Anda di halaman 1dari 1

dalam negeri

ARKIB : 01/03/2010

Lima punca siswazah gagal dapat


kerja
KUALA TERENGGANU 28 Feb. - Kurang latihan industri, kemahiran
komunikasi dan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, tidak mahir
menyelesaikan masalah, suka bertukar tempat kerja dan kurang
keyakinan diri.
Itu adalah lima punca yang menyebabkan ramai siswazah tempatan
gagal mendapat pekerjaan sebaik sahaja mereka menamatkan
pengajian di universiti.
Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Kementerian
Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata, kelemahan dan
kekurangan siswazah itu menyebabkan mereka gagal meyakinkan para
majikan untuk mengambil mereka bekerja.
Katanya, sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan turut
menyebabkan mereka terpaksa menganggur walaupun mempunyai
segulung ijazah.
"Kita boleh perhatikan bahawa kebanyakan siswazah pada masa ini
gemar memilih pekerjaan dan terlalu statik dengan bidang yang
mereka pelajari.
"Ini menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan selain sering
terikat dengan tempat kelahiran dan enggan keluar mencari kerja di
tempat lain," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Program
Etiket Siswa 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari
ini.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2010&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm#ixzz5VPBR5op
A
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai