Anda di halaman 1dari 10

AGR 3102- Prinsip Sains Rumpai PJJ/UPMET

PRINSIP SAINS RUMPAI


AGR 3102

PROF. DR. ABDUL SHUKOR JURAIMI


MUHAMMAD SAIFUL AHMAD HAMDANI

Jabatan Sains Tanaman


Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan

i
AGR 3102- Prinsip Sains Rumpai PJJ/UPMET

PENGENALAN KURSUS

a. Maklumat Kursus

Jabatan : Jabatan Sains Tanaman


Nama Kursus : Prinsip Sains Rumpai
Kod Kursus : AGR 3102
Jam Kredit : 3 (2+1)
Contoh Penerangan dan Ringkasan Kursus
Kursus ini merangkumi 2 jam kuliah dan 3 jam amali seminggu. Bagi
memenuhi keperluan amali, pelajar perlu menyiapkan 1 tugasan
individu dan 3 tugasan berkumpulan yang dianggarkan akan
mengambil masa lebih kurang 42 jam semasa semester berlangsung.
Amali (jika berkenaan) akan dikendalikan mengikut kaedah ‘self-
learning’ memandangkan kaedah pembelajaran jarak jauh yang diikuti
pelajar tidak mengizinkan pertemuan yang kerap dilakukan.

b. Maklumat Penulis

Penulis Pertama : Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi


Penulis Kedua : En. Muhammad Saiful Ahmad Hamdani
Alamat : Jabatan Sains Tanaman
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
No. Telefon : 03 8947 4807/8 (Penulis Pertama)
No. Faks : 03 89408319 (Penulis Pertama)
Email : ashukor@agri.upm.edu.my;(Penulis Pertama)
ashukur@putra.upm.edu.my
s_ahmad@putra.upm.edu.my (Penulis Kedua)

ii
AGR 3102- Prinsip Sains Rumpai PJJ/UPMET

c. Objektif Kursus / Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1. Mengenal pasti rumpai di kawasan pertanian dan bukan pertanian (C4).
2. Menghubung kait faktor biologi dan ekologi yang mempengaruhi taburan,
komposisi serta dinamik spesis dan populasi rumpai (A4, CS).
3. Menentu ukur keberkesanan dan impak racun herba kepada rumpai dan
alam sekitar (P4, CPTS).

d. Sinopsis Kursus

Kursus ini meliputi prinsip, konsep, serta ekologi rumpai dalam pendekatan
pengurusan rumpai yang merangkumi pencaman, klasifikasi, pertapakan dan
kesesuaian habitat serta strategi mengawal dan mengurus rumpai di kawasan
pertanian dan bukan pertanian.

e. Kandungan Kursus

1. Pengenalan kepada sains rumpai


- definisi dan konsep rumpai
- perbezaan antara rumpai dan tanaman
- kesan rumpai dalam pertanian dan bukan pertanian

2. Biologi, ekologi dan taburan rumpai


- tabiat tumbesaran, habitat dan pertapakan
- klasifikasi
- komposisi dan ekologi

3. Rumpai dan manusia

iii
AGR 3102- Prinsip Sains Rumpai PJJ/UPMET

- peranan rumpai dalam kehidupan manusia


- masalah dan kebaikan rumpai

4. Pengawalan/pengurusan rumpai
- sejarah dan perkembangan kaedah pengawalan rumpai
- prinsip dan konsep pengawalan
- strategi pengawalan rumpai

5. Kaedah pengawalan/pengurusan rumpai


- kaedah kawalan secara mekanikal/fizikal
- kaedah kawalan secara kultur
- kaedah kawalan secara biologi
- kaedah kawalan secara kimia
- kawalan rumpai bersepadu (integrasi)

6. Racun herba (herbisid)


- sejarah dan perkembangan racun herba
- pengistilahan dan ketoksikan
- pengkelasan, sifat dan formulasi
- pengiraan bahan aktif dan dos semburan
- kalibrasi
- adjuvan

7. Tindakbalas racun herba dan interaksi racun herba dan persekitaran


- penyerapan
- pengangkutan
- mekanisma tindakan dan simptom kecederan pada rumpai
- faktor yang mempengaruhi cara tindakan dan sifat memilih racun
herba
- masalah kerintangan terhadap racun herba dalam populasi rumpai
- aktiviti, ketahanan dan masalah tentang sisa baki racun herba di dalam
tanah

8. Langkah keselamatan dalam penggunaan racun herba

iv
AGR 3102- Prinsip Sains Rumpai PJJ/UPMET

Jadual 1. Tajuk Unit dan Cadangan Peruntukan Jam Kuliah.

Unit Tajuk Cadangan


Jam Kuliah
1 Pengenalan kepada sains rumpai 2
2 Biologi, ekologi dan taburan rumpai 4
3 Rumpai dan manusia 2
4 Pengawalan/pengurusan rumpai 2
5 Kaedah pengawalan/pengurusan rumpai 5
6 Racun herba (herbisid) 7
7 Tindakbalas racun herba dan interaksi racun herba dan 5
persekitaran
8 Langkah keselamatan dalam penggunaan racun herba 1
Jumlah Jam Kuliah 28
*Pembelajaran Maya : 1 jam kuliah bersamaan dengan 3 jam pembelajaran kendiri

f. Panduan Tugasan/Amali (jika berkenaan)

Tajuk tugasan/amali yang dicadangkan:

1. Pencaman rumpai di makmal dan lawatan ke habitat-habitat berbeza


rumpai. Tugasan adalah secara individu.
2. Dua (2) kertas kerja (assignments) mengenai isu-isu dalam sains rumpai.
Tugasan adalah secara individu.
3. Menjalankan projek/kajian mengenai taburan ekologi rumpai dan kalibrasi
racun rumpai. Tugasan adalah secara berkumpulan.

g. Penilaian Kursus

v
AGR 3102- Prinsip Sains Rumpai PJJ/UPMET

Penilaian kursus ini terbahagi kepada:

*i. Ujian Pertengahan 20%


Kertas kerja 1 10%
Kertas kerja 2 10%
Kuiz 5%
Laporan amali dan tugasan berkumpulan 15%

ii. Peperiksaan akhir 40%

Jumlah keseluruhan 100%

* Penilaian kursus berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada


pensyarah/pengajar kursus pada semester berkenaan

Jadual 2. Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

No. Jenis Aktiviti/Pembelajaran Cadangan Jam Diperuntukkan


1 Perjumpaan bersemuka 4 jam
2 Pembelajaran kendiri 45 jam/minggu
3 Sesi tutorial (jika berkenaan) 4 jam
4 Pembelajaran berkumpulan 9 jam
5 Online (emel/telefon/LMS/kelas maya) 8 jam
antara pensyarah/pengajar dan pelajar
6 Latihan/kuiz 6 jam
7 Kertas kerja, tugasan amali dan projek 12 jam
Jumlah Jam Keseluruhan

h. Ujian Teori dan Tugasan

Ujian teori perlu diduduki oleh pelajar. Soalan ujian yang akan dikemukakan
adalah berdasarkan modul yang dimiliki. Bentuk soalan bagi Ujian

vi
AGR 3102- Prinsip Sains Rumpai PJJ/UPMET

Pertengahan adalah kombinasi objektif dan subjektif/esei, manakala bentuk


soalan bagi Peperiksaan Akhir adalah subjektif/esei. Maklumat mengenai
peperiksaan seperti bentuk soalan, bilangan soalan dan topik yang terlibat
akan dimaklumkan kepada pelajar semasa perjumpaan bersemuka. Bagi kertas
kerja, laporan amali/projek, pelajar akan dimaklumkan mengenai tajuk/topik
dan cara mengendalikan tugasan/projek semasa perjumpaan bersemuka.
Pelajar akan diberi tempoh dan tarikh penghantaran bagi setiap tugasan, dan
pelajar diwajibkan menghantar tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan. Nilai
keseluruhan markah ujian dan tugasan adalah bergantung kepada
pensyarah/pengajar berkenaan.

i. Peperiksaan Akhir

Soalan peperiksaan ini akan merangkumi kesemua topik dalam modul, walau
bagaimanapun penekanan diberi kepada topik-topik yang belum dinilai. Tutor
di pusat pembelajaran akan dimaklumkan mengenai topik-topik ini, atau
pelajar boleh berhubung terus dengan pensyaraha kursus untuk mendapatkan
maklumat terkini. Soalan peperiksaan akhir berbentuk kombinasi struktur dan
subjektif/esei.

j. Rujukan

vii
AGR 3102- Prinsip Sains Rumpai PJJ/UPMET

Pelajar boleh merujuk kepada bahan-bahan bacaan seperti tertera di bawah


untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai setiap topik pembelajaran
atau untuk tujuan tugasan.

1. Anderson, W. P. 2007. Weed Science: Principles and Application. Long


Grove : Waveland Pvt., Inc.

2. Jonathan, B. Gressel. 2002. Molecular Biology of Weed Control. United


Kingdom: Taylor and Francis (CRC Press.)

3. Monaco, T. J., Weller, S. C. and Ashton, F. M. 2002. Weed Science -


Principles and Practices (4th edition). New York : John Wiley & Sons.

4. Pal, H. 2006. Handbook of Sustainable Weed Management (Crop Science).


New York: Haworth Press.

5. Stephen, B. Powles and Shaner, D.L. 2001. Herbicide Resistance and


World Grains. CRC Press.

6. Zimdahl, R. L 2007. Fundamental of Weed Science (3rd edition).


Burlington : Academic Press, Inc.

KANDUNGAN
UNIT TAJUK MUKA SURAT

viii
AGR 3102- Prinsip Sains Rumpai PJJ/UPMET

1 INTRODUCTION TO WEED SCIENCE 1


a. What is Pest?
b. Plants, Crops & Weeds
c. What is Weed???
d. What is Weed Science???
e. Weed Distribution
f. Invasive Plants/Weeds
g. Impact of Weeds in Agriculture
h. Impacts of Weeds in Non-agriculture Areas
i. Concept of Weeds
2 BIOLOGY, ECOLOGY AND WEED DISTRIBUTION 6
a. Basic Weed Biology and Ecology
b. Classification of Weeds
c. How Weeds Interfere/Become Part of Human
Activity
d. Weed Establishment
e. Methods of Weed Dissemination/Spread
f. Successful Characteristics Ensuring Weed
Establishment

3 WEEDS AND HUMAN 13


a. Type of Losses Caused by Weeds to Crop
Production
b. Beneficial of Weeds???
c. Weeds Interference on Crops
4 WEED CONTROL 16
a. History of Weed Control
b. Approaches to Weed Control
c. Weed Control Practices/Strategies
d. Critical Period of Weed Control???
5 METHODS OF WEED CONTROL 22
a. Mechanical Weed Control
b. Cultural Weed Control
c. Biological Weed Control
d. Chemical Weed Control
e. Integrated Weed Management
6 HERBICIDE 31
a. Introduction to Herbicide
b. Herbicide Nomenclature
c. Herbicide Toxicity
d. Herbicide Classification
e. Herbicide Formulations
f. Adjuvants
g. Herbicide Calculations
h. Calibration
7 HERBICIDE ACTIVITIES IN PLANTS AND 51

ix
AGR 3102- Prinsip Sains Rumpai PJJ/UPMET

INTERACTION WITH THE ENVIRONMENT


a.Herbicide Absorption
b.Foliar-Applied Herbicides Absorption
c.Soil-Applied Herbicide Absorption
d.Herbicide Translocation
e.Herbicide Mode of Action and Injury Symptoms
f.Herbicide Selectivity
g.Evolution of Herbicide Resistance in Weed
Species
h. Herbicides Activity, Persistence and Residues in
Soil
8 HERBICIDE SAFETY GUIDLINES 71
a. Herbicide Labels and Safety Guidelines

Anda mungkin juga menyukai