Anda di halaman 1dari 11

KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH DI INDIA

ASYRAF BIN MUKLAS

P89346

PENDAHULUAN

India adalah negara ketujuh terbesar di dunia dengan luas kawasannya 3.287.263 km
persegi. India juga terkenal kerana kepadatan penduduknya. Dalam urutan India adalah negara
kedua terpadat di dunia setelah China. Jumlah pendudukan dianggarkan sebanyak 600 juta orang.
Majoriti penduduk india adalah beragama Hindu (83%), Islam (12%), Kristian, Sikh dan lain-
lain. Ekonomi utama bagi negara India adalah sektor pertanian dan penternakan yang membawa
kepada 34% dari pendapatan negara. Sektor Pertanian sendiri mempunyai 69% tenaga kerja yang
digunakan. Melalui pandangan kasar ini menunjukkan bahawa penduduk negara India
bergantung kepada sektor pertanian. India kaya dengan hasil seni, kesusasteraan yang membawa
para pedagang luar untuk datang dan membawa hasil khazanah yang berharga ke negara penjajah
dengan menterjemahkan pelbagai hasil dari negara India. Semangat nasionalisme masyarakat
India mula terselah setelah India dikuasai oleh East India Company yang meragut kekayaan
masyarakat India. Meskipun India sekarang sudah merdeka, pendapatan per kapita India adalah
US$ 200 per tahun. Menunjukkan bahwa 30% penduduk India berada dibawah garis kemiskinan.
Oleh sebab itu, sejak merdeka pemerintah India berjuang memperbaiki dunia pendidikan,
sekiranya dunia pendidikan di negara India maju, maka kualiti bangsa juga akan berlaku
perubahan dengan sendirinya.

Sejurus selepas 1947, Jawaharlal Nehru mengisytiharkan bahawa keseluruhan asas


pendidikan mestilah berlaku perubahan. India berusaha untuk memodenkan sistem pendidikan
dengan meletakkan banyak sumber dan kepemimpinannya untuk mengutamakan perkhidmatan
pembangunan ekonomi, sistem pendidikan yang dibenarkan berkembang. Pada tahun 1964,
kerajaan telah melantik sebuah suruhanjaya peringkat tinggi untuk menasihatkan kerajaan
mengenai corak pendidikan kebangsaan di semua peringkat dan aspek. Laporan jawatankuasa
pendidikan diterbitkan pada tahun 1996 dan merupakan analisis pertama tentang keadaan sistem
pendidikan di India berkaitan dengan tujuan pembangunan sistem pendidikan. Laporan itu
sendiri bukan merupakan pelan atau undang-undang sistem pendidikan tetapi direka untuk
menjadi latar belakang kepada kemunculan rancangan dan peraturan baru.

Sejarah masa kini adalah subjek utama dalam kurikulum sekolah di India dan ia
mempunyai kepentingannya sendiri. Menurut Nehru (1965) adalah jelas bahawa mana-mana
negara, mana-mana masyarakat, yang tidak mengambil kepentingan dalam akar umbi sejarah
akan mengalami kerugian. Sudah menjadi matlamat penting untuk mengajar sejarah di sekolah-
sekolah India untuk membuat pelajar menyedari nilai-nilai kebangsaan selepas kemerdekaan
daripada pemerintahan British.

SISTEM PENDIDIKAN DI INDIA

India mendapat kebebasannya pada tahun 1947 dari pemerintahan British selepas
perjuangan panjang yang diketuai oleh Kongres Nasional India, sebuah politik parti yang
dibentuk oleh kaum India berpendidikan kelas pertengahan. Mereka membentuk kerajaan
pertama yang diketuai oleh En. Jawahar Lal Nehru sebagai Perdana Menteri. Kerajaan baru itu
masih hidup dengan sistem pendidikan penjajah dan India perlu untuk memperbaharuinya, ini
terbukti dari beberapa jawatankuasa pendidikan yang telah ditubuhkannya. Laporan
jawatankuasa ini mencadangkan langkah untuk memperkembangkan dasar pendidikan
kebangsaan, yang akan membantu membentuk sistem pendidikan yang baru. Pengeluaran buku
teks baru yang akan menggantikan sistem pendidikan yang lama , jika ingin memenuhi tuntutan
negara baru.

Dalam sistem pemerintahan India, masalah pendidikan dikelolakan oleh badan tersendiri
yang disebut dengan National Council of Educational Research and Training (NCERT). NCERT
adalah agensi kerajaan yang mengendalikannya dunia pendidikan di bawah Kementerian
Pembangunan Sumber Manusia atau Kementerian Sumber Manusia. Kurikulum pendidikan
dikawal selia dalam kurikulum kebangsaan dinamakan National Curriculum Framework 2005
yang ditubuhkan oleh NCERT. Dengan ini memandangkan kerajaan menubuhkan Majlis
Kebangsaan Penyelidikan dan Latihan Pendidikan (NCERT) pada tahun 1961, NCERT
diamanahkan dengan misi menyediakan buku teks peringkat sekolah. Menurut K.N Panikkar
(n.d) , buku teks yang disediakan oleh NCERT adalah buku-buku sejarah yang baik dari segi
akademik dan politik. Sistem Pendidikan yang baru serta buku teks yang telah dihasilkan
menepati kriteria masyarakat India yang kaya dengan pelbagai budaya dan identiti kebangsaan
berbilang agama.

D.S Kothari (1966) menyatakan hasratnya untuk kurikulum inovatif dalam suratnya yang
ditujukan kepada menteri pendidikan iaitu En. M.C Chagla pada 29 Jun,1966 iaitu "Jika saya
boleh mengatakan demikian, perkara terpenting buat masa ini adalah untuk keluar dari sistem
pendidikan sekarang. Dalam dunia yang semakin berubah hari ini, satu perkara yang pasti, sistem
pendidikan semalam tidak akan sama pada hari ini, dan bahkan akan berkurang dengan
keperluan esok".

Menurut Mansingh Chouhan (2014) pemerintah India telah menetapkan dasar sistem
pendidikan 10-2-3 tahun masa persekolahan. Peringkat awal, 10 tahun sebagai pendidikan asas
dan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Primary School (5 tahun), Upper Primary School (3
tahun), dan Secondary School (2 tahun). Peringkat berikutnya mengambil masa selama 2 tahun
sebagai persiapan memasuki pendidikan tinggi. Untuk pendidikan vokasional, kejuruteraan dan
jurusan perniagaan telah bermula sejak sekolah menengah. Struktur pendidikan sekolah dengan
sistem 10-2-3 tahun ini telah diterima pakai oleh semua negeri dan wilayah di India. Apabila
diterjemahkan di dalam peringkat umur sekolah akan muncul seperti berikut iaitu peringkat asas
(peringkat utama) meliputi kelas I hingga V iaitu 5 tahun tempoh pembelajaran. Ini dilakukan di
20 bahagian dan wilayah India. Pendidikan peringkat pertengahan termasuk kelas VI hingga VIII
yang diadakan di 18 negeri dan Wilayah India dan pendidikan menengah (sekolah menengah)
termasuk kelas IX sampai X. Kelas ini diadakan di 19 negeri dan Wilayah India. Pendidikan
vokasional, diwujudkan secara khusus kerana konsep vokasional di India iaitu jurusan teknikal
dan perniagaan adalah hasil konsep idea Bapa Pengasas India, Mahatma Gandhi, iaitu
pelaksanaan pembentukannya "Seseorang personaliti utuh, kreatif dan produktif ".

Sistem pendidikan di Malaysia berbeza sedikit dari sistem pendidikan di India. Sistem
Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan
terdiri daripada :-
1. Pendidikan Prasekolah iaitu program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat
hingga enam tahun
2. Pendidikan Rendah iaitu kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi
tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga
tujuh tahun. Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan.
3. Pendidikan Menengah iaitu pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah
rendah dan menengah atas. Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :-
a. sekolah akademik
b. sekolah teknik dan vokasional
c. sekolah kebangsaan agama
4. Pendidikan Lepas Menengah iaitu pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang
sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak
termasuk pendidikan tinggi.

STRUKTUR KURIKULUM PENDIDIKAN DI INDIA

Kurikulum dan standard sekolah rendah di India mengajar membaca, menulis, mengeja
bahasa daerah, sejarah, budaya India, geografi, kesusasteraan, sains dan kesihatan. Di sekolah
menengah diajar mata pelajaran sains dan matematik bahkan beberapa sekolah menggantikan
kajian sains sosial dengan sejarah dan geografi. Mata pelajaran latihan manual dan sains rumah
tangga juga ditawarkan di beberapa buah sekolah menengah bawah. Mata pelajaran bahasa hindi
diajarkan (meskipun tidak selalu ditawarkan di sekolah menengah kecuali di bahagian selatan
India) di seluruh sekolah menengah atas. Bahasa Inggeris juga diperlukan untuk sekolah
menengah atas untuk beberapa buah sekolah.

TUJUAN KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH

Merujuk S.K. Kochar (2008), tujuan pendidikan sejarah di India adalah memberikan pemahaman
tentang tahap-tahap perkembangan masyarakat India dari abad ke abad. Melalui sejarah
masyarakat India lebih memahami perbezaan budaya yang terdapat di India. Para pelajar akan
lebih memahami persekitaran yang mereka diami buat masa sekarang dan berusaha melakukan
perubahan.
Selain itu, tujuan pendidikan sejarah ialah memperkembangkan penghargaan terhadap pelbagai
komponen budaya India dan bangga terhadap hasil yang telah dicapai oleh masyarakat India di
pelbagai wilayah. Masyarakat India mempunyai kekayaan budaya di setiap genap wilayah India.
Para pelajar akan mempelajari dan berusaha mengekalkan kebudayaan yang sedia ada.

Tambahan pula, pendidikan sejarah dapat menambah pemahaman kritis tentang masa lalu
sehingga para pelajar bebas dari prasangka yang tidak rasional, fanatik, dan fikiran sempit. Para
pelajar dapat mengambil pengajaran dengan pemikiran ilmiah dan berorientasi ke masa depan
bagi membina masyarakat India yang lebih maju.

PENDIDIKAN SEJARAH DI INDIA

Pendidikan sejarah di sekolah India memainkan peranan yang penting dalam kurikulum
di India. Ini dapat dilihat dengan mata pelajaran sejarah ditawarkan di sekolah rendah dan
menengah di India. Isi kandungan dalam mata pelajaran sejarah di India dapat
memperkembangkan masyarakat di India dengan penerapan peristiwa-peristiwa penting dalam
sejarah India yang mempunyai kepelbagaian budaya dan perbezaan wilayah. Isi kandungan mata
pelajaran sejarah di India dapat dilihat dengan mengembangkan penghargaan terhadap
kebudayaan yang berbeza serta status sosial. Proses perkembangan yang dilaluinya ialah proses
perubahan dalaman dalam kebudayaan India, interaksinya dengan kebudayaan lain dan pengaruh
kebudayaan lain. Di India mempunyai kepelbagaian budaya yang begitu ketara walaupun tidak
mempunyai perbezaan bangsa. Para pelajar dapat menghargai perbezaan budaya dan berasa
bangga dengan kekayaan budaya yang dimiliki oleh masyarakat India.

Selain itu, mata pelajaran sejarah dapat mengembangkan kemampuan untuk mengkaji
masalah pada masa kini masyarakat India dalam perspektif sejarahnya. Para pelajar dapat
membuat penilaian tentang kehidupan seharian mereka dengan perkaitan budaya sejarah mereka.
Pelajar dapat mengembangkan pemahaman tentang proses perubahan yang terjadi pada masa
kini untuk melakukan perubahan. Melalui mata pelajaran sejarah juga para pelajar akan belajar
menghargai monumen bersejarah yang terdapat di India dan memelihara kekayaan budaya yang
terdapat di India.
ISI KANDUNGAN PENDIDIKAN SEJARAH DI INDIA

Silibus pendidikan sejarah yang diajar kepada masyarakat India bagi pemahaman yang lebih
mendalam tentang cabaran sosial dan ekonomi yang dihadapi negara pada masa kini. Maka
dengan itu, usaha kerajaan India memperkenalkan buku teks sejarah bagi membimbing para
pelajar India melalui sejarah berdasarkan latar belakang setiap pelajar yang berbeza budaya.
Menurut Romila Thapar (2005) buku teks sejarah harus menyediakan infrastruktur subjek,
maklumat yang boleh dipercayai tentang masa lalu, penerangan tentang bagaimana maklumat itu
dapat dianalisis dan memberitahu kita secara tersirat atau jelas mengenai aspek masyarakat di
mana kita hidup. Julat yang dipilih akan berubah mengikut keperluan sukatan pelajaran. Berikut
merupakan Isi kandungan/silibus bagi pendidikan sejarah di India mengikut tahap umur/kelas.

Isi Kandungan Sejarah untuk Kelas I-V

Kelas I sampai II:

• Kehidupan manusia

 Masyarakat memiliki pola hidup yang berbeza

 Kehidupan di daerah, wilayah, dan negara yang berbeza

Kelas III
• Warisan Kita:

 Penemuan dan ciptaan manusia di zaman kuno telah memainkan peranan penting dalam
kehidupan manusia sekarang.
 Umat manusia selalu berusaha memperbaiki kehidupannya dengan berusaha memahami
alam dan memanfaatkanya.

Kelas IV
• Masyarakat India:

 Masyarakat India memiliki kebudayaan dan tradisi tersendiri


 India memiliki kesatuan dan keseragaman.

• Warisan India I dan Warisan India II


 Sepanjang masa, peradaban semakin diperkaya oleh usaha manusia untuk memperbaiki
kehidupannya.

 Pihak pemerintah, penulis , ilmuwan, dan orang-orang agamawan memberikan


sumbangannya untuk kemajuan peradaban dengan cara masing - masing.
Kelas V

• Kerjasama antara bangsa di India

 Kerjasama diantara bangsa sangat penting bagi kemajuan dan keamanan.

• Dunia yang berubah

 Berbagai perkara penting telah dirancangkan dalam perjalanan manusia menuju


kemajuan.
 Ada berbagai penemuan dan ciptaan yang hebat dan ilmuwan yang membantu dalam
proses pengembangannya.
Kelas VI

• Pra-sejarah

 Evolusi manusia
 Manusia terus –menerus berjuang memperbaiki nasibnya dengan berusaha memahami
alam dan memanfaatkanya.

• Kebudayaan Harappa

 Kebudayaan Harappa peradaban India

• Hidup di zaman Veda

 Pada zaman masyarakat berbahasa Indo-Arya datang ke India dan membangunkan


kebudayaan baru.
• Kebangkitan Maghada

 Bangkitnya Maghada membuka jalan bagi penyatuan politik di India


 Kerajaan Maurya
 Penyatuan politik sebahagian besar wilayah India dan pemerintah yang efisien
dibangunkan oleh Kerajaan Maurya,

Kelas VII

• India Zaman Madya


 India tahun 800-1200 M
 Kesultanan Delhi
 Kedatangan bangsa Mongol dan Eropah
 Empayar Mongol
 Runtuhnya empayar Mongol

Kelas VIII

• India Moden

 India pada abad ke-18


 Tumbuh dan berkembangnya kekusaan Inggeris di India
 Struktur pemerintahan Inggeris di India
 Kekuasaan Inggeris tehadap ekonomi India dan masyarakatnya sehingga tahun 1875
 Pemberontakan 1857
 Organisasi pemerintahan Inggris di India
 Perubahan ekonomi dan sosial setelah tahun 1857
 Bangkitnya Nasionalisme India
 Mencapai kemerdekaan

Kelas IX-X

• Sejarah Umat Manusia (Dengan acuan India)

Kelas XI-XII

• (India Kuno ke India Moden)

ISU-ISU PENDIDIKAN DI INDIA


Menurut Krishna Kumar (2001) dalam sistem yang mengabaikan bidang asas seperti
literasi dan pengiraan, yang akan mengganggu sejarah yang diajar di sekolah. Para pelajar mula
mengabaikan pendidikan sejarah kerana tidak pandai membaca dan menyebabkan masyarakat
India sukar untuk mempelajari sejarah.
Di India bahasa inggeris tidak pernah menjadi bahasa yang dipakai oleh sebahagian besar
penduduk dan tidak pula diguna pakai secara meluas dalam masyarakat India. Bahasa inggeris
hanya difahami oleh sebahagian golongan tertentu saja. Oleh sebab berkenaan penggunaan
bahasa Inggeris amat lemah kerana wujud juga pelbagai bahasa dari setiap daerah yang terdapat
di India.

SISTEM PENILAIAN DI INDIA

Sistem ini dinamakan CCE (Continuous and Comprehensive Evaluation), yang merupakan
sistem pemarkahan sekolah berasaskan asas yang merangkumi semua aspek pembangunan
pelajar. CCE juga adalah satu bentuk penilaian di mana pelajar dinilai sebagai keseluruhan dan
peratusan nilai pada akhir tahun bermula daripada penilaian dalaman yang dibuat terus menerus.
Ini berbeza dari corak biasanya dan menggantikan model penilaian sebelumnya di mana pelajar
sahaja dinilai dari hasil ujian akhir saja. Pelajar yang mengikuti sistem penilaian CCE akan
diberi nilai yang termasuk A +, A, B, C, D dan E.

Sistem penilaian ini juga menekankan kepentingan kecergasan fizikal, keseimbangan emosi dan
mental pelajar, agar pelajar bermotivasi dan diberi masa yang cukup untuk mengembangkan
minat dan hobi mereka. Pelajar juga dilengkapi dengan kemahiran berbeza, keupayaan berfikir
kritikal, kreativiti dan pembangunan kemahiran sosial dan berdaya saing. Dalam sistem penilaian
CCE terdapat penilaian formatif dan penilaian sumatif. Dalam penilaian formatif pelajar diberi
input secara tetap dan bermotivasi untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran bebas.
Penilaian ini termasuk kerja Kelas, Kerja Rumah, Soalan lisan, Kuiz, Projek, dan Tugasan /
Ujian. Penilaian Sumatif pada CCE adalah penilaian prestasi pelajar di akhir pengajaran.

KESIMPULAN
Pendidikan moden di India sering dikritik kerana mendasarkan pada sistem hafalan.
Penekanan ditujukan kepada lulus skor ujian dengan peratusan tinggi. Sesetengah institusi
menyediakan kepentingan perkembangan personaliti dan kreativiti di kalangan pelajar. Akhirnya
kerajaan dibebani peningkatan kadar bunuh diri daripada pelajar kerana kegagalan dan rendah
nilai, terutamanya di bandar-bandar besar di India, walaupun kes seperti ini begitu jarang sekali.

Walaupun terdapat beberapa halangan berdasarkan kasta, bahasa, dan agama dalam
sistem pendidikan India. Pelbagai usaha juga telah dijalankan bagi mengurangkan jurang
pendidikan di India. Institusi pendidikan juga memberi peluang kepada rakyat minoriti (selain
daripada Hindu) atau minoriti status bahasa. Tidak dilupakan mengenai kurikulum pendidikan
sejarah yang dijalankan bagi mencapai matlamat untuk menyediakan standard dan buku teks
sejarah homogen masih belum tercapai. Dalam senario ini, satu kurikulum Sejarah untuk semua
sekolah India adalah tidak mungkin sehingga India akan ditadbir oleh satu pihak di peringkat
pusat dan negeri kedua-duanya. Sehingga ini tidak berlaku di sana akan sentiasa bercanggah
dengan buku teks sejarah. Ia adalah tugas para ahli politik dan ahli akademik untuk mencapai
persetujuan untuk memiliki buku teks sejarah yang sama untuk seluruh India.

RUJUKAN
D.S Kothari (1966). Education and National Development, Report of the education commission,
1964-66, Vol.2, School Education, NCERT, 1970, First Edition 1966.

Krishna Kumar (2001). Prejudice and Pride. 2001, p. 2.

K.N Panikkar (n.d). History textbooks in India: Narratives of religious nationalism,

Mansingh Chouhan (2014). History Curriculum Development In India Since 1947. International
Journal of Research in Humanities, Arts and Literature (IMPACT: IJRHAL) ISSN(E):
2321-8878; ISSN(P): 2347-4564 Vol. 2, Issue 3, Mar 2014, 53-58

Nehru (1965). The study of History, Nehru on society, education and culture, Sita Ram Jayswal,
p.85.

Kochar, S. S., Teaching of History, Sterling Publishers, 2008

Romila Thapar (2005). National curriculum framework and social sciences. The Hindu, Monday,
Sep5, 2005

Anda mungkin juga menyukai