Anda di halaman 1dari 16

Bab 8 Pengurusan penyakit

B. L. Ho, S. Y. Mah dan M. N. Mohamad Roft

Pendahuluan
Penyakit adalah salah satu daripada faktor penghalang utama dalam pengeluaran sayur-sayuran. Kenyataan ini
bukan hanya diakui di negara kita tetapi juga di seluruh dunia. Dengan bertambahnya keluasan ladang, wabak
penyakit sering berlaku dan pengurusan tanaman semakin rumit. Keadaan ini bertambah teruk kerana petani
lebih mementingkan permintaan pasaran dan tidak mengikut amalan kultur yang betul.
Cuaca panas dan lembap serta pengudaraan yang tidak mencukupi menjadikan keadaan sesuai untuk
pertumbuhan patogen-patogen terutamanya bakteria dan kulat. Tambahan lagi, penanaman yang berterusan pada
tapak yang sama menggalakkan wabak penyakit oleh patogen tanah.

Penyakit
Penyakit ditakrifkan sebagai suatu keadaan pokok yang sihat atau normal berubah menjadi buruk atau berbeza
daripada keadaan biasa. Penyakit disebabkan oleh agen biotik atau agen abiotik. Dalam bab ini, hanya penyakit
sayur yang disebabkan oleh agen biotik dibincangkan. Agen ini dipanggil mikrob atau patogen dan terdiri
daripada lima golongan iaitu kulat, bakteria, virus, nematod dan mikoplasma. Patogen yang penting dan sering
menyerang sayur ialah kulat, bakteria dan virus.
Penyakit terjadi apabila terdapat ketiga-tiga faktor yang berikut:
 Patogen
 Perumah
 Persekitaran
Penyakit bertambah buruk sehingga menjadi wabak jika adanya:
 Patogen yang virulen
 Perumah yang rentan
 Persekitaran yang sesuai

Pokok yang diserang penyakit akan menunjukkan perubahan fisiologi dan morfologi yang berbeza daripada
pokok yang sihat. Perubahan ini dikenali sebagai gejala. Penyakit sayur yang penting boleh digolongkan
mengikut organisma penyebab seperti kulat, bakteria dan virus.

Penyakit disebabkan kulat


Kulat merupakan kumpulan patogen sayur yang amat penting. Semua jenis sayur pada setiap peringkat
pertumbuhan terdedah kepada serangan kulat.
Kulat mempunyai dua cara utama untuk memperoleh makanan sama ada sebagai saprofit atau parasit. Kulat
saprofit mendapat makanan daripada tisu yang sudah mati atau reput. Manakala kulat parasit pula, hidup dalam
tumbuhan hidup dan selalunya memusnahkan tumbuhan semasa kulat ini membesar. Kebanyakan kulat saprofit
dan beberapa kulat parasit boleh tumbuh dengan baik dalam media buatan seperti media agar.
Serangan kulat boleh dibahagikan kepada 3 fasa:
 Kulat mesti bersentuh dengan organ tumbuhan tersebut
 Kulat mesti masuk ke dalam tumbuhan
 Kulat mesti tumbuh di dalam atau di antara sel tumbuhan yang selalunya menyebabkan kematian sel, tisu
atau organ

Percambahan spora kulat di dalam tanah biasanya dirangsang apabila keadaan suhu dan lembapan tanah
sesuai. Eksudat yang dikeluarkan oleh akar tumbuhan hidup turut menggalakkan percambahan spora seperti
jangkitan Phytophthora pada cili dan tomato.
Bagi jangkitan daun dan batang, spora kulat bercambah tanpa pertolongan perumah. Bagaimanapun,
eksudat yang mengandungi gula dan asid amino yang dikeluarkan oleh tumbuhan yang tercedera atau buah yang
reput boleh juga merangsang percambahan spora serta membantu kemasukan hifa ke dalam tumbuhan. Jenis
jangkitan ini boleh dilihat pada penyakit antraknos cili dan kacang, penyakit hawar daun tomato dan penyakit
bintik daun Cercospora kacang buncis.
Kulat parasit biasanya memasuki perumah melalui tiga cara:
 Luka Contoh: penyakit Rhizoctonia
 Stoma dan lentisel Contoh: penyakit hawar daun Alternaria pada kubis dan tomato, penyakit hawar
batang dan daun oleh Cercospora, Helminthosporium dan Colletotrichum
 Kutikel dan epidermis Contoh: penyakit kulapuk berdebu pada kubis, timun dan petola

40
Penyakit disebabkan bakteria
Bakteria mempunyai satu sel dan hanya dapat dilihat menerusi mikroskop. Semua bakteria patogen tumbuhan
berbentuk batang dan gram-negatif. Mengikut bilangan flagelum, susunan flagelum dan warna kulturnya atas
agar, bakteria boleh dikelaskan kepada lima golongan iaitu:
 Agrobacterium
 Corynebacterium
 Erwinia
 Pseudomonas
 Xanthomonas
Setiap jenis bakteria patogen akan menyerang tumbuhan dan menunjukkan gejala-gejala tertentu. Gejala
penyakit terjadi daripada tindak balas tumbuhan terhadap enzim atau toksin yang dikeluarkan oleh bakteria di
dalam tumbuhan yang diserang.
Bakteria menyerang tumbuhan melalui saluran seperti stoma, hidatod, lentisel, bunga dan luka. Selepas
memasuki tumbuhan, bakteria terus membiak dan merebak melalui ruang antara sel atau berkas pembuluh.
Kalau cara merebaknya melalui ruang antara sel, gejalanya ialah bintik daun, hawar daun, reput berair, hipertrofi
dan mati rosot. Kalau cara merebaknya adalah melalui berkas pembuluh, maka gejalanya ialah layu pokok atau
daun, mati rosot dan hawar daun.

Penyakit disebabkan virus


Virus adalah sejenis patogen yang amat halus, bersifat parasit obligat dan hanya boleh membiak di dalam
perumah hidup yang rentan sahaja. Dengan menggunakan mikroskop elektron, beberapa pengkaji virus
menjumpai beberapa bentuk virus seperti bulat, isometrik, peluru dan batang. Terdapat juga virus yang wujud di
dalam selaput.
Aktiviti utama virus setelah memasuki perumah adalah mengeluarkan asid nukleik. Asid nukleik ini
merupakan komponen yang menyebabkan jangkitan. Tanpa asid nukleik, jangkitan tidak boleh berlaku.
Komponen ini dilindungi oleh selaput protein.

Gejala penyakit
Gejala yang disebabkan oleh kulat, bakteria, dan virus adalah berbeza. Setiap jenis gejala mempunyai ciri-ciri
tertentu atau hampir-hampir serupa bagi beherapa gejala penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan kulat.

Penyakit disebabkan kulat


Penyakit yang disebabkan oleh kulat biasanya dikelaskan mengikut bahagian tumbuhan yang dijangkiti serta
jenis gejala yang ditunjukkan. Berdasarkan ini, beberapa jenis penyakit dikelaskan seperti yang berikut:

Lecuh atau hawar anak benih Lesi pada batang menyebabkan batang anak benih melecuh dan patah.
Kadang kala sistem akar juga rosak, seperti pada tanaman kubis (Gambar 8-1), lobak merah, ubi kentang dan
bayam yang diserang oleh Phytophthora.

Gambar 8-1. Lecuh atau hawar anak benih Gambar 8-2. Hawar pada tomato
pada kubis

41
Reput akar Penyakit ini menyebabkan reput pada sistem akar dan mengakibatkan pokok mati. Contohnya,
reput akar Rhizoctonia pada kubis, cili dan tomato.

Hawar Luas kawasan tisu yang bernekrosis pada daun mengakibatkan daun pokok mati. Contohnya,
hawar Phytophthora tomato yang disebabkan oleh Phytophthora integra (Gambar 8-2).

Layu Gejala adalah seperti kekurangan air pada pucuk dan daun muda. Walau bagaimanapun, jika diberi air
pokok tidak akan pulih. Penyakit layu yang disebabkan oleh Fusarium dan Verticillium terdapat dengan meluas
pada sayur-sayuran.

Kulapuk Miselium berkembang di dalam daun di lapisan mesofil dan menutup sebahagian atau kesemua
permukaan daun. Penyakit ini boleh merebak ke tangkai daun dan batang. Akibat daripada itu, daun menjadi
kuning, perang dan nipis dan seterusnya gugur awal. Contohnya kulapuk downi pada timun (Gambar 8-3).

Gambar 8-3. Kulapuk downi pada timun Gambar 8-4. Bintik Cercospora pada cili

Bintik daun Lesi berbintik-bintik ter-dapat


pada daun. Penyakit bintik daun boleh
disebabkan oleh genus kulat seperti
Alternaria, Cercospora (Gambar 8-4),
Helminthosporium dan Phyllosticta.

Mati rosot Mati rosot ialah kematian pucuk,


bermula dari hujung dan merebak ke batang
utama. Contohnya mati rosot pada cili yang
disebabkan oleh Choanephora cucurbitarum.

Penyakit disebabkan bakteria


Gejala yang disebabkan oleh serangan
bakteria boleh dikelaskan kepada empat
golongan iaitu:
Gambar 8-5. Hawar bakteria pada kubis
Bintik Gejala ini biasanya disebabkan
oleh bakteria daripada genus Xanthomonas dan Pseudomonas. Daripada bintik daun, gejalanya boleh bertambah
teruk kalau serangannya serius dan bintik-bintiknya bercantum menjadi hawar daun. Gejala ini boleh juga
terdapat pada buah dan batang tomato. Contohnya hawar bakteria kubis (Gambar 8-5) yang disebabkan oleh
Xanthomonas campestris dan bintik bakteria tomato yang disebabkan oleh Xanthomonas vesicatoria.

42
Layu Gejala ini boleh dilihat pada daun dan batang dan
disebabkan oleh bakteria genus Pseudomonas. Pokok yang layu
akhirnya akan mati. Contohnya layu bakteria tomato (Gambar 8-
6), cili, terung dan halia yang disebabkan oleh Pseudomonas
solanacearum.

Reput Gejala ini disebabkan oleh bakteria daripada genus


Erwinia dan Xanthomonas. Contohnya, reput berair kubis
(Gambar 8- 7) yang disebabkan oleh Erwinia carotovora dan
reput hitam kubis yang disebabkan oleh Xanthomonas campestris.

Gambar 8-6. Layu bakteria pada tomato Gambar 8- 7. Reput berair pada kubis
Mati rosot Serangan ini mengakibatkan pucuk
pokok mati. Bakteria yang menyebabkan gejala Gambar 8-8. Mozek pada kacang panjang
ini ialah Erwinia dan Pseudomonas. Pokok yang
diserang akhirnya akan mati.

Penyakit disebabkan virus

Gejala pada daun Daun yang dijangkiti virus akan menunjukkan berbagai-bagai gejala. Antara gejala yang
ditunjukkan ialah perubahan warna terdiri daripada mozek (Gambar 8-8), lesi terhad, nekrosis (Gambar 8-9) dan
bintik gelang (Gambar 8-10). Contohnya, tomato yang diserang oleh virus layu berbintik tomato (TSWV), daun
berubah warna daripada hijau menjadi ungu.
Secara am, apabila pokok dijangkiti virus, daun juga akan berubah bentuk dan menjadi lebih kecil.
Perubahan ini termasuk daun berkeriting, daun bergulung dan daun berbentuk fili (Gambar 8-11). Apabila
jangkitan terlalu serius, daun akan gugur.

Gejala pada bunga Sayur yang dijangkiti virus jarang sekali menunjukkan perubahan warna pada bunga.
Namun begitu, perubahan yang terdapat ialah pembentukan kaliks dan ranggi yang tidak normal. Bagi cili yang
dijangkiti virus rintik urat cili, (CVMV), sisi rangginya menjadi bengkang-bengkok dan hujungnya melengkung
ke dalam.

43
Gejala pada buah Gejala yang ditunjukkan ialah pembentukan buah yang tidak menentu dan perubahan
warna. Cili, tomato dan timun yang dijangkiti virus mempunyai permukaan buah yang kasar, buahnya terpulas
dan kecil. Buah cili muda menunjukkan jalur hijau muda selebar 1-2 mm manakala buah yang telah masak
menunjukkan tompok hijau dan merah seolah-olah kematangan tidak seragam. Buah tomato yang dijangkiti
virus mozek tembakau (TMV) pula menunjukkan gejala masak bertompok, perang dalaman dan bintik gelang
bergabus tetapi gejala yang sering dijumpai
ialah masak bertompok. Gejala buah
terpulas, buah berjalur dan buah masak
bertompok ditunjukkan dalam Gambar 8-
12.

Gambar 8-10. Bintik gelang pada cili

Gejala pada batang Lazimnya pokok sayur yang dijangkiti


virus akan menunjukkan gejala lesi atau bengkak-bengkak pada
batang. Pembentukan lesi dapat dilihat pada pokok cili yang

Gambar 8-9 Nekrosis pucuk pada cili


dijangkiti TMV manakala CVMV pula akan
menyebabkan batang cili membengkak. Selain
itu, jika batang cili yang dijangkiti TMV
dibelah, lesi bernekrosis pada bahagian empulur
dapat dilihat

Gejala seperti jangkitan virus Terdapat juga


dalam keadaan tertentu, pokok menunjukkan
gejala seolah-olah dijangkiti virus. Antara bebe-
rapa faktor yang menyebabkan keadaan ini
ialah:
 Ketidaknormalan genetik
 Kekurangan nutrien
 Kerosakan oleh racun rumpai
 Kecederaan oleh hama dan serangga
 Kecederaan akibat pencemaran
 Kesan antibiotik

Gejala pendam Kadang kala gejala penyakit


virus tidak kelihatan dan ini dinamakan gejala
pendam. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa
faktor seperti persekitaran, lebihan atau
kekurangan nutrien, ketahanan perumah dan

44
Gambar 8-11. 1 = Berkeriting (cili),
2 = Bergulung dan 3 = Berbentuk fili (cili)
jangkitan bercampur.

Gambar 8-12. Gejala buah terpulas (timun), buah berjalur (cili) dan buah masak bertompok (tomato)

Cara-cara penyakit merebak

Penyakit disebabkan kulat


Kulat mempunyai cara-cara khas untuk bersebar ke tumbuhan yang lain. Spora kulat yang dibebaskan di dalam
tanah biasanya bergerak mengikut lapisan air di dalam tanah. Kebanyakan kulat parasit akar pula merebak
secara perlahan-lahan melalui akar. Contoh-contoh penyakit ini ialah penyakit akar tongkol pada sayuran
Brassica yang disebabkan oleh Plasmodiophora brassicae dan penyakit Phytophthora pada tomato. Kulat juga
boleh disebar melalui angin. Cara ini merupakan cara penyebaran utama bagi kulat yang menjangkiti daun dan
batang. Penyebaran jenis ini bergantung pada banyak faktor seperti kelajuan angin, saiz spora, permukaan
tumbuhan serta cara pembebasan spora. Contoh penyakit bawaan angin ialah penyakit Antraknos pada cili,
penyakit karat pada kacang panjang dan kekacang yang lain, penyakit daun Cercospora pada kacang buncis dan
tomato dan penyakit kulapuk downi pada timun dan petola.
Cara ketiga bagi penyebaran kulat adalah melalui percikan air hujan. Percikan air hujan ini membawa
spora kulat daripada satu daun ke daun yang lain dan daripada tanah ke atas daun serta batang. Contoh cara

45
penyebaran ini terdapat pada penyakit Sclerotia tomato, cili, terung dan penyakit reput Corticium sawi.
Penyakit disebabkan bakteria
Penyakit yang disebabkan oleh bakteria merebak di ladang daripada dua punca iaitu biji benih dan tanah. Pokok
yang dibiakkan melalui biji benih atau ditanam di atas tanah yang mengandungi bakteria, mudah diserang
penyakit. Daripada pokok-pokok yang berpenyakit ini, penyakit boleh merebak ke pokok-pokok lain di ladang
melalui hujan, angin, serangga dan peralatan penanaman.

Penyakit disebabkan virus


Virus tidak boleh membiak tanpa jangkitan pada perumah. Untuk menjangkiti perumah, virus terpaksa
bergantung pada cara-cara penyebaran yang berkesan. Secara am, virus disebar melalui beberapa cara seperti
biji benih, debunga, vektor, pembiakan tampang dan secara mekanik.

Pengurusan penyakit

Penyakit disebabkan kulat


Pengawalan secara kimia Kebanyak penyakit kulat boleh dikawal pada peringkat awalnya dengan
menggunakan racun kulat terpilih secara berterusan sama ada untuk membunuh atau menghalang perkembangan
kulat.
Penggunaan varieti rintang Petani digalakkan menggunakan varieti rintang atau tahan terhadap penyakit.
Cara ini dapat menjimatkan kos dan tenaga buruh dalam penyemburan racun kulat.
Pengawalan secara amalan kultur Kaedah amalan kultur juga amat penting dalam kawalan penyakit.
Pengawalan secara amalan kultur melibatkan beberapa kaedah yang membawa kebaikan pada tanaman tetapi
tidak sesuai untuk mengawal penularan penyakit. Contohnya, penyakit layu Fusarium dan Verticillium disebar
melalui tanah dan tumbuhan yang reput. Dengan itu, sistem penananam giliran menggunakan tumbuhan yang
tidak rentan pada penyakit layu akan mengatasi masalah tersebut. Penanaman yang lebih awal atau lebih lewat
untuk mengelakkan pengutipan hasil cili dan tomato pada musim lembap juga merupakan satu cara bagi
mengelakkan jangkitan penyakit. Siraman yang dilakukan pada awal pagi boleh mengelak keadaan yang terlalu
lembap pada waktu petang yang seterusnya mengurangkan jangkitan penyakit kulapuk downi. Di samping itu,
program pembajaan yang seimbang akan mengekalkan kesuburan tanaman dan akan mengurangkan berlakunya
penyakit.
Pengurusan penyakit bersepadu Pengurusan Penyakit Bersepadu mengambil kira ketahanan varieti,
peringkat berlaku jangkitan, amalan kultur untuk setiap tanaman dan penyakit, faktor persekitaran dan iklim,
serta kawalan biologi. Dengan cara ini, semua kaedah disepadukan kecuali kimia yang akan digunakan jika
perlu.

Penyakit disebabkan bakteria


Penggunaan varieti rintang/tahan Cara ini paling sesuai buat masa ini. Kaedah ini berkesan serta murah
dan dapat mengawal penyakit dengan lebih lama.
Pengawalan secara amalan kultur Cara ini termasuk penanaman giliran dengan menggunakan jenis
tanaman berlainan keluarga dalam tempoh satu tahun setiap pusingan. Pokok-pokok yang berpenyakit dicabut
dan dibakar. Pokok mesti ditanam di atas batas terutama sekali pada musim hujan. Cara cantuman pokok dapat
digunakan dengan berkesan jika pokok penanti tahan pada penyakit berkenaan.
Pengawalan secara biologi Cara ini dapat dilaksanakan melalui jenis bakteria yang boleh mengeluarkan
toksin dan virus yang dapat menyerang bakteria. Toksin yang dikeluarkan dapat membunuh patogen yang
menyerang sesuatu tanaman.
Pengawalan secara kimia Biji benih yang disyaki mengandungi bakteria boleh dirawat dengan merkurik
klorida pada kadar 0.001%. Sebatian kuprum dan antibiotik seperti streptomisin atau teramisin atau
campurannya boleh digunakan untuk mencegah penyakit bakteria. Tetapi masalahnya ialah keracunan dan harga
antibiotik lebih mahal daripada kimia lain. Kegunaan antibiotik yang berterusan boleh mengakibatkan bakteria
menjadi rintang. Kimia seperti Jeypine dan serbuk peluntur biasa boleh juga digunakan. Bagi bakteria bawaan
serangga, serangga ini dapat dikawal dengan menggunakan racun serangga.
Pengurusan penyakit bersepadu Seperti juga pada penyakit kulat, semua kaedah yang berkesan
digabungkan kecuali cara kimia yang akan digunakan jika perlu. Komponen yang penting ialah penggunaan
varieti yang rintang, amalan kultur dan pengawalan secara biologi.

Penyakit disebabkan virus


Sehingga kini, pengawalan virus secara langsung yang praktis masih belum diperoleh. Walaupun dengan adanya

46
bahan antivirus seperti analog purin dan pirimidin, namun penggunaannya sukar dan mahal. Oleh itu,
pengawalan secara tidak langsung seperti yang dibincangkan disyorkan.
Pengawalan secara kimia Memandangkan virus disebar melalui vektor, maka pengawalan ini sering
diamalkan. Walaupun disembur dengan racun kimia namun vektor masih boleh menyebar virus kerana sewaktu
hinggap pada tanaman, virus telah pun disuntik ke dalam pokok sebelum serangga tersebut mendapat kesan
racun. Oleh itu, pengawalan secara kimia sahaja tidaklah begitu berkesan dalam pengawalan vektor bagi virus.
Walau bagaimanapun, pengawalan secara kimia bersama-sama dengan cara pengawalan lain seperti pengawalan
secara amalan kultur, penggunaan varieti rintang dan lindungan silang dapat memberi kawalan dengan lebih
berkesan.
Pengawalan secara amalan kultur Amalan ini menitik beratkan cara-cara menghalang kemasukan vektor
pada tanaman. Cara ini dilakukan dengan menjaga kawasan supaya bersih daripada rumpai dan tanaman yang
telah dijangkiti. Amalan agronomi yang baik hendaklah diikuti juga. Selain itu, penggunaan tanaman perintang
seperti jagung dan sungkupan disyorkan untuk menghalang kemasukan vektor. Namun begitu, pengawalan
secara ini tidak mungkin berjaya sekiranya benih yang digunakan berpenyakit dan alat ladang yang digunakan
tercemar.
Penggunaan varieti rintang Penggunaan varieti rintang adalah antara komponen yang digunakan dalam
pengurusan penyakit virus. Negara seperti Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Taiwan telah mewujudkan
beberapa varieti sayur yang rintang terhadap jangkitan virus.
Lindungan silang Penemuan satu strain yang boleh menggagalkan pembentukan gejala oleh strain yang
lain telah membuka jalan kepada konsep lindungan silang. Sehingga kini, hanya virus mozek tembakau (TMV)
dan virus mozek timun (CMV) didapati berjaya dikawal secara ini. Dua strain TMV iaitu P8 dan P11 dari negara
Belanda telah didapati berkesan pada TMV biasa bagi tanaman tomato dan cili. Selain itu, RNA 5 (f1) dari
CMV juga didapati boleh mengawal CMV biasa bagi tanaman tomato dan cili.
Pengurusan penyakit bersepadu Seperti penyakit yang disebabkan oleh kulat dan bakteria, penyakit
yang disebabkan virus dapat juga diurus melalui konsep pengurusan penyakit bersepadu.

Pengurusan penyakit pada sayur-sayuran terpilih


Penyakit-penyakit kulat, bakteria dan virus yang sering menyerang sayur-sayuran disenaraikan dalam Lampiran
8-1. Dalam lampiran ini maklumat mengenai gejala penyakit dan cara-cara pengurusan penyakit dihuraikan
dengan lebih mendalam.

Bibliografi
Anon. (1982). Handbook of plant diseases in colour Vol. 1 Queensland: Dep. of Primary Industries
Bos, L. (1978). Symptoms of virus diseases in plants Ed. ke-3. Wageningan: Centre for Agricultural Publishing
and Documentation
Dixon, G. R. (1981). Vegetable crop diseases 404 him. Westport, Connecticut: AVl Publishing Co. Inc.
Macnab, A. A., Sherf, A. F. dan Springer, J. K. (1983). Identifying diseases of vegetables Pennsylvania: Coll. Of
Agri., Pennsylvania State Univ.
Mah, S. Y. (1987). Pictorial guide to some important diseases and disorders of tomato. MARDI Rep. No. 115 21
hlm. Serdang: MARDI
Mohamad Roff, M. N. dan Ho, B. L. (1989). Penyakit virus pada cili dan cara pengurusannya. Teknol. Sayur-
sayuran, MARDI 5: 7 -11
Quebral, F. C. (1973). Pictorial guide to vegetable diseases in the Philippines. Vegetable Research and
Extension Program Bulletin No.1:40

47
Lampiran 8-1. Pengurusan penyakit bagi sayur-sayuran terpilih

Cara mengurus Bil. hari sebelum


Penyakit (agen Varieti
Gejala memungut hasil
penyebab) rintang/tahan Amalan kultur Kimia
(jika cara kimia)

Asparagus
Hawar Cercospora Bintik perang berbentuk bujur Tiada - 1. Benomil
(Cercospora asparagi) pada batang dan daun Benlate(WP) 7
2. Maneb
Manzate D (WP) 14
3. Mankozeb
Dithane M-45 (WP) 14
Shell mancozeb (WP) 14
Mega MZ (WP) 14
Manzate 200 (WP) 14
4. Kaptan
Captan (WP) 3

Bintik berpusar Bintik berpusar berwarna Tiada - 1. Mankozeb-karbendazim


(Colletotrichum sp.) jerami padi pada batang Delsene MX 200 (WP) 14

Reput Phytophthora Batang pokok lembut dan reput Tiada - 1. Metalaksil-mankozeb


(Phytophthora sp.) Ridomil MZ (WP) 14

Reput akar (Fusarium Kulat ini menyerang melalui Tiada - 1. Benomil


spp.) tanah dan menyebabkan daun Benlate (WP) 7
bertukar warna menjadi kuning.
Pokok bantut
Bawang merah
Tompok Alternaria Bintik ungu pada seluruh daun Tiada 1. Maneb
(Alternaria porri) Manzate-D (WP) 14
2. Mankozeb
Dithane M-45 (WP) 14
3. Klorotalonil
Daconil 2787 (WP) 7
Bravo 50 (WP) 7

48
Penyakit (agen Varieti Cara mengurus Bil. hari sebelum
Gejala
penyebab) rintang/tahan Amalan kultur Kimia memungut hasil
(jika cara kimia)
Bendi
Penyakit daun Cercospora Bintik hitam pada daun Tiada - 1. Benomil
(Cercospora hibisci) mengakibatkan nekrosis daun Benlate (WP) 7
2. Mankozeb-karbendazim
Delsene MX 200 (WP) 14
3. Klorotalonil
Daconil 2787 (WP) 7
Bravo 50 (WP) 7
Cili
Antraknos Bintik berpusar berwarna hitam Tiada 1. Mengawal rumpai 1. Mankozeb
(Colletotrichum capsici) dan perang pada daun dan buah 2. Menanam/membakar buah-buah Dithane M-45 (WP) 14
yang berpenyakit Manzate-200 (WP) 14
Shell mancozeb (WP) 14
Mega MZ (WP) 14
Delsene MX 200 (WP) 14

Bintik daun Cercospora Bintik mata burung pada daun Tiada - 1. Benomil
(Cercospora capsici) Benlate (WP) 7
2.Klorotalonil
Daconil 2787 (WP) 7
Bravo 50 (WP) 7

Reput pangkal/layu Kulat tumbuh dari pangkal dan Tiada 1. Rawat biji benih 1. Tiram -
(Sclerotium rolfsii) pokok menjadi layu 2. Sembur racun sebelum menanam 2. Benomil
Benlate (WP) -
3. Ouintozene
Terrachlor (WP) -

Reput Phytophthora Bintik hitam pada daun, batang Tiada Menghalang buah daripada berjuntai 1. Kuprum oksiklorida
(Phytophthora capsici) dan akar. Jika reput pada batang dan terkena tanah Coprantol 870 (WP) 0
dan akar akibatnya pokok layu Cobox (WP) 0
dan mati 2. Propineb
Antracol (WP) 14
3. Klorotalonil
Daconil 2787 (WP) 7

49
Penyakit (agen Varieti Cara mengurus Bil. hari sebelum
Gejala
penyebab) rintang/tahan Amalan kultur Kimia memungut hasil
Bravo 50 (WP) (jika cara
7 kimia)
Layu bakteria Seluruh pokok layu dan Tiada 1. Tanam di atas batas 1. Magnesium kalsium
(Pseudomonas akhirnya mati 2. Jangan tanam dalam musim karbonat (GML) (P) 0
solanacearum) tengkujuh 2. Natrium hipoklorit (serbuk
3. Cabut dun bakar pokok pokok peluntur biasa) (P) 0
yang berpenyakit 3. Benil klorofenol
Jeypine (S) 0

Penyakit virus Mozek Tiada Sungkupan, tanaman perintang, biji 1. Profenofos


Bintik bergelang benih sihat Selecron (EC) 7
Bintik urat daun 2. Protiofos
Tokuthion (EC) 14
3. Metamidofos
Tamaron (EC) 14

Nekrosis pada pucuk Tiada Sungkupan 1. Metiokarb


Mesurol (WP) 14
Halia
Bintik daun Phyllosticta Bintik besar dan bujur pada Tiada - 1. Benomil
(Phyllosticta sp.) daun Benlate (WP) 7
2. Mankozeb (WP)
Dithane M-45 (WP) 14
Manzate 200 (WP) 14
Shell Mancozeb (WP) 14
Mega MZ (WP) 14

Layu bakteria Daun dan seluruh pokok layu Tiada 1. Tanam di atas batas 1. Magnesium kalsium
(Pseudomonas dan akhirnya mati 2. Jangan tanam dalam musim hujan karbonat (GML) (P) 0
solanacearum) 3. Cabut dan bakar pokok yang 2. Natrium hipoklorit (Serbuk
berpenyakit peluntur biasa) (P) 0
3. Benil klorofenol
Jeypine (S) 0
Kangkung
Karat putih (Albugo- Jika terdapat pada daun, bintik Tiada - 1. Mankozeb
ipomoeae aquaticae) putih akan tumbuh Dithane M-45 (WP) 14
2. Tiofanatmetil

50
Penyakit (agen Varieti Cara mengurus Bil. hari sebelum
Gejala
penyebab) rintang/tahan Amalan kultur Kimia memungut hasil
Topsin M (WP) (jika cara
7 kimia)
Kekacang
Antraknos kekacang Bintik berpusar berwarna Tiada - 1. Mankozeb
(Colletotrichum perang atau hitam pada daun Dithane M-45 (WP) 14
lindemuthianum) dan buah kacang panjang dan Manzate 200 (WP) 14
kacang buncis Shell Mancozeb (WP) 14
Mega MZ (WP) 14

Karat Debu jingga berupa seperti Tiada Kawalan rumpai 1. Triademefon


(Uromyces karat basi pada daun Bayleton (WP) 7
appendiculatus) 2. Maneb fentin-asetat
Brestan (WP) 14
3. Triforin
Saprol (EC) 7

Bintik daun Aschochyta Jalur hitam pada batang dan Tiada - 1. Benomil
(Aschochyta pisi) bintik kecil berwarna perang Benlate (WP) 7
pada daun 2. Mankozeb
Mega MZ (WP) 14
Manzate 200 (WP) 14

Bintik daun bersegi Bintik perang berbentuk tidak - 1. Maneb


(Phaeoisariopsis griseola) menentu pada daun Manzate D (WP) 14
2. Mankozeb
Dithane M-45 (WP) 14
3. Propineb
Antracol (WP) 14

Bintik daun bakteria Bintik perang dan basah Tiada Jangan tanam dalam musim hujan 1. Benil klorofenol
(Xanthomonas sp.) Jeypine (S) 0
2. Kuprum oksiklorida
Vitigran Blue (WP) 0

Penyakit virus pada Mozek Tiada Tanaman perintang, biji benih sihat 1. Protiofos
kekacang Tokuthion (EC) 7
2. Profenofos

51
Penyakit (agen Varieti Cara mengurus Bil. hari sebelum
Gejala
penyebab) rintang/tahan Amalan kultur Kimia memungut hasil
Selecron (EC) (jika cara
7 kimia)
3. Metamidofos
Tamaron (EC) 14
Kubis
Layu anak benih Reput pada pangkal anak benih, Tiada 1. Rawatan biji benih dengan tiram 1. Tiram
(Rhizoctonia spp.) mengakibatkan pokok layu dan (80% WP) atau kaptan sebanyak 3 Thiram (WP) -
(Phythium spp.) mati g setiap 100 g berat biji benih 2. Kaptan
(Fusarium spp.) 2. Elakkan menyiram berlebihan Captan (WP) -

Akar tongkol Pokok terbantut dan daun Tiada 1. Cabut dan bakar pokok 1. Quintozene
(Plasmodiophora kekuningan. Akar pokok berpenyakit Terrachlor (WP)
brassicae) berbentuk belantan 2. Mengapur untuk meninggikan pH
ke 6.5 -

Bintik hitam Bintik hitam pada permukaan Tiada - 1. Mankozeb


(Alternaria brassicae) daun Dithane M-45 (WP) 14
Manzate 200 (WP) 14
Shell mancozeb (WP) 14
Mega MZ (WP) 14
2. Propineb
Antracol (WP) 14
3. Klorotalonil
Daconil 2787 (WP) 7
Bravo 50 (WP) 7

Reput Rhizoctonia Daun menjadi hitam dan reput. Tiada 1. Tentukan saliran yang baik 1. Quintozene
(Rhizoctonia solani) Bintik sclerotia di atas daun. Terrachlor (WP) -

Reput berair (Erwinia Kepala dan batang reput berbau Tiada 1. Tanam di atas batas 1. Kuprum oksiklorida
carotovora) busuk dan berair 2. Jangan tanam dalam musim hujan Vitigran blue (WP) 0
3. Mengawal serangan serangga 2. Benil klorofenol
perosak Jeypine (S) 0
4. Cabut dan bakar pokok yang kena 3. Natrium hipoklorit (Serbuk
serangan peluntur biasa) (P) 0
5. Tanam bergilir dengan tanaman 4. Magnesium kalsium
jenis lain karbonat (GML) 0

52
Penyakit (agen Varieti Cara mengurus Bil. hari sebelum
Gejala
penyebab) rintang/tahan Amalan kultur Kimia memungut hasil
(jika cara kimia)
Reput hitam Kepala reput tidak berbau Tiada Tanam bergilir dengan tanaman 1. Kuprum oksiklorida
(Xanthomonas busuk jenis lain Vitigran blue (WP) 0
campestris) 2. Benil klorofenol
Jeypine (S) 0
3. Natrium hipoklorit (Serbuk
perluntur biasa) (P) 0
4. Magnesium kalsium
karbonate (GML) (P) 0

Hawar daun Bintik besar dan berwarna Tiada Tanam bergilir dengan tanaman 1. Kuprum oksiklorida
(Xanthomonas perang pada daun. Bintik jenis lain Vitigran blue (WP) 0
campestris) bercantum dan mengakibatkan 2. Benil klorofenol
hawar daun Jeypine (S) 0
3. Natrium hipoklorit
(Serbuk perluntur biasa) (P) 0
4. Magnesium kalsium
karbonate (GML) (P) 0
Timun
Kulapuk downi Bintik bersegi berwarna kuning Tiada - 1. Metalaksil-mankozeb
(Pseudoperonospora pada daun Ridomil-MZ (WP) 14
cubensis)

Kulapuk berdebu Debu putih pada permukaan Tiada 1. Benomil


(Sphaerotheca fuligena) daun Benlate (WP) 7
2. Tridemorph
Calixin (EC) 14
3. Triforin
Saprol (EC) 7

Bintik daun Tompok besar berwarna perang Tiada - 1. Benomil


(Cercospora spp.) pada daun Benlate (WP) 7

Antraknos Bintik daun berwarna perang Tiada - 1. Mankozeb


(Colletotrichum Dithane M-45 (WP) 14
lagenarium) Shell mancozeb (WP) 14

53
Penyakit (agen Varieti Cara mengurus Bil. hari sebelum
Gejala
penyebab) rintang/tahan Amalan kultur Kimia memungut hasil
Mega MZ (WP) (jika cara
14 kimia)
Manzate 200 (WP) 14

Penyakit virus Mozek Tiada Sungkupan, biji benih sihat. 1. Protiofos


tanaman perintang dan alat ladang Tokuthion (EC) 7
bersih 2. Profenofos
Selecron (EC) 7
Tomato
Hawar Alternaria Bintik perang atau hitam pada Tiada Tiada 1. Propineb
(Alternaria solani) daun Antracol (WP) 14
2. Mankozeb
Dithane M-45 (WP 14
Mega MZ (WP) 14
Shell mancozeb (WP) 14
Manzate 200 (WP) 14

Hawar daun Cercospora Nekrosis bermula dari tepi daun Tiada Tiada 1. Benomil
(Cercospora fuligena) hingga ke seluruh permukaan Benlate (WP) 7
daun 2. Klorotalonil
Daconil 2787 (WP) 7
Bravo 50 (WP) 7

Hawar Phytophthora Bintik perang atau hitam pada Arka 1. Buang dan tanam atau bakar reput 1. Mankozeb 14
(Phytophthora infestans) daun, buah dan batang Spunta relai yang berpenyakit Dithane M-45 (WP
Remedy 2. Tanam pada tanah yang 2. Klorotalonil
Draga mempunyai saliran yang baik Daconil 2787 (WP) 7
3. Metalaksil-mankozeb
Ridomil MZ (WP) 14

Layu bakteria Daun dan seluruh pokok layu MT 1 1. Tanam di atas batas 1. Benil klorofenol
(Pseudomonas dan akhirnya mati 2. Jangan tanam dalam musim hujan Jeypine (S) 0
solanacearum) 3. Tanam bergilir dengan jenis lain 2. Natrium hipoklorit (Serbuk
4. Cabut dan bakar pokok yang peluntur biasa) (P) 0
berpenyakit 3. Magnesium kalsium
karbonat (GML) (P) 0

54
Penyakit (agen Varieti Cara mengurus Bil. hari sebelum
Gejala
penyebab) rintang/tahan Amalan kultur Kimia memungut hasil
(jika cara kimia)
Bintik bakteria Bintik hitam dan basah pada Tiada 1. Tanam di atas batas 1. Benil klorofenol
(Xanthomonas daun, batang dan buah 2. Jangan tanam dalam musim hujan Jeypine (S) 0
vesicatoria) 3. Tanam bergilir dengan jenis lain
4. Cabut dan bakar pokok yang
berpenyakit

Penyakit virus Mozek Tiada Sungkupan,. tanaman perintang, biji 1. Protiofos


benih sihat Tokuthion (EC) 7
2. Profenofos
Selecron (EC) 7
3. Metamidofos
Tamaron (EC) 14

Daun bergulung dengan warna Tiada Sungkupan 1. Metiokarb


ungu di bawah daun Mesurol (WP) 14

WP = Serbuk bancuh
EC = Pekatan emulsi
P = Serbuk
S = Cecair

55

Anda mungkin juga menyukai