Anda di halaman 1dari 6

Solat Sunat Tahajjud

Posted by Shafi-Q.

ِ‫ـــــــــم‬
ِ ‫لل ِب ۡس‬ ِِ ‫ٱلر ۡحـ َمـ‬
ِِ ‫ٰن ٱ‬ َّ ‫ـــــــيم‬
ِِ ‫ٱلر ِح‬
َّ
‫ص ِِل اَللَّ ُه َِّم‬َ ِ‫س ِلم‬َ َ‫و‬ ‫ى‬ َ ‫ل‬‫ع‬َ ‫ا‬َ ‫ن‬ ‫د‬
ِ ‫ي‬
ِ َ َّ ‫ُم‬
‫س‬ ‫د‬
ِ ‫م‬ ‫ح‬
َ
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara
bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan
sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang
hayat mereka.
Firman Allah SWT.:

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat
tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang
terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang
solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu,
juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat
menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
.

Tujuan Solat Tahajjud


.
1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan
setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan
secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus
menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari
Aisyah.)
.
.
1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :
.
2. Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini


Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.
3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat
terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
.
.
5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca
oleh Rasulullah SAW ini:
..
.
KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
.
1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan Allah.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.
.
Memudahkan Bangun Solat Malam
.
1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi
mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi,
maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai
kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
.
ِ‫سالَ ُم‬ َ ُ‫للاُ َو َرح َم ِة‬
َّ ‫علَيكَمِ َوال‬ ِ ‫َوبَ َركَاتُه‬
4 Kelebihan Tahajud Berdsarkan Dalil di Atas:

1. Allah S.W.T. akan memudahkan pekerjaannya.

Yang bermakna, dia akan dimudahkan dalam melakukan kerja seharian. Sebagai
contoh, dia akan mudah untuk dinaikkan pangkat di jabatannya sementara orang
lain pula akan bersetuju dan suka untuk menjadi pekerja bawahannya. Iaitu dia
diangkat kedudukannya dengan disukai bukannya dengan dibenci dan iri hati oleh
sesetengah orang. Kelebihan ini adalah berdasarkan maksud ayat:

‫َمقَا ًما َمحْ ُمودًا‬

(Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat


yang terpuji)

2. Dibimbing oleh Allah Ta’ala di dalam urusannya.


Sebagai contoh, dibimbing Allah semasa bekerja, dibimbing Allah semasa berumah
tangga, dibimbing semasa menghadapi masalah dan juga dalam kehidupan
seharian. Kelebihan ini pula berdasarkan terjemahan ayat:

‫ب أَد ِّْخ ْلنِّي ُم ْد َخ َل ِّصدْق‬


ِّ ‫َر‬

(Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi
mulia)

3. Diberikan jalan penyelesaian yang terbaik ketika menghadapi masalah.

Iaitu apabila ditimpa masalah, Allah akan membimbing anda ke jalan penyelesaian
yang terbaik. Tetapi hanya didaptkan oleh para hamba-Nya yang solat tahajjud
sahaja. Kelebihan ini adalah berdasarkan terjemahan ayat

‫َوأ َ ْخ ِّرجْ نِّي ُم ْخ َر َج ِّصدْق‬

(Keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia)

4. Jika diganggu dalam hidupnya, Allah akan menolong tanpa perantaraan.

Kerana kelebihan keempat bagi orang yang bangun tahajjud adalah:

ً ‫س ْل َطا ًنا نَ ِّص‬


‫يرا‬ ُ َ‫َواجْ عَ ْل ِّلي ِّم ْن لَ ُد ْنك‬

(Dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang
menolongku)
Contoh yang terbaik adalah, jika anda hendak mengelakkan diri anda
daripada disihir oleh orang lain, bangun di akhir malam untuk tahajud adalah cara
yang terbaik untuk mendapat perlindungan-Nya. Kerana Allah adalah sebaik-baik
pelindung. Sebagaimana firman Allah:

‫َّللاُ َونِّ ْع َم ا ْل َو ِّكي ُل‬


‫سبُنَا ه‬
ْ ‫َح‬

“Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Dialah sebaik-baik pelindung “.

=Ganjaran Dan Kelebihan Tahajjud Yang


Anda Perlu Tahu
Allah SWT menyuruh hambaNya untuk sentiasa mengingatiNya dengan melakukan
pelbagai amalan dan ibadah, iaitu menyedikitkan tidur malam dan memperbanyak
qiamullail dan solat-solat malam seperti yang dianjurkan as-sunnah.

Firman Allah SWT yang bermaksud; “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah
untuk solat malam, kecuali sedikit sekali untuk tidur, iaitu seperdua dari waktu
malam itu atau kurang sedikit daripadanya atau lebihi dari seperdua itu. Dan bacalah
al-Quran dengan tartil dengan penuh perhatian, pengertian dan khusyuk.

Sesungguhnya saat-saat di waktu malam itu lebih kuat untuk khusyuk.


Sesungguhnya bagimu waktu siang itu cukup panjang untuk berbagai urusan atau
sebutlah (iaitu ingatilah) selalu nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya
sepenuh hatimu.” – Al-Muzzammil: 1 – 4 dan 6 -8

Selain itu, saidina Umar al-Khattab juga menyatakan kelebihan solat malam dengan
berkata, ‘golongan yang mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk
nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat’.
Lima Ganjaran Tahajjud di Dunia
1- Jauh Daripada Semua Penyakit
Salman Al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu,
jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta
penghindar penyakit.”

2 – Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah


Pernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang mengamalkan solat malam?
Bukankah wajah mereka kelihatan berseri dan tenang? Itulah bukti anugerah yang
Allah berikan kepadanya.

Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah mereka sahaja pun kita berasa cukup
bahagia dan seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali.

3 – Dikasihi Oleh Semua Manusia


Sesiapa yang mengamalkan ibadah malam pasti akan dikasihi oleh setiap manusia,
apatah lagi oleh Allah SWT. Begitulah ciri-ciri orang yang beriman dan beramal
dengan Allah pasti akan mendapat kasih sayang dari sesiapa pun.

4 – Percakapan Dan Perbuatannya Mengandungi


Hikmah (Kebijaksanaan)
Sesungguhnya ciri-ciri mereka yang beriman adalah yang menjaga adab dan
pertuturan kata-kata mereka. Golongan ini sudah tentu tidak berbicara hal yang
melalaikan tetapi setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat dan berhikmah.

Begitu juga dalam perbuatan dan tindak tanduk mereka yang sentiasa berusaha
menjauhi perkara yang melalaikan dan berlumba-lumba melakukan kebaikan yang
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
5 – Dikurniakan Kekuatan Dan Rezeki (Halal dan
Diberkati)
Dengan menunaikan setiap amal ibadah kepada Allah SWT, tidak kiralah apapun
ibadahnya pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah, seperti makanan yang
enak, kesihatan, keluarga yang bahagia dan sebagainya. Bahkan setiap rezeki akan
diberkati oleh Allah SWT.

Kurniaan Di Akhirat
1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
2. Dipermudahkan hisab.
3. Melalui sirat al-Mustaqim dengan cepat seperti kilat.
4. Diserahkan surat amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Solat malam seperti Tahajud adalah tawaran emas kepada setiap hambaNya untuk
mendekatkan hubungan dengan Allah SWT.

Walau tidak mudah untuk bangun ketika banyak orang sedang nyenyak tidur, waktu
yang dingin, ditambah dengan kesejukan untuk berwudhuk, namun semua ini adalah
nikmat agung bagi sesiapa yang sering mengerjakannya sehingga terasa rugi pula
jika meninggalkan peluang berharga itu.

Anda mungkin juga menyukai