Anda di halaman 1dari 10

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI SJK(C) ST. JOSEPH.

Oleh

Mohd. Nizam Mohamed Yunos


Norhayati Eng Abdullah

SJK(C) St. Joseph


Johor Bahru

ABSTRAK

Komunikasi di dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting dalam


pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Komunikasi amat
penting memandangkan perhubungan di dalam dan di luar bilik darjah adalah
dengan medium berbahasa. Oleh itu, semua murid perlulah menguasai
kemahiran berkomunikasi dan mempraktikkannya. Di SJK(C), Bahasa Melayu
merupakan bahasa pengantar kedua. Berbeza dengan pembelajaran bahasa
pertama, penguasaan bahasa kedua bukanlah didapati melalui pemerolehan
tetapi dikuasai melalui pembelajaran. Ini dilakukan dalam keadaan yang lebih
formal, memerlukan banyak latihan dan pengulangan hingga menjadi satu tabiat.
Masalah timbul apabila sebahagian besar murid lebih cenderung berbahasa
ibunda mereka. Keadaan ini mempengaruhi penguasaan mereka terhadap
kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Satu kajian tindakan dijalankan
untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah komunikasi yang timbul
antara guru Melayu dengan murid-muridnya di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan ke atas 37 orang murid
Tahun 2K. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui perbualan, pengucapan
bertatasusila, pemerhatian dan ujian lisan. Hasil tinjauan menunjukkan murid
tidak mahir atau tidak boleh berinteraksi dengan gurunya dalam Bahasa Melayu.
Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran tersebut di
atas. Beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran telah dirancang dalam
tempoh lapan minggu bagi guru melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti bersoal
jawab, membaca mekanis serta melakonkan watak yang boleh menggalakkan
komunikasi dalam bilik darjah. Aktiviti tersebut dilaksanakan secara kaedah
kelas, kaedah berpasangan dan kaedah secara berkumpulan. Melalui ujian pos,
peratus murid yang mendapat gred A, B dan C telah meningkat daripada 48.6%
sebelumnya kepada 70.9%. Ini menunjukkan peningkatan mutu komunikasi
murid. Murid lebih berkeyakinan untuk bercakap dan berinteraksi dalam Bahasa
Melayu. Aktiviti komunikasi yang dirancang guru membantu murid untuk
mengatasi masalah mereka. Hasil daripada semua cadangan ini terdapat
peningkatan dan pencapaian murid dalam kemahiran berkomunikasi dengan
guru Bahasa Melayu.

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Bagi guru-guru Melayu, mengajar bahasa Melayu di SJK (C) bukanlah semudah
yang disangkakan. Sebelum mengajar di sekolah ini, saya tidak mempunyai pengalaman
bertugas atau menjalani praktikum di SJK(C). Saya anggap semua murid boleh berbahasa
Melayu dengan fasih. Rupa-rupanya “indah khabar dari rupa”. Rata-rata murid di dalam
kelas yang saya ajar tidak memahami dan tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa
Melayu. Ini terbukti apabila saya bertanya, kebanyakan murid tidak memberi respon untuk
menjawab soalan saya. Saya mula rasa tertekan dengan keadaan ini. Saya bertanya
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 1
Sekolah Rendah
kepada rakan-rakan guru Melayu yang mengajar di SJK(C) yang lain, mereka juga
mengalami masalah yang sama dengan saya.

Semasa mengajar di dalam kelas, tidak terlintas dalam hati saya bahawa masalah
berkomunikasi akan menjadi masalah yang besar. Namun, sebaliknya yang berlaku.
Kesannya menjadikan saya panik kerana proses pengajaran dan pembelajaran hanya
berlaku satu hala sahaja. Masalah memahami percakapan dan berkomunikasi ini mula
timbul semasa sesi suaikenal lagi. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran
tidak lagi dalam kawalan saya. Segala arahan tidak dapat dilaksanakan dengan tepat dan
lancar. Sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi pasif kerana tidak wujud interaksi dua
hala. Masalah pengajaran dan pembelajaran begini bukan dihadapi oleh saya sahaja
tetapi guru Melayu yang lain juga mengalami masalah yang sama.

Hasil pemerhatian awal saya memberikan gambaran bahawa murid mengalami


masalah untuk berinteraksi dengan guru. Ini ditambah lagi dengan hasil ujian lisan
menunjukkan hampir 50% murid tidak boleh bersoal jawab walaupun dengan ayat tanya
yang mudah.

Masalah sikap murid dalam kelas juga telah dikenalpasti. Mereka diam dan tiada
respon apabila disoal. Ada antara mereka ingin mencuba untuk menjawab atau
berkomunikasi dengan saya tetapi salah dari segi struktur ayatnya. Satu lagi petanda tidak
wujud komunikasi ialah kelas menjadi bising waktu guru mengajar. Murid bertanya
sesama mereka kerana tidak faham apa yang guru katakan.

Saya mula rasa kecewa apabila aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan
dengan berkesan. Pengajaran dan pembelajaran menjadi bosan apabila aktiviti yang
sama diulang. Aktiviti terhad kepada membaca, menerangkan dan menjawab soalan
sahaja. Ada kalanya guru perlu memberikan jawapan kepada murid secara langsung.

Secara umumnya, murid-murid saya mempunyai tahap kebolehan yang berbeza.


Mereka tidak dapat berkomunikasi. Lantaran itu proses pengajaran dan pembelajaran
tidak dapat berjalan dengan lancar. Contohnya cerita “Anjing Dengan Bayang-bayang” dan
cerita “Kura-kura Dengan Arnab”. Mereka boleh ceritakan cerita tersebut dalam bahasa
ibunda tetapi tidak mampu bercerita semula dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, saya perlu
merancang beberapa sesi pembelajaran yang menekankan aktiviti berkomunikasi.

2.0 Fokus Kajian

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, seseorang murid itu perlu menguasai 3
kemahiran asas iaitu kemahiran lisan, bacaan dan tulisan. Kajian ini berfokuskan kepada
cara-cara membaiki komunikasi antara guru dengan murid. Asas berkomunikasi dalam
Bahasa Melayu melalui aktiviti lisan.

Masalah berkomunikasi dalam Bahasa Melayu murid Tahun 2K ini perlu


diselesaikan segera hingga ke akar umbi. Sekiranya masalah asas ini tidak selesai, sudah
pasti saya akan menghadapi masalah yang lebih besar untuk mengajar kemahiran-
kemahiran yang lain.

Walau bagaimanapun, saya perlu bersikap positif dalam menghadapi masalah ini.
Saya menjadikan kelemahan murid-murid saya sebagai satu cabaran untuk saya
berusaha lebih keras ke arah penambahbaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang. Namun begitu, saya menfokuskan kajian saya terhadap perkara yang
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 2
Sekolah Rendah
paling asas iaitu aspek lisan. Oleh itu, saya memilih satu tajuk yang berfokus kepada
kemahiran berkomunikasi.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am :
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid-murid Tahun 2K di SJK(C)
St. Joseph.

3.2 Objektif Khusus


Kajian ini bertujuan untuk :
3.2.1 Membantu murid meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
3.2.2 Membina keyakinan dan kebolehan berkomunikasi murid-murid
Tahun 2K.
3.2.3 Membantu meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu di sekolah
ini.
3.2.4 Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini dijalankan oleh seorang guru Melayu yang mengajar Bahasa Melayu
Tahun 2K di SJK(C) St. Joseph. Kumpulan sasaran terdiri daripada 37 orang murid bukan
Melayu. Mereka datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Kebolehan
mereka juga berbeza antara satu sama lain dan tergolong dalam kelas yang sederhana
pencapaiannya dari segi akademik.

5.0 Pelaksanaan Tindakan

5.1 Tinjauan Masalah


Dalam melaksanakan kajian ini, beberapa kaedah digunakan untuk
pengumpulan maklumat dan data, iaitu :-

5.1.1 Ujian Lisan Dan Bacaan


Dalam Ujian Pra, murid-murid diberi ujian lisan dua kali seminggu.
Berikut ialah soalan-soalan yang diajukan kepada semua murid
bagi memperolehi data awal kajian tindakan ini.
a. Siapakah nama kamu ?
b. Berapakah umur kamu ?
c. Di manakah awak tinggal ?

5.1.2 Temu bual


Temu bual dengan murid dijalankan untuk mendapat maklum
balas tentang latar belakang diri dan keluarga mereka.

5.1.3 Pemerhatian
Semasa pengajaran berlangsung, rakan pengkaji membantu
memerhati tingkah laku pembelajaran murid-murid di dalam kelas.
Pemerhatian juga dibuat terhadap pengajaran guru.

5.2 Analisa Tinjauan Masalah


Proses mengutip data awal telah saya jalankan untuk mendapat
maklumat yang diperlukan bagi membuat analisa.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 3


Sekolah Rendah
5.2.1 Analisa Ujian Pra
Ujian Pra dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran
pencapaian murid dalam aspek berkomunikasi.

Jadual 1 : Jadual menunjukkan Item-item yang digunakan


semasa ujian pra
Markah Sebutan/ Kefasihan Tatabahasa
pengucapan
Kuasai pola ayat,
Cemerlang Jelas dan tepat Lancar dan struktur ayat dan
A petah morfologi dengan
baik.
Penguasaan pola
Baik Masih jelas dan Masih lancar ayat struktur ayat dan
B tepat dan petah morfologi masih baik.
Masih jelas Dapat menguasai
Sederhana tetapi ada Sekali-sekala pola ayat, morfologi
C kalanya berbunyi tergagap- tetapi membuat
pelat gagap beberapa kesalahan
Penguasaan
Lemah Kurang jelas dan Selalu diam tatabahasa sangat
D tepat. Lazimnya terhad, tidak dapat
tidak difahami. berbual langsung.

Sangat Tidak difahami Tidak bercakap Lemah


Lemah langsung
E

Jadual 2 : Jadual menunjukkan hasil ujian lisan dalam bentuk


peratusan dan bilangan

GRED BILANGAN PERATUS (%)


A 4 10.8
B 9 24.3
C 5 13.5
D 12 32.4
E 7 13.5

Jadual 2 menunjukkan murid-murid sangat lemah dalam berkomunikasi.


Terdapat 32.4% yang memperolehi gred D dan 13.5% pula mendapat
gred E. Murid seramai 19 orang atau 45.9% tidak dapat menjawab soalan
lisan dengan betul seperti yang dikehendaki.

5.2.2 Analisa Dapatan Temu bual Dengan Murid.

Jadual 3 : Jadual Analisa Dapatan Temubual dalam Bilangan dan


Peratusan
Masalah murid Bil. Murid Peratus
Tidak faham arahan dan soalan 15 47 %
Jawapan tiada kaitan soalan 11 34 %
Tidak dapat menjawab langsung 6 19 %
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 4
Sekolah Rendah
Jadual 3 menunjukkan peratusan berkaitan tingkah laku murid terhadap
pengajaran guru. Berdasarkan temu bual tersebut, kami dapati 47% tidak
faham arahan, soalan dan pengajaran guru. 34% memberi jawapan yang
tidak berkaitan dengan soalan. Sebanyak 19% tidak dapat menjawab
langsung.

5.2.3 Analisa Pemerhatian

Jadual 4 : Analisa Perlakuan Guru dalam Peratus


Perlakuan Guru Peratusan
Mengulang kembali arahan, bacaan dan ayat 13%
Menekankan fungsi komunikasi dalam pengajaran 18%
Menyebut perkataan dengan perlahan mengikut suku
14%
kata
Membetulkan kesalahan komunikasi secara bertulis 25%
Memberikan respon mengenai aspek komunikasi
30%
apabila timbul keperluan

Jadual 4 menunjukkan pemerhatian yang dijalankan dalam kajian ini


untuk mendapat maklumat tentang perlakuan pengajaran guru oleh dua
orang pemerhati (rakan guru yang juga terlibat dalam kajian). Data-data
yang diperolehi menunjukkan guru lebih kepada membetulkan kesalahan
secara bertulis sebanyak 25% dan hanya menekankan fungsi komunikasi
dalam pengajaran sebanyak 18% sahaja. Di sini dapat dilihat guru hanya
memberi respon apabila timbul masalah sahaja. Selain itu, guru lebih
cenderung membetulkan kesalahan secara bertulis.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Berdasarkan ujian pra yang diberikan kepada murid, didapati murid


memang lemah dalam aspek yang dikaji, manakala hasil dapatan temu bual
dengan murid menunjukkan terdapat kelemahan dalam amalan pengajaran guru.
Begitu juga hasil pemerhatian awal dalam pengajaran dan pembelajaran
menunjukkan bahawa guru perlu mengubah dan mempelbagaikan aktiviti lisan
bagi menarik minat murid.

Antara amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang ketara ialah guru
sepatutnya menggunakan suara yang jelas dengan sebutan yang perlahan. Selain
itu, arahan guru perlulah diulang beberapa kali supaya mudah difahami murid.

Bertitik tolak daripada dapatan awal di atas, saya telah menjalankan


beberapa aktiviti lisan, menyediakan bahan bantu mengajar dan melaksanakan
langkah-langkah pemerhatian untuk mengenal pasti aktiviti atau tindakan yang
dijalankan itu berkesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid Tahun 2K.

i. Sebanyak tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi


menangani masalah murid, iaitu :-
a. Aktiviti suai kenal secara berpasangan atau berkumpulan.
b. Aktiviti bercerita dengan menggunakan ayat sendiri berdasarkan kad
gambar yang dipaparkan.
d. Aktiviti bercerita sambil melakonkan dialog yang didengar daripada
radio kaset.
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 5
Sekolah Rendah
ii. Bahan-bahan yang digunakan :-
a. Aktiviti 1 : Carta.
b. Aktiviti 2 : Kad gambar, kad perkataan dan kad ayat.
c. Aktiviti 3 : Kaset, carta.

iii. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian :-


a. Penyeliaan pertama oleh rakan guru
b. Penyeliaan kedua oleh rakan guru
c. Penyeliaan ketiga oleh rakan guru

5.4 Pelaksanaan Tindakan

Dalam pelaksanaan tindakan, saya telah menjalankan satu sesi


pengajaran berdasarkan rancangan mengajar yang telah kami rancang.

Semasa sesi pengajaran, saya menumpukan kepada pengajaran


bercerita berpandukan gambar bersiri.

5.4.1 Aktiviti 1 (Suai Kenal Rakan Sekelas)

1. Guru memberi contoh aktiviti.


Murid menyoal mengenai butiran peribadi. Guru
menjawabnya. Kemudian, murid-murid menjawab soalan
secara bergilir-gilir.
Misalnya : Siapakah nama kamu ?
Di manakah kamu tinggal ?

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka


bersoal jawab bersama pasangan masing-masing.
- Murid A soal, murid B jawab dan sebaliknya
- Murid C soal, murid D jawab dan sebaliknya

3. Latihan tambahan.
- Murid berkomunikasi dengan 3 orang rakan dalam kelas
lain.
- Murid-murid mencatat butir peribadi mereka.

i Pemerhatian
Selama pemerhatian saya, murid-murid mula menunjukkan
respon yang positif. Mereka juga dapat menjawab soalan
tentang diri mereka dengan baik. Mereka sudah berani
menjawab dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun,
suasana kelas agak riuh kerana murid menawarkan diri untuk
bertanya soalan.

ii Refleksi
Sebelum sesi pengajaran, saya kurang yakin murid boleh
menguasai kemahiran. Namun, respon yang diberi amat
menggalakkan dan berlaku perubahan yang positif.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 6


Sekolah Rendah
5.4.2 Aktiviti 2 (Sang Kura-kura Berlumba Dengan Arnab)

1. Guru bercerita secara perlahan-lahan.


2. Murid menyebut rangkai kata dan perkataan berulang kali
berdasarkan kad yang ditunjukkan.
3. Guru bercerita semula.
4. Murid menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan berulang kali.
5. Murid-murid disuruh bercerita secara ayat demi ayat mengikut
perkembangan jalan cerita dalam gambar bersiri.
6. Murid yang mampu diberi peluang untuk bercerita sendiri
manakala murid yang lemah akan dibantu oleh guru sama
ada dalam pembentukan ayat atau menyambung cerita.

i Pemerhatian :
Pada peringkat ini, murid-murid telah menunjukkan minat.
Mereka mendengar dengan penuh perhatian semasa guru
bercerita. Setelah murid-murid membaca kad perkataan dan
kad-kad ayat, saya yakin mereka semua boleh mengikuti
jalan cerita dengan baik. Mereka tidak lagi teragak-agak
untuk mencuba apabila disuruh menyambung cerita. Mereka
membina ayat dengan lebih cepat dan mudah.

ii Refleksi :
Saya dapat mengajar dengan lebih selesa kerana saya sudah
nampak perubahan pada murid-murid saya. Mereka
bertambah yakin dan mula berminat untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Melayu. Saya rasa saya perlu menambahkan
kosa kata mereka yang masih terhad. Saya akan mengambil
pendekatan mengajar membaca sebelum lisan. Murid-murid
akan disuruh membaca perkataan baru dan memahami
maknanya sekali.

5.4.3 Aktiviti 3 (Sang Kura-kura Berlumba Dengan Arnab)

1. Gambar bersiri dipamerkan dan guru mengulang kembali


cerita untuk menyegarkan semula ingatan murid-murid.
2. Memperdengarkan cerita secara dialog melalui rakaman
tersebut.
3. Murid-murid disuruh melakonkan watak cerita mengikut
rakaman tersebut.
4. Murid-murid disuruh berlakon tanpa bantuan rakaman dialog.

i Pemerhatian :
Menurut rakan pemerhati, murid amat teruja untuk
mengetahui apakah yang akan diajar oleh guru. Murid agak
malu untuk berlakon tetapi setelah dibimbing mereka mahu
mencuba. Ada peningkatan yang ketara.

Ii Refleksi :
Saya berpuas hati dengan percubaan murid-murid kali ini.
Saya mula sedar bahawa selama ini masalah timbul adalah
disebabkan murid-murid tidak diberi dorongan untuk mereka
belajar cara-cara mengeluarkan kata-kata atau pendapat.
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 7
Sekolah Rendah
5.5 Refleksi Keseluruhan Kajian

5.5.1 Penilaian dan refleksi berdasarkan maklum balas daripada ujian


pra dan pos.

Jadual 4: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos berdasarkan


bilangan dan peratus
Ujian Pra Ujian Pos
Gred Bil. murid Peratus Bil. Murid Peratus
A 4 10.8% 7 19.6%
B 9 24.3% 14 37.8%
C 5 13.5% 5 13.5%
D 12 32.4% 7 19.0%
E 7 13.5% 4 10.8%

Jadual 4 menunjukkan murid yang mendapat gred A telah meningkat dari


10.8% ke 19.6%. Bagi murid yang mendapat gred E pula menurun dari
13.5% ke 10.8%.

Ujian pos telah dijalankan untuk tujuan penilaian dan refleksi. Bentuk
soalan, bilangan soalan dan kemahiran yang diuji dalam ujian pos sama
dengan ujian pra. Daripada Jadual 4, jelas terdapat peningkatan yang
ketara dalam ujian pos.

5.5.2 Penilaian dan refleksi berdasarkan temubual.

Jadual 5 : Analisa Temu bual sebelum tindakan dan selepas tindakan


berdasarkan bilangan dan peratus
Sebelum Selepas
Masalah murid tindakan tindakan
Bil. Bil.
Peratus Peratus
murid Murid
Tidak faham arahan dan soalan 15 46.86 % 5 15.63%
Jawapan tiada kaitan soalan 11 34.38 % 3 9.38%
Tidak dapat menjawab
6 18.75 % 0 0%
langsung

Jadual 5 menunjukkan 15.63% murid tidak faham arahan dan soalan


berbanding 46.86% sebelum tindakan. 9.38% jawapan tiada kaitan
dengan soalan berbanding 34.38% sebelum tindakan. Tiada murid yang
tidak dapat menjawab langsung. Hasil temu bual ini memberi rangsangan
kepada pengkaji kerana sudah menampakkan kejayaan yang nyata.

Jadual 6 : Analisa Perlakuan Guru berdasarkan Peratus


Sebelum Selepas
Perlakuan Guru Aktiviti Aktiviti
Peratus Peratus
Mengulang kembali arahan, bacaan dan ayat 13% 15%
Menekankan fungsi komunikasi dalam
18% 20%
pengajaran
Menyebut perkataan dengan perlahan
14% 18%
mengikut suku kata
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 8
Sekolah Rendah
Membetulkan kesalahan komunikasi secara
25% 20%
Bertulis
Memberikan respon mengenai aspek
30% 27%
komunikasi apabila timbul keperluan

Jadual 6 menunjukkan peningkatan perubahan perlakuan guru. Selepas


menjalankan aktiviti, 15% guru mengulang kembali arahan, bacaan dan
ayat berbanding 13% sebelum aktiviti. Semua menunjukkan peningkatan
perubahan perlakuan guru kecuali dalam membetulkan kesalahan
komunikasi secara bertulis dan memberikan respon mengenai aspek
komunikasi apabila timbul keperluan. Guru telah memberikan penekanan
yang berbeza mengikut keperluan.

5.53 Refleksi Tentang Pengajaran dan Pembelajaran

Selepas menjalankan aktiviti bagi ketiga-tiga sesi pengajaran dan


pembelajaran, saya berasa puas hati dengan perkembangan dan
penguasaan yang murid-murid tunjukkan. Saya sedar bahawa kelemahan
murid dalam bidang lisan (berkomunikasi) bukanlah mudah untuk diatasi,
apatah lagi hanya melalui beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Walau bagaimanapun perubahan sikap yang positif dan minat yang
ditunjukkan merupakan petanda baik bahawa penguasaan lisan mereka
memang boleh dipertingkatkan jika usaha diteruskan. Bak kata pepatah
“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”

Kejayaan awal ini akan membuka jalan kepada guru-guru Melayu


sekolah ini untuk melaksanakan teknik dan kaedah yang kreatif dan
memberangsangkan murid-murid agar dapat berkomunikasi dengan lebih
berkesan dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik dan berjaya. Pengajaran dan pembelajaran yang menarik
perhatian murid sudah pastinya meningkatkan motivasi murid-murid untuk
mempelajari dan mendekati Bahasa Melayu.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Setelah mendapat kejayaan dalam kajian ini, saya lebih yakin bahawa murid-
murid bukan Melayu juga berupaya menguasai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa
Melayu jika kaedah yang sesuai digunakan. Saya akan meneruskan penyelidikan yang
selanjutnya untuk meningkatkan kemahiran murid-murid bukan Melayu dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu. Kajian ini akan menekankan pembinaan ayat tunggal dan
majmuk dalam karangan yang berbentuk binaan peta minda.

Bibliografi

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1983). Buku Panduan Khas Bahasa Melayu Untuk
SJK (C) dan (T). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1989). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia


Untuk SJK (C) dan (T). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting, (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 9
Sekolah Rendah
Nik Safiah Karim, et.al, (1997). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Rosmah Talib, (1998). SMART Bahasa Melayu, Sasbadi Sdn. Bhd.

Syed Aradi India, (1993). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 10


Sekolah Rendah

Anda mungkin juga menyukai