Anda di halaman 1dari 36

PENYIASATAN KEMALANGAN &

SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN

Suzana Hj Abu Bakar


Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM
03-8921 3329 / 019-2627338
sab@ukm.edu.my
AKTA DAN PERATURAN BERKAITAN
PENYIASATAN KEMALANGAN
• Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; seksyen 32 (1):
Seseorang majikan hendaklah memberitahu JKKP yang terdekat
mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan
pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau mungkin
akan terjadi di tempat kerja.
• Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996; Peraturan 13(1):
Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah memeriksa
tempat kerja, dengan seberapa segera yang selamat selepas apa-apa
kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan
pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
AKTA DAN PERATURAN BERKAITAN
PENYIASATAN KEMALANGAN
…SAMBUNGAN
• Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997; Peraturan 18
(c):
untuk menyiasat apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris,
kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit
pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
• Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian
Berbahaya, Keracunan Pekerjaan Dan Penyakit Pekerjaan)
2004 - NADOOPOD
OBJEKTIF NADOOPOD
4

• Sebagai pematuhan kepada seksyen 32 Akta 514


• Menyeragamkan pemberitahuan mengenai kemalangan,
kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit
pekerjaan
• Seksyen 31&32 Akta Kilang & Jentera 1967 (Akta 139)
• Peraturan 13: Peraturan2 Petroleum (Langkah2
Keselamatan)(Pengangkutan Petroleum Melalui Talian Paip) 1985
• Peraturan 23: Peraturan2 KKP (kawalan terhadap bahaya
Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996
• Bagi membangunkan data kemalangan kejadian
berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan yang
relevan
• Tindakan Pencegahan & Kawalan Kemalangan Pekerjaan
TUJUAN SIASATAN KEMALANGAN
• Pematuhan perundangan dan keperluan organisasi
• Mencari punca sebenar kejadian kemalangan dan
mencegah daripada berulang
• Langkah pencegahan dari berlaku semula kemalangan
• Elemen penting dalam pengurusan KKP
• Memenuhi tuntutan insurans atau mempertahankan dari
tuntutan saman

JANGAN TANYA SIAPA PENYEBAB


SEBALIKNYA APA PENYEBABNYA
Kemalangan
Pekerjaan

Kategori
Penyakit Kemalangan
Pekerjaan Kejadian
Berbahaya

Keracunan
Pekerjaan
PEMBERITAHUAN & LAPORAN PENYIASATAN

• Pemberitahuan: maklumat terhad kepada


penaksiran awal kemalangan. Masa melakukan
pemberitahuan adalah pantas dan ditentukan
oleh majikan dan pihak berkuasa.

• Laporan: merujuk kepada hasil bertulis


penyiasatan kemalangan yang lengkap. Masa
penyediaan adalah lebih lama berbanding
“pemberitahuan”.
TAKRIFAN
KEMALANGAN
 suatu kejadian yang boleh mengakibatkan
kecederaan maut atau kecederaan tidak maut.
KEJADIAN BERBAHAYA
 Peristiwa atau kejadian yang boleh mendatangkan
kecederaan/kesakitan kepada seseorang dan/atau
kerosakan kepada harta benda dan persekitaran.
• Keruntuhan bangunan atau struktur
• Litar pintas elektrik yang disertai api atau letupan
• Pembebasan atau pelepasan tidak terkawal : gas, bahan kimia,
biologi, radioaktif
TAKRIFAN
Keracunan Pekerjaan (SAMB...)
dan Penyakit Pekerjaan

keracunan atau penyakit yang berbangkit daripada


atau berkaitan dengan kerja dan termasuk dalam
kelas yang dinyatakan dalam Jadual 3 Peraturan-
Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
(Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian
Berbahaya, Keracunan Pekerjaan Dan Penyakit
Pekerjaan)
• Keracunan oleh bahan kimia tertentu
• Jangkitan oleh kuman, virus, patogen
• Penyakit yang berpunca dari aktiviti kerja
FAKTOR PENYEBAB KEMALANGAN

1. Persekitaran contoh kebisingan, kepanasan,


pencahayaan, asap, cuaca buruk
2. Rekabentuk contoh mesin, perlatan, tapak kerja
3. Sistem dan prosedur contoh manual alat, prosedur
kerja, peraturan makmal
4. Perlakuan manusia contoh perlakuan tidak
selamat, cuai, tidak mengikut peraturan
UNTUK KENALPASTI PENYEBAB

• Urutan peristiwa menjurus kepada berlaku


kemalangan contoh arahan-arahan, sistem kerja
atau keadaan tempat kerja
• Fakta kemalangan itu sendiri contoh mereka yang
terlibat, perlatan yang digunakan, aktiviti kerja dsb
APAKAH YANG PERLU DISIASAT?
• SEMUA jenis kemalangan, kejadian berbahaya,
keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan

Bila memulakan penyiasatan?


• Secepat mungkin;
• Apabila selamat untuk menyiasat
SIAPAKAH YANG BOLEH DAN PATUT
MENYIASAT?

• Kemalangan dan kejadian berbahaya: SHO


• Keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan: OHD
• Kemalangan kecil: kakitangan yang berkenaan
bersama penyelia
• Kemalangan besar: satu pasukan yang mempunyai
pelbagai kepakaran masing-masing dan pegawai
keselematan dan kesihatan
TUGAS PASUKAN PENYIASAT

• Bersifat objektif dan tidak memihak


• Kumpul semua fakta dan maklumat
• Asingkan faktor penyebab
• Cari tindakan pembetulan dan pegawai yang
bertanggungjawab
• Laksanakan tindakan pembetulan dalam tempoh
masa yang ditetapkan
PERSEDIAAN SEBELUM PENYIASATAN

• Kenalpasti penyiasat;
• Siapkan kelengkapan penyiasatan;
• Sediakan borang pemberitahuan dan penyiasatan
kemalangan; dan
• Tentukan penerima hasil penyiasatan;
KELENGKAPAN PENYIASATAN

• Kamera (termasuk kamera video)


• Perakam suara
• Lampu suluh
• PPE,
• Kelengkapan menulis dan melakar
• Tape sawar (Barrier Tape)
METODOLOGI
1. Kumpul semua peraturan / prosedur dan
maklumat peralatan / mesin / kemudahan /
susunatur
2. Buat hadangan kawasan kemalangan dan jangan
ganggu bukti yang ada
3. Ambil gambar-gambar, lakaran tempat
kemalangan
4. Temuduga saksi, sesiapa yang terlibat dan
dapatkan fakta bukan pendapat atau andaian
MENGUMPUL MAKLUMAT PENYIASATAN
• Sumber Maklumat:
• Saksi;
• Bahan bukti
• Masa adalah faktor penting dalam pengumpulan
maklumat
• Maklumat yang dikumpul mesti tepat dan mampu
menyokong kesimpulan yang akan dibuat.
• Maklumat bukan hanya untuk mencari “root
causes” kemalangan tetapi membaiki kelemahan
yang ada
TEKNIK TEMUDUGA
1. Secara peribadi
2. Seberapa segera selepas kemalangan
3. Buatkan mereka yang ditemuduga rasa selesa dan
tidak tertekan
4. Tempat temuduga sebaik-baik di lokasi
5. Nyatakan objektif siasatan kemalangan
6. Jangan menyalahkan orang
7. Jangan buat kesimpulan semasa dalam temuduga
8. Cari fakta dan bukti
TEKNIK TEMUDUGA.. SAMBUNGAN
9. Semua jawapan yang diterima hendaklah direkod dan
dianggap penting
10.Akhirkan dengan peringatan sesi soalsiasat lain mungkin
perlu diadakan
ORANG YANG PERLU DITEMUDUGA

• Mangsa;
• Saksi primer; dan
• Saksi sekunder
SENARAI SEMAK UNTUK DAPATKAN FAKTA

SIAPA:
• Mangsa /cedera
• Lihat kejadian
• Bekerja dengan mangsa
• Memberikan tugasan kepada mangsa
• Terlibat dalam kejadian
SENARAI SEMAK UNTUK DAPATKAN FAKTA

APA:
• Kerosakan atau kehilangan harta
• Aktiviti / kerja yang dilakukan mangsa
• Kerja-kerja yang telah diarahkan untuk dibuat
• Peralatan tangan yang digunakan
• Mesin yang dikendalikan
• Adakah kejadian yang serupa pernah berlaku dan
adakah tindakan pencegahan diambil untuk mengelak
perkara berulang
SENARAI SEMAK UNTUK DAPATKAN FAKTA

DIMANA:
• Lokasi kemalangan / kerosakan berlaku
• Penyelia pada waktu berlaku kemalangan
• Saksi kejadian berada
SENARAI SEMAK UNTUK DAPATKAN FAKTA

BAGAIMANA:
• Kemalangan / kerosakan berlaku
• Tindakan pertolongan cemas diberi / ambil
• Kemalangan boleh dielak
• Rekabentuk yang lebih baik boleh membantu
pencegahan
• Penyelia boleh mencegah kemalangan dari berlaku
SENARAI SEMAK UNTUK DAPATKAN FAKTA

BILA:
• Kemalangan / kerosakan berlaku
• Mangsa mulakan kerja
• Penerangan tentang hazard diberi
• Kali terakhir penyelia melihat/memeriksa kerja
mangsa
SENARAI SEMAK UNTUK DAPATKAN FAKTA

KENAPA:
• Kemalangan / kerosakan berlaku
• Mangsa mulakan kerja
• Latihan tidak diberi
• Hazard tidak dinilai
• Kelengkapan pelindung diri tidak diberi / digunakan
• Keadaan persekitaran tidak selamat dibiarkan
FORMAT LAPORAN
Laporan kemalangan seharusnya mempunyai:
• Ringkasan apa yang berlaku
• Maklumat yang diperolehi semasa penyiasatan
• Maklumat tentang saksi
• Maklumat berkaitan kecederaan mangsa atau kerosakan
yang dialami
• Kesimpulan
• Cadangan
• Dokumen sokongan (gambar, lakaran, gambarajah,
prosedur dsb.
• Tarikh dan tandatangan penyiasat
HASIL PENYIASATAN

• Hendaklah dimaklumkan kepada semua


yang berkaitan (pihak berkuasa/polis/sykt
insurans), termasuk pekerja (jika berkaitan);
• Hendaklah dibincangkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan
dan Kesihatan
• Rekod untuk rujukan
SISTEM PELAPORAN
KEMALANGAN (SPKEM)
SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN
(SPKEM)

• PKKP dengan kerjasama Pusat


Teknologi Maklumat telah
membangunkan Sistem Pelaporan
Kemalangan (sistem boleh dicapai
bermula 1 April 2010).
• Mengikut keperluan NADOOPOD
2004.
SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN

• Sistem Pelaporan Kemalangan (SPKem) merupakan sistem di bawah


seliaan Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP).
• Sistem ini bertujuan untuk merekod semua kategori kemalangan
pekerjaan di UKM termasuk kemalangan jalan raya. Sistem ini
memudahkan kaedah pemberitahuan dan pelaporan kemalangan.
• Sistem ini hanya boleh dicapai oleh pentadbir tertentu sahaja.
CARTA ALIR
SISTEM
PELAPORAN
KEMALANGAN
(SPKEM)
KESIMPULAN

• Tujuan siasatan kemalangan adalah untuk


mencari punca penyebab dan mencari
penyelesaian supaya perkara serupa tidak
berulang lagi
• Menyediakan organisasi dengan prosedur
dan alat sekiranya berlaku kemalangan
• Melaksanakan tindakan pembetulan dan
pencegahan
TERIMA KASIH
ATAS PERHATIAN
YANG DIBERIKAN

Anda mungkin juga menyukai