Anda di halaman 1dari 2

SJK (T) LADANG PERAK RIVER VALLEY

LAPORAN PENCERAPAN BERSAMA

Aktiviti pencerapan bersama telah diadakan seperimana yang telah dirancang pada awal
tahun 2017 di SJK (T) Ladang Perak River Valley. Hasil daripada perlaksanaan ini kita
mengetahuii bahawa Pencerapan Bersama merupakan proses penyeliaan yang merangkumi ciri-
ciri seperti perhatian pengajaran secara langsung,pengumpulan data dari pemerhatian,
pengalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.

Semasa pencerapan bersama guru yang mengajar serta guru yang mencerap serta guru –
guru yang lain bersama-sama dapat memperbaiki kelemahan pembelajaraan dan pemudahcaraan
serta memperkembangkan potensi dan kemahiran masing – masing dalam pdpc pada hari
tersebut. Aktiviti ini diadakan secara berperingkat. Anatar langkah-langkah Dalam Pencerapan
Bersama adalah Sidang Prapemerhatian, Pemerhatian, Analisis dan Sidang Pasca Pemerhatian

Peringkat pertama dilaksanakan dengan tujuan mewujudkan kefahaman yang menyeluruh


(kerangka mental) dan langkah-langkah (prosedur) bagi setiap peringkat pencerapan yang akan
berlaku. Guru – guru yang mencerap berusaha menjalinkanperhubungan dan membantu bahawa
tujuannya adalah untuk membantuk beliau dalam aspek-aspek profesional. Peringkat ini juga
digunakan untuk menentukan fokus pemerhatian yang dipersetujui bersama.

Dalam peringkat ini guru – guru telah memerhati pengajaran yang disampaikan oleh guru
dan membuat catatan (data). Pencerap juga menyediakan huraian data bagi membantunya semasa
sesi bimbingan. Pemerhatian dilakukan sepanjang waktu pengajaran bagi mata pelajaran
berkenaan.

Semasa aktivi dilaksanakan guru yang menceraptelah berbincang mengenai apa yang
telah dicatat semasa pemerhatian dengan memberi fokus kepada apa yang telah dipersetujui.
Serta turut merancang strategi pencerapan yang akan dikendalikan.
Pencerap mengkategorikan data, menyediakan strategi tindakan sidang pasca pemerhatian,
soalan dan kesimpulan. Dalam sidang ini guru - guru berbincang dengan guru yang mengajar
tentang pengajaran dengan merujuk kepada perkara-perkara (episod-epidod) tertentu dalam
pelajaran Proses – proses sebegini membantu kami, menganalisis sidang pasca pemerhatian bagi
mengkahji semula strategi pencerapan dan membuat penilaian kendiri.

Secara keseluruhannya, guru – guru telah mencapai objektif aktiviti pencerapan bersama.
Aktivi – aktiviti sebegini perlu dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan kualiti PDPC
dan pembangunan murid sentiasa terjamin.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

……………………………………. …………………………………….

(Mohan Kumar A/L Veeramuthu) ( )

SJK(T) Ladang Perak River Valley.

Disahkan Oleh,

…………………………………….

( )

Anda mungkin juga menyukai