Anda di halaman 1dari 1

Garis Panduan Bencana Dan Banjir

1.0 Sekolah yang menjadi Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir

1.1 Tindakan sekolah-sekolah Pusat Penempatan Sementara Mangsa Bajir Sebelum Banjir melanda
kawasan berkaitan:

1.2 Memastikan sekolah berada di dalam keadaan bersih dan terkawal setiap masa.

1.3 Memastikan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, bilik mandi dan tandas serta
peralatan berada dalam keadaan baik.

1.4 Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pejabat Daerah atau PPD sekiranya sekolah
dicadangkan untuk menjadi Pusat Penempatan Banjir Sementara.

1.5 mengenal pasti premis yang boleh dibenarkan untuk digunakan sekiranya penempatan
mangsa banjir dilaksanakan. Keutamaan bangunan adalah dicadangkan di dewan sekolah,
bilik-bilik darjah kantin dan asrama.

1.6 Senaraikan tong sampah yang secukupnya untuk kegunaan premis-premis yang dikenal pasti
tadi.

1.7 Maklumkan perkara ini kepada semua guru, staf sokongan dan pelajar-pelajar dan PIBG.

2.0 Tindakan Sekolah Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir Semasa Banjir Melanda Kawasan.

2.1 Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jawatankuasa Bantuan Bencana Banjir


Peringkat Daerah untuk menempatkan mangsa banjir di sekolah.

2.2 Merekodkan segala peralatan sekolah yang dipinjamkan untuk tujuan audit.

2.3 Menyediakan tempat penyediaan hidangan makanan di kantin (jika diperlukan)

2.4 Memastikan Guru Kaunselor dapat membantu memberikan khidmat nasihat kepada mangsa
banjir yang ditempatkan di sekolah.

2.5 Menugaskan guru-guru secara bergilir-gilir membantu Jawatankuasa Bantuan Bencana Banjir
Peringkat Daerah menjalankan tugas.

2.6 Memastikan keadaan sekolah adalah dalam keadaan terkawal keselamatan oleh pengawal
keselamatan

2.7 Melaporkan kepada Bilik Gerakan Banjir PPD atau JPN dari masa ke semasa tentang status
keadaan terkini pengurusan penempatan mangsa banjir sekolah.

3.0 Tindakan Sekolah Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir Selepas Banjir Melanda Kawasan.

3.1 Mengadakan kerja gotong royong membersihkan kawasan dan premis yang digunakan
dengan kerjasama guru-guru, staf sokongan, pelajar-pelajar, PIBG dan masyarakat setempat.

3.2 Mengenal pasti dan melaporkan kerosakan peralatan di premis kepada PPD dan JPN

3.3 Menyediakan laporan terperinci untuk PPD dan JPN.

Anda mungkin juga menyukai