ ِتيِا ْل ِح ْك َمةَِ َم ْنِيَشَا ُء‬
ِِ ‫يَذَك َُرِ ِإالِأُولُوِاأل ْلبَا‬
‫ب‬
Maksudnya :
"Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan
barangsiapa yang diberi hikmah, sesungguhnya telah diberi kebajikan yang
banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang
yang berakal."
Allah memberikan peringatan dan amaran keras terhadap dosa orang yang ingkar dan
mensyrikkan-Nya dengan sesuatu seperti Firman-Nya di dalam surah An-
Nisaa' ayat 116 :

ِ‫ُونِذَ ِل َكِ ِل َم ْنِيَشَا ُء‬ َ ‫ِالِيَ ْغ ِف ُرِأ َ ْنِيُش َْر َكِ ِب ِه‬
َ ‫ِويَ ْغ ِف ُرِ َماِد‬ َ ‫ِّللا‬
َ َ ‫ِإ َن‬
‫ض ََل ًالِبَ ِعيدًا‬
َ ِ‫ض َل‬ َ ِْ‫اّللِفَقَد‬
ِ َ ِ‫َو َم ْنِيُش ِْر ْكِب‬
Maksudnya :
"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan[sesuatu] dengan
Dia, dan Dia mengampuni dosa selain daripada syrik itu bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya. Barangsiapa yangmempersekutukan [sesuatu] dengan Allah,
maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya."
Ayat-ayat tersebut memberi pengertian dan kefahaman bahawa orang-
orang kafirin dan munafiqintidak mempunyai 'akal syarak' dan tidak dapat
menggunakan Ainul Qalbi , Al-Basirah atau Mata Hati untuk memahami ilmu mengenal
Allah dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Hanya orang yang mempunyai Ainul Qalbi,
Al-Basirah atau Mata Hati yang dapat menggunakan akal pada hukum syarak sahaja
yang dapat memahami segala ilmu yang berkaitan dengan Ilmu At-Tawhid dan Rukun
Iman yang enam perkara.

[ Lihat :
i. Tarbiyatu Fikrit-Tifli Li-Fahmi Ulumuddin
ii. Allah Berkata-kata Dengan Kalam-Nya Yang Qadim
iii. Allah Mengetahui Dengan Ilmu-Nya Yang Qadim ]

Mudahan-mudahan dengan penerangan ringkas ini para pembaca blog ini dan juga orang-
orang awam dapat memahami dan menghayati kandungan maksud ayat al-Quran
surah Asy-Syuura ayat 11:

" َ ‫ئ ك َِمثْـ ِل ِهِ لَ ْي‬


..ِ‫س‬ َ ِ‫س ِم ْي ُعِ َو ُه َو‬
ٌِ ‫ش‬ َ ‫يرِ ال‬
ُ ‫البَ ِص‬......."
[ LAISA KAMITHLIHI SYAI'UN WA HUAS-SAMI'UL BASIR ]

dan apakah yang dimaksudkan dengan Allah itu bukan JIRIM, bukan JISIM , bukan
JAUHAR dan bukan 'ARADH.

Manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya pemahaman ilmu ini untuk menyemak pemahaman


kita terhadap Allah Subhanahu Wa Taala dan segala hal yang berkaitan dengan-Nya agar
terselamat daripada salah faham dan apa tah lagi pemahaman yang menjurus kepada
mensyrikkan Allah denganmakhluk-Nya.

Marilah kita bersama-sama memohon rahmat pertolongan Allah semoga mengurniakan


kepada kita cahaya ilmu kepada 'Ainul Qalbi, Al-Basirah atau Mata Hati untuk
memperkukuhkan lagi kefahaman dan penghayatan aqidah keimanan kita terhadap Allah
SWT. Amin.

Sila lihat huraian pengertian "At Tanzihu" dalam Terjemah Akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah dalam blog ini.

[Lihat juga :

i. Ahli Syurga Melihat Zat Allah di Akhirat Dengan Mata Kepala

ii. SOAL JAWAB Mengenai "ADA" Allah SWT


iii. Perbandingan Iktiqad Orang Melayu Bhg 1
iv. ‫الشهادة كلمتي في السنة اهل عقيدة ترجمة في‬
v. Bhg 6 : Tarbiyatu Fikrit-Tifli LiFahmi Ulumuddin
vi. Pengertian "HAMPIR" Allah
vii. Asma' Ullah al-Husna
viii. Pembinaan Iktiqad Ahli As-Sunnah
ix. Allah Dikatakan Berjuzuk, Mempunyai Tangan dan Beristiwa' di 'Arasy?
******************************************************************
*******

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

‫"لو قيل ألهل النارأنكم ماكثون في النار عدد كل حصاة في الدنيا لفرحوا‬
‫ولو قيل ألهل الجنة أنكم ماكثون عدد كل حصاة لحزنوا ولكن جعل لهم‬
.‫( رواه الطبراني عن ابن مسعود‬."‫األبد‬
Maksudnya::
“Andainya dikatakan kepada ahli neraka bahawa engkau kalian akan tinggal di
dalam api neraka sebilangan pasir di dunia nescaya bersukacitalah
mereka [kerana ada had tempoh masa habisnya]. Dan jika dikatakan kepada
ahli syurga bahawa engkau kalian akan tinggal di dalam syurga sebilangan pasir di
dunia nescaya berdukacitalah mereka [kerana segala nikmat kesenangannya ada
had tempoh masa habisnya], akan tetapinya dijadikan bagi mereka [ahli syurga
dan ahli neraka] berkekalan."
[ Hadis diriwayatkan oleh At’-T’abrani daripada Ibni Maso’ud.]
***********************************

"Adalah diketahui bahawa orang yang jahil dalam ilmu mengenal Allah itu tidak
memberikan apa-apa faedah pun daripada amalan-amalan salih
yang dilakukannya, malahan ia terdedah kepada pintu kesesatan dalam
agama. Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.: Apakah amalan-
amalan yang lebih afdhal? Maka sabdanya : 'Ialah ilmu dengan pengenalan
kepada Allah Azawajalla.' Maka ditanya : 'Apakah dia ilmu yang
engkau kehendaki itu?' Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Ialah ilmu dengan
pengenalan kepada Allah SWT.' Maka ditanya kepadanya: 'Kami menanya
daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu.' Maka sabda
Nabi Muhammad s.a.w.: 'Bahawasanya sedikit amalan itu memberi
manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan
bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan
ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwatalla'."
[Maksud Hadis]
*********************************************
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shllallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:

ِ َ‫طوبَىِ ِل ْلغُ َرب‬


ِ‫اء‬ َ َِ‫سيَعُودُِ َك َماِبَدَأ‬
ُ َ‫غ ِريبًاِف‬ َ ‫اِو‬ َ ِ‫س ََل ُم‬
َ ً‫غ ِريب‬ ِ ْ َ ‫بَدَأ‬
ْ ‫ِاْل‬
Maksudnya :
“Islam muncul (bermula) dalam keadaan asing/dagang, dan ia akan kembali
dalam keadaan asing/dagang, maka beruntunglah orang-orang yang terasingkan
itu.” (HR. Muslim )

Anda mungkin juga menyukai