Anda di halaman 1dari 4

Sejak kecil, kita telahpun dididik dan diingatkan berulang-ulang kali oleh ibu bapa

dan guru tentang kepentingan pemakanan seimbang. Namun, tahukah kita maksud makanan

seimbang? Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan

tubuh badan manusia yang amat memerlukan makanan dan vitamin untuk tumbesaran dan

penjagaan kesihatan. Sekiranya seseorang mengamalkan pemakanan seimbang, sudah pasti

dia akan membesar dengan sempurna, memperoleh vitamin yang mencukupi dan dapat

mengelakkannya daripada dijangkiti penyakit. Walau bagaimanapun, seiring dengan

perkembangan dunia yang semakin pantas, dan peningkatan jumlah penduduk dunia yang

semakin tinggi, keperluan makanan seimbang juga kian berbeza. Dengan pelbagai inovasi

dan teknologi yang tinggi, pelbagai jenis makanan baru dicipta untuk memenuhi keperluan

pemakanan manusia. Persoalannya, adakah pengambilan makanan tambahan ini dapat

membantu memenuhi keperluan makanan seimbang?

Pengambilan makanan tambahan penting bagi meningkatkan imunisasi badan.

Pengambilan makanan tambahan seperti pil-pil vitamin,spriluna,makanan organik dan susu

dapat memberikan antibodi kepada badan. Contohnya,makanan tambahan yang dapat

meningkatkan imunisasi badan ialah pati ikan kod.Buktinya,makanan tambahan ini dapat

mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kanser kulit,usus dan otak. Hal ini demikian,

kerana kandungan makanan tambahan ini mengandungi nutrisi dan pelbagai khasiat yang

dapat meningkatkan imunisasi badan dan sekali gus dapat meningkatkan daya ketahanan

penyakit. Oleh itu, pengambilan makanan tambahan tentunya memberikan faedah kepada

pengguna.
Pengambilan makanan tambahan secara konsisten boleh mencegah pelbagai penyakit

kronik. Penyakit kronik seperti kencing manis,darah tinggi dan kanser dapat diatasi dengan

pengambilan makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan seperti pil-pil vitamin,

spriluna,makanan organik dan susu dapat mencegah pelbagai penyakit kronik kerana

megandungi pelbagai nutrisi dan khasiat. Buktinya,pengambilan pil vitamin B17 dapat

mencegah pelbagai penyakit kanser seperti kanser kulit,kanser usus dan kanser otak.Amalan

memakan makanan tambahan dapat meningkatkan imuni sistem manusia dan secara tidak

langsung dapat memulihkan sel-sel mati.Oleh itu, pengambilan makanan tambahan dapat

mencegah pelbagai penyakit kronik.

Pengambilan makanan tambahan penting dalam usaha menjayakan pemakanan secara

sihat oleh masyarakat. Pengambilan makanan seperti spriluna,pil-pil vitamin dan makanan

organic merupakan satu gaya hidup sihat bagi masyarakat moden kini. Mereka berasakan

pengambilan makanan tambahan secara berkala atau sampingan dapat memberikan banyak

manfaat kepada mereka. Hal ini demikian,kerana masyarakat kini sibuk dengan kerjaya dan

tidak mempunyai masa rehat yang cukup untuk melakukan senaman. Kebanyakan

masyarakat kini mempunyai masa rehat mereka kurang daripada 5 jam sehari. Oleh

itu,pengambilan makanan tambahan dapat membantu mereka menjaga kesihatan.

Pengambilan makanan tambahan dapat meningkatkan tahap kecerdasan.Makanan

tambahan akan memberi kesan positif semasa proses pembesaran baik dari segi fizikal

mahupun mental kerana makanan tambahan yang mengandungi nutrisi tambahan dapat

memberi tenaga sepanjang hari. Nutrisi tambahan seperti kalsium,zat besi dan serat dapat

membantu tumbesaran dari segi fizikal. Kesannya,tulang-tulang akan menjadi lebih

kuat.Selain itu,makanan tambahan seperti daun gingko dan pati ikan kod dapat menguatkan
ingatan seseorang.Oleh itu, pengambilan makanan tambahan secara terancang dapat memberi

kebaikan kepada penggunanya.

Namun demikian,pengambilan makanan tambahan yang tidak terancang juga boleh

memberikan kesan negatif iaitu menjadi punca penyakit.Pengambilan makanan tambahan

secara berlebihan akan menyebabkan punca penyakit seperti kencing manis,kanser dan sakit

jantung. Buktinya, makanan tambahan yang mengandungi paras gula berlebihan akan

menyebabkan penyakit kencing manis. Nutrisi yang berlebihan di dalam badan seperti

protein,karbohidrat dan zat besi akan menyebabkan sel-sel kanser menjadi aktif. Hormon

seseorang juga menjadi tidak stabil akibat pemilihan makanan tambahan yang tidak tepat.

Oleh itu,pemilihan makanan tambahan yang tepat boleh menghindarkan seseorang terkena

penyakit.

Pengambilan makanan tambahan secara berlebihan akan menyebabkan kerosakan

organ dalaman. Kesan bahan kimia yang berlebihan dalam produk atau makanan tambahan

tertentu boleh merosakkan organ dalaman yang penting seperti otak,buah pinggang dan

hati.Hal ini demikian,kerana bahan kimia tersebut akan larut dalam darah.Darah akan

mengalir ke otak bersama-sama dengan larutan kimia tersebut.Keadaan ini akan menjejaskan

fungsi otak. Selain itu, para pengguna yang tidak begitu sesuai dengan produk atau makanan

suplemen seperti pil-pil vitamin,kologen dan pil pelansingan boleh mendatangkan kesan

sampingan kepada pengguna. Oleh itu, penyalahgunaan makanan tambahan boleh

mendatangkan komplikasi yang teruk pada organ dalaman.

Kesimpulannya,pengambilan makanan tambahan dapat memberikan banyak manfaat

kepada pengguna. Namun demikian,pengambilan makanan tambahan yang tidak terkawal


atau berlebihan akan memberikan kesan yang buruk kepada pengguna. Walaupun

pengambilan makanan tambahan merupakan alternatif baru masyarakat kini untuk menjaga

kesihatan mereka tetapi kesihatan juga boleh terganggu jika pemakanan berkhasiat tidak

diamalkan. Pilihlah makanan tambahan yang terbaik, lebih semulajadi, selamat dan tidak

mengandungi bahan kimia kerana dikhuatiri makanan tambahan yang kita makan tidak

bertindak seperti yang sepatutnya tetapi menjadi racun kepada kita tanpa sedar.

RUJUKAN:

1. http://anizyn.blogspot.com/2008/11/makanan-tambahan-atau-makanan-seimbang.html

2. http://norhayati-bahasamalaysiastpm.blogspot.com/2011/12/karangan-contoh-
makanan-kesihatan.html

3. http://makan2sihat.blogspot.com/p/kepentingan-pengambilan-makanan.html

4. https://en.wikipedia.org/wiki/Dietary_supplement

5. http://www.healthline.com/health/balanced-diet#Overview1

Anda mungkin juga menyukai