Anda di halaman 1dari 21

GOLONGAN ANTI HADIS: ISU DAN CABARAN

Abur Hamdi Usman, Rosni Wazir, Mohd Norzi Nasir, Suriani Sudi,
Zanariah Ismail, Sakinah Salleh, Azman Abdul Rahman

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Putra


Malaysia, Al-Ikhsan Training and Motivation,
Universiti Sains Islam Malaysia.

aburhamdi@kuis.edu.my

ABSTRAK

Cetusan pemikiran golongan anti hadis membuktikan


terbatasnya akal manusia untuk mentafsirkan agama mengikut
akal yang lemah dan terbatas. Ini menunjukkan bahawa tidak
mungkin ilmu wahyu agama itu ditafsir mengikut kehendak
akal dan nafsu yang mana akibatnya boleh mengakibatkan
kecelaruan dan porak peranda di dalam kehidupan di dunia
dan di akhirat. Dengan menggunakan analisis dokemen, kajian
ini mendapati golongan anti hadis adalah satu agenda tipu
daya daripada musuh-musuh Islam untuk menghancurkan
Islam melalui dalaman. Ini menunjukkan ia adalah satu
pemikiran yang sudah semestinya perlu ditolak dan wajar
mengambil tindakan di atas cetusan pemikiran dan
pemahaman yang sangat merbahaya ini. Kerana, Islam tidak
mengambil hujah dari Al-Quran semata-mata, hujah-hujah
daripada Al-Quran itulah yang akan diterangkan oleh Hadis
Nabi ‫ ﷺ‬bagi menerangkan apa yang tidak terang dari Al-
Quran.

Kata kunci: Anti hadis, Akal, Kassim Ahmad, Orientalis,


Sesat
2

PENGENALAN

Anti Hadis merupakan antara ajaran sesat yang menular dalam


masyarakat Islam sejak beberapa tahun yang lalu. Pengaruh anti Hadis
ini semakin luas apabila wujudnya pihak-pihak tertentu yang
mendukung kepercayaan dan kefahaman mereka di samping wujudnya
buku-buku, artikel-artikel dan seminar yang berkaitan. Fahaman anti
Hadis ini sebenarnya mempunyai pegangan yang tidak mempercayai
Hadis sebagai sumber epistemologi Islam selepas al-Qur’an.
Penghujahan golongan yang berfahaman ini bahawa al-Qur’an sebagai
kitab yang lengkap dan sempurna telah menolak sumber-sumber lain
sebagai sumber perundangan Islam. Untuk menguatkan hujah mereka,
beberapa ayat al-Qur’an cuba diselewengkan tafsirannya. Kebanyakan
penyelewengan mereka melibatkan soal akidah, politik, dan feqah.

Dalam soal akidah, golongan ini meletakkan kedudukan Nabi


Muhammad s.a.w. sekadar pengikut Nabi Ibrahim AS. Menurut mereka
Nabi Ibrahim AS adalah pesuruh Allah SWT bukannya Nabi
Muhammad s.a.w. Sehubungan itu, mereka mendakwa solat, puasa,
zakat, dan amalan-amalan ibadah lain harus mengikut Nabi Ibrahim AS.
Golongan anti Hadis juga menyelewengkan ayat-ayat al-Quran
berkaitan politik, terutamanya yang berkaitan dengan kepimpinan
ulama. Mereka mendakwa ulama dahulu dan kini semuanya palsu,
menyelewengkan ajaran Allah SWT, bertopengkan amalan Rasul serta
telah mereka-reka hukum. Mereka mendakwa ulama mencipta hukum
halal-haram, sesat, undang-undang kekeluargaan Islam, dan sebagainya
walhal semua itu tiada dalam al-Qur’an. Bagi mereka ulama sekutu
Allah SWT.

Jelas di sini Golongan Anti Hadis ini cuba mentafsirkan ayat al-Qur’an
mengikut seleranya sendiri berdasarkan terjemahan yang lemah.
Mereka sebenarnya tidak mempunyai kepakaran dalam bahasa al-
Qur’an, tidak memahami uslub ayat dan balaghahnya. Jadi, memahami
al-Qur’an berdasarkan terjemahan yang sedia ada mengakibatkan
fahaman mereka tersasar daripada maksud sebenar (Abdul Halim El
Muhammady, 1997: 10).

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith


2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
3

GOLONGAN ANTI HADIS: LATAR BELAKANG SEJARAH

Pada zaman Rasulullah s.a.w, bibit-bibit kemunculan golongan ini


dapat ditinjau di kalangan kaum Quraisy yang telah mendustakan ajaran
Baginda serta melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.
Namun, mereka ini tidaklah dikategorikan sebagai anti hadis kerana
telah nyata akidah mereka yang tidak beriman terhadap ajaran Islam itu
sendiri. Semasa zaman Sahabat RA, terdapat seorang yang bernama
Umaiyah bin Khalid yang cuba mencari penyelesaian terhadap seluruh
permasalahan dengan hanya merujuk kepada al-Quran sahaja. Dia telah
membincangkan hal tersebut dengan Abdullah bin Umar RA. Namun,
Ibnu Umar RA telah mengingatkannya agar menerima dan
melaksanakan apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Sungguhpun
begitu, ia hanyalah dalam ruang lingkup pandangan peribadi seseorang
dan tidaklah berkembang dalam bentuk kumpulan atau gerakan. Al-
Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar hadis,
terdapat seorang yang meminta agar tidak perlu mengajar hadis,
memadai dengan al-Quran sahaja. Imran menjawab, "Engkau dan
sahabat-sahabat engkau boleh membaca al-Quran. Mahukah engkau
mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya kepadaku? Atau
zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan
Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu
menjawab, "Terima kasih, aku baru sedar." Pada kemudian harinya,
orang itu menjadi seorang ahli fikah. Seterusnya, golongan ini telah
muncul secara berkelompok dalam kurun kedua Hijrah. Mereka ini
berorientasikan kepada dua perkara iaitu penolakan terhadapa hadis
yang bersifat bukan Mutawatir seperti Hadis Ahad, seterusnya mereka
yang mendakwa bahawa hadis bukanlah penerang atau penguat kepada
al-Quran bahkan dianggap sebagai hukum yang terpisah daripada al-
Quran (Muhammad Ali Rahibin, 2012: 20).

Pada zaman berkenaan, orang yang mula-mula berdebat dengan


golongan berkenaan ialah al-Imam al-Syafie RA. Beliau telah berjaya
mematahkan idea-idea palsu yang dikemukakan oleh anti hadis
sehingga mereka kembali bersetuju dengan hujah-hujah beliau
seterusnya berpegang kepada hadis Rasulullah s.a.w. Selepas kurun ke
11 Hijrah, muncul semula fahaman ini yang dipelopori oleh segolongan
Orientalis di Iraq dengan slogan menolak hadis. Situasi yang sama turut
berlaku di Mesir pada zaman Sheikh Muhammad Abduh (1849-1905).
Hal ini muncul ekoran rancaknya keraguan yang ditimbulkan oleh
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith
2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
4

penjajah Barat di hati sebahagian umat Islam ketika mana mereka


menjajah negara mereka. Tujuan utamanya ialah untuk melumpuhkan
kekuatan umat Islam yang ketika itu berada dalam keadaan lemah.

Bertitik tolak daripada itu, Tawfiq Sidqi telah menulis dua makalah di
dalam majalah al-Manar bilangan 7 dan 12 yang bertajuk Ajaran Islam
ialah al-Quran sahaja. Beliau telah mengemukakan dalil-dalil dari al-
Quran dengan motif agar tidak berpegang kepada hadis. Dalam artikel
tersebut beliau menyatakan bahawa perilaku Nabi Muhammad s.a.w
tidak dimaksudkan untuk ditiru secara keseluruhan oleh umat Islam.
Umat Islam semestinya berpegang pada al-Qur’ān sahaja (Darussamin,
2016). Pada tahun 1929, Ahmad Amin telah menulis di dalam bukunya
yang bertajuk Fajr al-Islam yang menyentuh berkenaan hadis dan
percampuran antara yang hak dan yang batil mengenainya. Pendapat
tersebut kekal sehinggalah beliau meninggal dunia. Perihal berkenaan
keraguan terhadap hadis ini telah disebarkan pula oleh seorang yang
bernama Ismail Adham di dalam risalahnya yang bertajuk Tarikh al-
Sunnah pada tahun 1934. Beliau menyebut bahawa hadis-hadis yang
terdapat di dalam kitab-kitab hadis itu bukanlah ada asasnya bahkan
boleh diragui bahawa terdapat padanya unsur-unsur pemalsuan hadis
(Ghazali, Yusof & Sawari, 2016).

Sehubungan dengan itu, terdapat di kalangan cendekiawan Islam yang


menuntut di Eropah yang telah terpengaruh dengan ajaran anti hadis ini.
Sebagai contoh, Rashad Khalifa yang berkelulusan biokimia dari
Amerika Syarikat dan berasal dari Mesir telah memperkenalkan kod 19
yang merupakan satu penyelewengan besar dalam pentafsiran al-
Quran. Beliau merupakan orang yang mendakwa sebagai pencipta suatu
teori baru yang dikenali sebagai Kod 19. Dengan Kod 19 kononnya,
kandungan Qur’an dapat dibuktikan datang dari Allah dan bukan
ciptaan manusi, kerana sangat banyak perhitungan huruf, ayat dan surah
dalam Qur’an, yang jumlahnya 19 atau boleh dibahagi dengan 19 tepat.
Ada orang menamakan angka seperti itu sebagai angka canggih.
Sebarang angka yang boleh dibahagi tepat dengan 19 dipanggil
canggihan19. Oleh kerana canggihan 19 terdapat disana sini didalam
Qur’an, maka ia dianggap sebagai mu’jizat Qur’an. Berikutan dengan
penemuannya yang dinaggap luarbiasa itu, Rashad Khalifa menulis
beberapa buah buku yang menghuraikan sistem canggih 19. Beliau turut
menyatakan bahawa terdapat penambahan kepada al-Quran pada surah
al-Taubah iaitu pada dua ayat yang terakhir. Hal ini kerana menurutnya
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith
2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
5

ayat-ayat tersebut tidak dapat diselaraskan melalui kod 19 itu. Menurut


beliau lagi, hadis bukan sahaja dianggap palsu malah ia merupakan
ciptaan Iblis. Maka, sesiapa yang mempercayai hadis bermakna
mempercayai ajaran Iblis. Pendapat-pendapat beliau yang menyeleweng
terhadap hadis itu dapat dilihat melalui buku- buku tulisannya seperti:
Miracle of the Quran: Significance of the Mysterious Alphabets, The
Computer Speaks: God's Message to the World, Qur'an: The Final
Scripture, Qur'an: Visual Presentation of the Miracle, and “Islam dan
Qur'an: The Final Testament” (Ishak Hj. Sulaiman, 2001: 50).

Kesemua tulisan Rashad Khalifa tadi bukan hanya berkisar perihal


keajaiban Kod 19, tetapi meramalkan juga tarikh kiamat dengan tepat
dan menolak Hadith-Sunnah. Antara rumusan mengenai teori Kod 19
yang ditonjolkan oleh Rashad Khalifa yang didakwanya sebagai
mukjizat al-Qur’an sebagai alasan untuk menolak Hadith, meramal hari
kiamat dan akhirnya menjadi mu’jizat dirinya sendiri sebagai seorang
rasul. Antara perkara yang perlu diambil kira berkaitan isu ini adalah
(Hafiz Firdaus Abdullah, 2010: 38):

1) Menyalah-Tafsir Qur’an

Salah satu dasar hujjah beliau mengenai Kod 19 adalah ayat 30 dalam
surah al-Muddathir merujuk kepada mu’jizat 19. Beliau mendakwa Kod
19 akan membuktikan kepalsuan tuduhan orang yang mengatakan
bahawa Qur’an adalah ciptaan Muhammad. Dakwaan Rashad Khalifa
adalah palsu kerana ayat 30 surah al-Muddathir merujuk kepada jumlah
para malaikat yang mengawal neraka saqar. Penjelasan tentang jumlah
19 malaikat itu diberi oleh tuhan dalam ayat 31 berikutnya.Tafsiran
bagi ayat 31 itu sengaja disembunyikan oleh beliau untuk menyesatkan
orang ramai dan melakukan pendustaan besar terhadap firman Allah.

2) Kaedah Mengira Bercelaru

Rashad Khalifa tidak berpegang pada satu perkiraan yang konsisten. Di


setengah tempat beliau mengira huruf ‘hamzah’ sebagai ‘alif’ tetapi
ditempat lain beliau tidak mengira ‘hamzah’ sebagai ‘alif’ bila ia tidak
terletak di atas ‘alif’. Ada kala beliau mengira huruf yang sebenarnya
tidak wujud, tetapi dikala lain huruf yang ada tidak dikiranya. Malah,
kadang-kadang beliau menambah huruf dalam sesuatu ayat, tetapi
kadang-kadang dibuang huruf tertentu di dalam ayat.
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith
2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
6

3) Kalimah Dalam Basmalah

Didakwanya setiap kalimah dalam basmallah berulang dalam Qur’an


samada19 kali atau sebarang angka canggihan 19. Tetapi hakikat
dakwaannya hanya benar pada satu kalimah Basmalah, iaitu (‫)الرمحن‬.
Pada tiga kalimah lagi iaitu )‫(اهلل‬, )‫(بسم‬ dan (‫ )الرحيم‬kiraanya salah.

4) Petikan Daripada Bible

Dalam beberapa bahagian dari tulisan Rashad Khalifa, beliau telah


memtik ayat-ayat dari kitab-kitab agama Yahudi, Nasrani (Old dan New
Testement). Ini bererti beliau mengakui sahnya kitab-kitab ciptaan
manusia itu. Sedangkan didalam Qur’andengan tegas telah menyatakan
bahawa kitab-kitab sebelum Qur’an telah diubah-ubah dan tidak lagi
merupakan kitab suci dari wahyu Allah.

Manakala di Indonesia, golongan anti Hadis telah muncul secara senyap


pada tahun 1978 dengan membuat pelbagai keresahan pada masyarakat
kerana ajaran-ajaranya yang dianggap berbeza daripada ajaran Islam
yang semestinya yang menerima hadis sebagai sumber hukum kedua
setelah Al-Qur’an. Justeru kumpulan ini telah pun mendapat larangan
dari pihak pemerintah Republik Indonesia (Nurfajriyani, 2015).

MATLAMAT DAN FAKTOR PENUBUHAN GOLONGAN ANTI


HADIS

Matlamat utama golongan anti hadis ini adalah untuk melemahkan


ajaran Islam dari dalam. Ini terbukti dengan merujuk kepada
perkembangan anti hadis pada zaman mutakkhir iaitu apabila seorang
Yahudi bernama Goldziher telah dibiayai dengan biasiswa Zionis
International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-
Azhar pada tahun 1873 dalam bidang Sunnah. Pada tahun 1976, beliau
memegang jawatan sebagai Setiausaha Zionis Antarabangsa cawangan
Budapest. Kemudian dia mengajar di Maktab Zionis Budapest selama
15 tahun untuk melahirkan graduan-graduan zionis yang akan
bertebaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran mengingkari
Sunnah. Ini bertujuan melemahkan Islam dari dalam. Kebanyakan
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith
2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
7

cedekiawan Islam yang menuntut di Eropah telah terpengaruh dengan


ajaran Goldziher ini. Di antara murid-murid Goldziher termasyhur dari
Mesir ialah Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Ahmad Amin,
Rasyad Khalifa dan Muhammad Abu Rayyah. Golongan anti hadis
yang menggelarkan diri mereka Al-Quraniyyun (Jemaah al-Quran) yang
kononnya menyeru supaya kembali kepada ajaran al-Quran, tetapi pada
masa yang sama mengajak supaya meninggalkan hadis melalui syubhat
yang sengaja direka oleh mereka bagi mengelirukan orang ramai
(Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2014: 36).

Antara faktor terpenting yang mempengaruhi perkembangan fahaman


ini ialah terpengaruh dengan idea-idea yang yang dikemukakan oleh
orientalis Barat. Sebagai contoh, Rashad Khalifa yang bukan
berlatarbelakangkan Pengajian Islam telah cuba untuk membahas isu-
isu yang berkaitan dengan sumber perundangan hukum Islam yang
ternyata hanyalah berasaskan kajian saintifik beliau serta penaakulan
akal semata-mata. Walhal, hukum Islam bukanlah boleh diukur
keberkesanannya berdasarkan anggapan atau pemikiran yang bersifat
terhad malah ia merupakan wahyu daripada Allah SWT yang tidak
boleh dikritik apatah lagi untuk menafikannya secara mutlak. Malah,
terdapat beberapa orientalis sebelum beliau seperti Ignaz Goldziher dan
Joseph Schacht yang telah mengkritik keautoritian hadis sebagai
sumber hukum dengan menyatakan bahawa hadis merupakan ajaran
palsu yang muncul antara 200-250 tahun selepas kewafatan Nabi‫ ﷺ‬dan
kemudian dikaitkan dengan Baginda.

Mereka juga mendakwa kitab-kitab hadis sahih tidak mengandungi


kata-kata atau perbuatan Nabi s.a.w, bahkan ia mengandungi anggapan
atau tekaan pengumpul-pengumpul hadis seperti al-Imam al-Bukhari,
Imam Muslim, Imam al-Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam al-Nasa’i dan
Imam Ibnu Majah sebagai hadis sahih atau riwayat-riwayat sahih
mengenai kata-kata dan perbuatan Nabi s.a.w. Jelas di sini bahawa
mereka cuba mengaitkan kebenaran fakta dengan akal pemikiran dalam
membuktikan bahawa sesuatu kebenaran yang tersimpan dan muncul
semula selepas beberapa ketika boleh terdedah dengan unsur-unsur
kekurangan atau penyelewengan. Dalam erti kata yang mudah, mereka
mengatakan kebenaran itu tidak semestinya bersifat kekal malah perlu
dikaji semula akan kesahihannya agar bersesuaian dengan keperluan
akal dan keadaan kehidupan semasa (Ishak Hj. Sulaiman, 2001: 83).

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith


2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
8

HUJAH YANG DIGUNA PAKAI OLEH GOLONGAN ANTI


HADIS

i. Mereka menganggap hadis merupakan satu penyelewengan


daripada ajaran-ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan tidak boleh
diterima sebagai sumber perundangan Islam. Malahan, ia
dianggap muncul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w lalu
dikaitkan dengan Baginda.
ii. Mereka mengatakan Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Malaikat Jibril serta
dianggap telah lengkap, sempurna dan terperinci. Oleh itu, al-
Quran tidak memerlukan sebarang bentuk penghuraian mahupun
pentafsiran.
iii. Beranggapan bahawa umat Islam telah menyeleweng dari ajaran
Tuhan yang sebenar. Ajaran Tuhan yang sebenar adalah semasa
zaman Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi terakhir serta yang
dibawa oleh Baginda ialah al-Quran dan tidak ada yang lain
daripada itu.
iv. Menganggap hadis sebagai satu catatan sejarah yang boleh dan
perlu dikaji oleh para penyelidik untuk memahami dan menilai
zaman itu.
v. Lafaz dua kalimah syahadah yang diucapkan oleh umat Islam
kini adalah dilarang oleh al-Quran kerana syahadah yang
diwajibkan hanyalah ‫اهلل‬ ‫ال إله اال‬.
vi. Menolak kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar yang merupakan
salah satu perkara terpenting dalam Rukun Iman. Hanya kerana
ia dinyatakan melalui hadis lalu dianggap bertentangan dengan
apa yang terdapat di dalam al-Quran.
vii. Tafsiran berkenaan kalimah al-hikmah dalam surah al-Baqarah
ayat 2 yang ditafsirkan oleh al-Imam al-Syafie sebagai sunnah
atau hadis adalah tidak munasabah. Mereka telah merujuk
tafsiran oleh Maulana Muhammad Ali yang menyatakan bahawa
kalimah al-hikmah adalah salah satu nama al-Quran Seterusnya
menghuraikan maksud ayat al-Quran dalam surah al- Nisa’ ayat
59 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman,
taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah” dengan menyatakan bahawa kita disuruh mentaati
Rasul ialah mentaati perutusannya dan bukan mentaati Nabi
Muhammad s.a.w.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith


2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
9

viii. Dengan merujuk surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksudnya,


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah
itu contoh ikutan yang baik”. Mereka menyatakan bahawa ayat
ini tidak bermaksud untuk merujuk kepada gerak geri dan
kelakuan Nabi Muhammad SAW seperti cara beliau makan,
pakai, tidur dan sebagainya. Ia sebenarnya merujuk kepada
keyakinan, pegangan, pendirian dan perjuangan. Malahan,
semua kelakuan dan gerak geri seseorang itu ditentukan oleh
faktor-faktor seperti kebudayaan, pendidikan, semasa, tempat
dan perbuatan (Ishak Hj. Sulaiman, 2001: 59).

Antara ayat yang diselewengkan oleh golongan Anti Hadis ialah firman
Allah dalam Surah al-Haj ayat 78 yang bermaksud:

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang


sebenarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak
menjadikan kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama
orang tuamu Ibrahim”

Mereka mentafsirkan ayat ini sebagai satu arahan Allah SWT agar
mengikut agama Nabi Ibrahim AS. Padahal yang sebenarnya ayat ini
menjelaskan bahawa Allah SWT tidak menyusahkan dan
menyempitkan manusia dalam persoalan agama. Allah SWT menyebut
agama bapa kamu Nabi Ibrahim AS sebagai menunjukkan contoh
kesukaran yang pernah berlaku dalam agama itu. Ayat 78 daripada
Surah al-Hajj ini sepatutnya diterjemahkan begini:

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-
benarnya, Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan
agamanya), dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu
keberatan dan susah payah dalam perkara agama seperti agama bapa
kamu Ibrahim.”

Golongan anti Hadis juga menyelewengkan ayat-ayat al-Quran


berkaitan politik, terutamanya yang berkaitan dengan kepimpinan
ulama. Mereka mendakwa ulama dahulu dan kini semuanya palsu,
menyelewengkan ajaran Allah SWT, bertopengkan amalan Rasul serta
telah mereka-reka hukum. Mereka mendakwa ulama mencipta hukum
halal-haram, sesat, undang-undang kekeluargaan Islam, dan sebagainya
walhal semua itu tiada dalam al-Qur’an. Bagi mereka ulama sekutu
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith
2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
10

Allah SWT. Sikap buruk sangka dan kebencian golongan ini terhadap
para ulama amat menebal. Hal ini menyebabkan mereka sanggup
memfitnah para sahabat dengan cerita daripada sumber yang tidak
berasas. Mereka berhujah dengan firman Allah SWT dalam Surah al-
Syura ayat 21 yang bermaksud:

Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang


mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?
Sekiranya tiada ketetapan yang menentukan (daripada Allah) tentulah
mereka telah dibinasakan dan sesungguhnya orang-orang yang zalim
itu akan memperoleh azab yang amat pedih”.

Sembahan yang dimaksudkan oleh mereka ialah ulama dan para sahabat
kerana memandai-mandai dalam membuat hukum. Sebenarnya ayat itu
telah diselewengkan terjemahan dan tafsirannya. Ayat 21 daripada
Surah al-Syura ini sepatutnya diterjemahkan:

“Bahkan mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-


mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang
tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah
ketetapan yang menjadi pemutus (daripada Allah, untuk menangguhkan
hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab
serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya
orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.”

“Mereka mempunyai sekutu-sekutu” dalam ayat itu ialah orang kafir


Mekah. Sekutu di sini bukan sekutu Allah SWT tetapi sekutu golongan
kafir. Merekalah yang sering mengandaikan persoalan agama untuk
mengelirukan orang ramai. Dalam ayat ini juga Allah SWT menyatakan
yang Dia akan mengenakan azab seksa serta merta mungkin untuk
memberi peluang kepada mereka supaya bertaubat.

Seterusnya mereka selewengkan ayat tentang masalah aurat wanita.


Mereka menafikan aurat wanita termasuk rambut ataupun kepala.
Malah mendakwa Islam sebenarnya tidak mewajibkan wanita bertudung
kepada. Golongan ini percaya bahawa perintah pertama yang berkaitan
etika pakaian wanita dalam al-Qur’an ada disebut dalam ayat 26 Surah
al-A‘raf. Mereka menyelewengkan maksud ayat tersebut dengan
tafsiran “Allah telah menyatakan bahawa Dia telah menurunkan
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith
2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
11

pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib”. Bagi mereka aib itu


tidak termasuk bahagian kepala wanita. Mereka membuat terjemahan
sendiri tanpa bersandar kepada Hadis dan ijmak ulama. Padahal maksud
sebenar ayat tersebut ialah “Sesungguhnya Kami telah menurunkan
kamu pakaian untuk menutupi auratmu dan perhiasan”. Berdasarkan
ayat 26 Surah al-A‘raf ini, pakaian dalam Islam adalah untuk menutup
aurat dan perhiasan yang dipakai oleh wanita itu. Jadi, menurut
pendapat majoriti ulama aurat dalam konteks ini meliputi keseluruhan
tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan. Dalam ayat yang lain
Allah SWT berfirman: walyadribna bi khumurihinna. Dalam ayat ini
Allah meminta para wanita melabuhkan tudung mereka ke paras dada.
Penutupan di sini kerana bahagian dada terdapat perhiasan. Golongan
anti Hadis ini terus menyelewengkan maksud ayat-ayat yang berkaitan
hijab. Menurut mereka, perintah berhijab dalam ayat-ayat al-Qur’an
tidak mewakili hukum atau peraturan pakaian wanita Muslimah.
Mereka mendakwa bahawa amalan menutup kepala ini sebenarnya telah
lama berkuat kuasa beribu-ribu tahun sebagai tradisi. Ulama Islam
mendakwa hijab sebagai pakaian Muslimah hakikatnya tradisi sebelum
Islam lagi (Zulkifli Mohd. Al Bakri, 2014: 57)

GOLONGAN YANG TERLIBAT DENGAN ANTI HADIS

Sebenarnya golongan anti hadis ini wujud di sepanjang zaman. Pihak-


pihak yang terlibat dalam golongan anti hadis ini terdiri daripada
musuh-musuh Islam (Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2014). Antara
kelompok-kelomPok yang terlibat dalam golongan anti hadis ialah
seperti berikut:

Pertama, golongan yang menolak hadis terus, tidak mahu menggunakan


hadis. Mereka hanya menggunakan Al-Quran sahaja. Ini kalau dilihat
melalui penulisan Kassim Ahmad, berasaskan penulisannya dan umum
yang bercakap tentangnya pada hari ini, dapat dilihat bahawa dia
membawa ideologi anti hadis yakni menolak hadis dan menyeru
manusia beramal dengan Al-Quran sahaja. Antara contoh-contoh
pandangan dan pendapat yang dibawa adalah “Memadai kita dengan Al-
Quranul Karim, Al-Quran sudah cukup manakala hadis Nabi datang
dari mulut manusia, dalam Al-Quran mengatakan bahawa “Kami tidak
meninggalkan suatu pun dalam Al-Quran” maknanya Al-Quran telah
merangkumi dan menjelaskan segala-galanya, juga firman Allah “Dia
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith
2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
12

(Muhammad) tidak bercakap sesuatu mengikut hawa nafsunya,


melainkan adalah wahyu yang diwahyukan oleh Allah ke atasnya” (Al-
Najm: 3-4).

Atas asas ini dia mengatakan apa yang dikatakan oleh Nabi adalah
wahyu yakni Al-Quran sahaja. Manakala hadis tidak boleh dipakai.

Kedua, golongan yang juga anti hadis, tapi dalam masa yang sama
mereka mencipta hadith lain. Ini merujuk kepada syiah. Syiah
hakikatnya adalah anti-hadis tetapi ramai yang tidak perasan dan kurang
sedar hal ini. Masalah syiah adalah lebih besar dari isu Kassim Ahmad
walaupun tidak dinafikan kedua-duanya bahaya dan merosakkan
Agama Islam. Namun Syiah lebih bahaya dari segi menolak hadis Nabi
yang sahih sama ada dari Sahih Bukhari, Muslim dan selainnya, lalu
mereka mencipta hadis-hadis yang baru lagi palsu.

Ketiga, golongan orang yang mengiktiraf kedudukan Al-Quran dan


Sunnah, tetapi tidak beramal dengannya. Mereka mengambil separuh,
tinggal separuh, ataupun tidak beramal dengannya langsung walaupun
tidak menolak kebenaran Al-Quran dan Hadis sebagaimana golongan
anti hadis. Sebaliknya mereka tidak beramal mungkin kerana malas,
suka melakukan maksiat, fasiq dan sebagainya. Jadi ini adalah empat
kategori manusia secara amnya dalam berurusan dengan hadis Nabi
s.a.w (Ishak Hj. Sulaiman, 2001: 109).

ISU DAN CABARAN GOLONGAN ANTI HADITH DI


MALAYSIA

Kumpulan-kumpulan anti Hadis telah wujud di Malaysia sejak tahun


1984. Kumpulan ini diketuai oleh intelektual dan disokong oleh orang
yang berpengaruh. Mereka bergerak secara rahsia selepas diharamkan
dan mengambil bahagian dengan ideologi-ideologi lain yang serupa
yang tidak bertentangan dengan ajaran dan undang-undang Islam.
Mereka terus merebak dalam pelbagai cara dan menggunakan semua
peluang yang mereka ada. Tiada tindakan boleh diambil terhadap
mereka kerana ketiadaan laporan daripada orang ramai dan akibatnya,
bukti-bukti kewujudan mereka sangat sukar untuk didapatkan.
Penggunaan internet membantu mereka dalam menyebarkan ideologi
mereka tanpa dikesan dengan mudah oleh pihak berkuasa. Orang yang
tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam telah terpengaruh
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith
2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
13

dengan kepercayaan mereka. Selain itu, mereka yang telah terlibat


dalam ajaran anti-Hadith tidak akan ditegur atau dinasihatkan oleh
sesiapa. Fenomena ini akhirnya akan membantu pergerakan anti-Hadith
dan perlu diselesaikan dengan segera (Ghazali, Sawari, & Yusuf, 2015).

Pergerakan anti hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kassim Ahmad,


seorang pengasas Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Beliau bersama-sama
rakan-rakannya seperti Othman Ali dan Abdul Manan Harun mula
mengembangkan fahaman ini pada tahun 1985. Mereka cuba menarik
perhatian umat Islam dengan mengemukakan teori bahawa ajaran Islam
memadai dengan hanya berpandukan al-Quran serta kajian saintifik
menerusi akal. Idea tersebut kemudiannya dikembangkan menerusi
penulisan artikel yang bertajuk Penolakan Teori Ahli -ahli Hadis di
dalam ruangan Berani Kerana Benar dalam akhbar Watan. Pada
September 1985, beliau telah menganjurkan sebuah Majlis Diskusi
yang membahaskan berkenaan Teori Hadis di Pejabat ALIRAN (Aliran
Kesedaran Rakyat) di Jalan Sungai Nibong, Bayan Baru, Pulau Pinang
dan juga di rumah beliau sendiri di No. 8, Jalan Gajah, Tanjung Bunga,
Pulau Pinang. Berikutan itu, beliau telah dikecam oleh para ulama atas
doktrin sesatnya itu dan pihak kerajaan telah membatalkan beberapa siri
ceramah beliau yang telah dirancang untuk diadakan di Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Seterusnya pada bulan Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis sebuah
buku yang bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula terbitan Media
Intelek Sdn. Bhd (Ghazali, et al., 2016). Di dalam buku tersebut,
Kassim menceritakan bagaimana ia mendapat idea berkenaan penilaian
semula hadis berasaskan pembacaannya melalui buku-buku tulisan
Rashad Khalifa seperti The Computer Speaks: God’s Message to the
World, Quran The Final Scripture, Quran, Hadith and Islam, dan
Quran Visual Presentation of the Miracle. Kassim Ahmad juga cuba
untuk membuktikan andaiannya bahawa hadis merupakan satu ajaran
palsu yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad s.a.w dan dianggap
sebagai salah satu dari punca perpecahan dan kemunduran umat Islam.
Antara kesilapan yang terdapat dalam buku yang dikarang oleh beliau
iaitu Hadith Satu Penilaian Semula:

1) Beliau mengatakan apabila Nabi Muhammad s.a.w wafat beliau


hanya meninggalkan qur’an sahaja kepada umat islam dan manusia.
Sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w itu meninggalkan kitab al-quran
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith
2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
14

dan ajarannya tentang bagaimana cara melaksanakan kandungan al-


quran kerana tugas Nabi Muhamad s.a.w bukan sekadar hanya
menyampaikan al-quran tanpa mengajar bagaimana cara melaksanakan
kehendak al-quran itu.

2) Kasim juga mengatakan buku hadis sahih tidak mengandungi kata-


kata atau perbuatan-perbuatan Nabi s.a.w. Mereka hanya mengandungi
apa yang dianggap oleh pengumpul-pengumpul hadis iaitu Bukhari,
Muslim, Tirmizi, Abu Daud, al-Nasa’I dan Ibn Majah sebagai hadis-
hadis “ sahih’ atau laporan-laporan sahih mengenai kata-kata dan
perbuatan-perbuatan nabi.Pendek kata, hadis tidak lain tidak bukan
baginya adalah ajaran palsu yang telah dikaitkan dengan nama nabi.
Tuduhan kassim ini adalah tuduhan melulu yang berbentuk sentimen
bukan ilmiah kerana kassim tidak menerangkan bagaimana kajiannya
yang telah dibuat sehingga sampai kepada natijah sebagaimana yang
didakwanya.

3) Kassim mengajak manusia berguru kepada sejarah dan menyatakan


bagaimana berlaku penyelewengan oleh sarjana-sarjana agama ini
kepada kitab Injil setelah 300 tahun Nabi Isa wafat. Begitu juga
diterangkan penyelewengan kepada kitab Taurat selepas wafatnys Nabi
Musa yang dilakukan oleh sarjana-sarjana agama ini dengan
mengadakan kitab Talmud. Dan bagaimana berlaku juga kepada umat
Islam setelah kira-kira 250 tahun Nabi Muhammad s.a.w wafat, yang
dilakukan oleh sarjana-sarjana oleh sarjana-sarjana agama islam dengan
mewujudkan buku-buku hadith untuk menggantikan Qur’an.

Atas faktor ini, maka kerajaan telah mengharamkan buku tersebut


melalui Warta Kerajaan bertarikh 10 Julai 1986. Seterusnya pada
Oktober 1992, beliau dengan pendirian yang sama telah menulis
sebuah buku yang bertajuk Hadis Jawapan Kepada Pengkritik terbitan
Media Intelek Sdn. Bhd. Maka, kerajaan sekali lagi telah
mengharamkan buku berkenaan melalui Warta Kerajaan yang bertarikh
21 April 1994. Seterusnya pada 11 Jun 1995, golongan anti hadis ini
telah menubuhkan Jema’ah al-Quran Malaysia atau lebih dikenali
sebagai JAM di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Motif
penubuhannya ialah menyeru umat Islam di Malaysia dan di seluruh
dunia kembali kepada ajaran Tuhan dalam kitab suci-Nya iaitu al-
Quran. Walau bagaimanapun, pertubuhan ini gagal didaftarkan kerana
tidak mendapat kebenaran daripada Kerajaan Malaysia. Mengikut
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith
2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
15

pandangan Kasim Ahmad, beliau menolak hadis daripada menjadi


sumber akidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor
berikut:

Pertama, pembukuan kitab-kitab hadis terutama enam buah buku hadis


(al-Kutub al-Sittah) dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad
ketiga Islam, iaitu antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasullullah
s.a.w wafat.

Kedua, pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam
pemerintahan al-khulafa al-rashidin (Ghazali, Aziz & Shah, 2011).

KESAN PENYEBARAN GOLONGAN ANTI HADIS

Kita akan berasa amat dukacita apabila segala penyakit terkena kepada
akidah, ibadat dan muamalah kaum muslimin.Bagi seseorang atau
sesuatu kelompok yang terpincang dari landasan agama, pegangan
islam mereka bertambah lemah.Malah, mereka cuba mencari formula
baru kerana merasakan Islam sudah tidak berfungsi lagi.Perkara yang
sebenarnya, bukan Islam yang tidak berfungsi, tetapi mereka sendiri
yang tidak kembali menghidupkan Islam yang sebenar atau Islam
tulen.Ternyata segala rancangan membangunkan umat tanpa Islam
gagal.

Dunia Islam dibaluti dengan pelbagai penyakit.Hal ini semua adalah


berpunca daripada sikap memesongkan agama.Kelemahan akidah ini
juga turut mengundang kelemahan lain.Dengan itu, kita tidak akan ke
hadapan dalam agama, teknologi dan juga pembangunan.Dalam masa
yang sama, Barat mengambil alih kebangkitan kebendaaan dan
kemodenan.Barat yang telah kehilangan agama, mengisi roh tamadun
mereka dengan menjadikan harta dan kebendaan sebagai perkara
terpenting.Nilai agama jauh terasing daripada pembangunan yang
mereka usahakan.

Seiring dengan hasrat Revolusi Industri, kamus halal dan haram tiada
tempat dalam era ini.Bahkan bagi mereka, terikat dengan agama dalam
menempuh hidup yang lebih selesa serta menikmati kemajuan adalah
suatu kekolotan.Ternyata mereka benar-benar mencapai era
pembangunan kebendaan yang mengagumkan.
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith
2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
16

Hasil daripada kejahilan mereka terhadap agama, mereka telah tersalah


faham dan kecewa melihat keadaan umat. Mereka menganggap isi
kandungan al-Quran dan al-Sunnah tidak berfungsi dalam
membangunkan umat. Bahkan terselit dalam jiwa mereka perasaan
bahawa Islam ini kolot, tidak adil dan seumpamanya.Racun Barat
begitu mengalir dalam urat nadi mereka.

Mereka juga lupa hakikat bahawa umat Islam tidak perlu mengambil
Barat sebagai asas dalam membangunkan bangsa.Islam mempunyai
asas ketamadunannya yang tersendiri.Ia telah menganugerahkan
umatnya kegemilangan tamadun dalam tempoh yang begitu panjang.
Kelemahan dan kemunduran umat Islam bukan kerana
Islam.Sebaliknya kerana memesongkan Islam.Islam tulen telah
dipinggirkan daripada kehidupan umat.

Kita tidak boleh membina tamadun kegemilangan dengan


membebaskan diri daripada ikatan Islam. Jika kita inginkan
ketamadunan dengan memisahkan diri daripada al-Quran dan al-
Sunnah, tidak perlulah membinanya atas nama islam.Jika inginkan
ketamadunan dalam erti kata yang tidak difahami oleh Islam, anuti
sahaja tamadun Barat dan anggaplah kita sebahagian daripadanya
seperti yang dikempen oleh Taha Hussain. Namun, apabila kita ingin
membina kemajuan atas nama Islam, kita mesti terikat dengan peraturan
Islam.

Selain itu, isu-isu yang dibangkitkan di Barat, ia juga turut dibangkitkan


di dunia Islam.Sebagai contohnya, isu hak wanita.Hal ini kerana,
terdapat adat istiadat atau pegangan sesuatu kaum yang menganut
Islam, bercanggah dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah, sekaligus
menindas kaum wanita.Begitu juga pegangan mazhab yang sempit
seperti kuasa bapa memaksa anak perempuannya berkahwin dengan
sesiapa yang disukainya.

Namun, itu semua bukannya salah Islam.Apa yang perlu diperbetulkan


ialah minda dan pemikiran umat agar kembali kepada Islam tulen.
Malangnya golongan ini seakan memberontak terhadap Islam sehingga
membabitkan syariat Allah dan Rasul-Nya. Mereka jahil terhadap
syariat dan rohnya. Mereka melihat hukum-hakam Islam secara terpisah
dengan tujuan mengkritik.Telah terbukti dalam catatan sejarah bahawa
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith
2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
17

Islam adalah pembela sebenar kaum wanita. Sebelum kedatangan Islam,


hak wanita tidak dibincangkan atas nama sistem agama atau
tanggungjawab keagamaan yang lengkap. Jika ada pun, ia adalah atas
ehsan dan simpati kaum lelaki semata-mata. Bahkan dalam sesetengah
masyarakat, wanita dianggap sial dan tidak mempunyai nilai.Sebagai
contohnya, masyarakat Babylon, jika suami membunuh seseorang maka
isterinya dihukum mati menggantikan tempatnya. Masyarakat Greek
pula menganggap wanita lebih rendah nilainya daripada
lelaki.Pelacuran pula menjadi amalan biasa dalam masyarakat Greek
dan Rom.Manakala masyarakat Mesir Kuno pula menganggap wanita
adalah lambang syaitan dan masyarakat Arab pula mewarisi tradisi
membunuh anak perempuan hidup-hidup (Hafiz Firdaus Abdullah,
2012 : 15).

USAHA MENGHALANG VIRUS GOLONGAN ANTI HADIS

Langkah-langkah kawalan yang boleh dilaksanakan oleh pihak-pihak


yang berkenaan agar fahaman anti hadis ini dapat dikekang daripada
terus merebak ke dalam jiwa umat Islam seluruhnya ialah (Ahmad
Umar Hasyim, 1999: 173):

Peringkat individu

Pemantapan ilmu agama secara menyeluruh perlu dilipatgandakan


dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama sama ada di masjid
mahupun di surau. Sentiasa berhubung dengan institusi-institusi agama
seperti Bahagian Penyelidikan, di Jabatan Agama Islam negeri-negeri,
Jabatan Mufti, atau melalui badan-badan bukan kerajaan atau NGO dan
sebagainya bagi memperoleh sumber maklumat yang tepat berkaitan
dengan isu-isu agama seperti ini. Memberi pendedahan awal berkaitan
bahayanya anti hadis kepada ahli keluarga dalam memastikan institusi
keluarga tidak rapuh dek kegersangan akidah seterusnya bagi
melahirkan modal insan yang berjiwa murni dengan pegangan rohani
yang kukuh dan sejati.

Masyarakat

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith


2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
18

Sentiasa mengingatkan atau menasihati anggota setempat agar tidak


terlibat dalam apa-apa jua doktrin yang bertentangan dengan agama
Islam. Peranan komuniti setempat seperti JKKK, Rukun Tetangga juga
tidak terkecuali dalam memastikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh
penduduk setempat tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Institusi-Institusi Agama

Mengadakan program-program kesedaran tentang bahayanya gejala anti


hadis dan fahaman-fahaman lain yang menyeleweng kepada masyarakat
sama ada forum, seminar mahupun diskusi agar masyarakat dapat
mengetahui hakikat sebenar bahaya anti hadis. Mengedarkan risalah dan
buku kepada masyarakat ataupun melalui penulisan artikel di akhbar-
akhbar sebagai perkongsian maklumat mengenai bahaya anti hadis serta
fahaman-fahaman lain yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Memantapkan juga program-program tentang bahaya anti hadis ini di
kalangan pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi atau IPTA agar
para pelajar tidak terkeliru dengan unsur-unsur penolakan hadis sebagai
sumber hukum dalam Islam seterusnya memantapkan lagi kefahaman
mereka tentang nilai-nilai ajaran Islam yang sebenar.

Pihak Berkuasa Agama

Melakukan pemantauan secara berperingkat terhadap pergerakan dan


perkembangan golongan anti hadis dari semasa ke semasa. Mengadakan
sesi kaunseling bersama golongan anti hadis di Pusat Pemulihan Akidah
bagi memastikan agar mereka mendapat bimbingan dan gambaran yang
betul mengenai hadis dan kedudukan Baginda sebagai utusan Allah
SWT. Bekerjasama dengan pihak berkuasa yang lain seperti Polis
Diraja Malaysia atau PDRM dalam menjalankan siasatan dan
melakukan tangkapan terhadap mereka yang terlibat dengan fahaman
anti hadis ini.

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak dan


cadangan-cadangan tersebut dilaksanakan, pasti terdapat kekanganngan
atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam usaha mengawal dan
menghalang perkembangan gerakan anti hadis ini. Di antara cabaran
kekangan yang mungkin dihadapi ialah, selagi ada pengikut gerakan
anti hadis, sudah tentu akan muncul pula pendokong lain di kalangan
mereka yang akan menghidupkannya serta cuba untuk meracuni fikiran
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith
2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
19

umat Islam dengan pendekatan yang berlainan (Ahmad Umar Hasyim,


1999: 173).

KESIMPULAN

Golongan anti hadis yang timbul kebelakangan ini sama ada di


Malaysia atau di tempat-tempat lain adalah pelopor kepada satu
kefahaman yang salah yang tidak pernah timbul dalam sejarah umat
Islam walaupun oleh pencipta-pencipta hadith palsu atau oleh golongan
muktazilah, murjiah dan sebagainya. Golongan anti-hadith adalah
golongan yang langsung tidak mempercayai bahawa perkataan Nabi
s.a.w adalah benar (walaupun dapat dibuktikan kebenarannya) kerana
kebenaran dalam sunnah/hadith tidak langsung diimani oleh golongan
anti-hadith. Lebih-lebih lagi, mereka tidak langsung membuat petikan
kepada sunnah/hadith dalam penulisan mereka (walaupun mereka
sebenarnya melakukannya tanpa diakui oleh mereka seperti dalam kisah
pengumpulan Al-Quran).

Jelas bahawa golongan anti-hadith adalah golongan pertama daripada


kalangan umat Islam yang menolak autoriti Rasulullah s.a.w sebagai
seorang yang bercakap, bertindak malah diamnya sendiri sebagai wahyu
Allah. Persoalannya, bagaimana mereka membezakan antara Al-Quran
dan sunnah yang kedua-duanya datang melalui Rasulullah s.a.w kalau
tidak Rasulullah s.a.w itu diwahyukan? Akhirnya dapatlah disimpulkan
kefahaman golongan anti-hadith tidak berasas sama sekali dan kalau
hendak digunakan penghujahan anti-hadith, sudah pasti Al-Quran
sendiri pun tidak dapat diterima sebagai benar. Malah, kronologi
pengumpulan Al-Quran sendiri pun diasaskan kepada sunnah/hadis
kerana tidak ada sumber lain yang dapat memberitahu hal ini. Sudah
tepatlah bahawa fahaman anti-hadith adalah satu kedangkalan, kejahilan
dan ajaran yang salah dan sesat serta membahayakan sistem teologi dan
perundangan Islam secara keseluruhan.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith


2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
20

RUJUKAN

Abdul Halim El Muhammady. (1997). Islam Dan Al Hadith Dialog


Bersama Kassim Ahmad. Batu Caves, Malaysia: Pustaka Darul
Fikir.
Ahmad Umar Hasyim. (1999). Mempertahankan Sunnah: Sekaligus
Menyanggah Dakwaan Golongan Anti Hadis. Selangor:
Jahabersa
Darussamin, Z. (2016). Kassim Ahmad Pelopor Inkar Sunnah Di
Malaysia. Al-Fikra, 8(1), 1-34.
Fauzi Deraman. (2007). Sunnah Nabi Realiti Dan Cabaran Semasa.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Ghazali, M. A. I., Sawari, S. S. M., & Yusuf, M. F. (2015). The
Severity of Anti Hadith Groups (AHG) Thought: Solutions,
Challenges and Barriers. Mediterranean Journal of Social
Sciences, 6(3 S2), 127.
Ghazali, M. A. I., Yusof, M. F., & Sawari, S. S. M. (2016). An Analysis
on the Public Perceptions and Awareness Towards the Issues of
the Anti-Hadith in Klang Valley. Mediterranean Journal of
Social Sciences, 7(2), 386.
Ghazali, M. A. I., et al. (2016). Mosque as a Platform to Address the
Issues of the Anti-Hadith in Malaysia.Mediterranean Journal of
Social Sciences, 7(2 S1), 553.
Ghazali, M. A., Aziz, A & Shah, F. (2011). Pengaruh Pemikiran
Golongan Anti Hadith (GAH) Kepada Umat Islam Di Malaysia:
Kajian Khusus Di Lembah Klang. Dalam Fauzi Deraman Ishak
Suliaman Faisal Ahmad Shah (Pnyt). Sunnah Nabi: Realiti dan
Sabaran Semasa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Hafiz Firdaus Abdullah. (2002). 20 Hujah Golongan Anti Hadis.
Selangor: Jahabersa.
Hafiz Firdaus Abdullah. (2010). 13 Perkara Yang Mencemari
Kemurnian Tauhid. Selangor: Jahabersa.
Ishak Hj. Sulaiman. (2001). Autoriti Hadis Menangani Gerakan Anti
Hadith. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith


2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)
21

Muhammad Ali Rahibin. (2012). Menyingkap Tabir Kegalauan Dari


Perspektif Hadis. Jakarta: Darul Zikir.
Nurfajriyani, S. (2015). Ingkar Hadis Di Indonesia Dan Malaysia
(Studi Kritis Pemikiran Hadis Nazwar Syamsu Dan Kassim
Ahmad). Doctoral Dissertation, UIN Sunan Kalijaga
Yogyakarta.
Zulkifli Mohd. Al Bakri. (2014). Anti Hadis, Inilah Jawapannya.
Kuala Lumpur: Pustaka Cahaya Kasturi.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith


2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur,
MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-
INHAD)

Anda mungkin juga menyukai