Anda di halaman 1dari 31

DUA2012 : SAINS , TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

DALAM ISLAM

KARYA PENULISAN ILMIAH

TAJUK : BAYI TABUNG UJI


NAMA PENSYARAH : USTAZAH NOR IZZATI BINTI MAHD
NOR

NAMA AHLI KUMPULAN NO KAD MATRIK

NUR ERRA SHAFIERRA


20DKA17F2030
BINTI MOHD. AMIRUL TOH

NURAQILAH BINTI
20DKA17F2027
MUHAMED HANG TUAH

NUR NADZIRAH BINTI PIEE 20DKA17F2015

NUR HALIZA BINTI ZAIDIL 20DKA17F2005


DAFTAR ISI

Kata Pengantar……………………………………………………………………………..1

BAB 1

PENDAHULUAN

A. LATAR BELAKANG MASALAH…………………………………………….............2


B. RUMUSAN MASALAH……………………………………………………………….3
C. TUJUAN PENELITIAN ……………………………………………………………….4
D. MANFAAT PENELITIAN……………………………………………………………..5

BAB 2
PEMBAHASAN
A. DEFINISI BAYI TABUNG UJI ………………………………………………………...6
B. SEJARAH BAYI TABUNG UJI ………………………………………………………..8
C. LANGKAH IVF DILAKSANAKAN………………………….……………………….10
D. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNIK IVF………..……………………………13
E. APAKAH KADAR KEJAYAN KAEDAH IVF ( SUCCESS RATE ) ………………..16
F. BAYI TABUNG UJI DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM ………………………..17

BAB 3
KESIMPULAN…………………………………………………………………………….24

DAFTAR PUSAKA
NAMA PENYUSUN………………………………………………………………............26
KATA PENGANTAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
izinNya kami akhirnya telah berjaya menyiapkan karya penulisan ilmiah yang telah diberikan
dalam tempoh yang telah ditetapkan.Walau telah didatangi dengan pelbagai cabaran semasa
menyiapkan projek ini , kami berasa amat bersyukur kerana berbekalkan kerjasama antara satu
sama sama lain dan keredhaan Allah S.W.T kami dapat menempuhi segala cabaran tersebut .

Setinggi-tinggi penghargaan juga kami ingin ucapkan kepada ustazah Nor Izzati binti Mahd
Nor kerana tanpa nasihat dan bimbingannya kami tidak dapat menyiapkan projek ini dengan
sebaiknya. Beliau telah banyak membantu dalam memberi inspirasi dan idea selain
menerangkan secara terperinci tentang projek yang kami akan laksanakan . Tanpa usaha beliau
, kami mungkin akan menghasilkan karya penulisan ilmiah yang tidak menepati kriteria yang
telah ditetapkan.

Seterusnya tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah banyak membantu
berkongsi maklumat dalam pada kami menyiapkan tugasan ini . Berbekalkan bantuan ini kami
dengan jayanya telah menyiapkan penulisan ilmiah kami tanpa sebarang masalah yang besar.
Perkongsian maklumat ini juga telah membantu kami untuk menghasilkan penulisan yang
menepati kehendak soalan. Kami amat menghargai segala pengorbanan kalian.

Sekian, terima kasih .

1
PENDAHULUAN

A. LATAR BELAKANG MASALAH

Zuriat adalah suatu kurniaan Allah SWT yang sangat terrnilai dan sangat diharapkan
oleh semua pasangan yang ingin mendirikan sesebuah keluarga . Tetapi acapkali kita
dengar bahawa harapan ini musnah kerana pasangan-pasangan ini menghadapi masalah
pembiakan . Selaras dengan pembangunan negara , pelbagai teknologi-teknologi baharu
yang telah diperkenalkan pada era ini antaranya adalah kaedah untuk mengatasi masalah
kesuburan pasangan yang telah berkahwin untuk merealisasikan impian mereka supaya
dapat beroleh zuriat. Teknik ini dikenali sebagai kaedah pembenihan bayi tabung uji
ataupun lebih dikenali sebagai In Vitro Fertalization ( IVF ) . Teknik ini telah pun banyak
diaplikasikan di negara-negara yang lain atas faktor kesuburan pesakitnya yang kian
membimbangkan . Teknologi ini telah membantu ramai para wanita di luar sana yang
menginginkan bayi untuk hidup gembira seperti wanita-wanita lain . Selain itu , teknologi
ini juga turut membantu mengatasi kekangan yang dihadapi si suami ataupun si isteri untuk
mempunyai anak sendiri tanpa perlu mengambil anak angkat . Mahupun begitu , sejauh
manakah teknologi ini telah diterima oleh golongan individu , masyarakat serta negara. .
Adakah semua negara menerima bahawa hak-hak rakyatnya diperlakukan sebegini , bayi
dihasilkan daripada teknologi ? Selain itu , kita juga akan melihat bagaimanakah teknologi
bayi tabung uji ini dilihat dari sudut pandangan Islam . Kita akan merungkai segala isi
tersirat dan tersurat mengenai hal ini dan mengetahui apakah yang wujud di sebalik teknik
pembenihan bayi tabung uji ini yang menjadikannya pilihan ramai pasangan yang berhasrat
untuk mempunyai anak.

2
B. RUMUSAN MASALAH

Walaupun telah berjaya diperkenalkan kepada seluruh dunia akan tetapi teknik
pembenihan bayi tabung uji ini perlu diketahui pro dan kontranya serta segala nilai
disebalik agar kita lebih mengetahui apa yang patut dipilih dan apa yang tidak patut pada
masa akan datang. Dengan mengetengahkan perihal pembenihan bayi tabung uji ini sebagai
media utama , apakah secara keseluruhannya yang akan kita kaji disebalik teknologi ini
adalah seperti berikut :

 Apakah itu bayi tabung uji .


 Bagaimanakah proses-proses pembenihan tersebut berlaku.
 Apakah indeks kejayaan untuk setiap bayi yang dilahirkan melalui teknik ini.
 Apakah kebaikan dan keburukan mengaplikasikan teknologi ini kepada manusia.
 Mengapakah ramai individu atau pasangan memilih untuk menggunakan teknologi
pembenihan bayi tabung uji.
 Bagaimanakah perkara ini dilihat dari sudut agama.
 Bagaimanakah penerimaan masyarakat dan negara terhadap teknologi pembenihan
bayi tabung uji ini.
 Wujudkah hasil yang tidak disenyawakan melalui teknologi ini .

3
C. TUJUAN PENELITIAN

• Untuk mengetahui definisi bayi tabung uji .


• Untuk mengetahui proses-proses ataupun kaedah bayi dihasilkan melalui teknologi ini.
 Untuk mengetahui indeks kejayaan untuk setiap bayi yang dilahirkan melalui teknik
ini.
 Untuk mengetahui apakah kebaikan dan keburukan mengaplikasikan teknologi ini
kepada manusia.
 Untuk mengetahui mengapakah ramai individu atau pasangan memilih untuk
menggunakan teknologi pembenihan bayi tabung uji .
• Untuk melihat bagaimanakah perkara ini dilihat dari sudut agama.
 Untuk melihat bagaimanakah penerimaan masyarakat dan negara terhadap teknologi
pembenihan bayi tabung uji ini.
• Memastikan wujudkah hasil yang tidak disenyawakan melalui teknologi ini.

4
D. MANFAAT PENELITIAN

 Agar kita mengetahui definisi bayi tabung uji .


 Agar kita mengetahui proses-proses ataupun kaedah bayi dihasilkan melalui teknologi ini.
 Agar kita mengetahui indeks kejayaan untuk setiap bayi yang dilahirkan melalui teknik ini.
 Agar kita mengetahui apakah kebaikan dan keburukan mengaplikasikan teknologi ini
kepada manusia.
 Agar kita dapat mengetahui mengapakah ramai individu atau pasangan memilih untuk
menggunakan teknologi pembenihan bayi tabung uji .
 Agar kita dapat melihat bagaimanakah perkara ini dilihat dari sudut agama.
 Agar kita dapat melihat bagaimanakah penerimaan masyarakat dan negara terhadap
teknologi pembenihan bayi tabung uji ini.
 Agar kita dapat memastikan wujudkah hasil yang tidak disenyawakan melalui teknologi
ini.

5
PEMBAHASAN

DEFINISI BAYI TABUNG UJI

Bayi tabung uji boleh didefinisikan sebagai bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita hasil
daripada persenyawaan ovumnya dengan sperma suaminya di luar tubuh wanita itu. IVF
merupakan rawatan utama bagi kemandulan apabila kaedah teknologi membantu pembiakan telah
gagal. Teknik bayi tabung uji ini ataupun lebih dikenali sebagai teknik pembiakan In Vitro Fertalization
( IVF ) telah mula diperkenalkan oleh Robert Edward yang dibantu oleh rakannya Briton Dr Patrick
Steptoe di atas kejayaan mereka melahirkan bayi tabung uji yang pertama di dunia iaitu Louise Brown
pada Julai 1978 .

Secara teorinya teknik pembenihan bayi tabung ( IVF ) ini adalah persenyawaan yang
berlaku dalam vitro yang membawa maksud di dalam kaca . Proses ini membabitkan
pengawalan hormon bagi proses ovulatori, mengambil ovum (telur) dari ovari wanita dan
membiarkan sperma mensenyawakannya dalam satu piring makmal dalam persekitaran yang
sesuai dan terkawal. Setelah disenyawakan,embrio yang terhasil akan dipindahkan ke dalam
rahim dengan niat untuk membolehkan seseorang wanita yang menghadapi masalah untuk
melahirkan zuriat itu mengandung.

Sebelum itu, terdapat juga berlakunya kehamilan biokimia peralihan yang dilaporkan oleh
penyelidik Australian Foxton School pada tahun 1973 dan kelahiran ektopik yang dilaporkan
oleh Steptoe dan Edwards pada tahun 1976. Setelah pengenalan teknologi ini , ramai wanita
yang tidak dapat melahirkan zuriat akhirnya mampu memiliki anak sendiri akan tetapi masih
terdapat juga beberapa negara di dunia ini yang masih tidak membenarkan teknik rawatan ini
dilaksanakan di negara mereka contohnya seperti Austria and Italy. Ini adalah atas faktor-faktor
tertentu untuk memelihara hak lelaki dan wanita di negara masing-masing dan menjauhi
perkara sumbang berlaku kepada rakyatnya.

Manakala terdapat juga negara-negara ini tidak membenarkan sebarang dermaan berlaku
untuk ovum dan sperma untuk tujuan IVF di negara mereka manakala negara German dan
Norway tidak membenarkan dermaan terhadap ovum tetapi bukan untuk sperma.

6
Terdapat juga kes-kes yang menjadi permasalahan iaitu yang pertamanya adalah kumpulan
yang inginkan zuriat akan tetapi tidak mempunyai pasangan maka mereka membuat keputusan
untuk melaksanakan pembenihan bayi tabung uji .

Kebanyakan hal ini berlaku kepada para wanita iaitu mereka menginginkan anak tetapi tidak
mahu hidup berpasangan maka mereka akan membuat prosedur memilih golongan lelaki yang
akan menjadi penderma sperma yang secara ringkasnya dapat dikatakan sebagai bapa kandung
( biological father ) apabila bayi itu telah membesar.

Masalah yang kedua dihadapi oleh IVF ini melalui konteks masyarakat adalah golongan
yang berkahwin sesama jenis semestiya tak mampu untuk menghasilkan zuriat sendiri akan
tetapi apabila wujudnya teknik pembenihan IVF ini , pasangan homoseksual ini mampu
memperolehi zuriat seperti pasangan suami isteri yang normal . Setelah hal itu kian hangat
diperkatakan , banyak pandangan-pandangan dan kritikan masyarakat tentang impak kaedah
pembenihan ini kepada kemanusiaan kita pada hari ini dan kesan buruk yang mungkin akan
tercetus satu hari kelak sekiranya ramai individu yang tidak memilih untuk beroleh zuriat
seperti proses normal iaitu berkahwin ataupun memilih pasangan yang bertentangan jantina.

7
SEJARAH DI SEBALIK TEKNIK PEMBENIHAN BAYI TABUNG UJI

Teknik persenyawaan luar rahim atau lebih dikenali sebagai IVF ini merupakan kaedah
yang digunakan untuk menghasilkan kelahiran bayi tabung uji . Pada awalnya pengenalan
teknologi ini , ianya hanyalah dijalankan ke atas haiwan sahaja . Pada tahun 1959, Dr. Min
Chueh Chang di Yayasan Worcester membuktikan persenyawaan in vitro mampu meneruskan
kelahiran arnab hidup apabila oosit yang disenyawakan secara in vitro mampu berkembang
jika dipindahkan ke rahim dan menghasilkan anak arnab. . Kejayaan seterusnya dilakukan ke
atas tikus pada 1968.

Dr. Robert Edward merupakan pakar pertama yang melakukan pembenihan bayi tabung uji
ini ke atas manusia. Hal ini bermula pada tahun 1965 dan hasil daripada usaha beliau untuk
menjayakan kaedah pembenihan ini , kehamilan menerusi IVF pertama berjaya dilakukan pada
tahun 1976. Meskipun begitu , malang sekali kehamilan ektopik berlaku iaitu embrio tertempel
pada tiub Falopio dan pembedahan terpaksa dijalankan untuk memotong tiub berkenaal oleh
kesannya daripada kehamilan tidak normal ini tadi. Namun begitu , beliau tidak berputus asa
dan terus mencari resolusi agar dapat menghasilkan bayi tabung uji yang berjaya.

Edward telah bekerjasama dengan seorang pakar sakit puan di Oldham, England, iaitu Dr.
Patrick Steptoe. Dr. Steptoe telah memperkenalkan teknik pembedahan laparoskopi di
abdomen bagi membolehkan pengambilan ovum dilaksanakan . Pada tahun 1977 , Lesley
Brown iaitu pesakit Dr.Steptoe telah mengalami masalah tiub Falopio yang tersumbat lalu
membataskannya untuk beroleh zuriat . Dia berhasrat untuk mencuba teknik pembenihan IVF
ini dan Lesley Brown telah menjalani pembedahan untuk mengambil oosit@ovumnya keluar.
Ovum ini seterusnya disenyawakan dan berkembang menjadi embrio lalu dimasukkan semula
ke dalam rahim Lesley.

Yang amat mengembirakan disini adalah pada Disember 1977, Lesley Brown telah disahkan
hamil melalui pemindahan ovum yang telah disenyawakan melalui kaedah in vitro tersebut.
Pada 11.47 pm bertarikh 25 Julai 1978 di Oldham General Hospital, England lahirnya Louise
Brown yang merupakan bayi tabung uji yang pertama di dunia.

8
Louise Brown telah mencatat sejarah sebagai bayi yang pertama dilahirkan melalui teknik
persenyawaan luar bayi yang akhirnya memberikan Dr. Robert Edward anugerah Nobel Prize
pada tahun 2010 atas sumbangan beliau ini dalam bidang perubatan.

Sejurus selepas kejayaan Dr. Edward dan Dr. Steptoe menghasilkan kejayaan di atas
kehamilan Lesley Brown , terdapat banyak pusat klinikal dan hospital yang menawarkan untuk
melaksanakan teknik pembenihan ini di cawangan masing-masing. Pelbagai teknik baru
berkaitan IVF telah diperkenalkan dan mereka menawarkan teknik ini kepada pasangan yang
menghadapi masalah kesuburan agar mereka juga dapat beroleh zuriat Sejak itu, pembenihan
IVF telah meningkat pelaksanaanya di seluruh dunia ini dan kelahiran bayi-bayi tabung uji
telah direkodkan mencecah lebih sejuta kelahiran di setiap negara di seluruh dunia.

9
LANGKAH IVF DILAKSANAKAN

Secara ringkasnya kaedah IVF ini dimulakan dengan pengalak ovulasi atau pengovulasi .
Pengalak ovulasi atau pengovulsi ini adalah satu proses di mana ovari dirangsang untuk
menghasilkan beberapa ovum atau telur matang berbanding hanya satu untuk setiap bulan
dalam keadaan normal. Untuk merangsang ovum untuk berbuat demikian , pesakit akan
diberikan atau disuntik ubat/hormon seperti HMG, FSH, HCG dan GnRH.Hal ini dilakukan
untuk meningkatkan peluang kehamilan jika lebih banyak telur tersenyawa dimasukkan ke
dalam rahim dalam proses rawatan IVF. Seterusnya pengimejan ultrabunyi akan dilakukan
pada hari ketiga untuk memastikan tiada sebarang keradangan berlaku atau masalah lain pada
ovari. Untuk pengetahuan pembaca sekalian , sepanjang proses pengovulasian ini keadaan
ovari dan hormon-hormon sentiasa dikawal bagi mengesan sebarang masalah yang timbul yang
boleh menjejaskan kehamilan IVF yang bakal dilaksanakan.

Kawalan ovari dan kandungan hormon ini adalah bersebab iaitu ia membolehkan masa
matang telur-telur itu dianggarkan . Maka dengan itu telur matang tersebut dapat dikeluarkan
pada masa yang sesuai . Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang kegagalan dalam
kehamilan berlaku sekiranya telur yang tidak matang diambil. Kebiasaanya masa untuk
mengambil telur matang adalah 36-39 jam selepas ubat atau hormon disuntik.Namun , apabila
ovari gagal untuk memberi tindak balas dan menghasilakn telur yang tidak mencukupi maka
kaedah IVF ini akan gagal untuk dilaksanakan. Mahupun begitu, penghasilan bilangan telur
yang berlebihan atau terlalu banyak juga boleh memberi impak yang besar kepada si ibu . Ini
adalah kerana ianya akan mendedahkan si ibu kepada risiko sindrom hiperstimulasi menjadi
sangat tinggi dan boleh menjejaskan keseluruhan proses pelaksanaan pembenihan IVF.

Seterusnya apabila telur sudah pasti kematangannya, proses pengeluaran telur akan
dilakukan dengan berpandukan kaedah ultrabunyi . Sebelum proses ini berlangsung , pesakit
akan berada di bawah pelalian iaitu local anaesthetic dan sejurus selepas itu pembedahan kecil
akan diadakan dengan memasukkan prob ultrabunyi berserta jarum ke dalam faraj dan telur-
telur matang yang akan dikeluarkan ini akan kelihatan sebagai bulatan hitam pada skrin. Maka
dengan itu sebagai titik rujukan , telur-telur matang ini akan dikeluarkan . Kemudian cecair
folikel yang mengandungi telur matang akan disedut ke dalam jarum lalu dipindahkan ke dalam
tabung uji.

10
Teknik ini secara amnya memerlukan kemahiran tinggi dan ia mengambil masa kira-kira antara
10 hingga 40 minit bergantung kepada bilangan telur yang ada dan secara puratanya sebanyak
4 hingga 16 biji telur dikumpul dari setiap pesakit. Sebagai info sampingan , cara konvensional
ataupun cara lama untuk melaksanakan proses ini adalah menggunakan laparoskopi iaitu jarum
khad dimasukkan melalui lubang yang ditebuk pada abdomen dan telur matang dikelurkan.

Setelah telur matang dikeluarkan daripada tiub Fallopio, cecair folikel yang mengandungi
telur matang ini akan dikumpul dan dibawa ke makmal . Apabila tiba di makmal , ahli
embriologi akan menjalani pemeriksaan terhadap telur-telur matang tersebut untuk
mengenalpasti keadaannya. Setelah itu , telur matang ini akan dipindahkan ke dalam inkubator
dan sperma akan ditambah kepadanya . Proses ini dikenali sebagai proses permanian .
Permanian ini biasanya dilakukan selepas 2 hingga 6 jam sebaik selepas proses pengeluaran
telur. Sperma suami disarankan untuk disediakan pada hari telur dikeluarkan namun sekiranya
terdapat lelaki yang mengalami masalah untuk mengeluarkan sperma pada masa yang
diperlukan mereka akan memilih untuk menggunakan sperma yang telah disejukkan lebih
awal. Bagi lelaki yang menghadapi masalah erectile dysfunction yang lebih dikenali sebgaai
mati pucuk , Viagra (sildenafil citrate) iaitu ubat perangsang seks akan digunakan. Namun,
kebanyakan pusat rawatan pada masa kini memilih untuk menggunakan kaedah Sperm
Aspiration iaitu menyedut sperma terus dari testis untuk mendapatkan sperma .

1 ml untuk setiap sperma adalah kebiasaanya mewakili 100 000 sperma . Sperma-sperma
ini akan diletakkan di dalam bersama dengan telur dalam satu piring berkultur yang khas untuk
IVF. Piring tersebut akan diletakkan di dalam incubator karbon dioksida yang bersuhu badan .
Kultur ini disediakan berpandukan persekitaran medium dan keadaan dalam tiub Fallopio bagi
membolehkan persenyawaan dan perkembangan embrio berlaku secara normal . Pakar
embriologi akan memeriksa dan memilih telur yang tersenyawa setelah tempoh 18 jam
manakala sample yang gagal berfungsi atau gagal tersenyawa akan dibuang atau digunakan
untuk penyelidikan. Pakar-pakar kesuburan tidak mampu untuk mengawal kejayaan atau
kegagalan persenyawaan sperma dan ovum ini akan tetapi secara perubatannya perkara ini
hanyalah boleh dikaji tentang dimanakah silapnya sama ada ianya berpunca daripada makmal
, sperma ataupun masalah telur itu sendiri.

Untuk telur yang telah berjaya disenyawakan ini, ianya akan berkembang menjadi embrio .
Embrio normal yang telah terhasil ini akan dibiarkan dalam keadaan berkultur.

11
Embrio ini hanya akan dinilai selepas 24 jam setelah ianya membahagi. Ini adalah kerana tahap
kesihatan embrio ini cuma dapat dilihat apabila ia mampu membahagi dengan pantas dan
biasanya mencecah 2 hingga 4 sel sama saiz dapat didefiniskan sebagai embrio berkualiti.
Manakala selepas 48 hingga 72 jam, embrio biasanya terdiri daripada 2 hingga 8 sel . Embrio
inilah yang sudah bersedia untuk dipindahkan ke dalam rahim wanita. Pemindahan embrio
dapat dilakukan dengan dua cara sama ada wanita tersebut dilalikan terlebih dahulu ataupun
tidak , ini adalah berdasarkan permintaan masing-masing. Dengan menggunakan alat speculum
vagina , doktor akan membuka bukaan rahim . Embrio dalam cecair kultur itu tadi akan
dipindahkan ke dalam caterer iaitu tiub panjang yang halus yang telah disteril serta mempunyai
penyedut pada hujungnya. Seterusnya , doktor akan memasukkan hujung caterer ke dalam
serviks dan menyalurkan cecair embrio itu ke dalam rahim dan ianya akan mengambil masa
lebih kurang 10 hingga ke 20 minit. Secara teori dan praktikalnya, berikutanlah rawatan IVF
dijalankan dan seterusnya kehamilan biasa akan berlaku jika prosesnya berjaya.

12
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNIK IVF

Seperti yang anda sekalian ketahui , apa-apa perkara pun yang kita lakukan di dunia ini atau
sejauh manapun kehebatan sesuatu perkara itu pasti terdapat pro dan kontranya . Hal ini dapat
diperkaitkan dengan teknologi IVF ini iaitu apakah kesan bayi tabung uji ini dari pelbagai
aspek yang dapat dinilai . Sejauh manakah teknologi ini telah membantu memanfaatkan
keperluan manusia untuk mengecapai impian mereka untuk hidup berkeluarga seperti institusi
keluarga yang lain dan sejauh manakah teknologi ini telah menghancurkan tamadun dan
kemanusiaan pada manusia pada hari ini hingga melahirkan pasangan homoseksual .

Antara kebaikan kaedah IVF ini adalah pertamanya ia boleh memberi peluang untuk
menimang cahaya mata jika seseorang individu itu tidak dapat hamil dengan semula jadi
berikut masalah-masalah kesuburan ataupun masalah organ pembiakan contohnya seperti tiub
Falopio tersumbat, rosak atau anda tiada tiub falopio. Kebanyakan masalah yang dihadapi
adalah kepada kaum wanita iaitu masalah pada tiub Falopio , seperti yang kita ketahui tiub
Falopio merupakan tempat ovum dihasilkan lalu dipindah ke uterus sebelum persenyawaannya
dengan sperma untuk menghasilkan embrio yang berkembang menjadi bayi. Setelah wujudnya
kaedah IVF ini , syaratnya ovum perlu diambil iaitu melalui pembenihan dan dikeluarkan ke
persekitaran yang telah disesuaikan lalu disenyawaakn dengan sperma si suami dalam keadaan
vitro (kaca) iaitu di dalam piring kaca yang terkawal. Hal ini telah mengatasi masalah tiub
Falopio pada wanita dan mereka boleh beroleh anak seperti biasa.

Kebaikan yang keduanya adalah sesebuah pasangan itu dapat beroleh bayi yang normal
melalui kaedah IVF ini . Ini adalah kerana dapat dilihat dan dinilai dengan mata kasar kita
sendiri bahawa kehidupan bayi IVF adalah sama seperti kehidupan bayi yang dilahirkan secara
normal . Selain itu , pemilihan bahan yang sihat selepas pemeriksaan yang teliti memberikan
lebih banyak peluang untuk melahirkan anak tanpa patologi. Kadar imunisasi iaitu ketahanan
mereka terhadap penyakit juga telah dipastikan seperti bayi-bayi normal dan yang paling
penting adalah jangka hayat mereka. Kita sebagai manusia tidak dapat meramal hidup atau
matinya sesuatu organisma akan tetapi dilihat dari segi jangka hayat semua bayi tabung uji
yang telah membesar , tumbesaran mereka adalah normal dan mampu mencecah usia 40 tahun
dan seterusnya.

13
Mereka dengan jelasnya dapat dicatatkan mengalami kehidupan yang normal seperti bayi-bayi
lain , contohnya bayi tabung uji kita Louise Brown yang kini telah berkahwin dengan Wesley
Mullinder dan beroleh dua orang anak lelaki.

Kebaikan yang ketiga daripada teknik IVF ini adalah ia mampu mengatasi masalah
kecacatan yang mungkin wujud pada bayi . Sekiranya seseorang itu mengandung secara normal
, sebarang kecacatan yang dapat dilihat ke atas bayi ini tidak mampu untu diberi tindakan dan
hanya akan dirawat apabila bayi itu sudah lahir ataupun menjalankan pembedahan terhadap
bayi tersebut untuk merawat kecacatannya . Meskipun begitu , risikonya agak mengancam
nyawa bayi dan kebarangkalian bayi itu untuk pulih sepenuhnya adalah tipis kerana kecacatan
berlaku pada awal kelahiran . Tetapi dengan penemuan kaedah IVF ini ibu bapa boleh memilih
pilihan rawatan iaitu untuk menguji setiap embrio yang dicipta untuk beberapa kelainan
sebelum embrio dipindahkan ke rahim . Dalam sesetengah keadaan, pasangan yang berisiko
melahirkan anak-anak Down's Syndrome atau Cystic Fibrosis dapat dikurangkan dengan
menggunakan IVF dengan diagnosis genetik pra-implantasi (PGD) atau perbandingan
hibridisasi genomik (CGH).

Beralih kepada kontranya pula , keburukan mengamalkan kaedah IVF ini pula adalah
pasangan berkemungkinan akan menghasilkan kelahiran berganda . Kelahiran berganda
dimaksudkan disini adalah isteri akan hamil kembar sama ada perkara tersebut diingini ataupun
tidak. Hal ini berlaku apabila lebih daripada satu embrio dipindahkan ke uterus yang
menyebabkan penempelan bayi lebih dari satu pada dinding uterus seseorang wanita itu .
Walaupun kelahiran bayi kembar ini amat didambakan setiap pasangan suami isteri namun ia
juga mendatangkan beberapa kesan buruk kepada kehidupan bayi itu. Kesan buruk yang paling
ketara adalah risiko mereka untuk melahirkan bayi pramatang adalah tinggi dan bayi yang
dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah. “Atas dua sebab ini, saya lebih menyarankan
untuk tidak hamil kembar apabila menjalani rawatan IVF. Pasangan yang mendapatkan
rawatan ini tentu saja teruja untuk memiliki anak dan disebabkan itu, saya mahu kurangkan
risiko sebaik saja kehamilan itu berjaya,” ujar Dr Mohan Raj yang bekerja sebagai konsultan
O&G di KPJ Johor Specialist Hospital.

Keburukan yang seterusnya adalah kesan kaedah IVF ini kepada wanita yang memilih untuk
melaksanakn rawatan ini adalah suatu perkara yang membimbangkan . Walau kesan sampingan
ubat-ubat kesuburan biasanya ringan sahaja dan tidak akan menjejaskan kesihatan wanita

14
tersebut secara menyeluruh akan tetapi segala akibat yang dijangkakan perlu dipantau rapi .
Hal ini adalah untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku pada wanita itu ataupun
bayi yang bakal lahir. Contoh kesan sampingan adalah hangat memerah, sakit kepala dan loya.
Walaupun begitu , satu perkara yang perlu dititikberatkan disini adalah tanda-tanda sindrom
hiperstimulasi ovari (OHSS) terutamanya jika pesakit menghidap sindrom polisistik ovari
(PCOS) adalah yang paling membahayakan. Jika OHSS berlaku, kitaran rawatan ini sudah
terganggu dan perlu dihentikan . Pesakit yang menghadapinya perlu tinggal di hospital
sementara menunggu ovarinya kembali kepada keadaan normal dan sihat.

Selain itu , keburukan kaedah IVF ini adalah seperti yang berlaku pada tahun 1965 adalah
kehamilan ektopik . Kehamilan ektopik lebih mudah kita kenali sebagai kehamilan di luar
rahim. Bagi kandungan normal , seperti yang kita ketahui selepas disenyawakan zigot bergerak
melalui tiub fallopio dan memasuki rahim di mana penempelan pada dinding uterus berlaku.
Namun atas faktor tertentu kehamilan ektopik ini tercertus apabila zigot tidak bergerak ke arah
rahim sebaliknya berlaku di dalam tiub Fallopio. Yang paling membimbangkan , keadaan ini
boleh mengancam nyawa ibu jika ianya dibiarkan maka dengan itu kehamilan ektopik harus
digugurkan sepenuhnya untuk mengurangkan risiko kepada pesakit wanita . Untuk mengatasi
hal ini , wanita yang disahkan hamil ektopik akan melakukan pembedahan laparoskopi atau
laparotomi dan kandungan ektopik ini akan dikeluarkan atau secara amnya dikatakan tiub
fallopio akan dikeluarkan dari organ peranakan wanita tersebut.

Berikutlah segala kebaikan dan keburukan kaedah IVF yang dapat dihuraikan . Dapat kita
lihat bahawa dalam keindahan memiliki cahaya mata ini namun terdapat juga bahaya yang jika
kita teliti dapat meragut nyawa si ibu atau merosakkan keseluruhannya organ pembiakan
wanita sekiranya tidak berjaya dan dilakukan berulang kali.

15
APAKAH KADAR KEJAYAN KAEDAH IVF ( SUCCESS RATE )

Walaupun teknologi IVF telah membantu ramai wanita untuk mendapatkan cahaya mata
namun terdapat satu faktor lagi yang boleh menjejaskan kejayaan kehamilan seseorang wanita
itu Perkara tersebut adalah had umur seseorang wanita , ini adalah kerana wanita yang telah
melebihi 42 tahun dipercayai mengandungi telur yang tidak berkualiti dan risikonya untuk
mengandung itu dapat menjejaskan kelahiran bayi . Maka , umur yang optima untuk menjalani
rawatan IVF ini hanyalah digalakkan pada umur 23 hingga 42 tahun.

Peratusan kejayaan wanita untuk hamil pada peringkat umur masing-masing juga berbeza
melihatkan kepada kualiti telur masing-masing. Perkara ini adalah kerana apabila wanita
meningkat tua , kualiti telurnya akan semakin rendah . Bagi yang berumur 35 tahun ke bawah
, peratus pesakit tersebut hamil dengan berjaya melalui kaedah IVF adalah tinggi iaitu 45%
kejayaan. Peratusan kejayaan ini akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia wanita
tersebut.

Manakala lain pula yang terjadi pada peratusan kelahiran , ini adalah kerana meskipun
berada dalam kitaran yang sama, kehamilan dan kelahiran ini adalah proses yang berbeza.
Dapat dilihat bahwa kadar kelahiran bagi pasangan yang masih muda dengan usia 21 tahun dan
ke bawah adalah dari 30% hingga 35 % . Bagi yang berusia 37 tahun pula, kadar kelahiran
dicatatkan ialah 20 hingga 27.4 manakala bagi mereka yang berusia 48 tahun, hampir tiada
kelahiran bayi dapat dicatatkan.

Begitu dapat dilihat impak yang besar umur telah berikan kepada kadar kejayan untuk hamil
dan melahirkan anak dalam teknologi IVF ini . Maka dengan itu dapat disimpulkan bahawa
wanita yang lebih muda cenderung untuk melahirkan bayi IVF dengan berjaya berbanding
dengan wanita yang telah berumur.

16
BAYI TABUNG UJI DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM

Islam menggalakan umatnya beroleh zuriat yakni untuk meneruskan generasi dan
meneruskan kesinambungan umat Islam di dunia ini . Walaubagaimanapun , bagaimanakah
hukumnya dilihat ke atas bayi yang dihasilkan melalui teknologi yang bertentangan dengan
bagaimana ia sebagai kejadian alam .

Hukum

Hukum pelaksanaan bayi tabung uji dalam pandangan Islam adalah mubah . Dalam konteks
ini , mubah membawa maksud dibenarkan. Dalam uṣūl fiqh iaitu prinsip-prinsip perundangan
Islam , mubah adalah salah satu daripada lima darjah kelulusan iaitu ahkam ataupun harus .Ia
merujuk kepada tindakan yang tidak wajib, disyorkan, dipersalahkan atau dilarang, dan dengan
itu tidak melibatkan penghakiman dari Allah. Pelaksanaan bayi tabung uji ini dibenarkan
dengan bertetapkan syarat iaitu sperma dan ovum diperoleh dari pasangan suami isteri yang
sah kemudian sel tersenyawa tersebut dimasukan kembali ke dalam rahim isteri yang sah.

17
Pandangan ulama

Terdapat pelbagai pandangan daripada ulama berkaitan dengan teknologi pembenihan bayi
tabung uji ini . Terdapat yang menyatakan teknologi ini boleh dan sah untuk dilakukan tetapi
berserta dengan syarat-syarat tertentu dan begitu juga dengan pendapat sesetengah ulama lain
yang menyatakan ianya tidak sah , hal ini juga dikaitkan dengan beberapa syarat yakni semua
perkara yang dilakukan tidak seharusnya bertentangan dengan agama.Ianya adalah usaha
masing-masing untuk mengatasi sakit yang dihadapi dalam konteks ini adalah penyakit
masalah kesuburan . Selaras dengan hadis riwayat Abu Daud yang menyatakan “Rasulullah
s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan
ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan
benda-benda yang haram”.

Antara pandangan ulama dalam hal ini adalah daripada Yusuf Al-Qardhawi di dalam
kitabnya Al-Halal Wal Haram Fil Islam yang beliau berpegang kepada pendapat Syeikh Syaltut
. Syeikh Syaltut menyatakan bahawa perbuatan ini haram sekiranya ia menganggap
percantuman benih yang bukan dari ikatan yang sah dan disuntik ke dalam bukan empunya
sebenarnya. Maksudnya disini adalah sepasang suami isteri telah mensenyawakan telur dan
sperma mereka sehingga membentuk embrio akan tetapi embrio yang dipindahkan ini adalah
kepada wanita yang bukan pemilik ovum atau telur ini tadi . Maka perkara ini dikira sama
dengan zina.

Seterusnya penemuan ulama fiqh Islam di Amman ,Jordan telah membincangkan dan
menghasilkan keputusan yang berbeza mengikut proses yang dijalankan . Pandangan mereka
pula menyatakan bahawa ianya dikira haram sekiranya wanita atau si isteri mengambil ovum
wanita lain dan mensenyawakannya dengan sperma suaminya dan embrio hasil daripada
persenyawaan itu tadi dimasukkan ke dalam rahimnya. Manakala hal ini diterima apabila air
mani suami disuntik secara langsung ke dalam rahim isteri sehingga berlakunya pembenihan
langsung di rahim tanpa adanya proses persetubuhan.

Di Arab Saudi pula , mengikut salah satu keputusan Fatwa Ulama Arab Saudi menyatakan
bahawa alim ulama di Lembaga Riset. Ilmiah, Fatwa, Dakwah, dan Bimbingan dan institusi
penyelidikan bimbingan Islam di Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa yang
mengharamkan amalan IVF .

18
Hal ini adalah kerana amalan ini boleh mengakibatkan pembukaan atau pendedahan alat
kelamin , sentuhan alat kelamin dan sentuhan rahim dengan keadaan walaupun air mani yang
disuntik ke dalam uterus wanita adalah air mani suaminya.

Manakala di Malaysia pula , Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-5 di Bilik Gerakan Negeri Kelantan, Kota
Bharu, Kelantan pada 16-17 Nov 1982 telah membincangkan isu Bayi Tabung Uji dan telah
bersetuju untuk memutuskan bahawa bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan
secara "terhormat" adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami
isteri yang sah bayi tabung itu adalah tidak sah. Seterusnya, bayi yang dilahirkan melalui proses
tabung uji, boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak
dan seterusnya benih yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam,
maka ianya dikira sebagai cara "terhormat".

Majlis Ulama Indonesia (MUI) menetapkan beberapa fatwa mengenai penggunaan


Teknologi IVF antaranya adalah bayi tabung uji yang dihasilkan daripada ovum isteri serta
sperma suami yang sah hukumnya adalah mubah kerana termasuk dalam ihktiar dalam kaedah-
kaedah agama . Haram apabila ovum dan sperma yang disenyawakan dimasukan kedalam
rahim perempuan selain isterinya. Ini kerana ia akan mengundang masalah warisan. Selain itu,
bayi tabung yang dihasilkan daripada sperma yang dibekukan dari suami yang telah meninggal
dunia hukumnya adalah haram kerana mempunyai kemungkinan akan timbulnya masalah dari
segi nasab keturunan . Bayi tabung uji yang dihasilkan dari ovum dan sperma yang bukan
suami isteri juga haram kerana statusnya sama dengan zina.

Nahdlatul Ulama (NU) juga telah menetapkan fatwa terkait dengan Teknologi IVF dan
masalah ini dibincangkan didalam Forum Munas di Kaliurang, Yogyakarta pada tahun 1981.
Ada 3 keputusan yang ditetapkan ulama NU terkait masalah Bayi Tabung, diantaranya :

1. Apabila mani yang dimasukkan ke dalam rahim wanita tersebut bukan mani suami isteri
yang sah, maka bayi tabung tersebut hukumnya haram. Hal itu didasarkan pada sebuah
hadith yang diriwayatkan Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda:

19
“Tidak ada dosa yang lebih besar setelah syirik dalam pandangan Allah SWT,
dibandingkan dengan perbuatan seorang lelaki yang meletakkan spermanya (berzina)
didalam rahim perempuan yang tidak halal baginya..”

2. Apabila sperma yang dihasilkan adalah milik suami isteri, tetapi cara mengeluarkannya
tidak muhtaram maka hukumnya juga haram. Mani Muhtaram adalah mani yang
keluar/dikeluarkan dengan cara yang tidak dilarang oleh syarak . Terkait mani yang
dikeluarkan secara muhtaram, para ulama NU mengutip dasar hukum dari Kifayatul
Akhyar II/113.

"Seandainya seorang lelaki berusaha mengeluarkan spermanya (dengan beronani) dengan


tangan istrinya, maka hal tersebut diperbolehkan, karena isteri memang tempat atau wahana
yang diperbolehkan untuk bersenang-senang."

3. Apabila mani yang dihasilkan itu mani suami-isteri yang sah dan cara mengeluarkannya
termasuk muhtaram, serta dimasukkan ke dalam rahim isteri sendiri, maka hukum bayi
tabung menjadi mubah (boleh).

20
Kaedah Fiqh

Fiqh didefinisikan sebagai formula teras atau asas untuk digunapakai bagi menjadi rujukan
sebelum memulakan penyelidikan. Kaedah-kaedah fiqh ini membantu dalam mengenal pasti
isu berkaitan dengan penyelidikan untuk diselesaikan agar mendapat rahmat dan berkat Ilahi.
Bagi isu bayi tabung uji ini pula , kaedah fiqh yang digunakan adalah kemudaratan hendaklah
dihilangkan ) ‫( الضرر يزال‬. Kemudaratan hendaklah dihilangakn dari konteks ini bermaksud
pembenihan bayi tabung uji ini melarang sperma ataupun ovum untuk disenyawakan adalah
milik orang lain ataupun melalui ikatan yang tidak sah . Ia mesti bersumberkan telur isteri atau
sperma suami yang mempunyai ikatan yang sah . Musababnya perkara ini dilarang adalah agar
ia tidak menimbulkan kemudaratan bagi pasangan suami isteri tersebut di mata agama dan
menimbulkan kemudaratan kepada si anak yang bakal dikandung.

21
Dalil yang dapat dikaitkan dengan pembenihan bayi tabung uji

Diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W : “Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat, menyiram benihnya kepada tanaman lelaki lain.” Ini untuk
mengelakkan berlaku hasil yang merosakkan nasab. Maka, hadis ini melarang suami isteri
membuat percampuran sperma atau telur wanita . Percampuran ini membawa maksud antara
salah satunya hasil daripada orang lain sama ada sperma atau ovum. Ini adalah dengan dasar
risau akan berlakunya percampuran nasab dan hal ini akan menyebabkan anak yang lahir dalam
cara ini tidak diketahui kepada siapa dia akan dinasabkan.

Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dalam sunannya daripada Syatir bin Syakil
daripada ayahnya berkata : “Aku datang kepada Nabi yang mulia, maka aku berkata, wahai
Rasulullah : Ajarkanlah aku perkara yang aku perlu berlindung daripadanya”, Maka bersabda
Rasulullah “Katakanlah : Allah sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan
pendengaran, penglihatan, lisan, hati dan mani.” . Secara zahirnya , ‘kejahatan mani’ disini
memberi maksud berlindung daripada melakukan persetubuhan yang haram dan juga
ditafsirkan sebagai penggunaan yang haram iaitu seorang lelaki meletakkan air maninya ke
dalam rahim bukan isterinya dan ini merupakan hakikat dalam gambaran melakukan IVF
kepada mereka yang tidak mempunyai ikatan suami isteri.

Sebarang hubungan antara perempuan dan lelaki yang tidak berlandaskan hukum syar’ie
merupakan hubungan yang sia-sia dan diharamkan oleh syarak. Tidak sah disisi syarak seorang
lelaki memasukkan air maninya ke dalam rahim perempuan yang tidak halal untuknya, dan ini
walaupun dengan cara IVF menyerupai kepada perbuatan zina (‫ ) من حيث المآل‬iaitu anak yang
lahir bukan dari ikatan suami isteri yang sah.

22
Rumusan Islam dan bayi tabung uji

Setelah dirumuskan dari segi hukum , pandangan ulama , dalil-dalil dan kaedah fiqh dalam
perkembangan teknologi bayi tabung uji ini dapat dihuraikan bahawa penggunaan teknologi
IVF atau bayi tabung uji ini adalah dibenarkan di sisi agama Islam dengan syarat-syarat
tertentu . Fatwa-fatwa yang dihasilkan oleh para ulama seperti yang dinyatakan diatas adalah
berdasarkan beberapa dalil-dalil bagi menentukan penggunaan teknologi IVF. Antara dalil-
dalil yang digunakan untuk menentukan hukum penggunaan teknologi IVF atau bayi tabung
uji ini ialah:

‫ت ِمنَ َو َرزَ قنَاهُم َوالبَح ِر البَ ِر فِي َو َح َملنَاهُم آدَ َم َبنِي ك ََّرمنَا َولَقَد‬ َّ ‫يل َخلَقنَا ِم َّمن َكثِير َعلَى َوفَضَّلنَاهُم ال‬
ِ ‫طيِبَا‬ ً ‫ض‬
ِ ‫تَف‬

Maksudnya: “ Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut
mereka di darat dan di laut, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami
lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang
sempurna.”
(Surah Al-Isra Ayat 70)

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang


sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”(Surah At-Tiin Ayat 4)

23
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya , teknologi pembenihan bayi tabung uji ini merupakan perkara yang
telah di terima baik oleh seantero golongan masyarakat dunia . Ini adalah kerana teknologi ini
telah membantu ramai pasangan di dunia ini beroleh zuriat . Hal ini dapat dilihat apabila
mencapai tahun 2018 , CNN iaitu Cable News Network yang merupakan rangkaian television
Amerika telah melaporkan bahawa kira-kira 8 juta bayi tabung uji telah lahir di seluruh dunia
semenjak teknologi itu diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1978 yang lalu.
Teknologi ini telah membantu menyelesaikan masalah kesuburan yang telah dihadapi oleh
pasangan-pasangan yang ingin mempunyai zuriat.

Perihal teknologi bayi tabung uji ini juga diterima dari segi agama . Walaupun segelintir
pendapat menyatakan bahawa ianya tidak boleh untuk dilakukan namun sebilangan besar
pendapat masih menggalakan teknologi ini untuk terus dijalankan . Hal ini kerana ia dapat
membantu umat manusia untuk meneruskan nasab keturunan mereka walaupun mempunyai
masalah untuk memiliki anak . Sesungguhnya setiap sakit itu ada penawarnya , maka sesiapa
pun berhak berikhtiar untuk melakukan yang terbaik di dalam hidupnya asalkan perkara
tersebut tidak bertentang dengan agama.

Wajib diketahui bahawa musabab hal ini diterima atau dibenarkan ( mubah ) dalam agama
adalah kerana ia telah ditetapkan dengan pra syarat dan keadaan-keadaan yang membolehkan
perkara itu dilaksanakan . Hal ini mubah dengan syarat benih yang disenyawakan itu kembali
kepada rahim ibunya yang sah dan benih yang hendak disenyawakan itu mestilah daripada
pasangan yang sah . Haram hukumnya apabila benih itu dimasukkan ke dalam rahim wanita
lain kecuali lelaki itu berpoligami dan haram mencampurkan nasab keturunan sehingga tak
diketahui nasab sebenarnya iaitu dalam erti kata lain benih itu tidak boleh dicampurkan dengan
benih bukan suami isteri yang sah seperti mendapatkan benih daripada orang lain .

Berikutanlah bagaimana teknologi ini telah diterima oleh masyarakat dunia pada hari ini .
Dari aspek kehidupan , teknologi ini telah membantu membentuk keluarga . Sungguhpun
begitu , semua perkara terjadi merupakan mengikut kehendaknya dan disebalik ikhtiar kita juga
perlu meminta keredhaan dan memohon kepada Allah SWT agar kita dikurniakan hal-hal yang
terbaik dalam kehidupan .

24
Seperti firman Allah SWT “ Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia
menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia". - Al
Mu'min:68 .

25
DAFTAR PUSAKA

Joseph, N . (2018). IVF What does it involve ? Retrieved September 19, 2018 from

https://www.medicalnewstoday.com/articles/262798.php

Jenny, H. ( 2010 ). Nobel prize for the British scientist who invented IVF. Retrieved
September 19, 2018 from

https://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-1317556/Nobel-prize-British-scientist-
Robert-Edwards-invented-IVF.html

Associated Press . ( 2012 ). Fertility treatment bans in Europe draw criticism . Retrieved
September 19, 2018 from
http://www.foxnews.com/world/2012/04/13/fertility-treatment-bans-in-europe-draw-
criticism.html

Sys Rees ( 2015). IVF disisi Islam . Retrieved September 19 , 2018 from

http://esrees.blogspot.com/2015/09/ivf-disisi-islam.html

Wikipedia contributors. (2018, September 13). Louise Brown. In Wikipedia, The Free
Encyclopedia. Retrieved September 19, 2018, from
https://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Louise_Brown&oldid=859366376

Wikipedia contributors. (2018, September 8). In vitro fertilisation. In Wikipedia, The Free
Encyclopedia. Retrieved September 19, 2018, from
https://en.wikipedia.org/w/index.php?title=In_vitro_fertilisation&oldid=858554710

26
Mohd Fahmie. ( 2012 ). Hukum persenyawaan tabung uji. Retrieved September 20, 2018 from

http://warisan15.blogspot.com/2012/11/hukum-persenyawaan-tabung-uji.html

Huda. ( 2018 ). Is In Vitro Fertilization Acceptable in Islam? Retrieved September 20 , 2018


from
https://www.thoughtco.com/islam-and-in-vitro-fertilization-2004333

Dr. Mohammad Nauman Shah MD . ( 2013). 20 thoughts on “Invitro-Fertilization (IVF) In


The Light of Islam”. Retrieved September 20, 2018 from

https://drnaumanshad.wordpress.com/2013/02/15/invitro-fertilization-ivf-in-the-light-of-
islam/

Sabrina, L. ( 2013 ). Hukum berubat . Retrieved September 20, 2018 from

https://www.slideshare.net/SabrinaLye/3hukum-berubat

Dr.Rashidi Ahmad . ( 2009 ). Isu semasa Fiqh Perubatan . Retrieved September 20, 2018 from

https://www.slideshare.net/drcd2009/isu-semasa-fiqh-perubatan

Fathul, B. ( 2013 ). Perubatan menurut ajaran Islam. Retrieved from September 2018 from

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/fathul-bari/perubatan-menurut-ajaran-islam-
1.140316

Mubah. (2011, Februari 12). Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Retrieved September 20, 2018
from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mubah&oldid=1451863

27
Dr. Mohd Anuar Ramli . Prinsip-Prinsip Halal Dan Haram Menurut Yusuf Al-Qaradawi .
Retrieved September 20, 2018 from

http://www.academia.edu/4232062/Prinsip-Prinsip_Halal_Dan_Haram_Menurut_Al-
Qaradawi

Putra E.L ,. ( 2013 ). Bayi Tabung Dalam Pandangan Islam. Retrieved September 20, 2018
from

http://putraelhilal.blogspot.com/2013/10/bayi-tabung-dalam-pandangan-islam.html

Anisatul-Qalbi . ( 2012 ). FIQH - IVF ( In Vitro Fertilisation ) ( 2 ). Retrieved September 20,


2018 from

http://anisatulqalbi.blogspot.com/2012/07/fiqh-ivf-in-vitro-fertilisation-2.html

Dawn, BHOnline . ( 2017 ). Bayi tabung uji halal dan sah - Mahkamah Pakistan. Retrieved
September 20, 2018 from

https://www.bharian.com.my/node/251903

Heri,R. ( 2010 ). Apa Hukum Bayi Tabung Menurut Islam? . Retrieved September 20, 2018
from

https://www.republika.co.id/berita/ensiklopedia-islam/fatwa/10/05/08/114856-apa-hukum-
bayi-tabung-menurut-islam-

28

Anda mungkin juga menyukai