Anda di halaman 1dari 12

Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin

Ibrahim BinSumaith : Faqihnya Umat Ini Yang


Tabahhur Ilmunya

Sempena kunjungan Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid alMurabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith
sebagai tetamu jemputan utama ke Majlis Sambutan Haul alImam Abdullah bin Alwi bin Muhammad al-Haddad
1431 H/2010M, maka inginlah al-Fagir mengambil kesempatan untuk
memperkenalkan secara ringkas ulama ahlulbait yang terkenal. Al-'Allamah alMuhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid alHabib Zein bin Ibrahim BinSumaith adalah antara
permata habaib zaman ini. Beliau seorang yang terkenal khumul, yang tidak
sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Faqihnya umat ini yang tabahhur
ilmunya.

Nama dan nasab beliau: Beliau adalah al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih


al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin

Ibrahim bin Zein bin Muhammad bin Zein bin 'Abdur Rahman bin Ahmad bin
'Abdur Rahman bin 'Ali bin Saalim bin `Abdillah bin Muhammad Sumaith bin
'Ali bin 'Abdur Rahman bin Ahmad bin 'Alwi bin Ahmad bin 'Abdur Rahman bin
'Alwi ('Ammul Faqih al-Muqaddam) bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin Ali
bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir Ilallah
bin Isa ar-Rumi. Bin Muhammad an-Naqib bin Ali al-Uraidhi bin Jafar asShadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin asy-Syahid Hussin asSibth, putera Sayyidina Ali dan Sayyidatina Fathimah az-Zahra bin
Rasulullah .
Kelahiran dan pendidikan: Beliau dilahirkan pada tahun 1357H (1936M) di
Jakarta, Indonesia. Beliau lahir dari keluarga yang sholeh. Ayahanda beliau, alHabib Ibrahim bin Zein pernah menjadi imam di Masjid Habib Abdullah bin
Muhsin di Bogor ketika di akhir umur beliau. Al-Habib Zein bin Ibrahim
BinSumaith mendapat didikan awal agamanya oleh ayahandanya sendiri dan
juga dengan para ulama dan pemuka habaib di Jawa. Sedari kecil beliau telah
dibawa oleh ayahandanya untuk hadir ke halaqah ilmu, rohah dan mawlid yang
dianjurkan oleh Habib 'Alwi bin Muhammad al-Haddad di Bogor yang
merupakan naqib para saadah di Tanah Jawa. Habib 'Alwi ini adalah seorang
ulama dan waliyUllah yang terkemuka pada masanya. Beliau wafat pada tahun
1373H dan dimakamkan di Empang, Bogor di mana hingga saat ini makamnya
diziarahi dan terkenal sebagai Keramat Empang Bogor. Beliau inilah di antara
guru awal Habib Zein. Selain itu, Habib Zein juga sering dibawa ayahandanya
untuk meneguk ilmu dan hikmah di majlis seorang lagi ulama dan waliyUllah
iaitu Habib 'Ali bin 'Abdur Rahman al-Habsyi (Habib 'Ali Kwitang).

Guru-guru Habib Zein


Guru-guru di Tarim: Dalam tahun 1371H (1950M), ketika usianya lebih
kurang 14 tahun, Habib Zein telah dibawa oleh ayahandanya ke Tarim alGhanna, tempat asal keturunannya. Di sana, Habib Zein tinggal di rumah
ayahnya yang telah lama ditinggalkan. beliau berguru kepada sejumlah ulama
setempat, berpindah dari madrasah satu ke madrasah lainnya, hingga pada
akhirnya beliau belajar di rubath Tarim

Guru-guru Habib Zein


Di antara guru-guru beliau di Tarim adalah:-

Al-Allamah al-Habib Muhammad bin Saalim Bin Hafidz dengan guru


beliau ini, al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith belajar dan menghafal
kitab Sofwah az-Zubad karya Imam Ibn Ruslan, kitab al-Irsyad karya Ibn
Muqri (sehingga bab Jinayat) dan Nadzam Hadiyyah ash-Shaadiq karya
al-Habib Abdullah bin Hussin bin Thohir. Selain itu beliau belajar kitabkitab karangan al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz dalam ilmu
faraidh dan munakahat, sebahagian dari kitab Minhaj, kitab-kitab
tasawwuf dan ilmu falak;

Habib 'Umar bin 'Alwi al-Kaaf beliau belajar ilmu Nahwu, Maani dan
Bayan.

Dengan

guru

beliau

ini

juga

beliau

mempelajari

kitab Mutammimah al-Ajrumiyyah danAlfiyyah serta syarah-syarahnya.


Beliau juga menghafal matan Alfiyyah;

Habib 'Alwi bin 'Abdullah Bin Syihaabuddin beliau mengikuti majlismajlis pengajian al-Habib Alwi di Rubath Tarim, juga mengikuti rohah
yang diadakan di kediamannya dan majelis Syeikh Ali bin Abu Bakar asSakran;

Habib Ja'far bin Ahmad al-'Aydrus beliau sering berulang-alik ke


tempatnya dan beliau memperolehi banyak ijazah daripadanya;

Habib Ibrahim bin 'Umar bin 'Aqil;

Habib Abu Bakar 'Atthas bin 'Abdullah al-Habsyi - beliau membaca kitab
al-Arbain al-Ushul karya Imam al-Ghazali;

Habib Salim bin 'Alwi al-Khird beliau membaca kitabMulhaq


al-Irab karya Abu Muhammad al-Qaasim bin Ali al-Hariri al-Bashri;

Habib 'Abdur Rahman bin Haamid as-Sariy beliau mempelajari ilmu


ushul, mempelajari matan Waraqat;

'Allaamah Syaikh Mahfuz bin Saalim az-Zubaidi beliau mempelajari


ilmu fiqih;

Syaikh Saalim bin Sa`id Bukayyir BaGhitsaan al-Mufti beliau belajar


fiqih;

Syaikh Fadhl bin Muhammad BaFadhl beliau mempelajari ilmu ushul,


mempelajari matan Waraqat;

Berangkat ke Baidho: Setelah kira-kira 8 tahun menuntut di Tarim, Habib


Zein telah disuruh oleh guru beliau Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz
untuk pindah ke Kota Baidha` untuk mengajar dan berdakwah di samping
meneruskan pengajian dengan para ulama di sana antaranya kepada mufti
Baidha`, Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Haddar. Kedatangannya ke Baidha`
disambut dengan penuh kegembiraan oleh Habib Muhammad bin 'Abdullah alHaddar. Habib Zein telah ditugaskan oleh Habib Muhammad al-Haddar untuk
mengajar dan membantu beliau dalam berdakwah. Kagum dengan beliau,
akhirnya Habib Muhammad al-Haddar telah menikahkan beliau dengan
puterinya. Habib Zein juga diijazahkan pelbagai riwayat oleh Habib Muhammad
bin 'Abdullah al-Haddar.

Habib Zein terus menetap di Baidha` dan meneruskan pengabdiannya terhadap


ilmu dan dakwah di mana beliau menjadi tempat rujuk dan mufti. Ketinggian
ilmunya diakui oleh para ulama sehingga Habib Muhammad al-Haddar
menyatakan bahawa apabila sesuatu permasalahan itu telah dijawab oleh Habib
Zein, maka tidaklah perlu untuk membuat rujukan lain.

Ijazah di bidang keilmuan: Selain itu beliau juga mendapat ijazah daripada
kalangan Saadah Baalawi dan para ulama dunia Islam, seperti: Al-Allamah alHabib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf, al-Allamah al-Habib Ahmad bin Musa
al-Habsyi, al-'Allamah al-Muhaddits Sayyid 'Alawi bin 'Abbas bin Abdul Aziz alMaliki al-Makki al-Hasani, al-Allamah al-Habib 'Umar bin Ahmad Bin Sumaith,
al-Allamah al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha al-Haddad, al-Allamah al-Habib
'Abdul Qaadir bin Ahmad as-Saqqaf, al-Allamah al-Habib Hasan bin Abdullah
bin Umar asy-Syathiri, asy-Syaikh Umar al-Haddad, al-Allamah al-Habib
Muhammad bin Ahmad asy-Syathiri, al-Allamah asy-Syaikh Abdullah bin Said
al-Lahji al-Hadhrami dan Sayyid Yusuf ar-Rifai al-Kuwaiti.

Berhijrah ke Madinah: Setelah kira-kira 21 tahun menetap di Baidho`


menyumbang ilmu dan berdakwah, maka pada bulan Ramadhan 1406, Habib
Zein telah berhijrah ke kota nenda beliau al-Mustafa , iaitu kota
Madinah al-Munawwarah, untuk menjadi pengasuh Rubath Habib 'Abdur
Rahman bin Hasan al-Jufri. Beliau berganding dengan Habib Salim bin
Abdullah bin Umar asy-Syaathiri untuk mengasuh Rubath al-Jufri tersebut.
Setelah Habib Salim pulang ke Tarim untuk mengasuh Rubath Tarim, maka
tanggungjawab di Rubath al-Jufri dipikul sepenuhnya oleh Habib Zein sehingga
kini [menurut khabar yang abu zahrah dengar, rubath tersebut telah diarahkan
tutup oleh pemerintah Saudi].
Walaupun beliau sudah mempunyai murid-murid di Madinah, beliau masih
mengambil peluang untuk menimba ilmu dari ulama ulama Madinah seperti:-

Syaikh Muhammad Zaidan asy-Syanqiti al-Maliki beliau mempelajari


ilmu ushul, membaca kitab at-Tiryaq an-Nafi ala Masail Jamul Jawami
karya al-Imam Abu Bakar bin Syahab dan kitab Maraqi as-Suud karya
Syarif Abdullah al-Alawi asy-Syanqitiy;

al-Allamah an-Nihrir Ahmaddu bin Muhammad Hamid al-Hasani asySyanqiti beliau membaca kitab Syarah al-Qathr, sebahagian daripada
kitab Ibnu Aqil, Idhaah al-Dujunnah karya Imam al-Maqqari, as-Sullam
al-Munauraq karya al-Akhdhari, Isadguji karya Imam al-Abhari, Itmam
ad-Dirayah li Qurra an-Naqayah karya as-Sayuthi, al-Maqsyur wa alMamdud dan Lamiyah al-Afal karya Ibnu Malik, Mughni Labib karya
Ibnu Hisyam, Jauhar al-Maknun dan kitab ilmu shorof. Guru beliau ini

memuji al-Habib Zein kerana semangat dan kesungguhan beliau dalam


menuntut ilmu.

Selain daripada melahirkan ramai murid yang menjadi ulama dan da`ie, beliau
juga telah menghasilkan beberapa karya yang berbobot, antaranya:-

al-Manhaj as-Sawi syarhu Ushul Thoriiqah as-Saadah Ali Baa'Alawi


karya beliau yang unggul dalam mensyarahkan ushul thariqah aal
BaAlawi. Pokok utama kitab ini mensyarahkan kata-kata al-Imam alMuhaqqiq al-Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi (wafat 1145H, murid dari
al-Imam Abdullah al-Haddad) iaitu: Thariqah Saadah Aal Baalawi
adalah ilmu, amal, wara`, khauf (takut kepada Allah) dan ikhlas
kepadaNya.

al-Ajwibah al-Ghaliyyah fi 'Aqidah al-Firqah an-Naajiyyah kitab ini di


dalam bentuk soal-jawab (buku telah al-Fagir dan teman-teman
terjemahkan, insyAllah akan berada di pasaran sedikit masa lagi ini).
Kitab ini mengulas tentang aqidah ahlussunah wal jamaah, yang berisi
tentang jawaban atas amaliyah golongan ahlussunah wal jamaah yang
selama ini dianggap oleh sekelompok kecil umat islam (bahasa
mudahnya Wahabi) sebagai amalan yang menyimpang dari ajaran Islam,

sedangkan amaliyah tersebut telah dilakukan oleh generasi terdahulu,


iaitu generasi sahabat, tabiin, tabiut tabiin dan terus menerus hingga
sekarang.

al-Fuyudhat ar-Rabbaniyyah min Anfas as-Sadah al-Alawiyyah kitab


ini menghimpunkan tafsir isyari kepada beberapa ayat-ayat al-Quran dan
hadits-hadits Nabawi yang beliau himpunkan daripada kalam Saadah
Alawiyyin.

al-Futuhat al-Aliyyah fi al-Khutbah al-Minbariyyah

(5 jilid)

merupakan himpunan khutbah-khutbah beliau.

Hidayah ath-Thalibin fi Bayan Muhimmat ad-Din kitab ini merupakan


syarah kepada hadits Jibril iaitu mengenai pengertian Islam, Iman dan
Ihsan.

Hidayah az-Zairin ila Adiyyah az-Ziyarah an-Nabawiyyah wa


Masyahid ash-Shalihin merupakan kumpulan doa para salaf (ulamaulama Saadah Alawiyyin terdahulu) yang diucapkan ketika menziarahi
Nabi dan makam-makam yang terletak di Haramain
(Makkah dan Madinah) dan Hadramaut.

an-Nujum

az-Zahirah

li

Saliki

Thariqi

al-Akhirah

merupakan

kumpulan daripada amalan-amalan para Saadah Baalawi beserta dengan


faedahnya.

Kitab Tsabat (Sanad-sanad dan masyaikh beliau) masih di dalam bentuk


manuskrip

dan lain-lain.

Peribadi dan kegiatan harian beliau: Beliau seorang yang sangat alim,
faqih dan arifbillah. Menghafal persoalan-persoalan di dalam mazhab Syafie.
Oleh kerana itulah ada yang mengelar beliau sebagai syafie shaghir di zaman ini.
Ketika di usia mudanya, beliau seorang yang bersungguh-sungguh di dalam
menuntut ilmu. Guru-guru beliau sering memuji beliau kerana kelebihan beliau
berbanding rakan-rakannya, juga kerana adab, suluk dan akhlaq beliau yang
baik.

Beliau seorang yang tawadhu. Terkenal khumul yang tidak sukakan kemasyhuran
dan tinggi sebutan. Lidahnya sentiasa basah dengan dhikruLlah. Tasbih hampir
tidak pernah berpisah daripadanya. Sentiasa berserban putih, memakai kain dan
rida sepertimana kebiasaan para salaf di Hadramaut.
Beliau mempunyai tertib khusus dalam membaca aurad dan adzkar sepanjang
siang dan malam disamping menjalankan tugas sebagai pengajar. Sentiasa
berqiyamullail dan kemudiannya beliau keluar menunaikan sholat Shubuh di
Masjid Nabawi dan duduk beritikaf sehingga terbit matahari. Setelah itu pulang
ke rubath untuk mengajar. Selepas ashar beliau mengadakan rohah sehingga
menjelang maghrib. Setelah maghrib mengajar sehingga Isya. Kemudian beliau
bersholat Isya di Masjid Nabawi dan setelahnya menziarahi datuk beliau yang
agong iaitu Rasulullah . Beliau menziarahi Rasulullah
setiap pagi dan petang (malam), sejak beliau bermukim di Madinah.
Setelah Isya, beliau mengajar dan mengadakan majlis di pelbagai tempat,
mengikut hari-hari yang di jadualkan.
Semoga Allah memelihara dan melanjutkan usia Habib Zein bin Ibrahim Bin
Sumaith, agar kita dan sekalian umat dapat mengambil manfaat dengan
keberadaan beliau di atas muka bumi ini. . al-Fagir memohon ampun maaf
andaikata terdapat kesalahan/kesilapan di dalam nukilan ini. Sekian.
Nukilan:
Al-Fagir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak,
Shubuh, 16 Syawwal 1431H

Sanad Thoriqah Saadah Ba'alawi dari al-Habib Zein

Anda mungkin juga menyukai