Anda di halaman 1dari 17

FOLIO

SEJARAH
NAMA: QUDWATU AHSANA FAIEZI
BINTI FAIZUL
KELAS: I IBNU RUSYD
TAJUK: SUMBANGAN TAMADUN Islam
Sumbangan tamadun i
KEPADA MALAYSIA
S umbangan T amadun I slam

1.POLITIK
Dalam bidang politik, Islam
mementingkan corak hidup yang
sejahtera dan makmur. Islam juga
mementingkan kehidupan bernegara,
pemerintahan dan cara hidup
berteraskan keadilan, konsep ummah dan
sistem syura.
KEHIDUPAN BERNEGARA
 Semasa pemerintahan Nabi Muhammad
SAW, baginda merupakan ketua negara
yang bertanggungjawab menjaga
Madinah dan menyelesaikan masalah
rakyat melalui perlembagaan.
 Jawatan khalifah selepas kewafatan
Nabi Muhammad SAW juga berperanan
untuk menegakkan agama dan
mentadbir mengikut hukum syariah.
 Kerjasama antarabangsa dijalinkan
bagi tujuan dakwah dan silaturahim.
 Penerokaan wilayah baharu telah
menaikkan imej Islam.

Pemerintahan dan cara hidup


berteraskan Islam
 Cara pemerintahan yang adil
kepada semua penduduk meskipun
berbeza agama dan keturunan.
 Keadilan dan toleransi antara
kaum membawa kedamaian kepada
negara.
KOnsep ummah
 Tamadun Islam mewujudkan konsep
masyarakat yang lebih dikenali
sebagai ummah.
 Melalui konsep ummah ini,
masyarakat disatukan tanpa
mengira agama dan keturunan.
 Setiap anggota masyarakat
mempunyai tanggungjawab yang
sama, iaitu bekerjasama bagi
memajukan negara.
sistem syura
 Syura ialah mesyuarat yang
diadakan untuk mencapai
keputusan mengikut suara ahli
yang terbanyak.
 Diamalkan sejak zaman Nabi
Muhammad SAW dan diteruskan oleh
kepimpinan Islam seterusnya.
 Syura juga diamalkan bagi
mencapai keputusan secara
muafakat.
2.EKONOMI
Sumbangan Tamadun Islam juga dapat
dilihat dari segi ekonomi.
Contohnya,memperkenalkan amalan
ekonomi Islam, pengenalan Baitulmal,
menggalakan perniagaan dan perdagangan
serta memperluas pembinaan empangan
dan kemudahan asas lain.
Amalan ekonomi Islam
 Mengadakan sistem zakat dan
sistem wakaf untuk pembangunan
umat Islam.
 Mengadakan kutipan sistem cukai,
iaitu bayaran dalam bentuk wang
oleh sesebuah kerajaan atau
negara bagi individu atau
syarikat yang tujuan asalnya
adalah untuk membiayai segala
keperluan negara. Sistem cukai
yang pernah dilaksanakan di
negara Islam ialah cukai tanah
(al- Kharaj), cukai perlindungan
(suh al- Jizyah), cukai diri
(jizyah al- Ru’us) dan cukai
perdangangan 9 al ‘Usyr).
 Melarang memakan riba kerana
boleh menghancurkan konsep
keadilan dalam masyarakat.

 Mencegah penindasan dan penipuan


semasa berniaga, seperti
mengurangkan timbangan, boros,
kedekut, membazir, mengambil
keuntungan berlipat ganda dan
tidak amanah.
 Menggalakan manusia
menghasilkan produk yang bermutu
dan melakukan penyelidikan dalam
membangunkan ekonomi
 Tidak menyekat umatnya daripada
menjalankan perdagangan selagi
mengikut hukum syarak, seperti
mengeluarkan zakat dan menjaga
kebajikan masyarakat.
 Menyeru kita menghulurkan
bantuan dan bersedekah di
samping mengamalkan sikap
berjimat cermat.

Institusi baitulmal
 Fungsinya seperti perbendaharaan
negara yang mengurus kewangan untuk
pebangunan negara.
 Sistem ini telah diamalkan sejak
zaman Nabi Muhammad SAW dan
diteruskan oleh pemimpin- pemimpin
lain sehingga kini.

Sumber

Baitulmal

Harta melalui Harta hak Pelaburan dan


zakat milik umat sahamyang
masyarakat, Islam yang dijual kepada
contohnya: tidak jelas umat Islam
penggunaanya: melalui
 Zakat
fitrah, contohnya, institusi yang
zakat ditubuhkan oleh
 Sedekah,
harta, Baitulmal.
ternakan,
wasiat dan
pertanian, wakaf.
Harta negara,
emas,
contohnya:
perak.
Harta Segala harta
 Barang
 Cukai daripada warisan yang
perdagangan
perdagangan peperangan, tidak dapat
 Wang
 Sumber
simpanan contohnya: dihabiskan
kekayaan oleh waris
 Jizyah, atau tidak
alam
ghanimah berwaris
 Cukai harta
dan
3.SOSIAL
 Harta tanpa
waris
kharaj.
Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang
sosial adalah luas dan kekal hingga
sekarang. Hal ini terbukti dalam
pelbagai aspek seperti mengangkat
kedudukan wanita,memajukan
penyelidikan saintifik, memesatkan
kegiatan intelektual dan kemunculan
ilmuan Islam.

Islam mengangkat kedudukan dan


maruah wanita
Kedatangan Islam telah mengangkat
martabat dan memuliakan kedudukan wanita
di Malaysia. Contohnya, wanita mempunyai
peluang untuk mendapatkan pendidikan dan
menghadiri majlis ilmu. Wanita di
Malaysia juga dapat menyertai rancangan
realiti seperti “DAI” untuk meluaskan
pengetahuan terhadap Islam dan pada yang
sama menyebarkan ilmu yang dipelajari.
Siti Aisyah binti Abu Bakar as- Siddiq,
merupakan contoh wanita yang luas ilmunya
sehingga menjadi periwayat hadis serta
tempat bertanya kaum wanita dan para
sahabat tentang permasalahan hukum agama.
Begitu juga dengan Syafiah binti Abdul
Muthalib yang keluar berperang dengan
kaum wanita Madinah untuk memberikan
minuman dan merawat tentera yang
tercedera dalam Perang Uhud.
Teknik penyelidikan saintifik
Perkembangan penyelidikan bidang sains
dan teknologi dalam Tamadun Islam telah
membantu perkembangan industri
pengeluaran barangan . Begitu juga dalam
kaedah penyelidikan pertanian, seperti
sistem perairan, pemilihan benih dan baja
yang bermutu telah membawa kemajuan dalam
Tamadun Islam. Penyelidikan juga berlaku
dalam bidang astronomi, fizik, perubatan
dan kimia.

KEMUNCULAN ILMUAN
ISLAM
BIDANG TOKOH PENCAPAIAN
Ilmu Menghasilkan
sains dan sebanyak 80 buah
Kimia
karya berkaitan
perubatan dan
Jabir bin kimia. Himpunan
Hayyan hasil
(GEBER) penulisanya
dikenali sebagai
korpus Jabir.
Merupakan tokoh
Perubatan perubatan dan ahli
falsafah yang
masyhur dengan
Ibn bukunya al Qanun
fi al Tib.
Sina Ahli falsafah
( Avicenna) Barat, Albert yhe
Great telah
dipengaruhi oleh
karya Ibn Sina.
Menghasilkan lebih
Falsafah daripada 270 buah
karya menrangkumi
pelbagai bidang
Al – Kindi seperti logik,
muzik dan
perubatan. Tokoh
ilmuan atau
pengkaji Eropah
seperti Roger
Bacon dan
Descartes
terpengaruh dengan
idea Al Kindi.
Astronomi Beliau
dan falak memperkenalkan
asas ilmu
trigonometri,
menulis buku
tentang astronomi
AlBattani dan mencipta alat
(Albategnius) ukuran masa.
Geografi Kajian utama
beliau dalam
bidang kartografi
(peta) dan
Al Birumi geografi.
Kebanyakan orang
Eropah telah
belayar dengan
menggunakan peta
yang dicipta oleh
tokoh ini.

Matematik  Pengasas ilmu


algebra.
 Pengasaskitab
Hisab al Jabr wa
Al - al muqabalah
Khawarizmi yang telah
diterjemah ke
dalam pelbagai
bahasa.
Terjemahkan ke
dalam bahasa
Latin dilakukan
oleh Gerald of
Cremona dan
dijadikan teks
asas di
universiti
Barat.
Pelayaran  Pernah belayar
sampai ke India
dan Alam
Melayu.
Ibn Battuta  Bukun pelayaran
beliau
digunakan oleh
pelayar lain
selepas itu.

4.BIDANG SENI BINA


Seni bina bermaksud bidang seni untuk
mendirikan bangunan, reka bentuk dan
reka letak yang dibina oleh manusia.
Seni bina bangunan Islam boleh
dilihat pada masjid dan beberapa
bangunan bercorak Islam dengan
mempunyai ciri –ciri tertentu.
Dari sudut sejarahnya, seni bina
Islam bermula dengan pembinaan Masjid
Quba’ pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Pada zaman baginda, masjid berfungsi
sebagai tempat beribadat dan
menyampaikan segala maklumat dan
ilmu. Masjid tertua ini menjadi model
pembinaan masjid yang lain sehingga
kini.

Mempunyai
ruang
cahaya
untuk
keselesaan
Berunsurka beribadat
n luahan Terdapat
ruang
perasaan,
memisahkan
hening dan lelaki dan
aman Ciri – wanita
ciri
seni
bina
islam
Binaan yang Reka
kukuh, bentuk
selamat dan ruang
tahan lama sesuai
dengan
iklim
Pembinaan menara, mihrab dan
mimbar
 Seni bina Islam telah memperluas
seni bina menara. Menara dibina
dalam bentuk tirus dan memuncak
tinggi. Hal ini, bertujuan untuk
memastikan laungan azan didengari
dari jarak jauh.
 Mihrab juga dibina berfungsi sebagai
penanda arah kiblat dan menjadisatu
daripada elemen terpenting di dalam
sesebuah masjid.
 Terdapat juga mimbar yang digunakan
oleh imam untuk membaca khutbah atau
syarahan.

Menggalakkan perhiasan yang indah


 Tamadun Islam juga menghasilkan
bentuk bangunan yang indah, kubah
yang menarik, arca yang
mempersonakan dan seni khat serta
ukiran yang menakjubkan. Contohnya,
di Masjid Putra, Putrajaya,
Malaysia.
 Ukiran menjadi lebih berseni apabila
dihiasi kaca bertatah batu permata.
Fungsinya untuk mewujudkan rasa
tenang, sebagai pelengkap binaan dan
memperlihatkan keunikan seni bina
Islam.

Menghasilkan keunikan reka bentuk


 Reka bentuk pintu berentuk melengkung
yang melambangkan perasaan hormat dan
tunduk menjemput masuk ke dalam
masjid atau institusi itu.
 Identiti unik yang ketara ialah aspek
pengguaan air dan cahaya yang
berfungsi ubtuk menimbulkan kesan
dari segi penampilan ruang.

Mempunyai elemen estetika


 Seni bina Islam turut menggalakkan
penghayatan nilai estetika. Binaan
bangunan diperindah dengan ukiran
arabes, motif kaligrafi, geometri
dan cakerawala yang berfungsi
untuk memberikan keselesaan dan
ketenangan,
Menyesuaikan reka bentuk dengan iklim
setempat
 Seni bina Islam juga menerima
budaya setempat dan disesuaikan
dengan faktor geografi terutamanya
dalam aspek bentuk muka bumi,
cuaca, keadaan angin dan suhu.
Seni bina di Nusantara mempunyai
tingkap yang tersusun dengan
jumlah yang banyak. Keadaan ini
disebabkan oleh iklim Nusantara
yang panas dan lembap beserta
hujan yang kerap. Fungsi tingkap
yang banyak adalah untuk
penyejukan dan pengudaraan.
Contohnya, pada Masjid Tengkera,
Melaka.

Anda mungkin juga menyukai